Saturday, July 17, 2010

Hero aku sebenarnya seorang Ultraman





   Alah, biasalah masa kecik-kecik dulu, bangun awal-awal pagi pukul9 hari Sabtu, terconggok depan layan Ultraman. Tapi kena bangun pukul 8:30 , sebab mak kata takleh tengok tv kalau tak mandi.
Dengan kawan2 satu taman lak, duk sebuk cop ko ultraman ape, dia ultraman ape..Aku cop Ultraman Ace, sebb aku dengan dia ada persamaan , 2-2 bongsu.Lagi pun Ace smart skit kepala dia, siap sabit atas kepala boleh cabut2 , potong tengkuk itu  raksasa.whoaa..

Tapi ada  yang aku tak berkenaan dengan Ultraman Ace ni;

1-Ultraman muncul dari kombinasi Hakuto(laki) dan Minami(perempuan). Kalu korang usha balik tubuh badan dia yang sasa tu , part mana yang pompuan nye, serba jantan je aku tengok.

2-Ada satu scene , di mana Hakuto , terhempap kat runtuhan batu 8 tan. Minami plak naik jet pejuang, sedaya upaya tembak resakse, walhal dia tahu memang tak akan lut nye lah.Resakse tu sengih2 je sambil libas jet Minami. Nasib baik Minami sempat terjun, pakai parachute, elok2 je landing kat tempat Hakuto kene hempap.
caish~ cam tau-tau je.
 Tak abes lagi ni. 
Bila Minami tanya Hakuto ok ke tak, Hakuto dengan yakinnye jawap ya, maka;
"MINAMI~"  "HAKUTO~" ceng....dua-dua lompat akrobatik bersilang,..maka jadilah Ultraman Ace 
-Tak pasal-pasal je kan, walhal sebelum tu, Hakuto mace doh nok mapuh, terperok hok bawah batu nung.  

3-Tak sama dengan superhero lain, siri Ultraman biasanya bebas dari unsur cinta. Lagipun, apalah makna sebuah cinta bagi budak-budak belum tumbuh bulu ketiak ni.Heronya adalah seorang cool , tapi misteri, seorang yang suka membawa diri dan lonely.Tapi bagi ultraman Ace, Hakuto + Minami, takkan takde kemungkinan untuk membutirkan bibit-bibit percintaan kot, at least.Ke 2 orang ni adik-beradik?.





Okla, stop sampai 3 dulu,banyak songel la kalau tulis lebih-lebih.
Hakikatnya letih jadi Ultraman ni sebenarnya.Tiap-tiap minggu dok meng-fire je , bosan jugak la.Sebagai seorang manusia (selain Ace) , jauh dalam hati dia sebenarnya mahu mencinta dan terus dicintai.




Ultraman's love story



Dia hero..tapi pada masa yang sama dia tak dapat jadik hero untuk semua,poor ultraman.



1-Macho
2-Gagah
3-Charming
4-Romantik
5-Sensitif
6-Funny
7-.....
Bagi  lelaki punya ciri-ciri kat atas, cukup untuk mengangkat beliau untuk menjadi seorang hero.Pun begitu agaklah mustahil untuk kita , insan yang marhain  untuk lengkap serba-serbi.
Jadi apakata kalau kau pick satu keyword yang paling hampir dengan kau, kemudian fokus kan saja ke arah keyword tu.Kalau orang katakan sesuatu tentang kau ,sekurang-kurangnya kau tak melatah, tak marah kalau buruk, tak riak kalau baik.InsyaAllah~


Aku? aaaa.....mmmm...aaa... M untuk manes (mampus!)







p/s:ある動物は象より大きい、蟻より小さい、何だろう。

29 comments:

  1. Aku rasa hero paling cool dalam dunia ialah Genjyo Sanzo dari siri Gensomaden Saiyuki.Kau try tgk betul tak apa aku cakap?

    ReplyDelete
  2. Bapa Gajah dengan Anak Semut. Betul tak?

    ReplyDelete
  3. sabit ace mane leh cabut..tahyul tol..seven je yg leh cabut sabit atas kpale...

    manessszzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    nk aku jwb x teka teki 2?

    ReplyDelete
  4. time kecik2 x bape pandai sebut ultraman,kite sebut otomen hehehhe.

    maybe otomen ace ade konflik gender kot???

    ReplyDelete
  5. ace jambu. ultraseven baru macam jantan sikit.

    ReplyDelete
  6. aku suka kakak otomen. sbb suit dia lagi kakkoi hak3

    ReplyDelete
  7. 1-Macho
    2-Gagah
    3-Charming
    4-Romantik
    5-Sensitif
    6-Funny
    7-.....


    wooooo....sgt purfect jg ni?
    mn mau cari? hehe

    ReplyDelete
  8. hye ultraman!
    sy power ranger pink :)

    salam kenal...hua3

    ReplyDelete
  9. @rayzi: ok ok, aku cube tgok demi tk menghampakn ko ..haha

    @Usagi:nice try...try lgi

    @maple: maybe..ey,cube la jawap teka-teki tuh..

    @jejakaC: nk jawap? 要るか?
    (masih lagi meng-goggle..)

    @zack: seven hage

    @cter: kakak ultraman ??

    @cikgadiskonfius:jgn dicari benda yng sempurna,kelak nnti diri merana jiwa kecewa..
    carilah jalan bagaimana mahu jadi sempurna, supaya nanti diri lebih bermakna, pelengkap mimpi insan di sana......makna hdup adalah pada memberi kan?..

    @lea: waalaikumusalam..thanx sbb sudi singgah :)

    ReplyDelete
  10. aisey,ni yg lemah bab teka-teki ni,bg la hint skit..jwpn x semestinye binatang gak kan?

    ReplyDelete
  11. abg niXam...lea 2 sape abg..??xnk msk line ke abg??hahhaa....

    @maple : nk tau jwpn ke..ty lah sy..huahuahua

    ReplyDelete
  12. @jejaka C :dah abes meng'google' ke?
    psss,ape jawapan dia?
    bgtau saye je..kihkihkih

    ReplyDelete
  13. @maple : bkn sy yg google..2 abg niXam..die tgh google sesuatu berkaitan masa depan die..hahaha

    pssttt....jwpn die いるか。。。

    ReplyDelete
  14. yeayy..en.sheri,the answer is dolphin.btul ke?
    saya dan jejaka C kongsi jawapan yg same \(^0^)/

    @jejaka C:klu btul,saya belanje kamu

    ReplyDelete
  15. ehemm..wokey la,en.sheri meh join skali nanti..wakaka

    ReplyDelete
  16. @abg niXam : hoi,ptg line...hahaha

    ReplyDelete
  17. wahh, nak satu patung ultraman

    ReplyDelete
  18. haha.gle detail.dulu layan gk ultraman.bc post ni,aku familiar dgn 'hakuto' 'minami' je.len harem x ingt.

    ReplyDelete
  19. aku bercita2 nak jadi ultraman sampai skang~

    sebab ultraman ada 3 minit je~

    kih3~

    ReplyDelete
  20. @dayah: erkk..tnya orng atas kamu komen tuh

    @huda:haha.,,rugila cik huda tk layan ultraman..


    @LordZara:

    minit pertama-> terbang dari awan, start lawan, guling2.
    minit kedua-> buat2 lemah,resakse tunjuk besar kepala.lampu dada dh stat merelip2
    minit ketiga-> kumpol tenaga ,fire!!

    ..3 minit yang sgt mengujakan

    ReplyDelete
  21. check my blog see here now Read More Here Gucci Dolabuy explanation more helpful hints

    ReplyDelete
  22. check my blog Chloe Dolabuy look at this web-site site web click gucci replica handbags

    ReplyDelete
  23. click over here now pop over to this site click resources bags replica ysl great post to read Our site

    ReplyDelete