Thursday, July 1, 2010

Nak Cerita Pasal Payung Kejap

  Semalam genaplah sudah empat ribu enam ratus dua puluh tujuh juta kalinya payung aku rabak , lalu jahanam dibaham angin yang menghambat kencang. Tu belum kira lagi yang kene rembat kat Aeon, kat library, kat masjid pun ade.Yang tinggal kat rumah member ,kemudian member sebat pun banyak kali gak jadi..
  Tak kisah pun,  payung murah je pun.Aku ingat kalau ada sen lebih skit bulan ni nak gak angkat la payung macam ni. Itupun kalau tokey-san part-time bagi bonus 3 bulan,dapat payung camni, baru semangat sikit nak gi sekolah  lebih-lebih lagi time ribut melanda alam.







Payung  yang mirip Stealth ini sebenarnya mampu membiaskan angin yang berkelajuan lebih 100km/sejam.Dengan kata lain, payung ini tahan ribut dan puting beliung.Rekaan ini telah banyak menang anugerah ini: termasuk German Design Award 2010 selain produk pilihan majalah TIME(2007).












Payung yang cool, harga yang paling pun murah:5250yen







Sempoi , naik motor siap pakai payung.Lepas ni bolehlah merempit dikala hujan lebat.
Bawah ni video ujikaji ketahanan payung ini dibawa kelajuan 120km/sejam.








  Terlanjur cerita pasal payung ni, aku ingat nak payung budak-budak sini makan maguro jap.Yelah, bukan selalu dapat rezeki terpijak ni ,tak best lak rasenye kalo tapau sorang-sorang. Tapi apakan daya, yang dapat tak lah seperti aku  korang harapkan. Takat pizza hankaku bolehla kut.

  Saja aku coretkan kat sini , sebab masa kecik-kecik dulu aku suka minum teh-O panas yang mak selalu bancuh time minum petang2. Kekadang aku konfius gak,dalam kejap ada serbuk teh, kejap ade kepala semut, kaki semut, buntut semut. Memandangkan umah aku nye penapis dah season, maka aku telan je la air teh , ngan kuih keria feveret abah yang biasanya aku sapu sampai abes.Mungkin kerana tiap2 hari aku minum teh-O emak, maka kuantiti bangkai semut dalam badan terlalu tinggi.So, keupayaan ingatan ini sedikit sebanyak  agak terjejas .
   Kalau ada sesape terbaca ni  semula, mohon tolongla ingatkan balik, kalau tak , sampai bila-bila aku buat muka cencurut tak makan pagi.


Berbalik kepada citer payung tadi,




CELAH MANA MACHO-NYA MENUNGGANG MOTOR  SAMBIL PEGANG PAYUNG NI??



kalau ada pembonceng boleh gak suruh tolong pegangkan...





Ahhh!!!
Baik aku beli payung murah saja.Muda-muda ini kena rajin menabung demi masa depan yang cerah.



Cuaca hari ni cerah dan panas,tapi aku tetap beli gak,kali ke empat ribu enam ratus dua puluh tujuh juta satu kali .
 Sediakan payung sebelum hujan beb..




 Alhamdullillah , hari ni aku belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.Kadang-kadang dalam kita mengejar sesuatu yang kita impi-impikan,sesuatu itu tak pernah pun menjadi milik kita.
Sebab apa?
-Sebab ada yang lebih baik khas menanti, tinggal nak jumpa je lagi. Dunia ni adil sebenarnya (ayat penyedap hati)

_cioau










p/s: craving for durian already,damn!!

12 comments:

  1. payung canggih..design pun unik.berangan je la klu nak dapat satu mcm ni

    p/s : sekarang musim dorian..pesta durian di sana-sini..hehehe

    ReplyDelete
  2. huhu.. ak pon dok banyak kali terpikir nk buat entri pasal payung lepas terlihat kt satu 番組 beberapa minggu yg lepas~ Baru2 nih payung ak pon ada tercicir membuatkan teringin giler nk angkat payung nih.. tp 5千 lebih memang ありえない la.. angkat kt kedai 100円 sudah ek~

    ReplyDelete
  3. bukan ke kalau org nampak payung murah lagi org men kebas je.... kalau payung tu mahal sket org takde pn nak kebas. bukan ek?

    ReplyDelete
  4. sume payung dr 100yen-2000++ yen aku dah bli. sume dr bentuk parabola xpon patah/rosak dek angin. kalo nak kira dah dkt 20 kali kot bli payung.skrg klo hujan lebat+angin kuat aku decide xyah pakai payung, bantai jer redah!

    ReplyDelete
  5. jejaka C br bli pyg skali je mgu lpas stelah 3 taun dok nihon,,,amacam???

    ReplyDelete
  6. dekat sana selalu hujan ea?

    payung tue dah macam payung doraemon aku tgk.hahaha.

    p/s:Lu igt Spain bleh pegi final ker?keh keh.German!

    ReplyDelete
  7. @maple: cess..tanak kawan ah..:P

    @kyo: payung ni aku selit kat beskal, tah cmne boleh terpeleot kat tayar, terus patah...adoyai~

    @ili: payung yang ideal, ko payung aku beli payung yang boleh sumbat dalam tabung tuh, bole simpan dlm beg..

    @aisya: wanita gagah!!....(gi gakko nek keter bole le)

    @jejakaC: kalu payung ko ilang depan tuh, jgn tanye aku, aku tataw..

    @razi: ujan rentek2 je satu hari...jap2, Yelah ko doraemon, bkn kiteretsu ke?

    ReplyDelete
  8. moshi2, kinokuniya...

    wah, giler hebat payung nih...
    kem boleh? heheh... :)

    http://aminpunyastory.blogspot.com/

    ReplyDelete