Wednesday, November 2, 2011

Cabaran 15minit



Tajuk: "Aku pasti akan rindu......"
Arahan: Sila isikan sebanyak mungkin perkara yang anda rasakan anda pasti rindu jika sudah pulang ke tanah air nanti dalam masa 15 minit.


3,2,1 ..goh



1.Aku pasti akan merindui  variety program kat tv.

2..Aku pasti akan merindui nak pakai dawn bila bangun pagi, nak masak, nak makan , nak tidur, nak melabor,

3.Aku pasti akan merindui perasaan rasa selamat bila keluar terlupa tak kunci rumah, bila laptop tertinggal kat raga basikal, dan bila kunci kereta tertinggal    ...kat pintu kereta.

4.Aku pasti akan merindui  awek-awek cashier yang tak penat sebut satu persatu barang yang aku beli tanpa aku rasa segan nak dengar.

5.Aku pasti akan merindui rasa terkejar-kejar  bas, berlari tepi jalan nak kejar keretapi.

6.Aku pasti akan merindui nak jogging malam , sebab takda hantu

7.Aku pasti akan merindui nak berjalan kaki memalam semata-mata nak beli Van Hauten yang paling murah kat Jepun, Sumpah tak tipu.

8.Aku pasti akan merindui nak bawak basikal tua zaman perang dulu itu setiap hari.Kalau nak wat kire-kire, jarakkayuhan lebih kurang dari Alor Star ke KL gak la.

9.Aku pasti akan merindui nak bangun awal pagi ,seawal pukul 4.Tahhajjud? bukan ,subuh , subuh gajah masa musim panas.

10.Aku pasti akan merindui membeza-bezakan mana satu sampah basah,mana satu sampah plastik, kertas...

11.Aku pasti akan merindui Oya-san( LandLord) aku yang selamber masuk rumah semata-mata nak tanya," Ini sampah rumah kamu ke?".Sudah berapakali aku pesan, orang-orang rumah aku tak merokok , sambil dia menunjuk-nunjuk kotak rokok dalam bungkusan sampah tersebut.
:"Tapi ini macam bukan rokok sini"balas dia. Iya, memang benar, rokok mana lagi kalau kat kotak dia ada gambar anak tekak yang tersembul-sembul ni. Shilake Bab !ko datang ko buat bodo ko blah.- emo didalam hati sambil mulut cuba menafi.Bukang kami , makcik.

12.Aku pasti akan merindui kusyen-kusyen keretapi yang senantiasa berbau hancing itu.

13.Aku pasti akan merindui membayar dengan duit syiling walapun jumlahnya segenggam.

14.Aku pasti akan merindui datang kelas yang sensei dia rajin betul menghalau budak yang lewat keluar..haha.

15.Aku pasti akan merindui main pes mahupun fifa sambil mencarut kuat-kuat sensorang, sebab tak da sapa yang kesah,.

16.Aku pasti akan merindui nak lempar-lempar salji dan makan salji,.Erk??, tipikal student obersi,tahu.

17.Aku pasti akan merindui nasi briani Ghandara yang maintain rege dari sejak aku datang , 1000 yen, sampai pagi esok tahan, tk yah breakfast pun takpe.

18.Aku pasti akan merindui  semangat nak pakai kain pelekat masuk kedai sushi tanpa rasa malu dan bersalah.

19..Aku pasti akan merindui perut berbunyi-bunyi time  kelas awal pagi, kene pulak duk depan kan.


20.Aku pasti akan merindui untuk sembahyang kat parking kereta, bawah tangga,dan dalam bilik tukar lampin baby.



21.Aku pasti akan merindui perasaan merindui segalanya tentang tanah air dan orang-orang kat sana.


22.Aku pasti akan merindui yang aku sel



--tamat--




#21 jee, not bad, ..  huh...








14 comments:

  1. serius ke taip entry ni dlm masa 15 minit je? hehehehe..nak try gak la

    ReplyDelete
  2. takky: alhamdullillah

    maple: ngeh3, ni pakai ms word la cik maple, tu yng buleh ade numbering, + 1st byk gile typo, lgpun type je yang 15 menet, pikiaq dlm 2 hari ,huhu

    kak.moli: ade kenduri-kenduri lagi jgn lupe ajak ye ;P

    zara: tadaima~

    ReplyDelete
  3. wah banyak jugak benda yang dirindui kat sana??

    ReplyDelete
  4. suka air coklat van houtan tu...

    ReplyDelete
  5. @wani88: banyaaaaaaaak sangat

    @sue-sama:ehehe, ni menum panas2 time salji turun , mmg syurga dunia

    ReplyDelete
  6. @wani88: banyaaaaaaaak sangat @sue-sama:ehehe, ni menum panas2 time salji turun , mmg syurga dunia

    ReplyDelete