Saturday, December 31, 2011

Fakta-fakta Mengenai Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun 2011

70% orang muda (20-35) muflis
Pengambilan lemak paling tinggi di Asia Tenggara, dan antara yang tertinggi di Asia
Pendengar radio paling lama dan paling ramai di dunia
Menghabiskan masa paling lama menghadap Facebook
Purata  paling ramai kawan di Facebook
Paling banyak tangkap gambar
Paling banyak memuat naik gambar di internet




Mari lihat jadual harian seorang rakyat Malaysia ,yang secara random hari ini kita pilih:
 Encik Jasli, berumur
24 tahun. Bekerja sebagai Admin Officer.Masih bujang dan berkereta Satrio Neo
Ini rutin harian beliau


 -#-#-#-#-

5:50 bangun pagi
5:55 eh baru pukul 5:50 tidur balik ah
6:40 Baru bagun pagi betul-betul
6:45 Pling! Siap
6:46 Subuh
7:00 Start enjin, tak mampu nak beli timer , masuk dalam dulu baru start, bukak radio frekuensi 96.7fm , dengar Mak Banang ngan Mak Neng meroyan
7:05 gerak dari rumah kat Rawang, kojo kek  Pantai Dalam sano nun..isk isk.nak buek camno, rumah dokek sano mahal.
7:15 Masih dalam kereta, dah start menguap.
8:35 Baru dapat masuk KL. Jam maha dahsyat, silap bajet masa, selama cuma ni tau bajet hensem je.
9:00 Fuh sepp.. Punctual Teras Kejayaan
9:15 Bukak facebook,tenet free, network-technician member sekampung je, tu yang boleh lepas bukak facebook (hihihi)
9:17 Lorh, apahal dia tukar gambo profil lak ni,
9:20 Demn la Ajib , pergi Port Dickson tak ajak.Ni celah mana PD  ada ladang teh ni, gambar taun bile ni?
9:45 Kahwin dah si Melah ni, tapi apsal laki dia tak hensem..HAHAHA
10:00 Boring tul keje ni, boss kerek, kak hr kerek, kak finance kerek, ni junior bajet cun sebelah ni pun kerek, mak cik cleaner pun kerek , ni kene updet kat status.”Nothing GREAT was ever archived without Enthusiasm ” pergh bajet ustaz sikit..
10:15 Menum jap, permulaan hari yang sihat harus dimulakan dengan sarapan berkhasiat.
10:17 Dik nak Tehtarik gelas beso, Nasi Lemak sambal lebih , kuih lapis 4 bijik,ketayap tige. *lagu NurKasih dari corong radio sebagai muzik latarbelakang.
11:00 Naik ofis, nasib nampak boss masuk toilet kafe , sembelit agaknya.
11:00 Sambung FB, eh? Dah tukar profile dah? #tips: harus alert tahu, ini penting ,boleh buat modal nyembang kerana setiap perubahan sebenarnya ada mesej tertentu yang mahu disampaikan.
12:00 Kawan bawak keronsang yang dia beli kat Beijing minggu lepas. Nak jaga hati, beli 3-4 pasang, niat nak kasi adik-beradik. Sepasang RM60! Kak, bayar pakai kad kredit boleh? Apa? Buleh juga? Kasi lima ah.

12:30 Facebook lagi. Ni ada sape ntah sedap-sedap tag baju, jamu mak dara kuat, tudung Yuna, pashmina, jersi…eh jersi?, selai tiga puluh ,dulai limaploh,.hehe, CIMB click kan mudah.
13:00 Dzuhr
14:00 Tekun bekerja

 
16:30 Asr
17:00 Balik , sekali lagi, Punctual Teras Kejayaan
17:30 lepak kat lcafe dulu dengan budak dispatch , payung sbagai tanda terima kasih tolong punch-card masuk pagi tadi ,huh kantoi, hehe…
1711 Menu petang teh tarik gelas besar, ais tepi seketul. Kuih lopes empat rasa.Mamat ni plak balun Teh Pelangi F’nN , alah yang ada tiga layer tuh, susu dekat 2 inci dia punye tebal. Dengan roti KLCC .
1800 Masuk keter, pasang Seleksi Petang di Sinar , dengan ,nice la, bertemankan Cik Fia suara persik kayangan (kekadang macam Mila AF pun ada) ,Zaidi Zainal cuti hari ni.
1810 Menyumpah kat Info Trafik, sebab dah tersilap masuk Jalan Ipoh , arggghttt!!
1815 Stuck


1830 haha, terjumpa Billboard ni, perlu upload kat fb, twitter, tagged,fotopages,tumblr,instagrm, dan my[__________] .


1930 Sampai rumah
2000 Siap-siap Solat Maghrib di ujung waktu , terus Isya’ , senang,  .. sekali wudhu’.
2100 Kuar mapley dengan bawak galaxy note  baru angkat petang semalam. Orang kata ni lagi best dari  Iphone 4s .Boleh tahan. Berbaloi jugalah rasanya trade-in Ipad2 yang baru pakai tak sampai sebulan. Online jap, ada 14 friend request, ini hasil poke kat ofis tadi.Sambil-sambil meneguk Milo Tabuh segelas dua.

22:00 Makan malam dengan housemate dekat Beriani arab Sorang dekat 11hengget gakla. Ni kene tangkap gambo, upload, senang Nek Mah  nak Tanya makan mana bila balik kampong nanti.Mujur wifi free, boleh check-in kat fourth square.

 

23:00 Esok usha port baru nak makan esok, Kamsahamida , baru bukak, kene try ni.”Sihat hanya sekali, sementara sihat, tibai la selagi boleh”-orang katalah. *bg= lagu Sorisori kat SuriaFM.
23:30 Sampai rumah.Terus balas sms ‘kawan’ yang duk New Castle sana nun. Saje-saje nak kenal-kenal.
23:45 Masih lagi melayan sms, kalau tak balas tu agak ‘rude’ tahu.
00:25 Masih lagi melayan. Lagi pulak pakai smsfree sebab sana tenet laju,murah Sini,prepaid saja.
1:00 Tidur


-#-#-#-#-


Facebook,gambar,radio, lemak,muflis…. cek!



Kalau kita ini orang luar , bila nengokkan fakta-fakta , bolehlah kita assume macam ni la gamaknya tipikal rutin harian sorang rakyat Malaysia kot.Btw, ada tambahan sikit yang SinarFm buat pertama kali dapat no.1,sementara SuriaFm paling cepat naik selepas pelancaran.Panggilan hangit itu semua sudah boring.



8 comments:

  1. Nasib baik hiddup aku tidak plain bosan sedemikian rupa.

    Mih mih mih.

    Ada ke hidup dengan FB sahaja? O.o"

    Dan ya, setuju agak "rude" kalau tak balas sms.

    ReplyDelete
  2. weh terase..HAHA!

    tp xla kronik smp cmnie..

    thanks okay..tata :D

    ReplyDelete
  3. erk???????


    owh, wa layan anime tiap2 ari...
    n layan drama jepun tiap2 ari...
    sambil basuh, sidai n lipat kain baju....



    stillllll sama jugak coz kumpul lemak...
    TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    (maap, terlebih letak tanda seru n malas nk padam)

    ??? "betul kan tu namanya tanda seru?"

    ok, otak dah mereng....
    wasalam =___=;

    ReplyDelete
  4. weh terase..HAHA! tp xla kronik smp cmnie.. thanks okay..tata :D

    ReplyDelete