| Haneda 3/11/2011 |
その前に、レーダのみんなさん、これは最後の日本の留学生としてのエントリとなりますので、ま~このさっきももっとまじめな書き方としたいとおもっています。
楽しくなくなるですが、ぜひよろしくお願いします~~
15days of tomorrows 今日は終わりだよ。
マレーシア、ヒアー アイ カーーム。
Read More
| Haneda 3/11/2011 |
1. Masuk rumah hantu fujikyuu
Ini yang paling angker ,dan paling panjang dalam dunia. Kalau tak tahan siap baru lorong untuk keluar. Robot? patung?, pe barang ni pakai orang betul la, tapi jangan siku lak dia , sebab dia memang takkan sentuh , apatah lagi peluk. Adui, aku takleh nak sembang lebat, sebab aku sendiri tak nah masuk. Inilah akibatnya kalau sikap suka menangguh-nangguh sejak 1st year, kan dah menyesal.
2.Belanja rakan
Waktu south-trip turun ke kyushu dlu, aku singgah Hakata, then lepak rumah kawan aku kat Kyushuu Inst.of.Technology.. Dia ambik pakai subaru yang cover signal dia tercabut tu.Sampai malam memasing perut dah bunyi. Dia bawak tempat yang dia rasa best , sebuah kedai udon mana ntah. Tapi yang makan hanya kami, dia melopong tengok kitaorang. Aku offer nak belanja , katanya dah makan dah. Semua setel makan , licin, kecuali aku, sebab aku bukan penggemar udon sengat. Tengok mangkuk tinggal beberapa helai , dengan kuah , dia terus tibai aku punya sampai mangkuk tu takyah basuh lagi la.
Sampai rumah dia, kami tidur , dia bangun makan megi( or makan something , not sure) > Dari situ aku tau mamat ni tgh sengkek, menyesal aku tak bersungguh offer nak belanja tadi.
Sekarang dia dah kembali ke-Rahmatullah, dan sampai bila-bila pun aku regret tak dapat belanja dia malam itu. Al-fatihah buat Alllayarham Muhammad Syafiq.
3.Hadiah Kahwin
Summer 2008, aku menghadirkan diri yang hina dan marhain ini ke Summer Camp Ipij , kat Hitachi, Ibaraki. Aku jarang pergi summer camp nih. Tapi itulah yang kali terakhir setakat la.Pergi setakat nak jumpa Ustaz Hasrizal. Memang berbaloi aku gi, 3 hari sepnajang kat sana , terasa macam nak balik sekolah lama ngajor bebudak kat sana la pulok . Ustaz Hasrizal sangat mesra orangnya, dia tak kekok ngan bebudak hingusan macam kami, kerana background pun lebih kurang, pendapat sangat masuk ke jiwa remaja (ketika itulah). Memang puas.Bukan setakat jumpa, malah dapat salam peluk, dan sempat dia bisikkan supaya kirim salam kat emak, ketika berpisah..Aje nye ye kamu,awok ndok labun.
So , adakah aku regret sebab tak tidak bertanyakan soalan yang bukan-bukan , supaya Ustaz Hasrizal boleh loretkan kat dalam Saifulislam.com?. Tidak
Beliau bawakkan dalam 10-15 naskhah Aku Terima Nikahnya , untuk dijual kat sini. Dia jual dalam 1000 yen, yang dalam wallet cuma ngam-ngam 1000 yen.Sebabkan aku sudah pun beli novel "Ayat-ayat Cinta" , maka aku berat nak beli untuk hadiah kahwin kakak aku, meskipun aku tau kakak aku ni minat gile ngan Ustaz Hasrizal ni. " Ayat-ayat Cinta" pada aku lebih make sense, sebab aku insist ada nilai nostalgia memandang akak aku ni pernah belajar kat Mesir.
Tapi aku silap. Tak sampai sebulan aku bagi novel Habiburahman itu, akak aku pun beli "Aku terima nikahnya" kat Malaysia. Kalaulah aku beli kat Hitachi time tuh, bukan takat tandatangan, barangkali kata-kata ucapan tulisan tangan Ustaz Hasrizal sendiri kat muka akhir.Mesti kakak hepi giler, siap frame lagi gantung kat dinding.
1000 yen tu pinjam kat sape-sape pun takpe.
4. Masuk rumah
Ingat dulu masa ,.........
....tak mampu nak tulis lagi.Perlu ke nak ingat benda yang kita sesalkan, yang sudah tu sudah lah, life is not moving backward,..
Setiap kali balik cuti, letih aku nak menepis-nepis soalan-soalan tentang awek jepun ni.
Hang tak ada awek jepun ka?, bak mai awek jepon sorang la, Sembang macam aku ni bapak ayam.
Bila balik kampong ,kang adala surang-suara ganjil dari celah-celah tingkap.
“hai,kamu ni, tak kesian Akiko tu, bawak la balik sekali, sian dia tinggay sana sorang-sorang..”- Laung makcik sebelah rumah yang tinggal tak sampai sepelaung itu, cuba mengorek-ngorek gossip dari diri ini.
Main sebat je nama Akiko, barangkali itu mungkin nama puteri Raja yang familiar keluar kat surat kahbar dan kaca tv.Nasib baik kat Kosmo jerk,kalau nama Miyabi pun kalau kuar kat tv1 , memang tersedak kacang aku, makcik ini menyebut-nyebut nama Miyabi. Lagipun ,kat sini aku manala ada kawan nama Akiko. Satu-satunya Akiko yang aku kenal itulah dia, Mori Akiko, lecturer material yang setelah 6 juta kali ambik exam baru kasi lepas. Lagi mahu aku bawak balik? Nak mampus?
Berbalik pada topic asal, ni antara cirri –ciri unik yang ada pada tipikal average awek jepun ,
ok goh!
1- Rambut Blonde
Sangat payah nak jumpa yang tidak ber-dye rambut ni. Kalau ada , mesti budak sekolah lagi , takpun dye kaler hitam. Berdandan itu satu hal lagi.Ini sangat ketara kalau pi korea, jalan-jalan kat NamDaeMoon tu, senang benar nak kenal mana satu awek Jepun, sebab awek korea kebanyakkannya masih lagi dassai-,darat la senang cerita.
2- Gigi
Memang tak gosok gigi ke hape? .Contohnya awek Softbank (caw. dirahsiakan), make-up kemain, sekali bukak mulut , longkang. Yang kuning , hijau , yang berkilau-kilau macam satin pun ramai. Almost gigi derang tak berapa tersusun ,dan ramai pula tak pakai brace.Merit, jika muka comel dan berlesung pipit.
3- Tak Pakai Subang
Kebanyakan mereka ni tidak bercuping.Walaupun tiada kaitan,aku tetap rasa , manusia yang tak bercuping kalau pakai subang ini aneh. Yang tak dak tebuk lubangkat telinga pun ramai.Cincin ,gelang pun jarang nampak yang pakai.Boleh kata ,awek jepun bukanlah penggemar barang kemas.Kalau pakai pun, mungkin function penting macam ball-room dinner ke , majlis kahwin ke , Majlis Graduasi sahaja.
4- Obses Untuk Kurus
Lunch nasi celup dalam teh hijau. Kenyangkah?
5- Jujur Menyukai Lelaki
Tidak sama dengan mana-mana awek asia, mereka lebih jujur jika menyukai seseorang lelaki, dan yang lebih penting mereka tidak materilistik. Materialistik di sini bukan takat harta, malah rupa, pangkat dan keluarga. Mereka sangat kritikal dalam menilai lelaki, in fact, dari memandang kerjaya , derang lagi suka lelaki yang ada sense of buying things, especially fashion, gourmet ataupun leisure thingy.
Dalam percintaan , diorang saaangat open, even orang India yang rambut pintal-pintal itu pun ,takde sebab untuk mereka kata tidak. Awek jepun sebenarnya saangat bangga sekiranya mereka ada suami, x2 jika dah jadi ibu. Ini mungkin,mereka sangat senang menjalankan tugas surirumah sepenuh masa di rumah , berbanding kerja di pejabat, kerana di luar lebih banyak terdedah dengan fitnah-fitnah. Duduk rumah takde sapa nak kacau. Abes keje, amek anak skolah.Layan karenah anak..Kalau takde , ber-yoga, tak pun bersenam dengan wii-fit ke, buat rambut ke, facial ke , nail ke.. Sebab itulah aku tak heran, wanita yang berkahwin kat jepun ni tersangatlah hot. Hot mama.
Sayang sekali , mereka sangat pasif, sangat mengharapkan lelaki yang start dulu. Ini mungkin dek kerana perangai lelaki kaum mereka ni sucks , ego tak bertempat ini.
Lain-lain.
Sangat sukar mahu detect awek jepun bila dia tengah pms .Barangkali terbawa-bawa dengan perangai ibu-ibu mereka yang hypokrit . Sangat not-outspoken, susah nak luah perasaan sendiri, lagi suka simpan dalam, lebih senang dengan easy-come -easy-go.Inilah yang membuatkan mereka ni kiut yang tak buat-buat.
Okies, just random some thought. Masih tak berapa kenal dengan awek bangsa sendiri, cuma yang perasan, gadis melayu sangat offensive. Offensive yang macammana? Itu yang kita tak tahu.
_cioau.
Gambar ehsan Syahril
Bahasa Melayu kita sungguh kaya. Masakan tidak, huruf E pun ada dua sebutan. Ê talêng dan E pepet.
Ê talêng-> Ali sêpak bola
E pepet-> Ali sepak muka adiknya yang tak reti sêpak bola.
________________________________________________________________________________________________
SAYA bekas pelajar kolej swasta tetapi berhenti separuh jalan kerana tidak meminati kursus ditawarkan. Saya mengambil jurusan itu kerana desakan keluarga sebelah ibu. Ibu saudara memaksa saya melanjutkan pelajaran di kolej itu.
Apabila saya menyatakan ada minat sendiri, mereka tidak mengendahkan permintaan saya.
Saya hanya ingin meneruskan pengajian di politeknik, tapi ditentang keras.
Setelah gagal meneruskan pengajian, saya hanya melepak di rumah. Ini menyebabkan keluarga menggelar saya pemalas kerana tidak mencari kerja mahupun sambung belajar.
ANA BOSAN
Putrajaya
10/6/2011
-#-#-#-
Antum bosan ye? Ana pun bosan jugak
First sekali adik kena banyak belajar untuk bersyukur, dan adik patut bersyukur.. Ini kerana keluarga adik sudah pun meletak satu tahap piawaian yang abang rasa tinggi bagi adik, kerana mereka yakin adik boleh buat. Ingat senang ke nak bagi orang yakin kat diri kita, walaupun datang dari keluarga sendiri.
Tak macam keluarga abang. Mak abah abang target setiap anak diorang cukup habis takat SPM ja. Abeh SPM suka hati nak pi mana. Kalau tidak kerana sepupu masuk UM, sekarang abang mungkin menjadi seorang model seluar dalam.Maklumlah, orang kampung , suka banding-bandingkan anak derang.yang tensennya kita.
Adik duduk kat Putrajaya,, sedar atau tidak keluarga adik dikelilingi oleh masyarakat intelektual yang kuat sokong kerajaan. Adik duduk kat presint berapa? Eh , melalut pula.
Sekarang adik sudah boleh anggap SPM itu sekadar main-main sahaja, kerana HIDUP yang sebenarnya baru bermula. Untuk pelajaran pertama, belajar menangani tekanan . Adik tak suka kursus , tapi kena belajar lebih dari sekadar beljar kat dewan kuliah- yakni macamana nak lawan tekanan. Adik, percayalah, hidup 30 tahun mendatang akan penuh dengan ranjau dan tekanan, yang boleh buatkan adik sampai tahap sanggup makan selipar sendiri. Kalaulah benda singkat begini pun tak boleh handle, abang tak rasa , adik boleh berjaya dalam bidang lain yang adik kata adik minat itu.
Maaf, bukan nak perlekehkan minat adik itu. Abang sendiri pun banyak kawan-kawan yang belajar kat politeknik.Persoalannya, memilih kerana minat sebenarnya bukan sesuatu yang senang.
Abang dulu minat giler kat KRU dan rap yang cakap laju-laju itu. Sejak sekolah, abang dengan 2 orang rakan lain siap wat boy-band, derang nyanyi- abang tukang rap, sampailah sekolah menengah masing-masing pindah randah masuk sekolah pilihan keluarga masing-masing. Cuba adik bayangkan, kalau kami terus keras hati dengan minat kami. Masuk mentor kene rijek, masuk AF kene rijek, masuk LG ,masuk Ganstarz pun kene rijek, apakah adik fikir kami buleh tahan tekanan macam itu setelah 14 tahun bersama?
Katakanlah adik tak suka dengan kursus kat Kolej itu sekalipun, adik berhak untuk kata tak suka, dan tanya mengapa pula pada family sebab mereka tak suka.. Banyak benda mungkin kat sini, mungkin family adik tak nak adik duduk jauh masuk politeknik , mungkin sekali diorang tak sukakan politeknik itu sendiri., mungkin juga kursus kat kolej itu sekarang boleh di-link mana U bila adik abis, atau mungkin boleh jadi, kursus itu hot dari segi market kerja, dan mereka ada perancangan tersendri sumbat adik kat mana-mana bile adik habis nanti ke, mana tau. Pokoknya , bincang.!Rugi, membazir masa muda-muda dah melepak kat rumah. Nanti adik dah kahwin, baru menyesal, baru nak terhegeh main paint ball, sedangkan anak dah nam.
At least, dengan berbincang, boleh kurangkan tekanan adik- salah satu perkara baru tentang .kehidupan
Apapun keputusannya , abang doakan adik jumpa apa yang. betul-betul perlu dari apa yang selama ni adik nak.. Bukan semua yang kita suka itu kita dapat, tapi kita kena suka apa yang kita dapat-itulah realiti hidup.
Good Luck
Oh, lagi satu.
Abang selalu fikir seorang doktor yang terer masak itu cool
seorang mekanik power goreng kapuk itu macho,
dan seorang cikgu cekap repair superbike itu pulak awesome,
Ke adik fikir camane?
_ciao
p/s: sapa-sapa kenal Ana ni, tolong forwardkan ni kat dia, kesian.. (dari sini)
Boring-boring hujung minggu tak tahu nak buat apa , selalunya gi lepak kat Book-off depan rumah.
Biasanya datang tengah hari balik senja, tanpa beli seketul buku.hahaha..
Cuma hari ni (tipu, bukan hari ini, ntah bila-bila tak ingat), gigih bawak 12 naksah buku lama yang pakai masa blajar hari tuh , dengan harapan dapat di-redeem kan dengan sekurang-kurangnya sebuah buku yang baru
Haram.
Dari 12, cuma 2 je dia amik, alasannya, customer tak cari buku rujukan subjek kat kedai dia. Woi!!, ni ilmu jugak tau tak.
Takpelah, kembali dengan perangai sakai ,ambil satu, membaca berejam , membeli haram.
Kelmarin member gi temankan
aku re-new geran kereta, kereta dia la , aku mieskin.Kereta dia canggih, siap
ada navigator yang boleh cakap-cakap. Tapi taklah secanggih navi Lexus Mark X yang pakai operator orang
betul tu. Real, orang real, boleh jadi awek real yang bersuara husky dan muka
persis Kiritani Mirei, servis 24/7. Siri?Voice Talk? Menatang apakah?