Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Perdana Menteri Malaysia Selepas DS NAJIB RAZAK

3 comments


Inilah PM ke-7 ye adik2.Itu pun dengan andaian kalau UMNO/BN masih berkuasa sekurang-kurangnya sampai PRU 15
DS AHMAD  ZAHID HAMIDI






Atee, bangga teman ,akhirnya ada gak orang peghak jadi pm yerr..


TAPI..


Kenapa bukan…




TS Muhyidin Yassin

Umur
Seniority : TSMY> Najib.melihat keadaan sekarang, Najib mungkin jadi PM , at least untuk 2 penggal iaitu 8 tahun ++. By the time Najib lepaskan jawatan , umur TSMY sudah terlalu tua.
Tak sebulu
Kalau mengikut keputusan PU UMNO 2004 , sepatutnya TSMY menjadi TPM selepas Pak Lah jadi PM. Tambahan pulak Pak Lah ngan TSMY ni dulu satu team B .Najib ni team A, tak kisah lah walaupun dia ni team A jadian  dulu , tapi  disebabkan  pengaruh TunM masih lagi kuat , TunM  berjaya mempengaruhi PakLah untuk angkat Najib jadi TPM masa itu.
Aku lagi layak, pasaipa ko bagi orang selepas naik aku TPM lak?? Berbulu kot .
Yup, TSMY dengan Najib memang tak sebulu , lagi2 la bila Najib potong que , ni skang bila Najib jd PM, TSMY cuma dibagi jaga menteri pendidikan sahaja. (selain TPM)
Bukanlah nak kata Pendidikan tak penting , tapi secara tradisinya, mana-mana portfolio kritikal negara seperti Kewangan, Pertahanan dan Dalam Negeri sepatutnya dipegang samada PM dan TPM.Ni tak. Pertahanan bagi Hishamuddin, Dalam Negeri bagi kat Zahid , dan kewangan tapau kat Najib sendrik jelas lagi bersuluh , selagi Najib jadi PM  dan bersara sebagai Mantan PM,selagi itulah TSMY tidak mungkin akan jadi PM ke-7!!


Kenapa bukan…
DS Hishamuddin Tun Hussein
Walaupun sepupu, Hishammudin bukan pilihan sebab dia ni dulu orang kuat TunM ,dan dia ni genuine team A dulu, bukan macam Najib , play safe.Eh, bukan TunM ke yang naikkan Najib? Apahal Najib nak cuak balik kat TunM??
Brader..TunM Cuma balas budi bapak Najib je...Kegagalan utama TunM ialah meyediakan sekumpulan pemimpin pelapis yang berfikiran macam dia jugak. Beliau gagal pilih pengganti untuk teruskan legasi dia .Najib pun tahu TunM bukan harap sangat dia mampu pimpin Malaysia.
Tapi ntah pasaipa , dia terkenangkan Tun Razak barangkali , tuptup , diangkat Najib, dengan harapan Najib boleh jadi macam mentor dia (Tun Razak) dulu jugak…
Selagi TunM hidup, Hishamuddin takkan jadi PM lepas Najib, titik.



Kenapa bukan…


KJ
Rilek brader.Walaupun aura kodalam pemuda  lain macam, perjalanan ko masih jauh. Setidak-tidakya bukan untuk dua atau tiga penggal lagi.





Kenapa bukan…
DS Shafie Apdal
Sapa ntah dia ni?? Dua benda yang aku tau pasal dia, dia ada Alphard kaler silver,sebab aku  ternampakmasa aku touch down balik Jepun hari tuh kt KLIA.Satu lagi, dia ni calon feveret untuk Naib Presiden akan datang. Sumbangan dia initiate UMNO kat Sabah menjadikan mengapa dia cepat naik secara tiba2, tapi semua orang tahu , benda yang  naik cepat , biasanya turun pun cepat..







Kenapa bukan…

DS Mukhriz Mahathir
Kalu Hishammuddin genuine supporter, dia ni bapak proxy untuk TunM. Out of race.
Dengarnya dia nak mencabar untuk Naib Pengerusi. Kalau pencalonan cukup , dia ni bakal pencabar hebat  Hishammuddin(memandangkan calon dari Sabah,Shafie sudah secure). Tak keterlaluan kata kalau kalah pun tipis je.Undi pemuda sangat kritikal.Mana-mana calon yang ngam dengan KJ, itulah yang menang, obviously orang itu pasti bukan Mukhriz..Sorry datuk.Next season maybe.


 ................................

Bagaimanapun, ini ramalan sahaja. Itu pun kalau Najib tak buat benda merepek-repek , contohnya jual Genting kat Israel ke.ataupun lantik Rosmah jadi Senator sebelum jadi Menteri Wanita Dan Permata (kementerian baru)
Ko ingat lagi first time dulu  tengok sarkis, macammana persaan kau? Kagum ..whoaa whoa omaigodd.
Masuk kali kedua pun kagum lagi, tepuk tangan.. kali ketiga pun,, keempat kelima..keenam ketujuh ..

Tapi kalu dah tengok hari-hari, masuk umur 27 tahun, takkan takleh agak kot paten sarkis tunak wat orang kagum camana.Macam itu jugaklah alif mim nun wau, alif tendang wau..AMNO.

Read More

Monday, August 31, 2009

Merdeka ke-52

2 comments




Baru aku perasan , dikala ini ,entah mengapa semangat patriotisme dalam diri pun semakin pudar.Mungkin aku menuntut di seberang laut, ataupun sudah malas nak ambil tahu berita-berita dari Tanah air, lebih2 lagi bila ianya menyentuh hal-hal politik.Pun begitu, aku sangat terhutang budi kepada kerajaan Malaysia , Duta kat Tokyo khasnya, kerana tidak pernah miss hantar scholar tiap-tiap bulan,on time lagi, arigatou gozaimashita!!
Jujurnya aku tidak memahami gagasan 1Malaysia yang diteraju oleh Dato Seri Najib nih.Sekali-sekala cuba jugak google kat mane2 site, terutamanya yang pro-gamen,dan pada hemat aku, mungkin ia tidak lebih sebagai counter konsep Malaysia for Malaysian oleh DAP,dan penerimaannya masih belum boleh dicongak lagi sebenarnya.
Dibesarkan dalam suasana kampung, sekolah pon 100% Melayu, even keluar masuk 2 biji U pon dikelilingi dengan muka-muka Melayu, membuatkan aku sangat terasing bila aku masuk Ipoh, Teluk Intan, ataupun Batu Gajah, yang rata2 orang kat situ orang cina.Bila sampai Jepun, barulah dapat kawan Cina,original dari China, dan member India dari India,pathetic sungguh...Hope lepas pulang ke tanah air nanti , dapat ramai kawan2 dari berbilang-bilang bangsa,tak kirala cina ke,india ke, kadazan ke , bajau ke, murut ke,. dari situ barulah kita tahu,siapa sebenarnya kita di atas dunia ni , .. kita bukanlah siapa-siapa...

"kita adalah siapa kawan kita..."-Dato Dr Haji Ahmad Fadzillah Kamsah.




15MALAYSIA.COM--look-through into Malaysian in different perspective


15malaysia

15Malaysia, merupakan satu projek usahasama antara beberapa pengarah filem tempatan serta ikon-ikon >politik negara seperti Menteri Kesihatan,Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai pelakon, filem pendek mereka. Jika selama ini, mungkin hanya karya tertentu sahaja ditayangkan di kaca televisyen,(bergantung kepada penaja-penaja tertentu),kali ini karya-karya pengarah berbakat ini bebas memaparkan hasil karya mereka tanpa sekatan dan tapisan.Ade diantaranya yang 18sxg, so, pandai-pandailah ek, ambil yang jernih, buang keruh... ciao






Read More

Tuesday, August 18, 2009

H1N1 dibulan Ramadhan

0 comments

Pada hari semalam (17 Ogos 2009) saya telah terserempak dengan seorang kawan lama saya. Dalam perbualan yang makan masa kira-kira 5 minit itu, dia sempat memberi satu petua tradisional bagi mengelakkan jangkitan H1N1. Ianya menarik. Sila baca seterusnya:

Saya rasa teruja bila mendengar petua mudah itu: "Minum air kelapa (hijau) muda dicampur buah kurma (tamar)". Sememangnya saya tidak pernah dengar petua ini. Mungkin juga ia adalah petua yang baru lahir lantaran penularan wabak H1N1 yang secara relatifnya juga baru. Secara umumnya, saya percaya bahawa Air Kelapa Muda adalah penawar yang insyaAllah mujarab, begitu juga Buah Tamar, terutamanya jenis Ajwa atau Kurma Nabi. Jika anda mahu cuba petua ini, silakan. Tapi jangan lupa untuk pakai topeng bila berada di tempat-tempat awam.

KHASIAT AIR KELAPA MUDA

Dari sudut kajian moden, air kelapa muda rendah karbohidrat, 99% bebas lemak dan juga rendah gula. Ia juga mengandungi kompaun organik yang menggalakkan pertumbuhan dan pengekalan tubuh yang sihat. Antara khasiatnya:

• Menyejukkan tubuh badan dan menseimbangkan suhunya
• Minuman isotonik asli, menyegarkan (menambah air) kepada tubuh
• Mengangkut nutrien dan oksigen ke sel-sel
• Menambah semula secara semulajadi cairan tubuh setelah bersenam
• Meningkatkan metabolisme.
• Menggalakkan turun berat badan
• Meningkatkan sistem ketahanan tubuh
• Menyah-toksik (detoxify) dan melawan virus.
• Memberihkan saluran penghadaman
• Mengawal kencing manis
• Membantu tubuh untuk melawan virus yang menyebabkan selsema, herpes dan AIDS
• Menseimbangkan PH tubuh dan mengurangkan risiko kanser
• Merawat batu karang
• Meningkatkan kelancaran aliran darah

Air Kelapa Muda yang biasa kita minum sebagai pelepas dahaga ternyata memiliki banyak manfaat. Manfaat atau khasiat air kelapa muda ternyata bukan hanya sebagai penawar racun atau alergi tetapi air kelapa juga memiliki banyak kegunaan yang lain. Di Indonesia Air kelapa kerap diasumsikan sebagai limbah. Padahal, ia memiliki khasiat dan nilai gizi yang dahsyat.

Jika diteliti lagi, dalam air kelapa juga terdapat berbagai vitamin. Sebut saja vitamin C, asam nikotinat, asam pantotenat, asam folat, biotin, riboflavin, dan sebagainya. Jadi jelaslah bahwa air kelapa mengandung unsur makro dan mikro yang cukup lengkap.

Air Kelapa Muda juga mengandungi kebanyakan garam galian yang baik seperti potassium (290 mg%), Sodium (42 mg%), Calcium (44 mg%), magnesium (10 mg%), Phosphorus (9.2 mg%), iron (106 mg%),
and copper (26 mg%). Ia juga adalah antiseptik dan menghapuskan racun mineral. Dalam kes taun dan juga ceret-beret yang kronik, ia telah digunakan dengan berkesan di Sri Lanka dan beberapa negara lain.

Air Kelapa Muda adalah minuman isotonik asli. Ia mempunyai tahap keseimbangan elektrolait yang sama sebagaimana yang ada dalam darah kita. Pada masa Perang Pasifik 1941-1945, para tentera telah gunakan Air Kelapa Muda (disedut secara terus dari buahnya) sebagai rawatan kecemasan pengganti plasma bagi tentera yang cedera.

Antara ciri Air Kelapa Muda ialah ia elok diminum secepat mungkin setelah dibuka buahnya. Ini kerana bila saja ia terdedah pada udara, kebanyakan dari ciri nutrisi dan organiknya akan hilang, dan ia akan mula berubah menjadi tapai (ferment).

Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah "menyelamatkan nyawa" ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.

Petua ini mungkin ditunggu-tunggu oleh sesetengah orang: Air Kelapa Muda dicampur sedikit Madu kemudian diminum adalah berkhasiat untuk memulihkan tenaga batin . Mungkin ini berguna bagi mereka yang bermasalah sedemikian.

KHASIAT BUAH KURMA

Ada sumber mencatat begini: "Pokok Tamar ini ibarat "ayah saudara kita".... Jika disentuh debu jantan, gosok pada tangan dan cium, masyaAllah baunya seperti air mani. Bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah SWT jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam as. Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya." (Ini adalah sekadar petua, saya tidak jumpa sebarang Hadis mengenainya).

"Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah SWT nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering." (Ini juga adalah pendapat).

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit. Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.

Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

KESIMPULAN

Saya pungut maklumat-maklumat di atas dari berbagai sumber. Anda tentu perasan bahawa Air Kelapa Muda dan Buah Tamar ini dianggap "sebahagian dari kita" atau "amat serasi dengan tubuh manusia". Ia dianggap sebagai ubat asli (natural remedy), sebagaimana juga Madu. Mungkin "kunci" kemujaraban perubatan berada di situ. Yang serasi dengan manusia menjadi penawar yang mujarab. Wallahua'lam.

Selepas ini mungkin Buah Kelapa Muda laris di pasaran. Bagus juga, bolehlah bantu masyarakat Melayu luar bandar meningkatkan pendapatan mereka. Walaupun belum ada kajian saintifik yang membuktikan bahawa Air Kelapa Muda dan Buah Kurma berkhasiat menghindarkan jangkitan H1N1, pada hemat saya, eloklah kita selalu meminumnya kerana manfaatnya banyak.

Wallahua'lam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan menghindarkan kita dari wabak H1N1.

Read More
Related Posts with Thumbnails