1.High-Light house family
Sape-sape yang tengah wat slide show, tunjuk-tunjuk gambar lama time-time anual party ke , hape ke, masih buntu nak pakai lagu background ape, aku syorkan korang pakai lagu ni.
Point yang pertama, suara penyanyi yang macam suara dekan korang. Bukan? Tak sama langsung?
Ok , point kedua sebab lagu ni memang diciptakan untuk graduasi, also motivational penetration for those want to archive even more tremendous things in life.
2. 3月9日- Remioromen
Da Ultimate Graduation Song ever!!. Masih tak sure apa significant-nya 9 haribulan 3, sebab rata-rata sekolah mahupun universiti kat Jepun, tahun pengajian habis sebelum bulan 3, dan semester baru start awal bulan 4 .Oh,. mungkin ramai yang nak wat farewell party awal-awal bulan 3 kot , aku syak. Saja letak video dia kat bawah, nak tunjukkan walau seindah mana pun nilai artistik dia , indah lagi ciptaan Allah dalam video ini. Yakni langit , bulan dan Horikita Maki ..
3.Gemuruh- Faizal Tahir
Bila dah list lagu ni, tolong jangan lak dok ingat yang aku dah like kat fanpage AF,MyStar, Mentor, blablabla ntah hape jadah lagi ntah.Lagu ni 1st time dengar dua tahun lepas, masa balik kampung, ada sorang pakcik nih,jiran aku dok pasang kuat-kuat , ulang-ulang banyak kali.Tak tahan dia pun nyanyi sekali.
Suara boleh tahan.
Well, makin banyak dengar ,makin terasa yang lagu ini semacam, ..semacam memberi inspirasi kepada sesiapa yang ingin berjaya macam jiran aku tuh untuk mencuba nasib dan berjaya macam Faizal Tahir sendiri. .Sayang, audition bagi contest-contest cmni ada had umur , kalau tak..
..tolong la kata ada.
4.I'll be there for you-The Rembrandts
#Friends- satu-satunya sitcom yang aku teruja nak tengok sebelum masuk asrama.Ingat lagi, nak tengok punya pasal, terpaksa berpura-pura tidor awal, nak kasi semuorang tido dulu.Segan kot nak tengok famili.Then baru bangun balik, sebab sitcom start kol 11, dan dilabel 18sx.. Hah!, tak kire, sebab time-time tu la nak belajar english secara efektif dan menyeronokkan.
Seronokkan citer ni?
*Kami budak kampung
5.Bernafas Dalam Lumpur-Wings
Evergreen. Satu bentuk sindiran halus dan tajam pada sesiapa faham apa makna persahabatan.Sejati itu ialah persahabat yang tak mengenal rupa dan memilih bulu, selagi kita sekapal, kita adalah sahabat, bak kata pepatah inggeris, 'the best ship is friendship'..
.
6. 春夏秋冬(spring,summer,autumn,winter)-Hillchryme
Tempat di benua lain aku tak tau, tapi kat sini umumnya kami lagi selesa menggunakan 'musim' daripada bulan sebagai indikator masa. Contohnya;
"tak jadik balik spring, aku balik summer dpn"
"yahoo,tiket Oozie summer da dapat! eh silap , tiket winter ,xoxo;"
Lagu ni juga boleh menjadi reminder pada bebudak junior nak wat apa setiapkali musim ni bertukar.
Cess, aku pasti akan merindui nak guna perkataan 'winter, spring. summer dan autumn' sebab di sana cuma 2 saja 'musim durian dan musim banjir'
*bunga api masa summmer.
ماهر زين - ان شاء الله.7
Jap, nak pakai songkok jap.
ok.
Ana suka lagu ni..
Penyanyi kegemaran mak-mak yang ade anak-anak dara lepasan universiti ,tapi masih solo,kerana pengen mahu bermenantukan insan seperti Maher Zain ini - perlu diberi kredit, kerana berjaya menghasilkan lagu yang menghibur hati dan penuh berisi..
Ini lagu past-future tense.
Nasihat untuk diri sendiri di masa lampau supaya menjadi di masa depan, yakni sekarang..Dalam mengenang kenapalah payah sangat nak lepas paper-paper ini.Naik turun naik turun library berulang-kali, aleh-aleh exam takleh jawab jugak. Rupa-rupanya ini janji yang Maha Pencipta. Diciptakan kesusahan bagi setiap Hamba-Nya, kerana setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Maka bersyukurlah antum yang masih dalam kesusahan, InsyaAllah setiap yang tersimpul pasti ada pelerainya.Cuma pelarainya masih belum terjumpa kerana antum tak pergi tanya sendiri pensyarah antum , apa soalan nak keluar dalam paper esok..InsyaAllah ,pasti ada jalannya.
Recommended to those yang nak belajar bahasa arab . Selain efektif, ia juga berfungsi sebagai motivasi supaya tak cepat give-up. Insya-Allah.
Aii... kan bagus kalau lagu ni dah ada time form 3 dulu.Mesti ana jadi pelajar kesayangan Ustad Kholid.
8.Photograph-Nickelback
Nicolas Cage menyanyi pulak dah..haha..
Barangkali bagi yang minat fotografi ,pasti akan tersengih sorang-sorang setiap kali tengok gambar-gambar lama, gambar beratur ramai masa pergi piknik 1st year dulu . Kalau aku, selagi takde muka sendiri kat dalam tu, hati memang terhibur. Kenapa? Entahla....Setiap kali tengok muka kat kad matriks rase nak menyumpah je. Asal la selekeh sangat time ni.
9.Arigatou-Kokia
Berapa ramai kat sini yang bile jumpa kawan-kawan satu kelas masa majlis reunion , cakap depan-depan;" terima kasih beb, kalau tak berkawan ngan ngko dulu, aku ntah sape-sape la skrang..." ..?
Haramm..Takkan nak cakap ye tak? Jatuhlah air muka .
Tapi aku pernah alami sendri , depan mata. Ada seorang hamba Allah datang dekat dengan kawan aku ni. Waktu tu tengah syok nyembang pasal nostalgia lama kantoi tengok tv tengah malam ke hape ntah..Hamba Allah ini pun tepuk bahu member aku ni dan sayugianya dia pun berkata;
"Oi lahawau!!, kalau ko tak rembat pensel dobi aku masa exam kh dulu, mesti aku boleh masuk sekolah teknik tu tau tak"
Jangan salah faham,ini adalah kata-kata perhargaan yang biasa terucap di kalangan kami.Sebab setahun selepas PMR tu dulu , sekolah teknik tu ada kes, masuk paper, budak kene hempuk kepala pakai paip besi, bergaduh berebut perempuan ke hape. Ramai gak ah masuk lokap polis .Mujur dia tak masuk sekolah tu tahun tu , kalau tak entah le , iye dok.
10.Doa Perpisahan -Brothers
Mana songkok tadi?
Jumpa.
Ini kalau akak ana yang dengor , tobat nanges berlegho-legho nih.
Anyway, setiap yang berjumpa mesti kena berpisah, what a big deal. However, the time we met after,it's never been the same again, same as the moment that we enjoyed a long time before.Good to have such a great song like this,yet we can called it a doa- Yup, 'kenang daku dalam doamu' could be lame for the moment. But believe me, when the time turn, we are gonna begging for others help, at that time we realized ,someone's doa could be rescue when we realized nobody help
That doa cames from our sweety friends who made us annoyed everytime.
That doa cames from our rival ,who we always thought they could stab us from behind
That doa cames from the one we left on bed because we didn't wanted to miss in the morning.class
THAT DOA CAMES FROM OUR FRIEND aka housemate(for those have)
You is what your friend look alike.
Doa orang yang tertindas , Insya Allah ,akan termakbulkan .Kesimpulannya kalau nak menindas kawan,tindas biar kaw-kaw, time raya pun takyah mintak maaf balik.Tapi, bila dah susah-susah nanti, give them a call and kasitau problem,sure they 'll help by praying to Allah's grace for you.
Mudahnyeeee....(kalau tak tau malu buat la).
Thanks to my sister.
Akak ana memang minat habes ngan Brothers, cd-cd habis sumer dia cover, wat koleksi kat rumah. Akak ana cun ke tak? mestilah cun. Bukan takat cun je, pandai main gitar lagi, takkan tak kenal kot akak ana sape? -ana rafalli .
......................
Orait, inilah seleksi kegemaran aku , khas buat sesiapa yang masih dalam mood graduasi, atau yang masih lagi tergamit dek memori lama ketika mahu tinggalkan dunia 20+tahun sebagai seorang pelajar dahulu, atau korang ada seleksi sendiri ke, share-sharelah untuk pedoman kita bersama.
Banyak sangat yang nak di-regret sepanjang bergelar student .Itu lainkalillah kita sembang . Cuma pada siapa yang masih belajar,kalau nak gelak, gelaklah kuat-kuat , sebab kamu sekarang sedang gelak demi kegembiraan kamu sendiri.
Kalau nak nangis, menangislah puas-puas, sebab kamu menangis demi kesedihan kamu sendiri.
Kalau nak berlari, berlarilah laju-laju, sebab apa yang kamu kejar, demi kepetingan kamu sendiri.
Kalau nak melompat, lompatlah tinggi-tinggi, sebab yang apa kamu gapai,demi kenyang perut kamu sendiri.
Ntah bila ada peluang begini lagi.
Kerana , selepas ni ,kamu akan buat kesemuanya demi orang lain pula.
_ciao
p/s: 3 is `san`, 9 is `kyuu`, when someone wrote `39` , means they know how to appreciate you in a simplest way.
Read More



