Jadinya sini ikhlas mau aku bertanya dengan korang.
Jujur ya,
Assalamualaikum.
Semalam nak pergi kenduri kena memilih, banyak sangat . Yang nak wat khatan anak pun ada. Baru abeh UPSR kan. Ni tarikh best nih, kalau aku ada anak pun aku khatankan hari itu jugak, erk? That's mean aku kene kahwin pada 9/9/99, dan haruslah menimang anaksulung mase 01/01/01.
Apapun, cuma ada satu kenduri kahwin je yang sempat pagi tadi
Kanopi dia buat asing-asing, laki-laki dan perempuan.
Dari situ pun kita boleh tau background family camne.Tapi musykil juga, penting sangatkah nak jaga tarikh yang keramat-keramat ini , sampai lupa orang nak sembahyang Jumaat ?
Entahlah...
Aku ngan bonda makan asing-asing. Budak kenit tu pulak ikut bonda. Biasa cenderamata sekarang bukan sebarang-sebarang.Dalam beg kertas tu paling kurang kena ada sebiji forero roche koman2 apollo roka.
Gadis bawah umur yang pakai gincu tu mengkeleng-keleng bakul yang sarat keliling tetamu yang ada, termasuk aku.
Agak kurang ajar kalau bukak dan-dan itu juga tahu.
Tiba-tiba budak kenit datang kat aku.
"Ni dalam dapat apa chu!!"
"Bukakla sendrik.." jawab aku dengan rilek2
lama dia termenung tengok dalam tu
semacam tak puas hati,..
aku mula menduga, mesti dia nak pau sumi mangga tuh..Sumi mangga memang feveret kami.
Perlahan-perlahan dia angkat muka
jauh matanya menjengah ke biji mata aku
"Chu , apasal orang lakinye ade telor!!?"
Pakcik sebelah sudah mengekek ketawa.
Bahasa Melayu kita sungguh kaya. Masakan tidak, huruf E pun ada dua sebutan. Ê talêng dan E pepet.
Ê talêng-> Ali sêpak bola
E pepet-> Ali sepak muka adiknya yang tak reti sêpak bola.
________________________________________________________________________________________________
Hari ini hari Jumaat
Dah masuk 12 hari kita puasa.
Dekat luar panas bukan main.Terik.
39 darjah celcius.
Mujur hari ni cuti umum, sekolah tutup, pejabat tutup, library tutup, semua benda nak tutup.
Tapi kena keluar jugak.
Sebab kena gi Mesjid, sembahyang.
Pergi ngan sorng brader nih.
Humang aih, panas betul , nyesal tak bawak payung tadi
"Sabarlah, kat padang mahsyar nanti lagi panas..."-kata dia.Aku diam.
Aku masuk mesjid, naik ke tingkat 2, dia panjat sampai tingkat 3, sebelah imam barangkali.
Abeh sembahyang ,aku tunggu bawah, tekak kering, peluh mencurah-curah,mata kejap nampak kejap tak, panas-panas camni memang boleh buat gaduh.
"Sabarlah, kat neraka nanti laaagi panas"
Apa masalah kau?
Yang ko yakin sangat aku masuk neraka pehhal?
-bisik dalam hati la tapi.
Sampai rumah terbungkang, kipas bukak sampai 3, air-cond 18, setel.
Sedar-sedar dah pukul 6:40 petang, lagi 5 minit nak buka..
Persoalannya di sini, berapa katikah pahala puasa aku untuk hari ini?
Selamat berpuasa-<
2005 , tahun di mana semua ahli keluarga aku berkumpul di malam pertama berbuka puasa.Tahun pertama bagi kakak aku yang baru selesai pengajian di Mesir, berbuka di kampung - juga tahun terakhir bagi aku yang bakal meninggalkan Malaysia yang indah permai itu. Tahun tu jugak tahun terakhir sebelum mak abah terima menantu pertama, juga tahun terakhir arwah opah menghabiskan sisa-sisa hidup sebelum kembali ke Ramatullah.
Dan itulah kali terakhir kami berbuka puasa bersama di hari pertama dalam satu keluarga yng solid.Lepas ini tak tau bila lagi...
Macam biasa, masa buka, mak akan letak terus periuk nasi atas meja, senang, takyah banyak cerita.Sebabnya mungkin;
Pak Akob (bkn nama sebenar) , merupakan penoreh getah yang cekal, tabah , berani serta berwawasan.Manakan tidak, seawal pukul 4 beliau sudah pun keluar menoreh.Sebelum subuh , 80 pokok sudah siap ditoreh.Selesai solat, pekena nasi lemak+kopi kapal korek, gosip2 ngan Mak Limah , isteri beliau sampai tengahhari beliau pun keluar memungut susu getah, sebelum dijual kepada Mat Dawai(pun bukan nama sebenar).Begitulah rutin seharian Pak Akob sebagai penoreh getah.
Bagaimana pun, menoreh hanyalah part-timer sahaja.Profession beliau sebenarnya seorang Jaga kat kilang kasut Bata kat Pekan.Shif senja sampai pagi esok, petang beliau tolong MakLimah jual goreng pisang tepi jambatan tu.Tidur? Ntahlaa...Tapi nak elakkan dari berprangsangka buruk, pstt...pondok Jaga kilang tu ade set sofa, ade tv siap ngan astro lagi, tiap2 hari pasang Sinar kuat-kuat. Ler, bayar mahal2 tiap2 bulan , dengar Sinar jerk, apekehal??.Cumanya, Pak Akob memang beruntungla sebab dapat tokey yang memahami, jarang nk jumpe boss layan kuli macam boss.