Thursday, October 27, 2011
Last Assignment
Thursday, October 20, 2011
Cara halus untuk tegur perempuan supaya bertudung
Aku dalam dilema.
Apatah lagi kakak-kakak aku, sepupu-sepipit aku , makcik-makcik aku, Alhamdullillah semuanya bertudung belaka.Nak assume keluarga aku ni keturunan Syed , tak juga ,walaupun pernah terfikir nak buh nama anak dengan awalan Syed.
Kejadahnya..
Jadinya aku ralat bila orang mintak nasihat-nasihat agama nih, lagi-lagi bila sentuh hal orang perempuan. Kamal, walaupun nama beliau bukan Kamal, anggap je la dia ni nama Kamal.
Kamal dah lama kenal Aminah, sekali lagi walaupun nama beliau bukan Aminah, anggap je la dia ni nama Aminah, derang kenal sejak form 4 lagi ,dan sekarang tengah tunggu first born derang Desember ni.
Happy for them instead.
Cuma yang tak syok, entah dimana silapnya masa kat maktab elok je ayu bertudung,berstoking di kaki, tapi bila masuk U, tudungnya entah ke mana melayang-layang dihembus angin bayu.
Sampaila sekarang, Aminah masih lagi `selesa`, dan barangkali akan terus selesa memandangkan dia tidak bekerja dalam ofis-ofis gomen, yang terkenal dengan keberadaan kakak-kakak kerani ropol-ropol yang kerap mengunyah ketika waktu berkerja.
*..kruup ..kruup
Dia kat private sector, yang dikelilingi oleh macam-macam bangsa selain melayu.
Kamal pula baik budaknya. Dia pun kaget masa memula dulu. Tapi atas dasar cinta the one and only , dan you is my first ever lasting forever , dia terima seadanya sampai kekal ke pintu syurga.
Macam mana agaknya nak ke pintu syurga ye dok?
Andailah kalau mati esok, lusa, jenuhlah tunggu kat pintu syurga, manalah bini aku tak sampai-sampai ni ,dah dekat 7000ribu tahun dah ni,
takpun yang jadi sebaliknya.
"Ade cara tak?"-dia runsing.
Kalau Ustaz Ismail Kamus ajar , masa bini tengah tidur,dekatkan dengan telinga dia kita kena bisik pelan-pelan, selawat 3 kali, pastu cium dahi dia slow and steady.Tapi sebab tak berbini lagi, takut pulak ko pikir aku ni pervert, hentai dan yang bukan-bukan.
Macam ni jelah,orang selalu kata hati perempuan macam cekelat M&M , keras di luar, cair di dalam. Dirinya lemas dikongkong, tapi sangat sukakan komitmen, suka benar ambil berat, detail.
So apa kate try cakap camni kat bini ko
.....
"Mi (umi), nak mintak tolong buleh tak?"
"uhmm.."
" Nanti lepas sembahyang ke, bila-bila ke, umi tolong doakan Bi (abi),...doakan supaya dosa abi terampun,dosa yang abi tak mampu nak tegur umi, yang abi terlupa tanggunjawab abi kat umi, dosa yang sengaja biarkan umi dalam dosa,...tolong ye umi..."
......
Takpun, bila-bila korang berdua keluar jenjalan kat QueensBay ,.tengah sedap sedap mengusha-ngusha, panculkan kata-kata cmni.
"Eh , tu bukan awek pre-paid hari tu ke? Cantik dia pakai tudung"
"Yang mana ni?"
"Tu ha, ..mm orang pompuan ni rupanya lagi cantik kalau dia pakai tudung kan, Umi?"
Kalau takda apa-apa follow up pastu, maknanya itu sumer salah ko. Engkau yang tak pandai.
Tak pandai pilih.
_ciou
Read More
Monday, August 29, 2011
Sahur serba serdahana
Tadi aku makan biskut Rocky waktu sahur.
Ini bermakna, aku adalah Rocky Balboa.
............
orang panggil
Sape mai raya rumah dapatla sorang sebatang sebagai pengganti duit raya
_ciou
Monday, October 18, 2010
Mengapa Haji mesti kat Mekah
Cerita Si Tukang Kasut
Hasan Al-Basri(ahli Sufi tersohor di Era Khalifa Umar Ibn Aziz), pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur. Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.
Berkatalah Malaikat pertama, “ Sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”
Kata Malaikat kedua, “ Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang.
Kata Malaikat yang pertama, “ tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur? ”
Kata Malaikat yang kedua, “hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.”
Berkata lagi Malaikat yang pertama, “tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?”
“Tidak”, jawab Malaikat yang kedua.
Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur.”
*TAK PERGI HAJI TAPI DAPAT PAHALA HAJI MABRUR??
Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut. Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.
Lalu berkatalah si Tukang Kasut. “ Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut. Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji.
Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak.
Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran.
Lalu saya dengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya. Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.
Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan”, berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.
Itu kisah orang Arab di bumi Arab.
Jom patah balik ke Malaysia , bumi terchinta ni pulak.
Cerita Opah & Atuk
Malam tadi aku pun bermimpi gak, ada seorang gadis bermata sepet muncul di hadapan sana , dan melaung-laung ," Opah! Opah!" ke arah aku. Toleh belakang takde orang. Oh , rupa-rupanya Song Hye-Kyo sedang memanggil aku .
Ok.Merepek.
Tahun 1976, arwah opah dan arwah atuk gi haji. Tahun tu adalah tahun terakhir trip haji dari Malaysia yang naik kapal laut .Bertolak dari Penang , sebelum puasa lagi, dah boleh bungkus-bungkus, panggil sedara-mara, jiran-jiran, dan sahabat handai wat kenduri selamat ,dan kalau dan siap-siap wat wasiat , mane tau kot-kot kapal kene hijack ngan lanun ke, ape ke.
Tempoh pergi makan masa dalam 2 bulan setengah, (ni arwah opah citer). Sepanjang tempoh dalam kapal, maka ramailah pakcik2 dan makcik2 yang peghak tak nah naik kapal laut , pening-pening, mabuk laut dan muntah segala bagai.Kawan opah, demam dari atas kapal lagi ,sampaila musim haji, sampaila time nak balik- sudahnya langsung tak dapat nak buat haji.
Kos haji time tu, dalam RM2 riban satu kepala. Ha'ah , 2 riban jerk, tapi mungkin itu sama nilai dengan RM10k hari ini.
Jap, jap nanti dulu..
Rumah kat Kg Banda Tua kat tepi Sungai Perak..Memandang banyak cerita pengalaman dari jiran-jiran,tentang haji tak dapat dapat abes sbb tk larat itu ini, siap ada yang meninggal kat sana, dalam kapal pun ada, maka opah ngan atuk dah start saving sejak derang baru kahwin lagi.Lagi cepat lagi bagus.Opah surirumah berjaya Atuk hanya kerja kerjakan dusun , buat bendang , dan sekali-sekala buat kerja-kerja kampung.Kalau ade rezeki lebih, itulah datang time2 musim durian. Hasil jualan durian tu kira macam bonus 3 bulan gaji . Cukup bulan , bank-in duit kat Tabung Haji kat Teluk Mak Intan(nama lama Teluk Intan).
Bas Mara belum ada lagi, takleh masuk sebab jambatan haram sebatang pun takde lagi.Maka, nak gi Teluk Anderson (nama glamer Teluk Intan pulak), naik bot pancung ikut Sungai Perak.Dah sampai , naik teksi mahal, naik beca sudah. Dah sampai , nak tunggu giliran lagi. Kena lak time baru lepas musim durian, ramaila pakcik-makcik dari segenap pelusuk kampung, berpusu-pusu nak bank-in .., cuak oi nak simpan duit bawah tilam.
Senang citer nak proses nak simpan duit jerk abis satu hari .Sekali simpan lima puluh, seratus, abih banyak pun adalah dua ratus.
Berbelas tahun sampai duit cukup, takat nak tampung belanja sikit2 kat sana, baru register nak gi haji.
Itulah nilai dua ribu ringgit bagi arwah opah ngan atuk .
Itu belum kira lagi, sampai masuk asrama nak berkursus haji kat KL, naik kapal kat Lumut , pastu gi Penang ,sampai kat Penang dengan tak kenal sape-sape lagi, naik lagi kapal pergi Arab Saudi.First-time gi obersi, bayangkanlah betapa jakunnya bila sampai kat sana (okeh, yang ni aku je) .Bergusti ngan jemaah-jemaah Pakistan yang memang terkenal ngan hati kering dan susuk badan sasa.
Tak hairanlah kenapa Allah pilih atuk meninggal dalam bulan Ramadhan, dan opah terkujur masa nak ambil wudu'.Wallahualam. Berbanding atuk, aku lagi rapat ngan opah.Setahun sebelum opah pergi, dia dah nyanyuk dah.Sembang menda 40 tahun lepas macam baru semalam je jadi.
"Eh, kamu tak ikut Nayan gi sunat sekali ke~?" ahh..sudah.Opah tanya macam aku ni babyface sangat , belum bersunat.Btw , Nayan tu panggilan manja bapak aku.
Kejap gi dapur, pastu gi beranda depan, patah balik gi dapur.Tawaf la dalam rumah sampai puas hati. Runsing aku tengok opah ni, lagi-lagi bila dia start bersembang dengan pili air, bersembang dengan lesung batu,blender ,senduk, tudung saji .Pakai baju pun dah terbalik ke situ ke sana.Ada sekali tu opah pelawa aku,"moh moh masuk jangan segan, buat macam rumah sendrik" walhal aku baru balik dari skolah,adoi~, layankan ajelah.
TAPi, nyanyuk-nyanyuk opah pun, dia tetap tak tinggal sembahyang.Kadang-kadang Zohor sampai 3 kali, Asar 5-6 kali sampai masuk maghrib.Kalau dah penat membebel, ujung tu dia akan tanya ;"Dah masuk waktu dah?". Masya-Allah..
Ganjaran pahala datang yang amalan yang istiqamah, akan berterusan, walaupun seseorang itu sudah nyanyuk. Macam mana pulak ,orang dah nyanyuk pun masih lagi istiqamah nak wat amalan?Allah Maha Besar.Asallah cucu dia yang sekor ni tak nampak bende depan mata camnih.
Aku yakin korang yang tengah baca ni mesti lagi banyak citer tentang orang-orang yang dah pergi haji ke, baru balik haji ke, baik family atau kawan-kawan korang.Cumanya,kalau ada sesapa yang cakap;
"Kan bagus kalau aku tinggal kat Mekah..."
Barangkali spend RM10riban, habiskan berhari-hari berkursus,tinggalkan anak-anak ,berpanas terik di tgh padang pasir, dan bersesak-sesak kat Mina ; masih lagi sesuatu yang kacang bagi dia, then go on. Try pergi Kabul or Semenanjung Gaza lak.Anggaplah kalau dapat korek terowong tembus sempadan Mesir, sama dengan pahala Haji Mabrur.Hilang nikmat hidup kalau semua benda takat celah gigi jerk.
Rakyat Malaysia kini makin hari makin kaya. Kalau kerajaan kasi cuti khas sebulan buat umrah je, kompom sumer orang dah pegi dah, tinggal nak ke tanak je lagi. Tapi cabaran hari ni dah berbeza, duit cukup sekalipun , belum tentu dapat pergi Haji. Kene tunggu turn tahun depan, 2 tahun lagi ke, 3 tahun lagi, tengoklah kalau ada rezeki, sebelum ajal baru dapat pergi.Altenatif, pergi sendiri dengan bayar double kat travel agency,or pakai kuota dan bertolak dari mana-mana negara non-muslim, yang muslim dia seciput
,macam negara Jepun ....
Ape ni? tak baik la main tuding-tuding jari...kerat kang..
p/s:selamat hari raya haji Read More
Monday, March 1, 2010
Selamat Datang Ke JintanPahit.com
Sejak hari pertama makcik kantin sekolah menyediakan makanan halalan-taiyibah ni., jualan nampaknya tak begitu meberansangkan, sebagai counter kepda problem ni, makcik-tachi, derng wat kan test-food-party, khas utk student2 Islam kat sini.Harap lepas ni takdela suara2 sumbang yang kate;
"Ayam tak cukup keras.."
"Garam dah abis kot, tak sempat beli.."
tak pun.
"Pakai Perencah Brahim ni..."
Ada 10 menu cubaan, stat dengan
Ayam Bawang Putih
Tahap Kesedapan:⋆⋆⋆⋆
Salad Ayam Caesar
Tahap Kesedapan:⋆⋆⋆
Salmon Meuniere
Tahap Kesedapan:⋆⋆⋆⋆
Shiromi Goreng dengan Sos Tomato
Tahap Kesedapan:⋆⋆⋆⋆
Shiromi Goreng dengan Mayonis(pulak?)
Tahap Kesedapan:⋆⋆⋆⋆
Ikan Kembung Marinade
Tahap Kesedapan:⋆
Steam Seafood Dumpling
Tahap Kesedapan:⋆⋆⋆⋆
Ayam dengan Sos Napolli
Tahap Kesedapan:⋆⋆⋆⋆
Salmon Bakar
Tahap Kesedapan:⋆⋆
AyamTandori
Tahap Kesedapan:⋆⋆⋆⋆⋆(fullmark)
+menu cadangan: Maguro-Steak ngan Masak Lemak Cili Api...
Oh ya, lupalak nk kasitau..
Lampu isyarat zebra-cross kat umah aku skang, dah takde butang utk dipicit-picit.Derang dah tukau ngan automatik nye (pakai thermo-sensor kot..). Derang nak pastikan budak2 melayu betul2 melintas atas line zebra .Sempat gakla aku jikken siang td, tunggu kurang dari 50 saat, lampu hijau menyala. In case, kalo korng tunggu kat bawah lebih daripada 5minit, maka bolehlah assume sistem tu dah rosak dan lintaslah sesuka hati.Untung2 kalo kene langgar ngan kete, bukan takat driver keter je, MBN(Majlis Bandaraya Nagoya) pon boleh korng saman.Sape suh tk jaga maintenance ye tak..
Friday, December 25, 2009
Al-Fatihah
Semua muslim tahu yang Ibu Kepada Al-Quran ini syarat wajib solat baik yang sunat mahupun yang wajib.Tapi tak tahulah , mungkin ramai yang tak berape nk tahu maksud sebenar Ummul Kitab ,ini jauh lagi nak tahu tafsir dia.Bagi korang yang tak pernah belajar bahasa arab komunikasi pon ;rasanya perlulah ambil tahu sekurang-kurangnya terjemahan bagi keseluruhan surah ni dan hafal.
Sebabnya; kandungan utama Al-Fatihah adalah DOA
Setiap kita solat sebanyak 17 rakaat dan stiap rakaat kita baca sekali Al-Fatihah.Katakanlah kalau korang (lelaki) yang sebaya ngan aku (23 tahun); dan mula belajar2 solat ni dari umur 8 tahun. Ini bermakna sekurang-kurang korang sudah membaca surah Al-Fatihah ni sebanyak ;
93075 kali surah Al-Fatihah yang dibaca sepanjang umur!!.Ini angka yang paling minima.Tak termasuk lagi yang korang bace mase wirid atau nak buka majlis2.Pon begitu bolehla diandaikan rakaat dalam solat2 sunat = solat2 wajib yang sukasuki tinggal mase blum baligh dulu.
93075 kali doa. Kalau korang konsisten cakap "Mak nak sengget" kat mak korang sejak umur 8 tahun tadi boleh sgt beli Caldina (cukai import+kos kontena) kot.; cash lgik..
Perlu diingat Rahim Allah 70kali ganda lebih daripada mak kita. Jadi bayangkanlah alangkah bagusnya kalo kite tahu yang kita baca hari-hari ni merupakan doa dan kita tahu apa yang kita doakan.
Insya Allah.. .
Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
Sadaqallah al-azim..
p/s:lagi senang wat amal daripada nk tinggalkan dosa..
Read More
Tuesday, November 3, 2009
文化の日:: Picture Of the Day
Thursday, September 10, 2009
Da'wah through Photography
All of these pictures are well designed by Brother Falah, my senior in back a few years ago.
::for more,click here...
p/s:Combining every single photo with a full meaning of da'wah, honestly for me is a brilliant idea.Coz everyone love photo ,somehow they need to be reminded too. Read More
Saturday, August 22, 2009
JOM BERBUKA!!
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Kalau beramai² ..
Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin
* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.
Doa sesudah berbuka puasa.
Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
InsyaAllah, moga2 Ramadhan kali kita sama2 beroleh keberkatan..
Sumber : Jabatan Mufti Negeri Selangor

..sekadar gambar hiasan. Read More








