Semalam genaplah sudah empat ribu enam ratus dua puluh tujuh juta kalinya payung aku rabak , lalu jahanam dibaham angin yang menghambat kencang. Tu belum kira lagi yang kene rembat kat Aeon, kat library, kat masjid pun ade.Yang tinggal kat rumah member ,kemudian member sebat pun banyak kali gak jadi..
Payung yang mirip Stealth ini sebenarnya mampu membiaskan angin yang berkelajuan lebih 100km/sejam.Dengan kata lain, payung ini tahan ribut dan puting beliung.Rekaan ini telah banyak menang anugerah ini: termasuk German Design Award 2010 selain produk pilihan majalah TIME(2007).
Sempoi , naik motor siap pakai payung.Lepas ni bolehlah merempit dikala hujan lebat.
Bawah ni video ujikaji ketahanan payung ini dibawa kelajuan 120km/sejam.
Saja aku coretkan kat sini , sebab masa kecik-kecik dulu aku suka minum teh-O panas yang mak selalu bancuh time minum petang2. Kekadang aku konfius gak,dalam kejap ada serbuk teh, kejap ade kepala semut, kaki semut, buntut semut. Memandangkan umah aku nye penapis dah season, maka aku telan je la air teh , ngan kuih keria feveret abah yang biasanya aku sapu sampai abes.Mungkin kerana tiap2 hari aku minum teh-O emak, maka kuantiti bangkai semut dalam badan terlalu tinggi.So, keupayaan ingatan ini sedikit sebanyak agak terjejas .
Kalau ada sesape terbaca ni semula, mohon tolongla ingatkan balik, kalau tak , sampai bila-bila aku buat muka cencurut tak makan pagi.
CELAH MANA MACHO-NYA MENUNGGANG MOTOR SAMBIL PEGANG PAYUNG NI??
Ahhh!!!
Baik aku beli payung murah saja.Muda-muda ini kena rajin menabung demi masa depan yang cerah.
Sediakan payung sebelum hujan beb..
Sebab apa?
-Sebab ada yang lebih baik khas menanti, tinggal nak jumpa je lagi. Dunia ni adil sebenarnya (ayat penyedap hati)
p/s: craving for durian already,damn!!



