Showing posts with label bahasa malaysia. Show all posts
Showing posts with label bahasa malaysia. Show all posts

Monday, July 26, 2010

Lidah Orang Melayu Adalah Yang Paling Lembut Dalam Dunia

31 comments

 Wahai kamu pembaca yang bijak bestari, jika di atas itu langit, dan di bawah itu bukit, apa yang ada di tengah-tengahnya?
.
..
...
Iya, di tengah-tengahnya.
.
..
...


Benar, itulah dia , cuma ada tiga titik di tengah-tengahnya.















 ڽ   

*Ini cuma teka-teki bertulis saja.Jangan kata dalam real-life pun ko sebut 'nya' (drpd 'nye'), aku tumbuk rusuk kiri ko kang.




 Dah lama rasanya tidak membaca dalam jawi, menulis jauh sekali.Arwah opah rajin membaca kitab2 lama, semuanya  jawi belaka. Opahlah insan pertama yang menulis nama aku dalam jawi- khat yang paling cantik pernah aku tatap seumur hidup aku.
Aku suka tulisan Jawi, aku juga suka berbahasa Melayu. Cumanya, di Malaysia, aku rasa orang Melayu adalah bangsa paling rugi.Katakanlah kalau sumer celik English, baru dua, sedangkan orang Cina , India , tetap lebih 1 bahasa.Kesannya terasa bila kakak ipar aku yang terer mandarin slumber jerk kuar Court's Mammoth, sebab LG offer tempat yang lagi baik. Court's Mammoth main tarik-tarik tali, offer balik jawatan yang lebih baik dari LG tu-wah bestnye jadi seorang yang hot.
Kakak aku lak,sarjana Al-Azhar, yang power Arab , goyang-goyang kaki je naik pangkat , gi outstation sana-sini- tu baru 2 tahun masuk government tu.

 Tu lah, aku ingat anak aku esok , sorang aku nak anta masuk Sekolah Jenis Cina, sorang Sek.(J) India,sorang sekolah pondok Darul-Iqram, sorang lagi international school, belajar French. Time2 cuti sekolah , duk umah kumpul ramai-ramai, Kakak ajar alang tulis cina, Along ajar adik arab, acu cakap tamil ngan abang- Wahh...What a happy family :)






 








Pelat
  Tahukah korang, kawan Cina pertama aku bkn dari Malaysia , tapi memang betul2 cina totok nye:: Liu Lei Ken-gadis genit dari Zhengzhou ,China, rakan  paling baik.Memandang kami berdua saja alien dalam maka dialah sahabat sejati penenang jiwa, bff serta sumber ilham aku kat sini .Bahasa Jepun Liu lebih baik , maka pemahaman dia jauh lebih mendalam .Plus dia seorang yang sangat rajin.Assignment, report, past-exam paper, note, tutorial, even toyol pun dia share ngan aku gak.

Hai..Liu kalau ko Islam,  dah lama aku buat gf.(series)

    Biasanya time exam , kalau kuar 2 bab, aku cover bab 1 die cover bab 2, kalau sejam , setgh jam aku buat bahagian aku, dia buat bahagian dia, cukup 30minit, terus tukar paper, maknanya aku buat benda yang sama 2 kali. Nama ? time nak abes exam boleh tukarkan..Inilah yang dinamakan perkongsian pintar.
Tapi tak sumer subjek boleh buat camtu, lebih-lebih lagi English.Masa ni lah aku amat menghargai English ,  yang tak seberapa ini rupanya amat bermanfaat pada orang lain.Di China, English mula diajar masa sekolah menengah, itu pun lepas menengah rendah.Kira umur 16 tahun baru nak start belajar past-present-past-perfect tense.

Tak..tak..tak..

Mungkin lebih begini,

"A for apple, B for ball, C for cat,D ....... "

Jadi tak hairanlah kalau banyak sebutan-sebutan pelat dia yang cukup membuat aku senak sendi usus.Contohnya, ah tanak aku tulis kat sini, dia budak baik woo, tak sanggup aku nak membahan dia kat sini..Maka di situ terpancullah seorang aku , ehem2.. memain peranan sebagai tutor peribadi dia setiap kali sebelum kelas English.Walaupun dia boleh ikut apa yang aku ajar, tapi jarang ada sebutan yang mengena , macam ..hoop!
    Tapi bila exam , lain pulak ceritanya. Boleh assume apa yang aku ajar tu , macam aktiviti beramah mesra mingguan sebelum kelas bermula.Pagi exam ,dia  akan datang awal,booking seat  siap-siap, macam biasa dua meja paling depan, paling kanan, sebelah tingkap.













 Ok,yang ni aku. 20 minit pertama.Pandangan menghadap Mr.Cullen

















                                                      Yang ni lak bird-view.Bijakkan strategi Liu.



English je la aku leh tunjuk terer, baki 53 subjek tu,she still over me.Terima kasih Liu, tanpa kau di sisi ,aku umpama seekor cacing yang kegersangan di bumi sakura ini.














Pakcik Gagap

 Di belakang pintu U dulu ada sebuah kedai beras. Kat situlah budak-budak melayu selalu borong beras, sebab kat situ ada jual beras siam. Tokey mana tak suka kalau ramai orang datang kedai dia, lagi-lagi orang asing ni. Mungkin  mahu jaga hati pelanggan2 tetap ni, maka dia pun cuba-cuba  nak belajar bahasa melayu ni sikit-sikit.Senior2 ni pun baik hatilah ajar dia sungguh-sungguh.






"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari pertama


"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari kedua


"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari ketiga




"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari keempat







"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari- hari yang seterusnya..


Kalau ada orang nak pergi beli beras , jangan ditanya mahu dibeli kat mana, sebab jawapannya pasti begini

"Aku nak gi beli beras kat kedai pakcik gagap, nak kirim pape tak?"-Hah!Sudah, tak pasal-pasal melekat gelaran pakcik gagap ,sampai 7 generasi..hahaha..Teruk betul student Malaysia ni.
Sudah setahun pakcik gagap yang menjual beras itu tutup kedai. Mujurlah, kalau tak berkoyanla dosa senior, free-free jerk.






"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-dalam mimpi..aahhhh..syoh,syoh...

















Homestay

  Summer break ni, memang tak sajak bagi budak2 sekolah Jepun ni kalau tak gi oversea.Tak macam kita dolu-dolu, abes kuat pun gi lawatan sambil belajar ke negeri Melaka,jenuh si cikgu nak layan perangai sorang-sorang yang macam orang jakun kuar pekan. Derang siap lepak rumah-rumah kampung Haji Dorani(kut) 2-3 minggu  , tu belum campur pusing2 satu negeri lagi.Untuk budak-budak yang baru mumayyiz camni, masalah datang cuma bila tak reti cakap melayu jerk.


pict.source
  


   Maka aku pun menggedik-gedik la skit, volunteer nak ajar budak2 sekolah ni ajar bahasa Melayu serba sedikit.Memang betul kata orang tua, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'.Tapi tengok orang gak, kalau aku , aku cantas je terus, wat ape nak lentur-lentur, takde keje.Bawa balik, kasi mak wat gulai, matching ngan kembung goreng, terbaik ah~.

Mengajar bebudak memang fun. Cepat pikap, senang, tak banyak karenah sebab  ada matlamat kan belajar .Apa yang aku ajar? Alah..simpel-simpel jerk, 'nak pancut, nak u u'k,  nak makan,' ..dan lain-lain yang patutlah, pointnya kalau tak boleh sangat , pakai bahasa isyarat pon ok, bukan nak cakap dengan diplomat kerajaan pun - pesan aku dengan santai kat sorang budak ni, sambil mengenangkan mak Limah, jiran di kampung yang suka tunjuk penumbuk kat aku bila dia marah.
Harapnya diorang dapat belajar sesuatu ,yang pasti derang tak dapat mana-mana pun selain di sana nanti.




Nagoya sekarang panas, tapi Malaysia pasti lagi panas. Sebab tu lah awal-awal lagi aku dah sound kat budak-budak ni...






supaya..
bila..


keluar..


rumah..


jangan..






sesekali..






pakai..








skirt..






pendek...






sebab.....








Malaysia...












RAMAI ...




























...pervert

































                                    HiK.. HiK.. Hik..

                                                                          Sorryla Geng...pis - pis





  Rupanya baru aku perasan, lidah melayu bukan takat lembut je, malah sangat manis. Syukur , sepanjang aku duk sini, makin jarang dah makan benda manis-manis nih.Habis manis pun coklat Meiji, itu pun dark choc.
Yang lain serba kelat-tawar-masin belaka.Balik Mesia minum teh tarik pun fobia, fobia dia  macam minum usus lembu+telinga kambing yang di-blender dlm fear-factor tu.Senang citer duk lelame sini kira kedap dah la dengan benda-benda manis ni, harap balik Mesia nanti pun akan kekal macam tu gak.

 Benda-benda manis yang dimaksudkan kat sini termasuklah  ayat2 manis dengan janji2 manis.
_ciaou












p/s:watched Eclipse: what the hell ..vampire and werewolf  fight over an ordinary girl... get a life man! What is so special about Bella? Thank god...got Alice in the movie

Read More

Monday, June 14, 2010

Bermain-main di gigi air laut

14 comments

   Kelmarin , pergi berkelah kat tepi pantai sambil buat bbq sekali.

Mujur takde sesiapa yang pakai bikini kat situ, Kalau tak bulat-bulat je dapat  dosa kering masuk akaun...

...
.....
.......
Ok, aku memang hipokrit.








  Sebenarnya ada satu family yang join skalik.Memandangkan ada 3 orang anak kecil , maka penyataan di atas tak lebih dari sebagai penyedap hati saja. Tiba-tiba aku teringatkan masa aku sekolah asrama dulu, benda yang best bagi kita, tapi jadi bukan takat tak best, malah memalukan, kalau ada anak kecil bersama.



.........................

Cerita Di kedaikopi Che' Mek

  Kat Kampung takda mapley 24jam, kalau adapun itulah the one and only: Che'Mek 's kopitiam.Time cuti panjang ,semua orang balik kampung , memang kedai kopi Che'Mek port melepak dari malam sampai subuh.
 Cuma ada satu malam itu, tengah-tengah kitorang sedang melepak, aku ternampak ada sorang brader ni dengan anak kecil datang makan  ,sementara tengah tunggu order sampai , brader ni khusuk buat kerja kira-kira dia.Rasenya bini tido awal kot, tu yang dia makan kat luar sambil buat kerja skali ,gamaknya le. Anak lelaki dia pula khusyuk tengok TV. Eh? , laa ade TV kat sana..tak perasan sebab aku membototi tv,+ tv menghadap serong ke sebelah sana.Takpelah, lewat-lewat cam ni mana ade citer best, mengganggu kenikmatan berburak saja.

Tengah syok2 kitorang ketawa macam orang gila, tiba-tiba;

"AYAH!, APASAL ORANG TU TAK PAKAI BAJU YAH?"

Satu kedai pusing kat budak  yang tengok TV tadi.

"Sorry bang, sorry bang,sorry, sorry..tak perasan boleh"-kata waiter yang dengan cepat2 keluar cd.Cess, citer tu? tak sempat lak nk tengok.

"Species, ... Species 2", jawap Man dengan konfidennya.Telinga Man memang sensitif dengan perkataan' tak pakai baju, telanjang,   'bulat-bulat' dan seumpamanya.Laju je dia kat depan TV tadi.


"Ok, ok tak pe , abang ok jer..".Brader tadi memaafkan waiter yang mukanya sudah bernilai sekupang.

.........................

Berbalik ke citer piknik tepi pantai, bayangkanlah kalau ade 2-3 orang perempuan Jepun jalan-jalan pakai bikini.Lepas tu anak-anak kecil ni nampak, dan cakap kat ibu dia

"Mama, kenapa dia pakai spender ngan coli je?"
"Dia nak mandi laut , dia pakai lah camtu"
" Kakak nak pakai cam tu"
"Tu baju untuk orang dewasa jerk, kakak kecik lagi"
"Ok, kalau kakak dah besar nanti , kakak nak pakai macam tu yerk.."
"aa............."





 Remeh je, tapi kalau dari kecik dah pasang niat camtuh goyah jugakla.Lebih-lebih lagi budak-budak sebaya Kakak ini kuat ingatan, dan bijak.Sebagai orang dewasa yang berpedoman , walaupun kita sukakan benda-macam ni, tentu kita tak mahu anak2, adik2 kita tengok sekali.Samalah kesnya macam tengok TV satu keluarga dulu .Tengok sitcom FRIENDS, universal, semua orang leh gelak2, tapi bila mai part2 kissing, eh? time2 tu lah purak2 gi dapur la, jawap telefon la, nak gi toilet la. Sebabnya; segan.Nak sound nanti terasa cam poyo-poyo alim lak,nak tukar channel, jauh sekali...
 Sebab tulah kenyataan :"Mujur takde sesiapa yang pakai bikini kat situ.." tiba-tiba ada, mungkin kali ini lagi luas sikit maksud dia kot.

........


Sambungan cerita di kedaikopi Che' Mek

   Dah pukul 5 pagi, mata dah kuyu je sesorng. Tengah-tengah semua orang nak berangkat pulang, tiba-tiba Man pergi belakang, dapur masak kedaikopi.

"Bang ,pinjam cd Spesies tadi boleh tak bang, yang no.2 tak abes tengok lagi aa tadi"

Lantak ko lah Man.






p/s: picture credit to Ajim ketak-ketak.

Read More

Thursday, May 13, 2010

Hadiah untuk Che'gu

12 comments

 




Lepas saat itu, dia terus belajar, dan belajar, dan terus gigih belajar sampailah.... 



Dulu, hairan gak,belajar pandai-pandai, alih-alih balik Mesia, ngajar budak skolah jerk.Tapi sekarang baru aku faham kenapa.Mungkin dia mahukan salah seorang murid buat seperti apa yang dia pernah buat dulu kat Cikgu Kudin..mana tau kan..








Hadiah ape yang aku kasik??,. Mak cakap , kalau nak kasik hadiah , kasi barang yang orang guna hari-hari, nanti dia sampai bila-bila dia teringat kat kita.Maka aku pun struggle kumpol duit belanja(pau abah) untuk belikan Cikgu Kidin hadiah ni


Scroll-down utk tengok↧↧(klik)↧↧





Mesti Cikgu Kidin teringat2kan aku sampai skrang..









Bb punye hadiah plak...(klik sini)





Ok...Selamat Hari Guru..










p/s:Iye Puan, saya tengah bukak buku la ni..

Read More

Tuesday, November 17, 2009

Safari Outing

5 comments



Last skali pergi zoo ni mase form 3 kat zoo tepeng.Mase tu sempena perkhemahan tahunan skola kat tepeng, kebetulan tahun tu 1st time derg wat night safari walk,siap bagi deskaun lagik,kami dan rakan-rakan dipaksa joinla gak.Mase tu aku dah bersumpah, itulah kali terakhir aku masuk zoo time malam2,tkde keje tul.Adalah nampak sekor rimau main nyuruk2 blakang batu, yang lain-lain semua tgh lena dibuai mimpi.mungkin disebabkan lampu torch-light yng terlalu terang ataupun kami yang berperangai macm org masai yang mahu meluas jajahan kampung, mnyebabkn haiwan tu segan segan silu nak beraksi gagah di depan kami.Cumenye, itula 1st time aku tau yang badak sumbu lagi besar dari lembu kat kebun sawit kg aku.

Itu dulu..

Fuji Safari Park
Zoo ni mmg lain dari yang lain.Pengunjung boleh bawak kereta sendrik menjelajah dunia(kononnya) sebnar haiwan2 nih.Walk-course pon ade gak, tapi takkan se-thriller drive-course nih, yang mane beruang dilepaskan bebas berjalan utk menampar kereta sape yg die bengang.Dalam kes ni, tuan driver hampir terkucil bila nmpak beruang usha pelek kat kitorng.tidak dipastikan samada dia takut kete barunya itu akan dicalarkan ataupun nyawa kami diapa-apakan.(tak perlu risau, tahap keselamatan pengunjung emangnya tip-top)


::Official webite::



jangan lupe print out waribiki ken disini:
http://www.fujisafari.co.jp/information/discount.htm


DSC_1408
entrance
The Entrance



DSC_1564
DSC_1573

Tea-Time_______________________________________________________________________


Suatu Man Boroi berjumpa dengan Leha yang sarat mengandung di pasartani.Lalu dengan tak pasal-pasal di tegurnya si Leha itu.
ManBoroi: Hai Leha, mengandung ke?
Leha        :  eh abg Man, iye mengandung
ManBoroi: Bape bulan dah?
Leha        : dekat 8 bulan da,
ManBoroi: uish, patutla besau beno..
Leha        : Abang Man mengandung gak ke?
ManBoroi: Ha ah, da sembilan bulan, besar tak? kalo Leha nak tau dalam ni ade ank gajah tau..

Leha        : oo.. patutla belalai die sampai terkeluar..
ManBoroi:kahkahkah..haa!?

Man Boroi dengan muke selambe pun berlalu pergi .Tak tertanggung malu di dada sebab tadi zip seluarnya terbuka..

________________________________________________________________________________end

DSC_0470
nuturing
familia
DSC_0412
jump!!
DSC_0395
black&white
DSC_0220
DSC_0211
DSC_0117
DSC_0083
DSC_0067
DSC_0047
DSC_0027




p/s: trime kaseh bebanyak kepada itoi dan rakan2 kerana menaja penginapan dan sarapan pagi ang menyelerakan.tak lupe juge kpda besday-boy yng open-table dinner mlm tuh..

Read More

Tuesday, October 20, 2009

/////Menara Condong//////

321 comments

Leaning_Towers_main
Bercakap mengenai menara condong, dalam kepala otak korang pasti akan membayangkan Menara Condong Pisa yang terletak kat Itali.Memang tak dinafikan menara setinggi 55.86meter memang boleh sangatlah dikategorikan "The 7Wonders of The World" itu hebat dan mengkagumkan,tapi entri kali ini apa kata kalau kita usha2 antara menara-menara condong yang terkemuka di dunia(selain Pisa).

Menara Condong Niles, Illinois, USA

Leaning_Towers_1 
(images via: Roadside America, City-Data and Jodola)
Dengan senibentuk hampir menyamai menara Pisa,  Menara Condong Niles sebenarnya separuh ketinggian (94kaki) daripada kembarnya di Itali itu dan dibina pada tahun 1934. Menara ini tidak boleh dimasuki kerana bahagian dalaman tidak seindah bahagian luarannya dan ia hanya berfungsi sebagai menara air untuk pancuran-pancuran air di sekitarnya.

Menara Condong San Pietro di Castello, Venice, Italy

Leaning_Towers_2 
(images via: Slowtrav)
Walaupun tidak mempunyai tanah untuk didirikan bagunan,Venice juga tidak ketinggalan daripada mempunyai menara condongnya sendiri. Yang dimaksudkan ialah Menara Condong San Pietro di Castello. Disalut dalam cerah hanya batu Istrian berat, menjadikan menara loceng sangat menarik ,telah melengkapi San Martino sebagai sebuah gereja di atas pulau Venice Burano semenjak 1463.

Menara Milices, Rome, Italy

Leaning_Towers_3 
(images via: Virtual Tourist and Filor91)
Pembinaan Torre delle Milizie  telah dimulakan sekitar tahun 1200 dan siap dalam tahun 1280.Asalnya menara ini mempunyai 3 tingkat ,tapi akibat gempa bumi yang dahsyat pada 1348, menara ini menjadi satu tingkat sahaja. Bagaimanapun menara utama itu masih lagi berdiri kukuh walaupun telah condong sejak bencana itu meskipun  800 tahun sudah berlalu.Para saintis dan jurutera sepakat menyatakan bahawa tahap kecondongan menara ini akan bertambah dari 1.36darjah (sekarang) kepada 2.36darjah selepas 600 tahun ang akan datang, (itu pun jika tiada sebarang gempa bumi berlaku dalam tempoh tersebut).

Gereja  St Mary and All Saints, Chesterfield, UK

Leaning_Towers_4(images via: Pictures Of England, Tywkiwdbi and Allposters)
 Gereja St Mary and All Saints di Chesterfield, Derbyshire,terkenal sebagai legenda lebih berkurun-kurun lamanya yang mana ramai mencuba dan menjelaskan mengapa menaranya seolah-olah dipulas. Antara andaian-andaian yang menghiburkan mengenai menara itu ialah menara itu terkejut melihat seorang gadis berkahwin di gereja itu dan terpulas sehingga mendapat satu rupa lebih baik .(eh? tak condong pong, tapi menara ni tetap cool, nak wat camner kan..;)

Menara Greyfriars , King’s Lynn, UK

Leaning_Towers_5 
(images via: James Rye, BBC and BC/West-Norfolk)
Menara Greyfriars  merupakan satu-satunya tinggalan apabila biara pengikut mazhab St Francis dirobohkan pada 1538 semasa pembersihan rahib  dan pembubaran mazhab oleh Raja Henry VIII. Bagaimanapun Menara dibiarkan berdiri kerana ia satu mercu tanda berguna untuk pelaut-pelaut - sebagai sebuah rumah api .  Dengan tahap kecondongan sebanyak 1 darjah , Inisiatif untuk menegakkan Menara Greyfriars  telah dilakukan dengan tenaga buruh  pada tahun 2006 selepas kebimbangan telah dinyatakan yang ia boleh runtuh ke atas Theatre Royal hanya berhampiran.

Gereja Temple , Bristol, UK

Leaning_Towers_6 
(images via: Looking At Buildings, Archidave and ChurchCrawler)
 Gereja Temple   yang terletak di Bristol ini mencondong lebih kurang  5kaki dari puncak . Dengan ketinggian 114kaki , gereja ini dibina dari tahun 1312 dan hanya siap pada 1460, dibina di atas tapak milik gereja Kesatria Templar. Pengeboman Jerman semasa Perang Dunia Kedua  menyebabkan kerosakan yang tidak boleh dibaiki pada bahagian dalaman gereja dan pada 1958 bangunan itu telah diambil-alih  kerajaan  Inggeris.

Kastil Caerphilly , Wales

Leaning_Towers_7 
(images via: InfoBritain, Planetware and Chronicle)
Sesuai dengan fungsinya sebagai  salah sebuah kastil terbesar dan paling sukar ditawan di zaman pertengahan, Kastil Caerphilly digunakan untuk mengawal sempadan England-Wales,-menangkis sebarang serangan pemberontak dari Welsh. Pembinaan bermula 1268 dibawah  Gilbert de Clare ,dan bertahan kukuh sehinggalah diserang ketika Perang Saudara Inggeris pada tahun 1640,-di mana salah satu menara mulai condong.Sehingga ke hari ini,banyak kerja pemulihan dilakukan ,pun begitu menara berkenaan dibiarkan condong sebagai salah satu tanda khazanah warisan lampau.

Menara Bulat Biara Kilmacduagh, Ireland

Leaning_Towers_8 
(images via: Sacred Sites and A Student Of History)
Dengan ketinggian 110kaki,  Menara Bulat  Biara Kilmacduagh merupakan menara tertinggi(dalam kelasnya) di Ireland. Ia terletak berhampiran bandar  Gort dekat County Galway,mempunyai bukaan pintu 26kaki dari permukaan tanah  – satu perlindungan sangat berkesan untuk sami-sami  dan khazanah-khazanah keagamaan yang bernilai  apabila diancam dirampas oleh golongan Vikings ). Biara mula dibina pada abad ke-7 kemudian bahagian menara siap pada tahun abad-10.Walaupun ia mencondong sebanyak 1.5kaki, ia masih disahkan selamat dan kemungkinan runtuh sangat rendah.

Gereja Suurhusen , East Frisia, Germany

Leaning_Towers_9 
(images via: Wikipedia, Solidaridad and Cafeterra)

Pernah tercatat sebagai  Tahap kecondongan yang melampau Gereja Suurhusen   iaitu sebanyak 5.1939darjah,membolehkan ia tercatat sebagai " Menara Paling Condong Dalam Dunia" oleh Guinness World Book of Records.Selepas ia siap dibina pada tahun 1450, menara ini hanya mula mencodong pada lewat abad ke-19 selepas kawasan sekelilingnya dilanda banjir besar.Gereja berkenaan ditutup pada 1975 atas dasar keselamatan---dibuka semula setelah sedekad kemudian(mungkin setelah disahkan selamat??)

Gereja Oldehove , Leeuwarden, the Netherlands

Leaning_Towers_10 
(images via: Holland.com, Hindrik and Dromo)
The Old Tower in Leeuwarden, Fryslan, NL,sepatutnya merupakan menara tertinggi and paling menakjubkan berbanding menara-menara lain.Ini kerana,kerja pembinaannya terpaksa dihentikan setelah binaan mulai condong sekitar tahun 1533.Ini juga ditambah dengan dakwaan   arkitek utama menara ini, Jacob van Aaken, meninggal dunia pada 1532 .

Oude Kerk, Delft,  Netherlands

Leaning_Towers_11 
(images via: The Great Mirror, White Valentine and 7is7)
 Oude Kerk (Old Church/Gereja Old) terletak di bandar Delft ,Belanda ini setinggi 245 kaki and mencondong lebih kurang 6.5 kaki keluar dari vertikal .Pembinaannya bermula pada1325 dan siap pada 1350, selepas gereja utama siap pada 1246.Di dalam menara ini menempatkan loceng gergasi seberat 9 tan untuk kegunaan pihak gereja.Pun begitu ia jarang sekali dibunyikan sejak ia mula mencodong pada tahun 1570.

Nevyansk “Falling Tower”, Sverdlovsk, Russia

Leaning_Towers_12 
(images via: Tesis-Yekaterinburg TA, Absolute Astronomy and Konstantin Grishin)
Menara Nevyanskaya  dibina dalam yang pertama sebahagian daripada abad ke-18 oleh Akinfiy Demidov,  sekutu kuat Czar Peter Grea, 189 kaki menara tinggi condong hanya lebih 7 kaki keluar daripada vertikal.

Menara Huqiu, Suzhou , China

Leaning_Towers_13 
(images via: Ironrodart, Phototravel and Good Wish Holiday)

Terdiri daripada 7 tingkat, dengan ketinggian 157kaki dan 8 muka bersegi, Menara Huqiu dibina diantara taun 959-961 di atas sebuah bukit di Bandar Suzhou.Ia mulai condong selepas abad-17 dan ciri unik menara ini adalah ia tidak mempunyai anak-anak tangga dalaman - sesiapa inginkan melawat tingkat atas ,mereka perlu naik melalui penggunaan tangga-tangga boleh ubah.Dengan seberat 7,000tan  menara ini dibina sebahagian besarnya daripada batu dan sebahagian kecil tanah, serta bahagian atas menara itu menjengah ke luar  lebih 7.5 kaki, menyebabkan 2 daripada tiang-tiang sokongan retak, dan mencondong. 



Last but not least...




Menara Condong Teluk Intan,Perak, Malaysia.



Terletak di suatu Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar di tengah-tengah Bandar teluk Intan,Perak,menara ini menjulang setinggi 85 kaki(25.5meter).Rekabentuk binaannya yang unik dengan memaparkan keindahan seni pertukangan tradisional Cina, iaitu Pagoda, sama seperti binaan-binaan lazim yang terdapat di Tanah Besar China.Seimbas pandang dari luaran menara ini kelihatan terdiri daripada lapan tingkat berpandukan lapisan atap.Tetapi sebenarnya ia dibina terdiri daripada 3 tingkat sahaja dengan setiap tingkat dihubungkan oleh 110 anak tangga yang melingkar mengelilingi ruang dalam .Menara ini asalnya berfungsi sebagai tangki penyimpanan air,selain menempat jam gergasi di atasnya( yang masih lagi berfungsi sehingga ke hari ini).

Read More

Friday, September 4, 2009

Lawak AntaraBangsa

9 comments

p/s:klik pada imej untuk besarkan.

Read More

Tuesday, August 18, 2009

H1N1 dibulan Ramadhan

0 comments

Pada hari semalam (17 Ogos 2009) saya telah terserempak dengan seorang kawan lama saya. Dalam perbualan yang makan masa kira-kira 5 minit itu, dia sempat memberi satu petua tradisional bagi mengelakkan jangkitan H1N1. Ianya menarik. Sila baca seterusnya:

Saya rasa teruja bila mendengar petua mudah itu: "Minum air kelapa (hijau) muda dicampur buah kurma (tamar)". Sememangnya saya tidak pernah dengar petua ini. Mungkin juga ia adalah petua yang baru lahir lantaran penularan wabak H1N1 yang secara relatifnya juga baru. Secara umumnya, saya percaya bahawa Air Kelapa Muda adalah penawar yang insyaAllah mujarab, begitu juga Buah Tamar, terutamanya jenis Ajwa atau Kurma Nabi. Jika anda mahu cuba petua ini, silakan. Tapi jangan lupa untuk pakai topeng bila berada di tempat-tempat awam.

KHASIAT AIR KELAPA MUDA

Dari sudut kajian moden, air kelapa muda rendah karbohidrat, 99% bebas lemak dan juga rendah gula. Ia juga mengandungi kompaun organik yang menggalakkan pertumbuhan dan pengekalan tubuh yang sihat. Antara khasiatnya:

• Menyejukkan tubuh badan dan menseimbangkan suhunya
• Minuman isotonik asli, menyegarkan (menambah air) kepada tubuh
• Mengangkut nutrien dan oksigen ke sel-sel
• Menambah semula secara semulajadi cairan tubuh setelah bersenam
• Meningkatkan metabolisme.
• Menggalakkan turun berat badan
• Meningkatkan sistem ketahanan tubuh
• Menyah-toksik (detoxify) dan melawan virus.
• Memberihkan saluran penghadaman
• Mengawal kencing manis
• Membantu tubuh untuk melawan virus yang menyebabkan selsema, herpes dan AIDS
• Menseimbangkan PH tubuh dan mengurangkan risiko kanser
• Merawat batu karang
• Meningkatkan kelancaran aliran darah

Air Kelapa Muda yang biasa kita minum sebagai pelepas dahaga ternyata memiliki banyak manfaat. Manfaat atau khasiat air kelapa muda ternyata bukan hanya sebagai penawar racun atau alergi tetapi air kelapa juga memiliki banyak kegunaan yang lain. Di Indonesia Air kelapa kerap diasumsikan sebagai limbah. Padahal, ia memiliki khasiat dan nilai gizi yang dahsyat.

Jika diteliti lagi, dalam air kelapa juga terdapat berbagai vitamin. Sebut saja vitamin C, asam nikotinat, asam pantotenat, asam folat, biotin, riboflavin, dan sebagainya. Jadi jelaslah bahwa air kelapa mengandung unsur makro dan mikro yang cukup lengkap.

Air Kelapa Muda juga mengandungi kebanyakan garam galian yang baik seperti potassium (290 mg%), Sodium (42 mg%), Calcium (44 mg%), magnesium (10 mg%), Phosphorus (9.2 mg%), iron (106 mg%),
and copper (26 mg%). Ia juga adalah antiseptik dan menghapuskan racun mineral. Dalam kes taun dan juga ceret-beret yang kronik, ia telah digunakan dengan berkesan di Sri Lanka dan beberapa negara lain.

Air Kelapa Muda adalah minuman isotonik asli. Ia mempunyai tahap keseimbangan elektrolait yang sama sebagaimana yang ada dalam darah kita. Pada masa Perang Pasifik 1941-1945, para tentera telah gunakan Air Kelapa Muda (disedut secara terus dari buahnya) sebagai rawatan kecemasan pengganti plasma bagi tentera yang cedera.

Antara ciri Air Kelapa Muda ialah ia elok diminum secepat mungkin setelah dibuka buahnya. Ini kerana bila saja ia terdedah pada udara, kebanyakan dari ciri nutrisi dan organiknya akan hilang, dan ia akan mula berubah menjadi tapai (ferment).

Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah "menyelamatkan nyawa" ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.

Petua ini mungkin ditunggu-tunggu oleh sesetengah orang: Air Kelapa Muda dicampur sedikit Madu kemudian diminum adalah berkhasiat untuk memulihkan tenaga batin . Mungkin ini berguna bagi mereka yang bermasalah sedemikian.

KHASIAT BUAH KURMA

Ada sumber mencatat begini: "Pokok Tamar ini ibarat "ayah saudara kita".... Jika disentuh debu jantan, gosok pada tangan dan cium, masyaAllah baunya seperti air mani. Bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah SWT jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam as. Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya." (Ini adalah sekadar petua, saya tidak jumpa sebarang Hadis mengenainya).

"Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah SWT nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering." (Ini juga adalah pendapat).

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit. Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.

Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

KESIMPULAN

Saya pungut maklumat-maklumat di atas dari berbagai sumber. Anda tentu perasan bahawa Air Kelapa Muda dan Buah Tamar ini dianggap "sebahagian dari kita" atau "amat serasi dengan tubuh manusia". Ia dianggap sebagai ubat asli (natural remedy), sebagaimana juga Madu. Mungkin "kunci" kemujaraban perubatan berada di situ. Yang serasi dengan manusia menjadi penawar yang mujarab. Wallahua'lam.

Selepas ini mungkin Buah Kelapa Muda laris di pasaran. Bagus juga, bolehlah bantu masyarakat Melayu luar bandar meningkatkan pendapatan mereka. Walaupun belum ada kajian saintifik yang membuktikan bahawa Air Kelapa Muda dan Buah Kurma berkhasiat menghindarkan jangkitan H1N1, pada hemat saya, eloklah kita selalu meminumnya kerana manfaatnya banyak.

Wallahua'lam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan menghindarkan kita dari wabak H1N1.

Read More
Related Posts with Thumbnails