Kerek tak kerek gak ahh, sampai berbalut-balut lengan bos aku ni ha.
Dua minggu lepas, bos masuk hospital. Bahu dia injured, sebab kene pukul , tak , sebab jatuh masa nak turun eskalator kat stesen Kami Otai ni. Beranduh la gak dalam seminggu. Dia jatuh sebab dia nak rushing masa nak naik eskalator tu, elok je kat ujung nak sampai , kaki dia tersadung lalu terjatuh.
Jenuh aku pikir, awat loklak sangat bos aku ni. Rasa malu nak panggil bos pun ada. Jatuh takat tu , takkan sampai pi hospital, cek x-ray 2-3 kali kot, kamon la boss.
Tapi, mungkinkah lepas dia jatuh, hujung lengan baju dia tuh terselit kat gigi eskalator, pastu masa eskalator tu masuk dalam, tangan dia pun tersedut sekali. Start dari ujung jari, pastu tangan, pastu, pastu, dia pun menjerit " ARGGGHTTTT!! YADA YADA YADA", . Sebabkan cuak yang melampau takut tersedut sekali ke dalam celah eskalator yang macam mesin pengisar daging burger itu, dia pun tarik lengan dia sekuat hati, sampai terputus bahu.
Euyywh, ini final destination versi saw nih.
Rupanya ini bukan kali pertama dia injured tempat yang sama. Masa main volleyball wakil kelas dlu, dia pernah terjatuh masa nak spike. Mungkin sebab geram bola tanggung, atau sebab time tu match point , dia pun melompat sekuat hati untuk menyepaik bola, tapi apekehal nyentah, dia pun landing dengan tahan tangan lalu patah la bahu. Sakit..Even , boss cakap yang baru ni lagi sakit dari first.Sebab tu lah dia beriya ulang-alik gi hospital. Teringat aku kat sakit Erwan dulu. Masa kene demam campak ,walhal dah kene dah masa umur 10 tahun dulu.Dia pun cakap yang ni lagi pedih dari yang first.Tapi aku jatuh tingkap rumah arwah opah sampai lebam dahi, dah tak ingat kot cane sakit dia. Tu darjah 6 tu.Hahaha.Papepun, heh, sape kate demam campak dah sekali kene takkan kene lagi?
Sambung citer keretapi, stesen chika Kami Otai adalah yang paling hujung dalam line Tsurumai, dan bukan lagi di bawah tanah. Sejenak yang terbenak dalam kepala otak, syaitan apakah yang merasuk dalam badan sampai sanggup nak pergi sejauh ni sorang-sorang? .
Pada suatu pagi,
"演秒杀~ 创贺岁档 ,全民........... "
Pei-san, gadis genit China ni memujuk aku supaya membeli tiket dia.Tak mo la aih, selalu nak gi memana pun naik basikal je. Lagipun sejuk-sejuk camni , takde kejela nak jalan keluar.
"Mu dok pahe ko ambo ghoyak gapo? ambo nghoyak tok seyh, tk seyh laa.."
-membalas dengan nada yang tegas!"列车员居然~~。。给战略发布*~~..... "- sambil membuat mata bulat bak kaca yang berkilau-kilauan ..
Mengalah gak.
Terpaksa la beli tiket ni..Pei-san ni sebenarnya dah terbeli tiket promosi 500 yen sempena New Year arituh. Sebak pulak aku dengo, bile die cakap die kene baris awal pagi, sebab nak tiket ni sangat terhad, dan limit 4 keping sorng. Tapi entah kenapa, semalamnya dia dapat call dari negara dia, kena panggil suh balik untuk entrance exam , a part of her job application as govermant servant kat China. Gile apa, lusa nak exam , hari ni baru tepon. Kalau aku , takpelah encik, tahun depan je la ye encik.
But not that easy for her. Graduan Law macam dia memang paling sesuai keje ngan kerajaan ,kalau tak mampu bukak firm sendrik, dan dia dah apply sejak dia graduate dua tahun lepas. Sebab nak cari alternative lain, dia pun belajar Japanese setahun, pastu sambung master kat Uni.Nagoya, dengan harapan dapat carik lubang baru kat Jepun lak.
Luas nganga, tutup mulut , masuk lalat kang..
Tang ni, tetibe aku rase bersyukur. Selain dilahirkan sebagai Muslim, aku bertuah sebab dilahirkan sebagai orang Malaysia, Alhamdullillah.Walaupun dah potong Jepun , kuasa ekonomi no.2 dunia,China sebenarnya sekarang negara paling tinggi kadar penggangurannya. Bukan takde kerja, tapi degree yang belia dan beliawanis sana dapat tak setaraf dengan keje ngan gaji yang derang terima.Ambik Law, kerja tampal stem, apahal?. Banyak lagi nak citer, tapi simpan-simpan dulu la ye, nanti abes modal lak.
Lagi satu , toksahlah di-google cakap cina tuh, takde maksud pun.
Tiket satu hari ni kalau kat Key Ell , umpama bayar 5ringgit tapi boleh naik RapidKL pusing satu Lembah Klang dalam masa satu hari.
So, puas lah aku berjalan satu Nagoya Darul Taqwa ni.
Terimalah ole-ole, hasil rayapan tak tentu hala kat bawah ni,
Tsurumai Line @ Nagoya from synthiO_ra on Vimeo.
Boringkan?
Nak wat camne,inilah dia, realiti hidup memang camni.. Bangun pagi je, mesti nak mandi, ngadap cermin mesti nampak muka sama, wat bende yang sama.Gosok gigi yang sama, jumpa orang yang sama.. Hidup ini memang boring. Maksud aku, hidup korangla, hidup aku ok je lagi, sebab kadang-kadang aku nampak Farid Kamil,
kat dalam cermin.. ...hora!
_cioau
p/s: London= tube, New York=subway, Moscow=metro, ..Nagoya=chika,....KL?=kebanah(keretapi bawah tanah) ,perhaps.. Read More







