Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Friday, November 19, 2010

Winter Vacation

8 comments







                    ....//....................................................................................................................................................................................(credit to houjusaram)


     This is “The Safest Wall” -The thing that i would never forget about Seoul except the dishes. Located near at Namsan Tower (Seoul TV Tower) .Young couples show their love for each other by locking a pair of padlocks to this fence, and throwing the keys over the edge. By throwing away the keys, they are showing their undying commitment to each other. And if you are out there, I promise I will take you to this place. I hope you exist. I’m waiting.











.....


If not I will






















do this to other's..


NGAHAHAHAHA...











p/s:Apabila kamu kata kamu mahu keluar mengembara, kamu dah beritahu diri kamu yang kamu bertekad mahu mencari cinta yang sejati. Maka kamu berhabisan berhari, berbulan, malah bertahun-tahun lamanya di perantauan, merentangi ombak laut gunung yang tak bersempadan. Sampai satu masa , kamu penat, lelah kerana cinta yang dicari tiada di mana-manapun.Kemudian kamu pulang hampa.Oh...cinta yang kamu cari rupanya ada di tempat asal kamu, dan kamu akan menghargai 1001 kali lebih jika kamu tidak keluar mengembara tadi-itulah sejati cinta yang kamu cari
. Datanglah kemari, keratlah jari-jari aku kalau kamu tak percaya.

Read More

Sunday, September 19, 2010

Mencari Sinar Hidayah di Kota Tokyo

16 comments











Tokyo Jami'e(Masjid Tokyo)

Di Era penaklukan Soviet  awal 1917 dulu, ramai Turkish ,yang berlari-lari anak ke merata-rata tempat.Antara yang cekang diantara mereka: Suku Kazan,lari terus yang sampai ke Tokyo, dan membuat perkampungan Turki kat sana.Pemimpin mereka masa tu, Abdulhay Kurban Ali dan Abdurresi Ibrahim, mengambil langkah awal, membina masjid dan madrasah pada tahun 1938.Mujur masyarakat Jepun waktu itu sangat sporting giler dengan orang Turki, malah memberi sokongan dan dorongan untuk terus bertapak di situ.


Memandang sumber yang amat terhad,akhirnya pada 1986 masjid itu terpaksa dirobohkan akibat kerosakan sana-sini, serta binaan ketika itu belum cukup kukuh untuk menampung jemaah pada masa akan datang.Almaklumlah, kos mambaiki di sini macam hape ke mahalnya, beli yang baru adalah jauh lagi murah.Akhirnya tanah masjid terpaksa disedaqah kepada kerajaan Turki , tapi dengan syarat mesti membiaya pembinaan masjid yang baru.


Setelah sedekad perbincangan dengan komuniti Turki di Jepun, akhirnya kerajaan Turki bersetuju menanggung sepenuhnya kos pembinaan masjid baru.Malah segala urus selia  operasi juga masjid itu juga akan dijaga  Kerajaan Turki sendiri.Pembinaan bermula pada 1998 dan siap pada 2000.


   Dibina mengikut stail senibina Turko-Islamik; satu kubah utama dan dikelilingi 6 kubah semi.Seni gubahan dalaman mirip dengan Aya-Sofia, di tengah ruang solat dihiasi dengan chandelier yang dibawakan khas dari  Turki.Setiap pangkal tiang dihiaskan dengan teliti,seni Mukarnas atau ukuran stalaktit bagi membentuk unjuran yang membentuk poligon-poligon hingga ke sisi kubah semi.
  Terbahagi kepada dua segmen utama, dewan solat; di atas, dan pusat kebudayaan(dewan makan, pejabat,lobi, taman mini,tandas&tmpat Wudu') ; di bawah. Ruang solat untuk muslimah juga disediakan di tingkat atas dalam dewan solat, mampu memuatkan 40-50 orang jemaah dalam satu masa.
  Yang bestnya masjid ni, sebelum pintu masuk, ada ruang beranda yang luas, sesuai untuk lepak-lepak berburak kusung, sambil ikat tali kasut.Kesemua permukaan ditutupi dengan marble, dikala panas ,ia sangat mendinginkan kaki dan kepala otak.Fuh~















Tahukah anda, tanak tahu pun takpe, aku nak kasi tahu gak!.
Semasa Zaman Pemulihan Meiji, maharaja Jepun telah menghantar delegasi diplomatik ke merata-rata tempat di seluruh dunia.Daripada berpuluh negara yang dihantar, hanya satu saja negara saja yang membalas kunjungan : negara itu ialah Turkeye.


Pembukaan Kepada Dunia Luar

Setelah Pemerintahan Jepun diambil alih semula oleh Maharajanya, Meiji, baginda melancarkan pemulihan semula ekonomi dengan membuka kembali Jepun ke dunia luar, setelah berkurun lama Jepun terperosok jauh dek dasar tutup pintunya oleh era shogun sebelum nih.Tomomi Iwakura, tulang belakang 'Meiji Restoration', malah dia sendiri yang mengetuai misi lawatan sambil belajar ke Eropah dan US sambil memberitahu dunia bahawa Jepun dah open balik.

  1871 ~ 1873 , rombongan ini tak bajet pun  sampai di Turki,kerana destinasi ketika itu adalah  Itali dan sekitar negara-negara balkan.Mereka menganggap Turki adalah ancaman kepada Eropah, sesuatu yang perlu dihindari kalau nak berbaik-baik dengan kuasa-kuasa Eropah.Sebab itulah hanya dua orang saja dari ahli rombongan tu yang dihantar sebagai spy, untuk menyiasat bagaimana pantadbiran Turki beroperasi.Mujur tengah sedap-sedap makan kebab kat tepi jalan, mereka masih lagi tak kantoi.

  Ketika itu , kerajaan Turki menerima tekanan hebat, khususnya isu dalaman di selatan, (Bahgdad),kebangkitan mendadak kuasa-kuasa besar di Eropah. , pencerobohan besar-besaran oleh orang Tartar, dan yang paling dibimbangi ialah serangan Soviet di utara.Demi kepentingan negara masa itu, maka di sini la baginda Sultan Abdul Hamid II nampak perlunya ada sekutu yang kuat dan berkecuali; dan Jepun (non-europe dan non-christian country) dilihat sebagai rakan yang paling strategik.Kebetulan , Jepun pada masa itu sedang berperang dengan Russia di timur.Konflik di bahagian sana sedikit sebanyak mengendurkan tekanan Soviet ke atas Turki di sebelah barat sini.

   Semasa dalam perjalanan pulang, sekretariat Jepun di London,Hiroshi Nakai, singgah bermalam di Istanbul , sambil melepak-lepak  makan aiskrim turki yang liat tu,Sultan menjemput beliau ,serta menyuarakan hasrat mahu menjalan hubungan yang lebih serius .Start dari situ, dan tahun-tahun berikutnya, ramailah para diplomat serta saudagar-saudagar dari Jepun yang datang ke Turki dengan pelbagai urusan, dan ini menguatkan hasrat sultan mahu menghantar kembali rombongan sebagai kunjungan balas, hubungan diplomatik antara 2 negara yang baru terbina.
15 Julai 1889 ,baginda sultan menghantar rombongan kapal bernama Ertugrul




Tragedi Ertugrul

   Ertugrul yang dinakhodai oleh Ali Osman Pasha,selamat mendarat di pantai Yokohama setahun kemudian, dan delegasi disambut mesra oleh kerajaan meiji sendiri.Ali Osman Pasha dan semua kru kapal dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran dari Maharaja Jepun.Mereka juga menyampaikan watikah, cenderamata peribadi, dan pingat dari sultan khas untuk pihak Istana Jepun.Setelah 3 bulan derang bermalam ,rombongan ini akhirnya mahu berangkat pulang .
  Malangnya , on-the-way balik, kapal Ertugrul ini dipukul ombak jahat dan taufan.Kapal ini kemudiannya karam. Hanya 69 daripada 600 kru yang disahkan selamat dan dihantar semula ke Turki dengan armada perang Meiji, Hiego dan Kongo pada 2Jan1891.

  Pun begitu aku syak tak semua belen 531 orang tu mati,tiada rekod yang dijumpai setakat ini yang mengesahkan itu angka exact yang kembali ke Rahmatullah ,lagipun kawasan tragedi hanyalah berhampiran pantai Wakayama, plus yang 69 itu pun diselamatkan oleh nelayan-nelayan kecil yang tinggal area2 situ.Jadi ada kemungkinanlah sebahagian dari 531 itu selamat , dan hidup aman dengan komuniti tempatan ,beranak-pinak dan bermastautin terus kat situ.


Kemungkinan  artis-artis seperti
 Hiroshi Abe,
Takako Uehara,
Jun Hasegawa,
Ken Hirai,






dan lain-lain
yang memiliki rupa cun/kachak, kening tebal, iris mata yang lebar serta hidung mancung ini mungkin ada saki-baki gene Turkish dalam badan mereka.Mana tau kan.

Jadi.
Setujukah anda kalau aku cakap, anak-anak yang lahir dari kahwin campur ini, bukan setakat cun/kachak, malah mereka amat berbakat, mempunyai jati diri yang kuat dan lebih penting ,mereka ini lebih berdikari..?









Maria Ozawa!?















eerrr, no komen.Pernah dengar dia pluck guitar..mmm bolehlah~


Pada sesiapa di luar sana yang belum ada sesiapa lagi, katakan YA!! pada perkahwinan campur.


ikut beramai-ramai ..1...2...3... YA!!
.
..
...
....


ok

Aku merepek.

Ayuh, kembali ke pangkal jalan



Cerita seabad kemudian..


  Ketika perang Iran-Iraq pada 1985, Saddam Hussein  mengumumkan akan menembak jatuh apa sahaja penerbangan  ,walau dari mana-mana negara sekalipun, yang berlepas dan lapangan terbang Tehran.Tempoh yang diberikan adalah 48jam selepas pengumuman dibuat.Satu-satunya flight dari  Jepun ,JAL ,terpaksa ditarik balik kerana atas dasar keselamatan, selain peruntukan masa yang begitu singkat. Maka menggelabahlah 215 warga Jepun kat sana, kerana satu-satunya peluang untuk keluar dari chaos itu tampak mustahil.


Penghapusan etnik besar-besaran, dengan bom kimia,
 seramai 5000 puak Kurdis di Halabja(Iraq), mati dan lebih 10000 cedera.
Bayangkanlah, rakyat sendiri pun sanggup dia sapu,
alasannya orang Kurdis ialah orang Syi'ah, 
dan  dikhuatiri akan membelot pada Saddam satu hari nanti.



 Dan ketika 10 jam masih berbaki, tiba-tiba sebuah kapal terbang dari Turki membuat pendaratan cemas , dan bergegas mengambil ke semua 215 orang itu dan terus menuju pulang  ke Jepun.Kapal terbang itu akhirnya selamat sampai di Tokyo, dan apabila ditanya kenapa mahu mengambil risiko mahu menyelamatkan mereka yang terperangkap ini,dengan machonya,

"Anggaplah ini sebagai bayar hutang budi saudara untuk Ertugrul dulu"- salah seorang jurucakap Turki dalam flight terbabit.


Begitulah speselnya hubungan Turki-Jepun: Sometime someone has to sacrifice first before they get another to sacrifice for them, when they both admit that , it called a friendship.

Budaya Turki bukanlah sesuatu asing dalam masyarakat Jepun.Malah, kalau korang jalan-jalan kat mana-mana pun kat Tokyo sini, cubalah tanya, area sini ada jual kebab ke tak.Biasanya mereka akan jawap ada ataupun tiada, jarang skali yang tanya balik, kebab tu menatang apa?.

Aku cuba-cuba gak la nk try tanya pakcik yang tengah siram bunga tepi  ni;

" Pakcik pakcik, sini ade kedai juai lemang dok?, lapaq lemang aa.."

Sambil mengharapkan pakcik itu menjawap;
"esok lusa adala tu ,raya kamu kan sebulan ,sabaq la sket.."

Merepek lagi,ok_ ciaou.








Read More

Monday, June 14, 2010

Bermain-main di gigi air laut

14 comments

   Kelmarin , pergi berkelah kat tepi pantai sambil buat bbq sekali.

Mujur takde sesiapa yang pakai bikini kat situ, Kalau tak bulat-bulat je dapat  dosa kering masuk akaun...

...
.....
.......
Ok, aku memang hipokrit.








  Sebenarnya ada satu family yang join skalik.Memandangkan ada 3 orang anak kecil , maka penyataan di atas tak lebih dari sebagai penyedap hati saja. Tiba-tiba aku teringatkan masa aku sekolah asrama dulu, benda yang best bagi kita, tapi jadi bukan takat tak best, malah memalukan, kalau ada anak kecil bersama.



.........................

Cerita Di kedaikopi Che' Mek

  Kat Kampung takda mapley 24jam, kalau adapun itulah the one and only: Che'Mek 's kopitiam.Time cuti panjang ,semua orang balik kampung , memang kedai kopi Che'Mek port melepak dari malam sampai subuh.
 Cuma ada satu malam itu, tengah-tengah kitorang sedang melepak, aku ternampak ada sorang brader ni dengan anak kecil datang makan  ,sementara tengah tunggu order sampai , brader ni khusuk buat kerja kira-kira dia.Rasenya bini tido awal kot, tu yang dia makan kat luar sambil buat kerja skali ,gamaknya le. Anak lelaki dia pula khusyuk tengok TV. Eh? , laa ade TV kat sana..tak perasan sebab aku membototi tv,+ tv menghadap serong ke sebelah sana.Takpelah, lewat-lewat cam ni mana ade citer best, mengganggu kenikmatan berburak saja.

Tengah syok2 kitorang ketawa macam orang gila, tiba-tiba;

"AYAH!, APASAL ORANG TU TAK PAKAI BAJU YAH?"

Satu kedai pusing kat budak  yang tengok TV tadi.

"Sorry bang, sorry bang,sorry, sorry..tak perasan boleh"-kata waiter yang dengan cepat2 keluar cd.Cess, citer tu? tak sempat lak nk tengok.

"Species, ... Species 2", jawap Man dengan konfidennya.Telinga Man memang sensitif dengan perkataan' tak pakai baju, telanjang,   'bulat-bulat' dan seumpamanya.Laju je dia kat depan TV tadi.


"Ok, ok tak pe , abang ok jer..".Brader tadi memaafkan waiter yang mukanya sudah bernilai sekupang.

.........................

Berbalik ke citer piknik tepi pantai, bayangkanlah kalau ade 2-3 orang perempuan Jepun jalan-jalan pakai bikini.Lepas tu anak-anak kecil ni nampak, dan cakap kat ibu dia

"Mama, kenapa dia pakai spender ngan coli je?"
"Dia nak mandi laut , dia pakai lah camtu"
" Kakak nak pakai cam tu"
"Tu baju untuk orang dewasa jerk, kakak kecik lagi"
"Ok, kalau kakak dah besar nanti , kakak nak pakai macam tu yerk.."
"aa............."





 Remeh je, tapi kalau dari kecik dah pasang niat camtuh goyah jugakla.Lebih-lebih lagi budak-budak sebaya Kakak ini kuat ingatan, dan bijak.Sebagai orang dewasa yang berpedoman , walaupun kita sukakan benda-macam ni, tentu kita tak mahu anak2, adik2 kita tengok sekali.Samalah kesnya macam tengok TV satu keluarga dulu .Tengok sitcom FRIENDS, universal, semua orang leh gelak2, tapi bila mai part2 kissing, eh? time2 tu lah purak2 gi dapur la, jawap telefon la, nak gi toilet la. Sebabnya; segan.Nak sound nanti terasa cam poyo-poyo alim lak,nak tukar channel, jauh sekali...
 Sebab tulah kenyataan :"Mujur takde sesiapa yang pakai bikini kat situ.." tiba-tiba ada, mungkin kali ini lagi luas sikit maksud dia kot.

........


Sambungan cerita di kedaikopi Che' Mek

   Dah pukul 5 pagi, mata dah kuyu je sesorng. Tengah-tengah semua orang nak berangkat pulang, tiba-tiba Man pergi belakang, dapur masak kedaikopi.

"Bang ,pinjam cd Spesies tadi boleh tak bang, yang no.2 tak abes tengok lagi aa tadi"

Lantak ko lah Man.






p/s: picture credit to Ajim ketak-ketak.

Read More

Friday, April 30, 2010

Europe Trip

10 comments










 






  Europe Trip ko!!,Ini gambar-gambar yang diambik masa cuti2 sem lalu lerk.Kat sini-sini je, kat taman tema yang ala-ala Belanda skit, ala-ala Spain, ala-ala British, ala-ala French pon ade sikit.Ala-ala je la, sbb nk gi yang betul-betul belum mampu lagi..hukhuk..
Maybe time honeymoon kot, wallawei~




p/s: 'you're nothing without a dream'

Read More
Related Posts with Thumbnails