Showing posts with label photographic. Show all posts
Showing posts with label photographic. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Happy Sunday

7 comments




New York based photographer Jamie Beck and visual designer Kevin Burg worked together to create these amazing "cinemagraphs." They are seriously magical.

When I first saw them I'll admit I just browsed through thinking there were just ordinary pictures (well not so ordinary because the photos are fabulous without the special effects). Yet, I did a double take when I realized something was different about the images...they moved! But not like your ordinary gif file, only selected features in the photo move while the rest remains still. I have no idea how these brilliant photos were made,..




first attempt,not soo bad huh

..cause I'm just spending the whole sunday to catch up any similiar dramatic compare to those on the top
, and yeah...I'm alright thinking that its pure magic,pure talent there too.   



Happy Sunday by the way, I hope these photos gave you a jump start to an another week to go!
See more of their work HERE!
Wanna give your best-shot ? learn  HERE!

_ciaou






Read More

Friday, February 25, 2011

aku, dia & vintage

20 comments



Yang ni , yang original











Ok, tipu.



Untuk efek yang tembus-menembus tu, korang perlukan;
1.Kamera
2.Tripod
3.Monitor Canggih (tapi tak pakai, bagi junior pun tanak, kerek!!)
4.Remote-control (optional)





     Shoot sebarapa banyak, sampai puas hati.Cuba dari berbagai-bagai angle, dan jarak. Untuk kesan penembusan yang lebih menyerlah, sepatutnya menggunakan fokus yang tinggi, dengan background yang jauh ke belakang, supaya nampak contrast dengan subjek.
    Actually , masih tak jelas apa itu vintage sebnarnya. Kiranya bolehlah aku agak , kalau nampak classy, ade crumple2 sikit, pastu buh shading2 beserta ngan light-leak skit, patut boleh kot dipanggil vintage.

 First-timer, banyak kene belajar. So, sila beri tunjuk ajar..(sambil tunduk jepun)



 Nama yang di-tag sudah



ok_ciaou

Read More

Tuesday, January 25, 2011

GABAN

35 comments










Gaban tu gaban la kan. Tak pasal-pasal aku bertekak dengan anak sedara sebab  kasik dia gaban yang macam ni, tapi dia nak gaban macam atas ni .
 Hape anak dara main meinan orang jantan ni?.Mak dia la ni, salah asuhan ..haha










p/s: feel free to copy these on your status-> penat tahap gaban, seronok tahap gaban, bangga tahap gaban, busy tahap gaban, bengang tahap gaban, lapar tahap gaban , gile tahap gaban, menggelabah tahap gaban, paper susah tahap gaban, exam payah tahap gaban,,...ha ape lagi? (good luck sape yang akan exam )

Read More

Monday, December 20, 2010

New Accessory:: Canon EF70-200mm F4L USM

23 comments

   Blog adalah medium terbaik, wadah untuk menunjuk-nunjuk harta kekayaan masing-masing. Di kesempatan itu, saya juga tak mahu melepaskan peluang ini untuk  menunjukkan harta kekayaan terbaru yang baru saya miliki sebentar tadi.

Jaa, jaangg~!

gambar pinjam google jap

Recomended to those rookies, yang masih tercari-cari identiti sendiri untuk menempah nama dalam dunia fotografi yang fana ini. Dengan adanya  Canon EF70-200mm F4L USM  ini, kamu boleh mencuba cabang-cabang baru , menjadi pioneer, supaya otai pun kagum dengan shoot-shoot yang  kamu miliki.Antaranya;


Astro-graphy;
-Tangkap bulan sahaja.aje. Malam kang gambar bulan, malam esok bulan, malam lusa pun bulan.Buat potrait lengkap family bulan, bukan setakat anaknya sahaja.Make sure setiap perubahan pada permukaan dan kawah-kawah bulan itu direkodkan sekali.Kalau bernasib baik, hasil-hasil seni kamu mungkin menjadi rujukan utama NASA , JAXA, mahupun ANGKASA..


Perverto-graphy;
-Despite of street-candid, cabang ini kamu dimestikan untuk shoot gambar gadis sahaja.Kalau dapat anak dara jiran yang persis Julie Woon , itu sudah bagus.Shoot dari celah tingkap bilik kamu.Hayati setiap pergerakan, ambil feel, dan shoot!.Follow every movement of her body dan kandid ekspresi muka dan moodnya yang spontan itu. sekali. Kalau perlu, stalk sampai keluar, stand-all-out dekat mana dia selalu lepak, dengan siapa dia selalu hang-out. Rakam setiap bibit suka-duka dia, secara detail. Close-up muka hingga nampak cabai di celah gigi masa dia tengah makan.
     Oh, ya pastilkan rumah jiran kamu itu tiada connection internet, or at least dia tak pernah tahu apa itu flickr,photobucket,mahupun facebook..Otherwise, jangan tanya saya kenapa bapak dia selalu mengetuk2 pintu rumah kamu dengan parang.. Series saya tidak tahu..





Orait.
Ini saya attach-kan  skit gambar2 lens yang saya punye lak.




























































------





























hehe, Mug saja yang mampu .
Harga asal lens dia yang sebenar adalah dalam RM 2600  .Kalau pandai carik, busuk-busuk pun RM 1800. .Mane nak korek duit banyak tu oi.Anak Tan Sri pun fikir banyak kali..



Takpelah, berangan dulu.

Bak kata orang Lambor Kanan;

     " Biyor pape, aseikan bergaye...ye dok?"


          Ajernye ye....




















Selain peranan utamanya sebagai tempat simpan air minum ,  ia juga boleh berfungsi sebagai  alternatif sementara sekiranya body-cap hilang atau tercicir memana.








Macam tolol pun ade. Nasib baik saya bukan pengguna Canon.

_ciaou








p/s: air dalam gambar tu Oldtown White Coffe( pek hijau:Hazelnut).Minumla, sedap saya rasa, tapi kenapa saya guna saya?


Read More

Monday, November 29, 2010

Final Autumn

12 comments




"Lawa anak sedara Temah tu kan...."
"Mana?..oo. yang dia tengah dukung tu ke, kepala otak ko, tu anak tu dialah, bulan 7 dapat sorang lagi"
"Iyeke..?? asal aku tak tau ,dem..Hahaha, kurang sorang classmate kita yang avaiable.Btw, sape laki dia, takkan Chot kot.."
"Haha..mestilah bukan. Laki dia junior ko gak, jambu ko, Faiz, ..."
"Adik ko? hahaha,adoi. Dah tu abang dia sekor ni  ape citer..Adik dah nak masuk dua dah ni"
"Aku? ...Aku Thaipusam tahun depan kot.Raya Haji hari tu dah tunang dah.."
"wow..boleh tahu,sapekah gadis itu.."
"Tu haa ,sebelah Temah, Telah, adik si Temah.."
"Senang raya korang nanti kan, naik satu keter je.."

Bersilang-silang macam crossword puzzle ....









p/s:Peoples keep talking how to,when to, why to,..arguing when others get in line to proceed another chapter -That's how Relatives Theory works.



Read More

Sunday, October 10, 2010

10:10-10-10-10

5 comments


   Holding a DSLR camera doesn't make you a cameraman at all. At least ,when someone staring at you and your camera, probably , they will look out what kind your sniper are, unless if it's not a  D1, D2, D2x, D2H, D3, D3x,(for Nikon) or,1D, 1Ds, 5D ( Canon), you're letting  these hobby as a hobby alone, and there is no way for them to called you  'a photographer'.

   Still long way to go , but received an invitation for photography session such a pleasure for D40 holder like me.For this time, here my work for 10th October 2010 , for more precise 10:10 a.m.







.......................


 Captured from overhead bridge around. The traffic was slow as usual.I bet riding with bicycle   faster and more convenient, since not less than 10 second driving you have to stop, and drive, another 10 second and stop.No wonder why Japan  is  the least accident ever recorded even most car in this world are produced  in this country  .By the way, there were 34 's more, continuously taken when my watch pointed to 10:09 am.








Among them , lucky I got this.














lalala~







p/s: pecah kaca pecah cermin, sudah baca harap komen.

Read More

Tuesday, August 31, 2010

Joget Lambak Di Bazar Ramadan

14 comments









...........



  Sape kata Nagoya takde Bazar Ramadan?. Hah, jangan buat giler, bazar sini happening tak ingat , siap ade pentas, layan kugiran skit sebelum masuk waktu buka.Sebijik la macam  kat Malaysia, cuma bezanya, sini orang beli, terus makan, kat Malaysia, orang beli sahur esok pun belum tentu pandang.



Orang ramai  berpusu-pusu membeli juadah berbuka walaupun tak puasa



  Tengah sedap jejalan , usha ape-ape yang patut , aku terserempak dengan Ahmad (bukan nama sebenar). Beliau , sudah lama menetap kat sini tanpa tujuan dan matlamat hidup yang tetap.Kejap cakap nak sambung belajarla, nak balik Mesia dulula, Nak keje kat sini dulula ,Nak kahwenla.. Aku bingung~..

"Aku ingat balik Mesia nanti aku nak bukak gerai gak ah..."-rintih Ahmad

Ah ,sudah, apekejadahnya kamu ni.Belajar engineering macam orang gile, balik2 nak bukak gerai je.
Aku cuba berfikir positif, memandang rezeki masing2 , 9/10 itupun datang dari meniaga. Terinngat aku pada abang ipar saudara belah dua pupu aku kat kampung, beliau dulu pun start jual sirap je kat bazar ramadan.Sirap je kot.Bila abes puasa , terus angkat seluar Levis ori selai. Kaya habesla masa tu .Mana mampu umur-umur baru masuk sekolah menengah , nak beli kapur kasut pun mintak mak duit.

Masa tu aku tanam cita-cita, next ramadan aku mesti berniaga gak, tapi nak meniaga apa, takkan sirap kot, tak originality la camtuh.

Pikir punye pikir..

HAA.. jual nasik putih dahla.Nak lagi meriah, tabur bawang goreng skit, daun saleri skit, pap pap pap, sengget.
Agak -agak kalau banyak tak laku, tolak secara pukal kat akak gerai sebelah , yang jual nasi goreng tuh.Kirenya, walaupun tak berapa untung , tapi tetap tak rugi.
Bijok tak?

"Nanti kat gerai ko nanti , ko nk jual ape?"-aku tanya kat Ahmad

"Heh, aku nak jual bende-bende rare, yang takdek kat Mesia lagi, pastu ejas-ejas la skit, ikut selera melayu "

"contohnya?"






....................................................








MENU GERAI AHMAD  (no.147)
Bazar Ramadan Jalan Ampang,Slangor
.:Tahun 2012:.



Banana Choco
Ni senang je, pakai pisang awak,(pisang awak tu nama sejenis pisang ,jgn pk bukan2), cucuk ngan lidi,pastu celup dalam coklat,last skali bubuh gula hiasan skit.Bukan takat budak , mak sedara budak pun suke. Sihat dan mengenyangkan. Sesuai di makan time sahur, pada siapa yang malas nak panas lauk itu ini, Banana Choco adalah solution yang tepat lagi menyedapkan..
Harga Cadangan: RM 1.50~2.00








Ringgo Ame
Ame bukan orang, apatah lagi ringgo, tu sebutan jepun bagi Epal Gegula.Bagi mereka yng selalu komplen, melantak 8 biji kurma ,tak feel ke tak puas ke,  apa kata anda try sebiji dulu Ringgo Ame  nih. Confirm, malam-malam ramadan anda asyik terkenang-kenang betapa puas , manis dan kenyangnya makan menatang ini.Luar dia disaluti gula, dikeraskas sebelum dipek cantik-cantik, kemudian dijual.
Harga Cadangan: RM 2.00~2.20







Okono Miyaki.
Bunyi macam pelakon wanita Jepun kan?.
Tak-tak, ni lah murtabak kat sini. Memang sedap, memang best .Macam-macam dia bubuh kat dalam tu.
Nak buat pun senang.Campurkan tepung ### + telur  + #### + kobis + udang + mee + ###. Pastu nak atas bubuh sos #####. PErgh, sure berebutla orang Mesia .Tapi keutamaan didahulukan pada mereka yang beratur sahaja, harap maklum.Maaf, sebahagian nama bahan terpaksa dirahsiakan, kantoila kalau yang baca ni, peniaga bazar ramadan gak, cmne nk berbiznes nnti..haha.
Harga Cadangan: RM 2.50~3.00



Amacam, rase-rase ade orang nak beli tak.
 Hari tu aku cume menggeleng-gelengkan kepala saja, dan atas dasar nak tolong member, ni aku wat entri khas untuk ko,Ahmad. Mudah-mudahan rezeki ko di Mesia nanti, menjadi.
Ameen~..









p/s: Tu bukan sebarang joget, tu contest joget+perarakan+perbarisan, satu Jepun datang.Nama dia Domannaka Matsuri. Tahun ni agak panas, tak larat nak duk tepi tuh lelama.

Read More

Tuesday, August 24, 2010

Lagukanlah Lirik Ini

10 comments

p/s: pohon agar dapat alunkan dulu lagu latar sebelum layan lirik lagu.












One More Time , One More Chance
Lagu:Masayoshi Yamazaki
Lirik:Nice2KnowU




Kenapa mahu bercinta, jika tahu hati kan terluka
Kenapa mahu hati diluka, jika jumpa pun masih belum


One more time,dambaan hati  pilu
One more time,pulangkan waktu dulu


Hadirmu bagaikan satu mimpi
Yang indah, tak pernah kumiliki
Belaian suci tidak ku tahu
Naifnya diri  biarkan kau berlalu


One more chance, setiaku di sini
One more chance, moga ketemu satu hari nanti


Sampai bila pun akan aku cari
Walau  ke mana pun  kau berlari
Dari balik awan, hingga ke pangkal jalan .
Sungguh kutahu kau tiada di situ lagi.

Kalaulah doaku jadi nyata,
Terus ku terbang ke lamanmu,
Walau sesaat cuma,
Walau sekelip mata,
Rasakan betapa hangatnya,
Kasih yang terbuku 



Malam ni ku bertemankan sunyi
Langit kelam memandang sepi
Sumbang sudah bintang menari.
Rembulan pun enggan menyanyi




One more time,dambaan hati ini pilu
  
One more time,pulangkan waktu dulu
 




Sampai bila pun tetap ku cari
Walau ke mana pun kau pergi
Hingga ke hujung bumi, hingga ke hujung mimpi,
Sungguh kutahu kau sudah tiada di situ lagi 

Jika benar keajaiban itu ada, 
Kan ku jelma di sisimu
Dan ditiap pagi
Dan tanpa rasa ragu
Lafaz makna cinta itu
Ikhlas ku hanya padamu



Oh Tuhan, hanya satu pintaku
Semarakkan rasa rindu




Sampai bila pun akan aku tunggu
Di taman kegemaranmu itu
Hingga ke pinggir senja, hingga ke pinggir nyawa,
Sungguh kutahu kau tak akan kunjung tiba

Kalaulah doaku jadi nyata,
 
 
Terus ku terbang ke lamanmu
 

Walau sesaat cuma,
 

Walau sekelip mata,
 

Rasakan betapa hangatnya,
Kasihku yang terbuku 


Sampai bila pun akan aku cari
Di mana jua jejak-jejakmu,
Dari hujung pantai, hingga ke hulu sungai.
Sungguh kutahu ia sudah tidak di situ lagi.

Jika benar keajaiban itu ada, 
 

Kan ku jelma di sisimu
 

Dan ditiap pagi
 

Dan tanpa rasa ragu
Lafaz makna cinta itu
Ikhlas ku hanya padamu


Sampai bila pun akan aku rindu
Hilai tawa senyuman indahmu
Leret ke tepi pipi, hingga ternampak gigi,
Sungguh takdirNya hayat aku sampai di sini

Andainya jodoh kita masih ada
Izinkan kau aku miliki
Tiada lagi intan
tiada lagi permata
Hanya janji bahagia
Ku bawa hingga ke pintu syurga





******************************




Memandangkan penulis tiada nombot henpun Jamal Abdillah , maka lagu ini terpaksalah bagi kat sorang mamat Jepun ni nyanyi..
Tapi dia tak reti cakap melayu la pulak.Takpelah, jepun pun jepun lah..
Hehehe..
Ni dia versi asal lagu One More Time, One More Chance...njoice~





Read More
Related Posts with Thumbnails