Showing posts with label informal. Show all posts
Showing posts with label informal. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Cara halus untuk tegur perempuan supaya bertudung

13 comments


grab from here


Aku dalam dilema.
Apatah lagi kakak-kakak aku, sepupu-sepipit aku , makcik-makcik aku, Alhamdullillah semuanya  bertudung belaka.Nak assume keluarga aku ni keturunan Syed , tak juga ,walaupun pernah terfikir nak buh nama anak dengan awalan Syed.

Kejadahnya..

Jadinya aku ralat bila orang mintak nasihat-nasihat agama nih, lagi-lagi bila sentuh hal orang perempuan. Kamal, walaupun nama beliau bukan Kamal, anggap je la dia ni nama Kamal.
Kamal dah lama kenal Aminah, sekali lagi walaupun nama beliau bukan Aminah, anggap je la dia ni nama Aminah, derang kenal sejak form 4 lagi ,dan sekarang tengah tunggu first  born derang Desember ni.

Happy for them instead.

Cuma yang tak syok, entah dimana silapnya masa kat maktab elok je ayu bertudung,berstoking di kaki, tapi bila masuk U, tudungnya entah ke mana melayang-layang dihembus angin bayu.
Sampaila sekarang, Aminah  masih lagi `selesa`, dan barangkali akan terus selesa memandangkan dia tidak bekerja dalam  ofis-ofis gomen, yang terkenal dengan keberadaan  kakak-kakak kerani ropol-ropol yang kerap mengunyah ketika waktu berkerja.
*..kruup ..kruup

Dia kat private sector, yang dikelilingi oleh macam-macam bangsa selain melayu.

 Kamal pula baik budaknya. Dia pun kaget masa memula dulu. Tapi atas dasar cinta the one and only , dan you is my first ever lasting forever , dia terima seadanya sampai kekal ke pintu syurga.
Macam mana agaknya nak ke pintu syurga  ye dok?
Andailah kalau mati esok, lusa, jenuhlah tunggu kat pintu syurga, manalah bini aku tak sampai-sampai ni ,dah dekat 7000ribu tahun dah ni,
takpun yang jadi sebaliknya.

"Ade cara tak?"-dia runsing.

 Kalau Ustaz Ismail Kamus ajar , masa bini tengah tidur,dekatkan dengan telinga dia kita kena bisik pelan-pelan, selawat 3 kali, pastu cium dahi dia slow and steady.Tapi sebab tak berbini lagi, takut pulak ko pikir aku ni pervert, hentai dan yang bukan-bukan.

Macam ni jelah,orang selalu kata hati perempuan macam cekelat  M&M , keras di luar, cair di dalam. Dirinya lemas dikongkong, tapi sangat sukakan komitmen, suka benar ambil berat, detail.
So apa kate  try cakap camni kat bini ko

 .....


"Mi (umi), nak mintak tolong buleh tak?"

"uhmm.."

" Nanti lepas sembahyang ke, bila-bila ke, umi tolong doakan Bi (abi),...doakan supaya dosa abi  terampun,dosa yang abi tak mampu nak tegur umi, yang abi terlupa tanggunjawab abi kat umi, dosa yang sengaja biarkan umi dalam dosa,...tolong ye umi..."



......


 Takpun, bila-bila korang berdua keluar jenjalan kat QueensBay ,.tengah sedap sedap mengusha-ngusha, panculkan kata-kata  cmni.

"Eh , tu bukan awek pre-paid hari tu ke? Cantik dia pakai tudung"


"Yang mana ni?"


"Tu ha, ..mm orang pompuan ni rupanya lagi cantik kalau dia pakai tudung kan,  Umi?"


Kalau takda apa-apa follow up pastu, maknanya itu sumer salah ko. Engkau yang tak pandai.

Tak pandai pilih.




_ciou



Read More

Tuesday, February 8, 2011

Screen saver yang cantik

15 comments

  Malam ni balik lambat lagi
Hari ini ingat nak buat programming kat rumah ajelah. Dah berhari-hari balik subuh, tido, bukak mata, mencekik, pergi sekolah, wat programing,sampai subuh , balik, tido,..Demn, takde life.

Minggu ni senior ngan supervisor gi Korea, so , boleh bukak la topeng sebenar. 

Pada sape yang sedang bergelumang dengan mathlab, fortran, C++, dan sebagainya pasti faham betapa sakitnya jiwa , bila dah beria-ria karang ,ngalahkan tulis novel, bile debug , error. Artisoc pun begitu juge. Artisoc lagi merepek. Debug kemain . Takle bukak youtube skit.Pantang. Dah tu , lagi 98% nak complete
PlinG!
>>>Script ERROR!!<<

*%*T#*#$

Oleh yang demikian ,dengan memakai skil lama, pinjam komputer senior dengan alasan nak check network printer , sambil-sambil itu tak salah kan rasenya , kite copy skali file programming dia kan. Alasan mahu belajar.
Hari rabu dah nak kene submit, so,malam ni kene siapkan. Esok buleh gi marathon drama sampai ke malam.So, ubah -ubah je sikit path file, matching kan time streching sumer. Parameter tambah-tambah sikit.Oter-oter, macam korang wat blog, macam tu jugak la programming aku ni. Bezanya, menatang ni kalau print , kertas A4 Narrow-margin, dengan saiz font 12, mau la dalam 13 mukasurat.



Ok jangan kaco aku nak wat..









..Nahh, siap.

Ok ,mari men-debug. Walaupun debug lama, sebabkan aku kat umah, so, boleh layang TV jap sambil-sambil mengunyah kacang senduk ini.

Krup..krup..krup...
*Klik!


iIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...........78%



iIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII..99%




Yeah, come on babby , come on....









Restart.

Ah, lantak ah.

Layan Drama je la terus.
Drama Jepun "Proposal Daidaisakusen"-  episod 43.
Drama ni mengisah seorang loser dari masa depan, Aoki., yang diberi perluang untuk kembali ke masa lampau untuk mem-propos gadis-so-called-teman-tapi-akrab-dan-mesra, Narumi.Setiap episod, satu kali peluang balik masa lalu, dan peluang yang satu tulah , yang ...haishh...
Tapi ape cerita ni. Biasa drama jepun takat 12 episodje, ni sampai 43 , tak terucap-ucap gak lafaz cinta kau ni, loser sangat dah nih.

Tapi aku kagum dengan semangat Aoki. Dia tau diri loser, tapi tetap tak rela si Narumi, yakni, gadis yang senantiasa didalam mimpi-mimpi basahnya indahnya hidup bahagia bagai  suami-isterinya itu, di ambil orang. Apatah lagi, suami Narumi itu nanti ialah cikgu Badarudin Chik , cikgu sejarah kelas dia dulu. Dia memang berbulu ngan cikgu tu sejak dari dulu.. Eh, apahal kuar nama melayu lak. Lantak ahh.Lupe actually,  nak taip cepat nih.

Episod minggu ni barangkali yang terakhir.
Cikgu Badarudin sudah pun melamar Narumi, dan ajak kahwin kat Amsterdam.Sambil-sambil tu boleh honeymoon sekali. Paris dah common sangat.

Scene kat terminal berlepas kat Airport.

Aoki tukang angkut barang. Ikutkan hati, mau je dia hempuk beg tu kat muka Cikgu Badarudin. Tapi, sebab mau jaga hati Narumi, dipendamkan aja.

Flight pukul 12:35, skang 11:15,..Last call pukul 11:25, ada lagi 10 minit.Kalau tak tamatlah plan propose Aoki untuk buatkan Narumi berbalik hati kepangkuan .Dia sudah practise berjam-jam lama kat tandas airpot sebelum Narumi ngan Cikgu Badarudin sampai tadi..
"Narumi , sebenarnya saya ************************************"

Ayat keramat yang terkarang dalam novel Artiqah- novel kesukaan Narumi, yang Aoki percaya boleh menterbalikkan segala-galanya diketika ini.

"Sekarang adalah panggilan terakhir bagi penerbangan JAL89 , sila ke cek masuk di balai berlepas sekarang"

Ah, sudah....-Peluh jantan Aoki mengalir deras  di dahi hingga ke dagu.

"Bai bai Aoki!, duduk Jepun elok-elok ye!"  Sayup-sayup Narumi melambai dari jauh.Aoki merenung jauh. Inilah peluang terakhir. Dengan kerja tukang cat bagunan makmal, mana mungkin dia mampu terbang mengejar Narumi  ke Amsterdam.

Dia mendongak ke depan,...mengorak langkah, laju

semakin laju ke arah Narumi. Narumi masih lagi belum melintas pagar imigresen.


C'mon Aoki, you can do it man-bisik hati aku pulak...

Aoki menjerit.

"NARU...........



Restart




Dahlah. Berat agak nya nak play movie. Ni nanti-nanti lah aku layan kat komputer hosmet . Share kat network. Dia gi kelas, bukannya log-out pung... takpe.

Dah lama rasenya tak berchat dengan yang ter'sayang'.. Oh belum lagi. Maybe la one day Aku dah lama keep in touch ngan minah ni. Tapi masalahnya aku tak pernah tengok muka dia.

Macam mana boleh jumpe?

Dunia internet beb, dunia internet. Alam maya ni kan luas. Sorang boleh jadi 2,3,4,lima nam orang..Yang laki nak jadi pompuan hot pun boleh.

 LadyBuzz28 , atau .Uli, ni aku jumpa kat alam blog. Nope. Dia yang jumpa aku. Masa aku baru nak berjinak-jinak dalam dunia tulisan merapu ni. Saja suka-suka. Dan dia antara yang terawal la folow aku. Heran gak camane dia jumpe aku. Mase tu cume hold akaun friendster je,. Pulak Gengblogger laSelangorblogger KelantanBlogger, lain komuniti blog mana ada.

Nak lagi dramatik, dia sanggup buat akaun blog semata-mata nak komen kat blog aku punye pasal. Yelah, masa tu aku set cuma yang ada akaun blog je yang boleh komen.Diaada blog, tapi blog dia setakat 'Selamat Datang ' jela..

Dalam setahun setengah, dialah peneman aku diruang rindu, eceh. Maksud aku tetamu setia di kamar gelapku (wek).

Sebagai gentelman, aku start langkah meng-add dia kat ym. Kemain suke dia orang laki add kat ym.Dalam list dia siap cakap lagi aku laki ke-2 lepas abang ipar dia sekarang.

Uli, baru sampai kat Prague, Czech, dia wat bio-medic. Dia ni staff UKM, rasenya dia wat master la kot kat sane, balik2 jadik pesyarah kat UKM..Problemnya, dia sorang je batch yang kene hantar sane. Kemudian ada la senior laki 2 orang, itu pun 2-2 dah kahwin bawak abis bungkus family semua ke sana.

Jadinya dia ni lonely.
Mungkin takdir telah mempertemukan dia untuk jumpa blog aku, terus melekat sampai ke malam. Moga harap ada perkembangan lepas ini .InsyaAllah.

BUZZ!!
"hai "  - ringkas dan padat
"hai

busy sangat ke..."- laju je reply.

Haha, meh sini kasik tau, orang pompuan ni memang suka main tarik-tarik tali.So, bile dia cube nak acan-acan begini, korang layankan je..

"bukan busy, tapi merajuk....."


"Yela, yela..dah ready dah pun"

Sebenarnya,Jumaat lepas aku ade mintak something ngan dia. Sebabkan kepengen sangat nak tengok muka dia camne, aku terus ajak web-cam ngan dia. Almaklumlah rakan-rakan, takat gamba-gamba sape nak percaya skrang ni ye tak. Sebab ,dalam web-cam-ing nanti buleh lah aku mintak dia korek hidung pakai ibu jari, untuk konpomkan lagi yang aku memang sohih sedang chat ngan dia .
By the way aku memang dah standby dah web cam aku tepi ni.

"Sedia aa" - isyarat dari cik Uli kita nih.

PLiNG!!


Iyaaaa...
Nampak sudah
Alhamdullillah,walaupun takat dagu je, tapi jelas, minah ni bertudung.
Calon bini, kriteria yang pertama, cek!

Tapi, aku nak tengok muka.
"Turn awak lak, kalau awak tunjuk, saya janji saya pun tunjuk gak"
Haish, memang suka tul tarik-tarik tali ni kan?. Tapi takpe, aku chill jer. Aku terus open web-cam nih , nampak muka sebijik.Aku tau , Uli memang takkan kesah muka aku camne, so takyah segan-segan la ye tak.

"E'ehh , anak makcik milah ke ni, kecik-kecik comel, dah besar comot"

"Janji tetap janji"- aku yang tak sabar

"oklah, janji kali ni je tau"
"Iyee.."- aku mengangguk

Jelas tangan dia tengah pegang web-cam, kemudian didongak kan perlahan-lahan



perlahan-lahan..



        perlahan-lahan....









*)*)($&*@(*#&$)@*(&#$^@*&#$^)@*&#$^@&#$^@)$%@


Tidolah
Ok, Good nite sume.:)









p/s:rekaan semata-mata, toksah caya bulat-bulat.

Read More

Tuesday, August 31, 2010

Joget Lambak Di Bazar Ramadan

14 comments









...........



  Sape kata Nagoya takde Bazar Ramadan?. Hah, jangan buat giler, bazar sini happening tak ingat , siap ade pentas, layan kugiran skit sebelum masuk waktu buka.Sebijik la macam  kat Malaysia, cuma bezanya, sini orang beli, terus makan, kat Malaysia, orang beli sahur esok pun belum tentu pandang.



Orang ramai  berpusu-pusu membeli juadah berbuka walaupun tak puasa



  Tengah sedap jejalan , usha ape-ape yang patut , aku terserempak dengan Ahmad (bukan nama sebenar). Beliau , sudah lama menetap kat sini tanpa tujuan dan matlamat hidup yang tetap.Kejap cakap nak sambung belajarla, nak balik Mesia dulula, Nak keje kat sini dulula ,Nak kahwenla.. Aku bingung~..

"Aku ingat balik Mesia nanti aku nak bukak gerai gak ah..."-rintih Ahmad

Ah ,sudah, apekejadahnya kamu ni.Belajar engineering macam orang gile, balik2 nak bukak gerai je.
Aku cuba berfikir positif, memandang rezeki masing2 , 9/10 itupun datang dari meniaga. Terinngat aku pada abang ipar saudara belah dua pupu aku kat kampung, beliau dulu pun start jual sirap je kat bazar ramadan.Sirap je kot.Bila abes puasa , terus angkat seluar Levis ori selai. Kaya habesla masa tu .Mana mampu umur-umur baru masuk sekolah menengah , nak beli kapur kasut pun mintak mak duit.

Masa tu aku tanam cita-cita, next ramadan aku mesti berniaga gak, tapi nak meniaga apa, takkan sirap kot, tak originality la camtuh.

Pikir punye pikir..

HAA.. jual nasik putih dahla.Nak lagi meriah, tabur bawang goreng skit, daun saleri skit, pap pap pap, sengget.
Agak -agak kalau banyak tak laku, tolak secara pukal kat akak gerai sebelah , yang jual nasi goreng tuh.Kirenya, walaupun tak berapa untung , tapi tetap tak rugi.
Bijok tak?

"Nanti kat gerai ko nanti , ko nk jual ape?"-aku tanya kat Ahmad

"Heh, aku nak jual bende-bende rare, yang takdek kat Mesia lagi, pastu ejas-ejas la skit, ikut selera melayu "

"contohnya?"






....................................................








MENU GERAI AHMAD  (no.147)
Bazar Ramadan Jalan Ampang,Slangor
.:Tahun 2012:.



Banana Choco
Ni senang je, pakai pisang awak,(pisang awak tu nama sejenis pisang ,jgn pk bukan2), cucuk ngan lidi,pastu celup dalam coklat,last skali bubuh gula hiasan skit.Bukan takat budak , mak sedara budak pun suke. Sihat dan mengenyangkan. Sesuai di makan time sahur, pada siapa yang malas nak panas lauk itu ini, Banana Choco adalah solution yang tepat lagi menyedapkan..
Harga Cadangan: RM 1.50~2.00








Ringgo Ame
Ame bukan orang, apatah lagi ringgo, tu sebutan jepun bagi Epal Gegula.Bagi mereka yng selalu komplen, melantak 8 biji kurma ,tak feel ke tak puas ke,  apa kata anda try sebiji dulu Ringgo Ame  nih. Confirm, malam-malam ramadan anda asyik terkenang-kenang betapa puas , manis dan kenyangnya makan menatang ini.Luar dia disaluti gula, dikeraskas sebelum dipek cantik-cantik, kemudian dijual.
Harga Cadangan: RM 2.00~2.20







Okono Miyaki.
Bunyi macam pelakon wanita Jepun kan?.
Tak-tak, ni lah murtabak kat sini. Memang sedap, memang best .Macam-macam dia bubuh kat dalam tu.
Nak buat pun senang.Campurkan tepung ### + telur  + #### + kobis + udang + mee + ###. Pastu nak atas bubuh sos #####. PErgh, sure berebutla orang Mesia .Tapi keutamaan didahulukan pada mereka yang beratur sahaja, harap maklum.Maaf, sebahagian nama bahan terpaksa dirahsiakan, kantoila kalau yang baca ni, peniaga bazar ramadan gak, cmne nk berbiznes nnti..haha.
Harga Cadangan: RM 2.50~3.00



Amacam, rase-rase ade orang nak beli tak.
 Hari tu aku cume menggeleng-gelengkan kepala saja, dan atas dasar nak tolong member, ni aku wat entri khas untuk ko,Ahmad. Mudah-mudahan rezeki ko di Mesia nanti, menjadi.
Ameen~..









p/s: Tu bukan sebarang joget, tu contest joget+perarakan+perbarisan, satu Jepun datang.Nama dia Domannaka Matsuri. Tahun ni agak panas, tak larat nak duk tepi tuh lelama.

Read More

Saturday, July 17, 2010

Hero aku sebenarnya seorang Ultraman

29 comments





   Alah, biasalah masa kecik-kecik dulu, bangun awal-awal pagi pukul9 hari Sabtu, terconggok depan layan Ultraman. Tapi kena bangun pukul 8:30 , sebab mak kata takleh tengok tv kalau tak mandi.
Dengan kawan2 satu taman lak, duk sebuk cop ko ultraman ape, dia ultraman ape..Aku cop Ultraman Ace, sebb aku dengan dia ada persamaan , 2-2 bongsu.Lagi pun Ace smart skit kepala dia, siap sabit atas kepala boleh cabut2 , potong tengkuk itu  raksasa.whoaa..

Tapi ada  yang aku tak berkenaan dengan Ultraman Ace ni;

1-Ultraman muncul dari kombinasi Hakuto(laki) dan Minami(perempuan). Kalu korang usha balik tubuh badan dia yang sasa tu , part mana yang pompuan nye, serba jantan je aku tengok.

2-Ada satu scene , di mana Hakuto , terhempap kat runtuhan batu 8 tan. Minami plak naik jet pejuang, sedaya upaya tembak resakse, walhal dia tahu memang tak akan lut nye lah.Resakse tu sengih2 je sambil libas jet Minami. Nasib baik Minami sempat terjun, pakai parachute, elok2 je landing kat tempat Hakuto kene hempap.
caish~ cam tau-tau je.
 Tak abes lagi ni. 
Bila Minami tanya Hakuto ok ke tak, Hakuto dengan yakinnye jawap ya, maka;
"MINAMI~"  "HAKUTO~" ceng....dua-dua lompat akrobatik bersilang,..maka jadilah Ultraman Ace 
-Tak pasal-pasal je kan, walhal sebelum tu, Hakuto mace doh nok mapuh, terperok hok bawah batu nung.  

3-Tak sama dengan superhero lain, siri Ultraman biasanya bebas dari unsur cinta. Lagipun, apalah makna sebuah cinta bagi budak-budak belum tumbuh bulu ketiak ni.Heronya adalah seorang cool , tapi misteri, seorang yang suka membawa diri dan lonely.Tapi bagi ultraman Ace, Hakuto + Minami, takkan takde kemungkinan untuk membutirkan bibit-bibit percintaan kot, at least.Ke 2 orang ni adik-beradik?.





Okla, stop sampai 3 dulu,banyak songel la kalau tulis lebih-lebih.
Hakikatnya letih jadi Ultraman ni sebenarnya.Tiap-tiap minggu dok meng-fire je , bosan jugak la.Sebagai seorang manusia (selain Ace) , jauh dalam hati dia sebenarnya mahu mencinta dan terus dicintai.




Ultraman's love story



Dia hero..tapi pada masa yang sama dia tak dapat jadik hero untuk semua,poor ultraman.



1-Macho
2-Gagah
3-Charming
4-Romantik
5-Sensitif
6-Funny
7-.....
Bagi  lelaki punya ciri-ciri kat atas, cukup untuk mengangkat beliau untuk menjadi seorang hero.Pun begitu agaklah mustahil untuk kita , insan yang marhain  untuk lengkap serba-serbi.
Jadi apakata kalau kau pick satu keyword yang paling hampir dengan kau, kemudian fokus kan saja ke arah keyword tu.Kalau orang katakan sesuatu tentang kau ,sekurang-kurangnya kau tak melatah, tak marah kalau buruk, tak riak kalau baik.InsyaAllah~


Aku? aaaa.....mmmm...aaa... M untuk manes (mampus!)







p/s:ある動物は象より大きい、蟻より小さい、何だろう。

Read More

Thursday, July 1, 2010

Nak Cerita Pasal Payung Kejap

12 comments

  Semalam genaplah sudah empat ribu enam ratus dua puluh tujuh juta kalinya payung aku rabak , lalu jahanam dibaham angin yang menghambat kencang. Tu belum kira lagi yang kene rembat kat Aeon, kat library, kat masjid pun ade.Yang tinggal kat rumah member ,kemudian member sebat pun banyak kali gak jadi..

  Tak kisah pun,  payung murah je pun.Aku ingat kalau ada sen lebih skit bulan ni nak gak angkat la payung macam ni. Itupun kalau tokey-san part-time bagi bonus 3 bulan,dapat payung camni, baru semangat sikit nak gi sekolah  lebih-lebih lagi time ribut melanda alam.







Payung  yang mirip Stealth ini sebenarnya mampu membiaskan angin yang berkelajuan lebih 100km/sejam.Dengan kata lain, payung ini tahan ribut dan puting beliung.Rekaan ini telah banyak menang anugerah ini: termasuk German Design Award 2010 selain produk pilihan majalah TIME(2007).












Payung yang cool, harga yang paling pun murah:5250yen







Sempoi , naik motor siap pakai payung.Lepas ni bolehlah merempit dikala hujan lebat.
Bawah ni video ujikaji ketahanan payung ini dibawa kelajuan 120km/sejam.








  Terlanjur cerita pasal payung ni, aku ingat nak payung budak-budak sini makan maguro jap.Yelah, bukan selalu dapat rezeki terpijak ni ,tak best lak rasenye kalo tapau sorang-sorang. Tapi apakan daya, yang dapat tak lah seperti aku  korang harapkan. Takat pizza hankaku bolehla kut.

  Saja aku coretkan kat sini , sebab masa kecik-kecik dulu aku suka minum teh-O panas yang mak selalu bancuh time minum petang2. Kekadang aku konfius gak,dalam kejap ada serbuk teh, kejap ade kepala semut, kaki semut, buntut semut. Memandangkan umah aku nye penapis dah season, maka aku telan je la air teh , ngan kuih keria feveret abah yang biasanya aku sapu sampai abes.Mungkin kerana tiap2 hari aku minum teh-O emak, maka kuantiti bangkai semut dalam badan terlalu tinggi.So, keupayaan ingatan ini sedikit sebanyak  agak terjejas .
   Kalau ada sesape terbaca ni  semula, mohon tolongla ingatkan balik, kalau tak , sampai bila-bila aku buat muka cencurut tak makan pagi.


Berbalik kepada citer payung tadi,




CELAH MANA MACHO-NYA MENUNGGANG MOTOR  SAMBIL PEGANG PAYUNG NI??



kalau ada pembonceng boleh gak suruh tolong pegangkan...





Ahhh!!!
Baik aku beli payung murah saja.Muda-muda ini kena rajin menabung demi masa depan yang cerah.



Cuaca hari ni cerah dan panas,tapi aku tetap beli gak,kali ke empat ribu enam ratus dua puluh tujuh juta satu kali .
 Sediakan payung sebelum hujan beb..




 Alhamdullillah , hari ni aku belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.Kadang-kadang dalam kita mengejar sesuatu yang kita impi-impikan,sesuatu itu tak pernah pun menjadi milik kita.
Sebab apa?
-Sebab ada yang lebih baik khas menanti, tinggal nak jumpa je lagi. Dunia ni adil sebenarnya (ayat penyedap hati)

_cioau










p/s: craving for durian already,damn!!

Read More

Thursday, June 24, 2010

Blog Ini Dengan Rasminya Menyokong Sepanyol Sebagai Calon Utama Juara Piala Dunia 2010

8 comments

Memandangkan kita masih lagi dalam mood world cup, ijinkan aku memperdengarkan kat korang lagu runut bunyi yang tak rasmi , takda kaitan dengan K'naan atau Waving Flag atau seumpamanya..



(Unofficial WorldCup2010 theme-background-song)


Orait.
Macam biasa, entri ni takde kaitan dengan Sepanyol.Ini entri khas gua watkan untuk pasukan kesayangan gua sendiri sempena Hokuriku Taikai yang bakal berlangsung kat Fukui nanti..
  Sepanjang pembabitan gua secara langsung , jujur gua katakan ,tahun ni punye regular-team adalah yang paling mantap pernah ada, start dari keeper, defender, tengah, kiri, kanan, sampaila striker- dah tak payah nak terhegeh-hegeh import dari mana-mana ceruk bumi Jepun ni.Even kalau anta second-team, masih lagi..bolehlaa, takat-takat nak cukup korum, bagi balance group stage nye match.



 





Ini team kitorangnye rekod: amacam?
2006:habuk 
2007:habuk pun tarak 
2008:Nagaoka Hokuriku Taikai : Juara 
         Hiroshima Taikai : Naib Juara 
2009:Toyama Hokuriku Taikai : Ketiga 

2010:NishiNihon(Tokushima) Taikai: Juara






Takyah gerun-gerun bai, setiap orang mesti ada kelemahan masing-masing.Inikan pulak, ramai orang, mesti la lagi banyak kelemahan.Ini kalau ada yang terbaca ni bakal main untuk taikai nanti, meh sini gua nak kasi tips-tips eksklusif , panduan sikit2 , kot-kot kene undi sekali ngan team kitorang .

1.Goal-keeper utama batch AAJ 27- takat2 nk terbang2 ni no hal lah.Nak rembat dekat-dekat , lagi aa.Dia ni berani mati, lantak ko nyer striker badan Rooney ke, selamba jer die rodok macam seladang yang ekor terbakar.Jadi kalau nak gol dari 1-on-1, gua rasa korng kene pikir panjang2 la dulu.

2.Dengar citer kaki JejakaC punye alignment macam dah lari skit, tu blum kire lutut kiri-kanan dia yang makin longgar,(hebat sungguh penangan LunaMaya nih) .Jadi back-kanan macam dah kurang kebal skit.So, kalo team korang ade striker yang laju dan power, gua syorkan korang serang ikut belah kiri.Kalu dia biasa belah kanan pun, bubuh gak kiri.

3.Tengah  ada dua anchor, gentel 3-4 orang tu takat celah gigi jerk.Kalau nak masuk sorang2, memang kene tapau kaw-kaw aa.Jadi macam mane? jangan kasi bola sampai kat kaki derng,takpun kalau dapat gak, jangan kasi derng passing kat striker atau wing kiri kanan. Kepung je ramai2,kadang-kadang bila dah mabuk sangat menggentel, gol sendiri pun derng tak nampak.

4.Striker kitorang ada menuntut ilmu,bukan ilmu hitam tapi ilmu ghaib-ghaib , kejap ade kat bucu sana, kejap ade kat tepi gol,kejap ade kat kat tgh padang.Ini takyah gusar sangat, sebb dia sangat bergantung kat dua anchor tadi ni.Selagi dia tk dapat bola , peduli hape dia ghaib ke mane.

5.Corak permainan kitorang sangat neutral;senang cerita, kalau kene korang kene tibai 5-0 first half, kitorng takkan men secara defensive ,sama gak kalu kene bubuh balik 0-5, kitaorng payah nak men offensive.So tak payah menggelabah lebih2, kalau korang lead,second half bertahan ajela habis2an, kalau tertinggal, serang la semacam hari esok sudah tiada lagi.

6. Banyakkan doa dan sembahyang hajat: Daripada korang menjerit macam orang gila tgh2 padang , alangkah bagusnya korang wat halaqah dan berdoa ramai-ramai sebelum sepak mula.Berkat sikit kalu menang.Tapi kalu kalah gak nak wat cmnekan, manusia hanya mampu merancang Yang Maha Kuasa jualah yang menentukan, ameen.

7.Eh? gua tak citer lagi pasal wingers ? hahaha, tu korang discover sendrik la, letih la gua nk citer sumer kat sini.Tak funla match nanti.


Okay,sebelum undur diri, terimalah poster rasmi maskot team Nagoya edisi 2010.Sudi2 kanlah wat desktop wallpaper _ciaou









*Dah takde api dah kat atas kepala dia sebab tahun ni kitorang nak maen rilek2 ,main hepi2 , macam main petang-petang.
Cuma nanti bila dalam padang kita jadi lawan,  luar padang kita tetap kawan ok..













Gadis pom-pom









p/s: Final -> Spain vs Brazil

Read More

Monday, June 14, 2010

Bermain-main di gigi air laut

14 comments

   Kelmarin , pergi berkelah kat tepi pantai sambil buat bbq sekali.

Mujur takde sesiapa yang pakai bikini kat situ, Kalau tak bulat-bulat je dapat  dosa kering masuk akaun...

...
.....
.......
Ok, aku memang hipokrit.








  Sebenarnya ada satu family yang join skalik.Memandangkan ada 3 orang anak kecil , maka penyataan di atas tak lebih dari sebagai penyedap hati saja. Tiba-tiba aku teringatkan masa aku sekolah asrama dulu, benda yang best bagi kita, tapi jadi bukan takat tak best, malah memalukan, kalau ada anak kecil bersama.



.........................

Cerita Di kedaikopi Che' Mek

  Kat Kampung takda mapley 24jam, kalau adapun itulah the one and only: Che'Mek 's kopitiam.Time cuti panjang ,semua orang balik kampung , memang kedai kopi Che'Mek port melepak dari malam sampai subuh.
 Cuma ada satu malam itu, tengah-tengah kitorang sedang melepak, aku ternampak ada sorang brader ni dengan anak kecil datang makan  ,sementara tengah tunggu order sampai , brader ni khusuk buat kerja kira-kira dia.Rasenya bini tido awal kot, tu yang dia makan kat luar sambil buat kerja skali ,gamaknya le. Anak lelaki dia pula khusyuk tengok TV. Eh? , laa ade TV kat sana..tak perasan sebab aku membototi tv,+ tv menghadap serong ke sebelah sana.Takpelah, lewat-lewat cam ni mana ade citer best, mengganggu kenikmatan berburak saja.

Tengah syok2 kitorang ketawa macam orang gila, tiba-tiba;

"AYAH!, APASAL ORANG TU TAK PAKAI BAJU YAH?"

Satu kedai pusing kat budak  yang tengok TV tadi.

"Sorry bang, sorry bang,sorry, sorry..tak perasan boleh"-kata waiter yang dengan cepat2 keluar cd.Cess, citer tu? tak sempat lak nk tengok.

"Species, ... Species 2", jawap Man dengan konfidennya.Telinga Man memang sensitif dengan perkataan' tak pakai baju, telanjang,   'bulat-bulat' dan seumpamanya.Laju je dia kat depan TV tadi.


"Ok, ok tak pe , abang ok jer..".Brader tadi memaafkan waiter yang mukanya sudah bernilai sekupang.

.........................

Berbalik ke citer piknik tepi pantai, bayangkanlah kalau ade 2-3 orang perempuan Jepun jalan-jalan pakai bikini.Lepas tu anak-anak kecil ni nampak, dan cakap kat ibu dia

"Mama, kenapa dia pakai spender ngan coli je?"
"Dia nak mandi laut , dia pakai lah camtu"
" Kakak nak pakai cam tu"
"Tu baju untuk orang dewasa jerk, kakak kecik lagi"
"Ok, kalau kakak dah besar nanti , kakak nak pakai macam tu yerk.."
"aa............."





 Remeh je, tapi kalau dari kecik dah pasang niat camtuh goyah jugakla.Lebih-lebih lagi budak-budak sebaya Kakak ini kuat ingatan, dan bijak.Sebagai orang dewasa yang berpedoman , walaupun kita sukakan benda-macam ni, tentu kita tak mahu anak2, adik2 kita tengok sekali.Samalah kesnya macam tengok TV satu keluarga dulu .Tengok sitcom FRIENDS, universal, semua orang leh gelak2, tapi bila mai part2 kissing, eh? time2 tu lah purak2 gi dapur la, jawap telefon la, nak gi toilet la. Sebabnya; segan.Nak sound nanti terasa cam poyo-poyo alim lak,nak tukar channel, jauh sekali...
 Sebab tulah kenyataan :"Mujur takde sesiapa yang pakai bikini kat situ.." tiba-tiba ada, mungkin kali ini lagi luas sikit maksud dia kot.

........


Sambungan cerita di kedaikopi Che' Mek

   Dah pukul 5 pagi, mata dah kuyu je sesorng. Tengah-tengah semua orang nak berangkat pulang, tiba-tiba Man pergi belakang, dapur masak kedaikopi.

"Bang ,pinjam cd Spesies tadi boleh tak bang, yang no.2 tak abes tengok lagi aa tadi"

Lantak ko lah Man.






p/s: picture credit to Ajim ketak-ketak.

Read More

Saturday, May 29, 2010

Kenduri kahwin gua nanti...

23 comments



   Malas nak intro bunga-bunga , gua straight to the point je lah .Ini cuma bayang-bayangan seorang lelaki yang sedang kusut jiwanya , merenung masa depan yang belum pasti , tapi masih lagi gagah untuk mencongak tentang majlis kenduri perkahwinannya suatu hari nanti.

Sapa tanak kahwin ooi..


   Tahun lepas, bila gua jumpa dengan sahabat lama gua, rasa macam berjumpa dengan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan pulak.Lain sangat beb.Dulu ,boleh sama-sama mengepau megi junior, sebat ais krim kat dewan makan, ponteng prep, fly gi kedai mamak sebelah sekolah,  tau-tau dia dah pun jadi suami orang.Memang saspek la.Cara fikir dah tak sama, kalau dulu mencarut-carut dah macam perbualan rutin, sekarang perkataan dah tersusun lagi berhikmah. Lawak bangang? tetap ada, tapi mungkin dengan gua je, dengan orang gua lain, gua tak rasa dia camtuh.
    Bak kata ZaidSensei; "Lelaki tiba-tiba boleh jadi orang yang lebih baik selepas dia kahwin..."-kata2 yang masih terngiang-ngiang kat telinga gua.
  Sebelum gua tulis lebih-lebih, (sebab gua tanak di-chop jiwang), adalah bagusnya kita layan terus pasal fantasi liar majlis kahwin gua ni.




KAD 
Gua start ngan kad jemputan.Saiz konvensional jerk, tapi pakai gloss-paper, kertas foto tu.Kalau ada bajet lebih skit , gua ingat nak wat yang ade muzik2 skit bile bukak.Lagu?  : Kenek-Keneklah Udang lembu patahlah tanduk , ahh~...huwa huwa huwa..


Desain die:




 2 minggu sebelum kahwin gua ingat nak amik cuti panjang, nak pusing satu Malaya,ketuk pintu rumah sensorng dan nak pass kad ni dengan tangan sendri.Suprise!?, Itu sudah pasti. Mesti ada nye lah member2 gua ni terkejut beruk dan cakap;

" HAHAHAHA, Tak sangka betula ,ade gak orang nak kat kau..Sapela wanita malang tu ye.."


..sial.





ATURCARA 
Lagi awal, lagi bagus. Akad nikah start sejam lepas subuh.Makan tengahhari ditiadakan, diganti dengan sarapan pagi beramai-ramai.Ini khas untuk golongan member seangkatan makbapak gua, jiran-jiran, dan saudara terdekat.Yelah, memandangkan ada kemungkinan bertembung tarikh ngan orang lain, so adalah baiknya gua punya, kenduri yang pertama derang gi, the first the better .


Sementara jiran-jiran gua tengah gotong royong cuci pinggan, gua ngan pengantin perempuan lari jap gi photo shot memana, sambil-sambil jumpe ngan saudara2 dari seluruh perosok Mesia, jumpe sekali ngan anak2 derng ,mana tau kan,kalau bukan untuk gua, mungkin jodoh derng untuk member gua yang belum ade gf ke time tuh.


Malam: GrandDinner; Ini mungkin buat kat mana2 ballroom hotel kat Ipoh, Hotel Syuen ke..Paling-paling koman pun kat dewan serbaguna kat kawasan rumah gua ni.Koman-koman pun, boleh sumbat 2ribu umat Muhamad jugak la, jangan memain.Pasal makanan, ni bagi kat family belah bapak gua la senang, derang lagi arif, tapi jangan risau..., udang galah mesti adenye..dan takde catu-catunye sistem, makanlah bape banyak korang nak ok.




Udang Sambal Petai- terbaik dari ladang






PHOTO SHOT
Yang ni gua cerewet sikit, dan kalu boleh gua nak kongsikan dengan korang yang gua nak macam ini:




dan macam ni..




..dan juga macam ni

Dan yang pakar dalam bab-bab ni semestinya;
Shutterspeak
 Gua percaya , kat Malaysia skrang, industri wedding photography ni dah macam payung kembang time hujan.Ekonomi dunia tengah gawat pun ramai lagi yang nk kahwin.Maka, tak heran ramai member2 gua yang ade kamera2 besau , tibe2 je leyh jadi pro .Tapi kat sini suka gua nak ceritakan,pakej agak unik, sebelum kahwin ,selepas kahwin pun ade lagi shooting gambar.Even perjalanan satu kenduri pun boleh dinostalgiakan dengan gambar-gambar gak.
  Dan yang paling best , derng nyer video-graphic.Nak tulis indah-indah pun gua tak pandai, tapi korang layan ni sendrik bawah ni:
 

Gua udah banyak kali layan video ni, dan setiap kali gua nuntun, emangnya nuntun dengan penuh minat deh..


  Menurut tutorial yang derng buat,derang just pakai Canon5d (kot) , dan efek gerak-gerak melilau tuh, derg pakai sejenis static-stand dan boleh sangkut kt badan, takde la gegau-gegau kan kalu pakai henpon ,format 3gp.


Okla, kalu korg berminat, taula kan korang nak carik kat mane.Kalau nak pakai khidmat gua jugak, tunggulah 3 tahun lagi (ameen..)




Setakat ni saja gua meraban dulu, yang lain gua fikirkan kemudian.Sesiapa yang ada apa-apa cadangan, sudi-sudilah share yerk_ciaou.




p/s:glad to have this entry for 2010 SpeakAboutUs Contest ..

Read More

Tuesday, May 25, 2010

Gering

5 comments








Bila kita gering, barulah kita tahu yang kita boleh sakit;

Bila kita gering, barulah kita tahu yang kita tak kebal;

Bila kita gering, barulah kita tahu yang mana rakan, yang mana lawan;

Bila kita gering, barulah kita faham yang ada dihadapan hanya hiasan semata;

Bila kita gering, barulah kita sedar yang kita sedang teruji ;

Bila kita gering, barulah kita mengerti, hidup ini lebih bermakna jika ada ikhlas,ikhlasnya sebuah kesyukuran;

Bila kita gering, barulah kita ingat semua, sedangkan yang semua mula melupai kita;


Ya-Allah!

Kalaulah natijah kejadian manusia itu,

bila gering baru mereka mengingati-Mu,
maka,
aku rela Digeringkan oleh-MU sepanjang hayatku,
nescaya ;

aku tidak akan melupai-Mu ,


....walaupun sesaat cuma...




 .............................................................................................................................................

  問1:Berdasarkan pemerhatian anda daripada 2 gambar di atas, Saudara Erwan kita ini telah mengalami penyakit:


a) chickenpox
b) chickenpokes
c) chickenporks
d) cengkering










.
.
.
.


Astagfirullahalazim, orang masuk hospital, korang boleh lak layan lawak spastik aku ni.
Just nak kasi tau jerk, Erwan masuk wad sabtu lepas (22/5), dan InsyaAllah akan keluar wad dalam tempoh seminggu.Kalau ada kelapangan , silalah lawat beliau kat Nagoya Uni. Hospital名大病院 kat Sakurayama, bilik no.1659.Datang bawa ole-ole 14btg skali, mesti die suke gile ar..

okla_ciaou






p/s:krispy kreme..oo..krispy kreme..

Read More

Saturday, April 17, 2010

TheUglyTruth::blogger sebenarnya seorang yang lonely

20 comments

  Terhakis,terguris, terkikis, terkakis hati gua bila member gua kate gua bukak blog ni sebab gua lonely.Marah betul beb, tapi gua bukan retinya nak marah-marah ni, lagi orang gelak, adela.Tapi gua tak ambik pusing .Sebab gua ngakula, time gua lonely, gua tulisla blog, tapi tak semestinya gua tulis blog sebab gua lonely.Banyak je sebab lagi...


Nak komen
Ni perangai gua sejak azali lagi.Gua sendiri pun heran.Jalan-jalan blog orang cam kureng lak kalo tak tinggalkan komen .Plus, bile tembak orang, rase tak fun lak kalo orng tak dapat nak tembak kite balik.Adengan tembak-menembak,hahaha, gua memang suka cari pasal!!



Sampaikan blog2 yang ade iklan macam ni pon gua komen jugak, Tak kire!!




Cari Awek?
HaHaHa.. tu zaman friendster, zaman add menge-add manusia2 yang tak ketahuan dan cun ni dah lame berakhir.Skang ni kat friendlist Facebook gua, semua orang-orang yang gua pernah jumpa kat dunia realiti, orang2 yang share minat ngan gua, dan orang2 yang bakal gua jumpe.

"ABES TU ORANG BAKAL JUMPE TU MACAMANE LAK? .."

Alahai ni pun nk kene explain gak ke?..contohnye mcm mmber gua nye kawan ke,kawan nye kawan, adik beradik derng ke, mak bapak derng ke.Last2 nanti jumpe gak .Time bile? time member gua tu kawen, confirm jumpe!!.
 

 ....selingan.................................................................................
2 tahun lepas, gua ade add sorng minah ni, sebab  dia  gamba2 yang dia ambik memang cantek2 blaka. Sampai ade satu gamba tuh, gua komen;

"Masya-Allah,lawanye air terjun, ni kalo amek pakai DSLR ni, dah lame wat wallpaper nih.."

So,cm biase,die tak reply, dan takkan reply...

Nak dijadikan cerita,taun lepas kebetulan interview keje gua kat tempat die blaja, kebetulan ade member yang boleh tumpangkan bermalam, kebetulan malam tu derg wat kenduri, dan kebetulan minah ni datang jugak(banyak tul kebetulan nih).Minah ni nampak gua dan datang kat gua. 


"Eh, awak ni mr.S kan?"
"Errkk..aa.."
"Awak la yang komen gamba ape ntah, air terjun ke hape.."
"aaaa,hahahah,abaikan komen tu, memain jerk.."
"takdelah, tak kesah pon, lagipon memang tak reti pun nk pakai kamera besar2..." 
.....lalallalala..............................................................................................

Flirt-flirt kat dunia maya,dlm Fb tak puas, langsung tak gentle beb!.Kalo betul2 mahu sekadar berkawan, kawan je la ngan semua orang,letihla nk pilih bulu.Kenal je la hati budi orang,luaskan minda , dekatkan diri dengan masyarakat.Layan kakak orng macam layan kakak sendiri.
 Natijahnya, seorang lelaki,tidak dapat tidak,tak banyak pun sikit, hati dia mesti melekat gak kat seorang insan yang bergelar gadis/wanita/janda itu.Masa tu boleh wat Istikharah banyak2, mintak restu makbapak, dan yang paling penting , cek asal usul dia, tunang orang ke bukan, kawan-kawan die camne.Ok ke tak.Agak-agak dah puas hati , bolela gi cari bapak die ,jumpe face-to-face.

"Pakcik, eden dah tak tahan laie ni ha, eden berkonan sgt dengan si Sonah tuhaa..Eden ghaso nak buek die jadi bini la , buleh ko pakcik?"
 
"Ekau ni ghupo ado, ensem sikit la dari pakcik, kojo,keto, kalo tanyo pakcik, esok pon setel, tapi ko tau jolah,  budak-budak sekarang mano buleh pakso2,..Macam ni je la ,pakcik nolung tanyokan,kalo ok, kironyo korang jalan ajola sonangkan cenghito. Nanti senang-senang ekau datang la balik  yo"

"Bulan dopan bole?"

"Tak kesahla, bilo2 pon buleh......Kiah, OOO Kiah, bagi enpun tu jap.."

 Malam tu bolehla khatam buku 'Men From Mars,Women From Venus' yang korng baru beli petang tadi , ambik feeeeeel .Esok ,dah nk kene start anta bunga atas meja tiap-tiap pagi.Pastu ajak2 la kuar makan sesama ke, offer tolong antarkan balik umah ke, hape ke..,(lu orng lagi pro, gua takbrape).Anggap je tempoh sebulan tu mcm tempoh siap paper thesis korang mase kat U dlu.Tak yakin sebulan, kautla 2 bulan, ke 3 bulan ke.Tapi jangan lama sangat, nampak sangat tkde kesungguhan nanti.

Betul, cinta sejati tak boleh berputik dalam masa pendek, tapi tak semestinya perlukan masa yang panjang.Pokoknya, dahulukan dengan tanggungjawab, asas penting membina cinta yang bahagia dan kekal berpanjangan,InsyaAllah.



Oklah, cukup sebagai mukaddimah, entri ni sebenarnya gua nak promote video gua yang terbaru ni, Stop motion antara 2 buah universiti kat sini,dari Nagoya Inst.of Technology (U gua) berbasikal ke Nagoya University.Ade la dalam 20 menet mengayuh, tapi enjoy beb ngayuh kat sini,tak panas,naik bukit pun steady jee..okla,papepon Njoice~.






Meikou to Meidai from synthiO_ra on Vimeo.


p/s:people keep trying to get what they want, until they find what they need.

Read More

Saturday, April 10, 2010

Non-alcoholic beverage

16 comments

 Sai-san (bkn nama sebenar) , senior Lab aku ,wat phD course berasal dari China, selalula jadi peneman aku mase zaman2 duk kt Lab dlu.Die ni memang sempoi, pandai tapi tak bajet pandai, selenge je aku tengok.Memandangkan aku ngan dia je alien jantan kat dalam Lab tuh, maka die lebih rapat ngan aku,(aku lak rapat ngan semuorang).


Biasenye kitaorg wat keje waktu malm sampai ke subuh, aku minum Ali Cafe 2 gelas, dia lak minum coke 2liter, memang nice~.Kadang2 die angkat itu Kirin Beer gak.Untuk pengetahuan korang , dalam Lab aku tak dibenarkan minum Beer, melainkan ade party.
Tapi die dengan selamba je ckp;" haish, kan kite berdua tgh berparty, tak papela, jgn riso" (kepala otakko, nk babit aku lak,hahaha).
Macam gak minum Teh tarik kt Mesia, minum Beer sorng2 memang tak fun, lebih2 lagi kalo dua-dua tgh ber'pesta' dlm Lab.Selalu gak aku kene pakse minum Beer ngan Sai-san nih.Tapi aku cool beb, aku tolak elok2.Kadang2 aku spare coke2-3 tin dalam laci,back-up kalo die ajak minum same2.

"Apsal agama awak tak kasi minum itu Beer?"
"Sebab ia memabukkan.."
"Ooo.. kalo cmtu, itu beer yang tak memabukkan boleh la yek?.."
"Err..kot. Tapi ade ke beer cmtuh?"
"Ade, ade, mesti ade nye.."
"Ooo, kalu cmtu takpela, sebenarnye takpela saya memang tk suke beer pun , bau die takleh blah.."- aku cube konar kut laen.
"mmm.. kalu cmtuh,tk dapat nk tolong maa, sumer beer bau cmtuh.."






Esoknye jugak die bawakkan aku menatang haram jadah ni;



"amacam? ade brani?"
"erk, saya mmg memang tk minumlah!!"
"tp ni tk mabuk nye lorr, kawan saya ckap.."
"bau die, ...bau die cm syial.."
"ooo,,hahahahha..ok ok , lupe ,lupe.."


Banyak tul dugaan duduk di bumi orng ni.Ingatkan alien yang back-up alien lain, rupanye alien ini yang ..bak kata pepatah' Umpama gunting dalam lipatan,diguntingnya kain, jari yang terluka'.



...........................................................................................................................


Semalam aku gi sopping kat kedai Halal kt sini.Tak sangka plak kedai Halal skrang ini ade jual produk baru yang berwawasan dan lagi dinamik cmnih..




Siap ade logo halal jabatan kemajuan islam Iran lagik. Sumer ade 4 perisa, dan disebabkan semangat ingin tahu yang berkobar-kobar dan berkocak-kocak di dada ,aku pun angkatla satu(setin 180yen= RM6.00++ ,).

Sehingga entri ni ditulis, aku masih belum teguk lagi, jadi , jangan tanye aku rase die cmne ,ok_ciaou.








p/s: Sebenarya ,menghadiri party yang ade unsur arak dalamnya pun boleh tergolong sebagai berdosa besar,sama macm kelakuan peminum itu sendiri.Jadi seboleh-bolehnya tolak secara baik, atau cari alternatif lain( mcm , kita sendiri yang anjurkan party tuh).
So, rakan2 yang baru masuk Lab tuh, hati-hati ya.

Read More

Monday, April 5, 2010

§::Work of The Month:Actually Last Month I think..

7 comments


Teka-teki Bab(gambaq):


Dalam banyak-banyak air, air ape yang paling sedap?



















Jawapannya....↧↧(klik)↧↧



I LOVE YOU♥♥♥...
















HakHakHak, alahai..Okla,Air ape pulak yang paling tak sedap?..













p/s:6月間の作戦が始めました~

Read More

Monday, March 8, 2010

Pagi Isnin: pagi pembuka pintu rezeki

5 comments

Dua hari berturut-turut hujan.So, ingat nak berjoging la skit pagi-pagi ni,
tapi bila turun bawah rumah, tiba-tiba mata disajikan dengan pemandangan ...





riko-chan



terus tak jadi jogging ..HAHAHAHAha(alasan ..)

Read More

Thursday, March 4, 2010

Kisah Paling Seram - Gengblogger.com

25 comments


Cerita ini baru lagi, dalam 2 tahun lepas.Masa itu masih jadual waktu masih lagi sarat. Satu hari kurang dari 3 kuliah kena hadir.Setiap kehadiran cuma syarat untuk boleh masuk exam nanti, dan result hanya dari exam semata-mata.ArGHTT!!..

Masa tu minggu exam, maka bertapa sampai malam di library merupakan satu altenatif yang bijak.Minggu ini library buka sampai pukul 10:30, dan perjalanan ke rumah dalam 10 minit berbasikal, cap Panasonic.Tapi malam itu agak renyai sikit, jadi aku lepak rumah Mus , hanya sejengkal dua depan pintu sekolah.Tiba-tiba...

"Aduhai, pancitla pulak beskal ini,sok tghhari ade paper, cmno nih...".Tak jadilah lepak umah dia.Menapak sajalah.Mus pon ada paper gak esok petang.Kurang lebih pukul 11setengah, aku sampai kat blok apartment aku.Aku tinggal sorang saje,mahu privacy skit.Apartmen aku duduk tu agak besar, dlm 7 tingkat,6 unit setiap aras.Umah aku tingkat 6, no 603.Mujur ada lift,takla lutut ni longgar sangat nanti.Esok kene menapak lagi,sampai atas masuk bilik semayang, tido!!..Pagi kena bangun awal...

Depan pintu lift

"sape lak berkelumbung memalam ni? ujan dah berenti bai, tanggal jela baju ujan ko tu, lemas aku tengok.."Ujar aku dalam hati.Susuk badan agak tinggi,jarang ade orng jepun setinggi ini kat apartment aku ni.Dengan berlitup satu badan, mulut dia pon ditutup,macm orng kene flu.
Keting..~~,pntu lift terbuka.Mamat ni masih lagi didalam.Hairan juga, ingatkan mahu keluar skali, ..mmm..mungkin lupa nk picit butanglift tadi kot.Lantaklah.Lagak pon macam mat jebon tak siap je, janji ko tak kaco aku sudey.Masuk bilik , nampak katil ..Landing time~

zzzzz

eh,Astagfirullahim..semayang dulu..baru smbung

zzzz

.................................

Esok Pagi2

Baru nak bersiap-siap gi sekolah, tiba-tiba ade orng ketuk pintu,aku pun buka dan yang tersembul depan aku ialah

"selamat pagi encik,saya Ito,polis bandar Kasugai, minta maaf krn mengganggu,nak tanya sedkit beberapa soalan.."

La..ini kalo tak pasal basikal, mesti pasal buang sampah tak betul ni...
"iye saye.."
"malam tadi ade kes sikit kat apartment ni,boleh saya tau kalau-kalau encik ade syak apa yang tak kene sepanjang semalam hingga hari ni?"
"errr..jap saya pikir......mmmm...mmmmmm..rasenye tak de pebende la encik,sume ok je kot"aku menjawab..
Disebabkan aku mahu ke sekolah awal hari ni, maka aku kelentong je la, malas nk layan polis ni,kang tak pasal2 kene bawak gi balai la ape la, paper aku aritu burn cmtu je kang..

"betul ni? orng2 pelik pon tak jumpe gak"
"iyee..takde"
"kalo betul, terima kasih la encik, minta maaf sebab mengganggu.."

Aku pon bergegas ke skola .jam dah 10, exam1030..abes~~

......................................................................

2 Malam selepas itu.

Lewat lagi balik umah.Sampai bilik terus buka TV, dah lama tak tngok TV.
!!!!
Terkejut aku dengan berita hari ini!

Ada kes pembunuhan seorang wanita, badan dikerat-kerat dan dilupuskan dalam jamban.Lokasi kejadian bilik 703.Hayashi Apato..

"KEPALA OTAK DIA!!, UMAH ATAS KAA!!". Aku dah tak keruan.Sudah 2 malam aku tido umah Mus.tak sangka pulak..
Tiba-tiba tengkuk aku mula meremang,Lekas aku tutup sliding-door kemas2.Kejam betul si pembunuh ni. Sampai begitu sekali dia nak hilang bukti.Fikiran mla berkecamuk.Cuba aku jauhkan imiginasi2 yang bukan-bukan.
Tapi mata tetap mencorot di kaca tv..



Waktu wanita itu dibunuh kira-kira malam 3 hari sebelum itu.-Pergh, malam yang esok nya aku exam!!.


Walaubagaimanapun pembunuh dia berjaya ditangkap siang tadi.berumur 29thn tinggi 183cm..


Fuh, Alhamdullilah, Lega skit.Hati aku kuat berkata, orang berlitup misteri dalam lift malam td itulah yang pembunuh. Tuhan lebih mengetahui..

Tapi ALangkah terkejut bila identiti pembunuh itu disiar..
.
.
..
.
.masaka
.
.
ini
ini bukan ke
bukan ke
.

.
.
.
.
.
..
.

.
"EEHH!!!!, INI BUKAN POLIS YANG  PAGI TU KE!!!??"



.
.
.

.
.
.
Aku bergegas keluar ke umah Mus.Sampai ke pagi aku membisu, lusa itu jugak aku pindah keluar,duduk sekali di umah Mus, yang kebetulan ada 1 bilik kosong.Biarla tiada privacy sangat , daripada hidup terus dihantui..

Minta maaf para pembaca, mungkin ini bukan cerita seram, tapi bagi aku inilah pengalaman hidup paling angker daripada citer2 pontianak ,histeria,kubur,burung hantu dll..Sebab ini soal hidup dan mati aku..



p/s:友達からの本当にあった話です。


Read More

Wednesday, January 20, 2010

Besday Boy × Sambutan2 Yang Betul

4 comments


Sampai sekarang aku tak faham apa signifikasinya lilin ngan kek besday.Yela, dicucuk-cucuknya atas kek kawan tu, dah nyala pastu kasi kasi padam balik..(!!??).Zaman sekarang dah canggih skit, orng tukar ngan bunga api lak. Tak yah susah-susah nk tiup, sebab nanti dia padam sendirik.Cantik pun cantik.Nanti mane tau akan datang orang pakai mercun papan lak, umur setahun sebatang , 2 tahun 2 batang,.. masuk umur 18 tahun?..perghh, sure gempak nyelah..!!.Btw, bukan pasal lilin yng nak aku bebelkan, cume nak share ngan korang cara menyambut besday boy tersayang , selain tulis wish dan anta kek yang merapu2  kt Dinding Fb.


Salat-menyalat
Mase aku kt Lambo.Time tuh Sir (ketua warden) kumpolkan org2 yang lahir bulan same dan wat besday party utk org2 yang lahir pada bulan tuh la.(sweetkan  sir aku..). mase tu kalo ade sape2 yng gatal , bolehla gi depan same2, tiup lilin same2, potong kek same2...dan pada mase yang same, muke2 sesorg  ni di recognize oleh org2 laen.abes je party ,gasakla ..belen2 icing kek yng tk abes ni akan dikutip sorg skit, pastu akan disalat-salatkan ,dari ujung rambut sampai ujung kaki si empunya besday nih.Yang lagi horor, akn ditanggal-baju-seluar-kan, jenuh satu badan dgn  icing ..Kesian gakla , tiga kali maghrib muke berkilat2 lagik...mcm ahli syurga.




Tahap kesukaran: 20%
Alasan:kene beli kek betul le, takat cup cake, tapau kasi anak sedare makan bolehla...







Humban-menghumban
                                         
 credit to Emrank

Beseri dlu ade kolam biawak kt depan blok form4 , jalan nk gi blok A(asrama pompuan).kat situ lokasi utama humban besdayboy ni.Malam besday, tepat kol 10:29 mlm kelas die dah kene kepung,tingkap belakng pon ade org guard gak, tnk kasi lepas, masuk kul 10:30 mmg lauk la mamat nih.Julang ramai2 sampai tepi kolam td ni.Yang bagusnye ade org bacekan doa selamat,pastu lagu tema besday versi Labu-Labi...kalo ade yng biadab skit , diludah2 dulu dlm kolam tuh( ambik berkat) , takpon kencing ramai2(buang sial).Lepas humban, sumer cabut mcm tk cukup tanah.Fuhhh,, mase tu aku bersyukur giler sebab lahir bulan 12...Alhamdullillah..Rasenye skang kolam tu dah tkde lagi dh kot.

Get this widget
|
Track details
|
eSnips Social DNA
Ai , wat2 lupelak, ni la lagu die..

Tahap kesukaran: 32%
Alasan:paling happening , satu batch punye komplot, ...kalu bole libatkan ngan geng2 surau, patut tk jadi masalah.







Asah-mengasah


Ni plak budaya AAJ yang dah lama pupus .Aku sampai sini pon, baru discover balek.Menurut sempai ,Kucai(batch18/bkn nama sebenar), dia ckap yang zaman die last org asah2 besday boy nih.Menurut die lagi, dulu ade tiang seri kat AAJ, yang mane org selalu gune utk asah2 ni. Pastu name ngan tarikh dicatitkan  kat tiang tuh.Bayangkanla, kalo sensei2 sane tk larang dari dlu , tiang tu skang mesti dah jadi mcm tiang kuil hindu.






Thanx to Kucai for the info, so sebagai tanda terima kasih tk terhingga aku ni, aku abadikan nama ko kat batang pokok nih.


Tahap kesukaran: 38%
Alasan:kadang2 kederat seseorang boleh match dengan seekor kuda.Maka, bilangan orang yang ngusung tk kesah, yang penting boleh counter besday boy ni dengan lancar.










CADANGAN LAIN



PAGI NAN INDAH

Supply die sekotak susu uht segar dan panas tapi seblum tuh larutkan 8 biji panadol dan pasti panadol2 itu betul2 larut.Biarkan die tidur nyenyak, dan keesokan paginya muka die patut jd cmni. 


Sapa2 yang berdendam lame kat mamat ni, bolehlah dizahirkan dlm bentuk tulisan2 mahupun lukisan.

Tahap kesukaran: 72%
Alasan:Gile ko 8 biji, agak2 la, silap2 ni besday last die ..







OPEN TABLE

Dah jadi adat biase kot, cumenye kali ni setting 5 org satu kereta gi dinner kat Sushiro ke Kappa Sushi ke,.Bedalla bape byk plate yg boleh.

Dah kenyang dua org kuar utk sak-kok sepam,
 .
pastu sorg lagik gi toilet...
.
selang 5 minit kendian, sorng lagi pura2 lupe wallet tinggal dlm keter.
 .
 .
Tinggallah BesdayBoy sendirian di situ selama sejam, pastu bolela anta sms kat die yng lebih kurng cm nih..
.
.
.
.
.




cara ni khas utk besdayBoy yang kedekut taik idung masin, yang slalu ckap: 
" ape pulak, besday aku, korang la yang patut blanje aku..".

Tahap kesukaran: 66%
Alasan                  :Ni memang mncabar, kene ade sorng kaki pancing yang betul2 handal, supaya die boleh join skalik ..








HACK YM @ FB

ni yng paling simple. tp kene gi ziarah bilik die gak, wat suprise party, kasi die terharu skit..dlm pada tuh, buh status ym die mcm ni..."sungguh bahagia malam ini,terima kasih semua.." ataupun "ada sesiapa yang boleh buat saya hepi,hu hu hu"(BM trnlation)., attachkan skali link video homemade die yng paling latest , tak pon lagu2 yng die slalu ulang2 dengar mase korg tgh sibuk nk study chuukan(midsem) arituh..

Tahap Kesukaran: 32%
Alasan                   : kena pastikan pc dia hidup dan ym/fb die on line. Memerlukan tenaga kerja sekurang2nya 3orng, dan sgt tidak berbaloi kalo die sedar tk sampai  15 minit pon.









SUSAH-SUSAH SANGAT
Wakafkan kt die sebotol diet coke yang 1.5litre , tp sbelom tuh masuk kurng2 nye 3 biji mentos dalam tuh, tutup kemas2..baru bagi kat die..,cabuttttttt........

Mentos & Diet Coke from SpJoRuss on Vimeo.

Tahap Kesukaran:15%
Alasan                  :Diet coke? ade ke orang yang nak minum?.












...dan yang terakhir..







DOAKAN KESEJAHTERAAN BELIAU
Ini yang sebaik-baiknya.







Dari Abu Darda’ ,meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada (tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.”

(Hadis riwayat Muslim)









pic credit to hoogmoet




 
Malah doa seorang muslim terhadap saudaranya yang lain tanpa pengetahuannya adalah mustajab berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Adapun doa seorang Muslim bagi saudaranya yang tidak hadir adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan bagi saudaranya itu, malaikat yang diwakilkan itu pula berkata: “Amin, dan bagimu seumpama apa yang engkau doakan itu.”

(Hadis riwayat Muslim)


Tahap kesukaran: 0%
Alasan                  : agak2 kalau rase doa utk diri sendri tak lekat, apekate kalo kite try doakan utk org lain pulak,sama2 dapat, sama2 untung,insya-Allah.




Sekian_








p/s: studying   =   student +  dying  ;  (damn its right)

Read More
Related Posts with Thumbnails