Showing posts with label hi5. Show all posts
Showing posts with label hi5. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Kenapa wanita patut menyesal jika menolak lamaran seorang Jurutera

88 comments

::versi bahasa pasar malam::


#1.Stail-Hidup; Simple

    Lately aku perati, member-member aku ni yang keje engineering ni selamber derk je pakai jeans.Pakai jeans ni memang cool. Budak nerd pakai jeans nampak cool, apatah lagi orang beser2 ni. Keluar keje, kalau tak jeans+kemeja, mesti jeans+t-shirt berkolar, tak pun seluar khakis atau ...apa-apa saja asalkan bukan seluar slack..Pakaian  eksekutif ni pun pakai bila waktu meeting , jumpa client, CEO, ngan dinner.  Jika ini standart jurutera2 kat Malaysia, ini satu berita baik buat bakal2 isteri jurutera.Kurang sudah satu keje. Tak perlu susah-susah bangun pagi, seterika seluar.bagai.Waktu di pejabat kadang-kadang jurutera pun sebat pakai jeans jugak, jeans hitam, straight-cut..

Kiwikan kasut? tak perlu -tak perlu, sebab derang cuma sarung timberland je, tak pun camel active.




#2. Dedikasi+Komited

    Seorang jurutera pasti saja menghabiskan segala usaha , tenaga, masa, mahupun perahan otak, untuk memahami suatu sistem yang kompleks, dan pastinya komited dalam setiap projek yang dipertanggungjawabkan.Katakanlah dalam suatu slump-test, seorang jurutera awam sedaya-upaya memastikan nisbah paling ideal untuk agregate ,pasir, simen, admixture dan air supaya konkrit terhasil optimun dan sesuai untuk binaan dan keadaan.
    Begitu juga dalam memenangi hati wanita,mereka sedaya-upaya mencari nisbah supaya sekurang-kurang korang sayang kepada mereka.10kuntum Ros + 1Beg Gucci + 5 hari Snorkeling kat Tioman + 1 Set dinner kat Hyat Regency + 2 Dendangan Lagu Anuar Zain sendiri (Lelaki ini &Ketulusan Hati) = senyuman/(sebulan x semalam);
    Maka itulah yang jurutera itu akan buat berulang2 kali, lagi , lagi dan lagi .

    Sampailah isterinya tu bosan, maka sekali lagi dia akan mencari nisbah-nisbah, serta teori- teori yang tak masuk akal, semata-mata untuk tawan cinta isterinya itu semula. Hati wanita memang komplikated, tapi itu lah cabaran., dan jurutera memang sukakan cabaran.









#3. Tak Pandai Menipu

   Dalam kilang TV Plasma misalnya, katakalah ada satu batch tv yang takleh on. Cek-cek sumer ok. Ye tak ye , satu production kene recall balik.Rupa-rupanya, power-suply problem.Of course,management akan spot-check kat power- supply department, dan orang akan ditanya ,jurutera bahagian tu
  .Dah nama manusia , sememangnyalah tak boleh lari dari kesilapan.  But the way they approached to the truth is based on the fact depan biji mata,...and it happens sudden!! . Jadinya, ini membuatkan jurutera memang tak terlatih untuk menipu dan putar belit alam. .Kalau dia menipu gak, nampak sangat dia menipu, sebab hati dia tak tenteram.





#4.Bijak Melepaskan Tekanan

Dan ia bukannya pada orang.
   Bajetla,kerja ape takde tekanan. Kerja Jaga pun tension tau.Tapi engineer biasanya akan mencari objek yang setanding dengan tekanan yang dihadapi.Sebagai contoh, yang keje kat kilang, dipicit-picitnya main suis kat power generator .Yang kat off-shore, ditumbuk-tumbuk boiler ngan batang paip kaki gajah,Yang kat tapak pembinaan, diterajangnya mesin pembancuh simen,..takpun ditempeleng mat-mat indon tu sorang-sorang.
   Maka selamatlah anda,si isteri dia nanti kat rumah, dari kene tempias tekanan dia, bahkan anda takkan perasan dia tengah tensen, sebab lebih separuh daripadanya sudah pun tertinggal kat tempat kerja.

Mat indon orang la kan?..hehehe





#5.Rupa

Practically handsome, tapi dia tak perasan yang dia tu sebenarnya handsome..

Ini penting bagi wanita yang kuat cemburu .
Jurutera tahu hensem seorang lelaki itu bukan terletak pada rupa paras .Sebab itu lah jika ada gadis-gadis luar sana yang merenyam yang tackle dia , biasenya akan puji ;" Awak ni bukan takat hensem, tapi baik hati, gentleman...." ,. Tak termakan derr puji-pujian camtu, walaupun yang puji tu gadis kacukan kucing macam Nora Danish.
Selamatlah lagi anda.

Tapi kalau anda pulak yang nak puji, cmne pulak ye?

Puji apa yang dia buat, hasil kerja tangan dia. Lagi2 yang 1st timer .Contohnye macam ni;
"Walaupun  pakai dua perencah, nasi goreng awak ni asli betullah, satu lidah rasa,kemas je tak berketul-ketul, Ayam, sayur, ikan bilis, tak lebih tak kurang, sekali suap, rasa semua. Cume pedas skit dari yang  restoran Rasa Sayang kt simpang tu punye,yang lain ok dah "- detail and precise.
Selit-selit kutuk takpe, nampak sikit kejujuran dalam kepujian.hoh.





Okay, 5 je dulu. Ni karang ada yang tak puas hati ni. Takpe-takpe, meh kita bertepuk tampar kat bawah ni ...chill aje.








p/s; pembela kaum pendidik pula ,.(sini)

Read More

Wednesday, November 24, 2010

Perkara yang kalau takde , takkan dipanggil Majlis Hari Raya

31 comments

  rembat sini




   Oleh kerana sambutan raya aidilfitri pun delay dekat 2 bulan, maka entri pasal raya pun delay gak 2 hari.Harap maaf dan maklum.Ni antara open house wajib dan no. 2 terbesar kat Jepun selepas Duta Tokyo..kot.Just kat sini kajian ringkas pasal student life kat sini, yang mana perkara wajib yng wajib ada setiapkali majlis raya berlansung.


Satey
Anak tokey murtabak dah balek, maka tiadalah muratabak. Jaguh Mee Bandung da balik, maka tiadalah mee bandung. Pakar Air sirap bandung pun dah balik , maka air kotaklah sebagai ganti.Tapi ,tak kirala anak tokeyke, otaike, hapeke, sate ade tetap ade.Resepi bantai.Janji ade. Takde tak raya la.Setuju?


Ucapan Raya
..yang biasanya takde kaitan dengan hari raya. Almaklumlah, jarak dari malaysia kan jauh,maka ambil masa skit nak tau bila raya.So, sedikit sebanyak menganggu tumpuan nak sambut raya secara sirius.


 " Asslamualaikum, saya Hamdan, baru 4 tahun datang sini, taun depan sambung lagi. Kat sini saya buat persediaan nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap hobi saya memancing nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap merah warna kegemaran saya  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap   nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap  nguk ngap nguk ngap
 ngap nguk ngap . Sekian itu sajalah, selamat hari raya~


Diselang-selikan dengan bunyi efek angin dalam perut.




Zarina
Apahal pulak minah  ni bleyh list nih?.Okla, at least untuk 2 tahun mendatang ni , Zarina adalah sebagai indikator tetap yang menunjukkan majlis yang korang datang tu , majlis hari raya. Gadis ini dibawakan khas dari Toyama, khusus buat penyeri majlis dan penghabis puding. Ahaks sorila Beng, aku memang suka menjolok sarang tebuan.Btw,Toyama- Nagoya tu agak jauh,sama jauh macam Melaka nak gi Dungun , naik Sani Ekspress kul 12 tengah malam.


bukti nasi habis




Sesi Fotografi
Okeh, mula-mula tangkap  beramai-ramai, pastu ikut universiti, pastu ikut batch, kemudian ikut fakulti, disusuli dengan sekolah lama, and then ikut negeri, rumah, blok kediaman,warna baju, jenama kasut, sape yang pakai spek,.........last skali ikut warna kulit.




Vidiyo
 Macam tahun-tahun yang lepas, video dan raya bagaikan aur dengan tebing.Masing melengkapi antara satu sama lain.So, tahun ni, biro komunikasi , di bawah unit kesenian, kebudayaan dan perpaduan sekali lagi ditugaskan untuk , mengambil dan meng-endid video.Hasilnya macam kat bawah;



OPen House @ Nagoya from synthiO_ra on Vimeo.






Tahun depan kalau takde vidiyo, takkan diiktiraf majlis raya. Kamon la oii, kamera dah mahal dah.

Bagaimana pula dengan hari raya anda?,  adakah raya anda jug....ah nanti-nantilah sambung, dah lambat ni,


Sekian_saya melaporkan dari sini, ciao.











p/s:sehingga berjumpa lagi raya tahun depan.(Maaf,lagu tu ade explicit skit,pura-pura tak dengar yer)

Read More

Friday, November 5, 2010

Kekurangan Menjadi Anak Bongsu

44 comments


HMMMMmm??.....



Tau-tau..

 Walaupun ramai orang yang nak jadi anak bongsu , bukan semua yang berkaitan bongsu itu indah belaka.Korang takkan tau betapa bahagianya bila ada orang panggil abang .Ha ah korang takkan rasa sebab korang bukan anak bongsu. Pengalaman aku menjadi anak bongsu selama suku abad, rupanya banyak benda yang tak best tentang anak last nih..Bawah ni aku pointkan 5 (je) ,benda yang tak best tentang anak bongsu ni.


1.Tiada dahi untuk disekeh
Masa kecik ,aku jeles tul ngan member aku , merangkap jiran sebelah rumah ini. Biasanya kalau nak pergi mancing ke, pasang jerat burung wak-wak ke, nak main polis sentri ke, mesti adik dia melorot-lorot nak ikut sama.Tak bawak kang, nangis, repot kat mak, leceh plak. Ye tak ye , bawak je la skali. Kalau nak nyeberang longkang, menangis-nangis mintak nak tolong sebab sendrik lompat tak lepas. Abang ni pun baikla hati, tolong jugak la adik dia, tapi "orang kata jangan ikut, yang ngengada ikut pasal apa!!?"..sambil menyekeh dahi adik .(klekuk!: efek bunyi sekehan).,,Apa punya abang daa..Tapi puas beb dapat sekeh dahi adik sendrik. Haish..ringan je tangan ni ngenangkan tu adik orang je..



2.Bukan Idola
Berapa ramai kat sini yang menjadikan abang dia sebagai idola hidup? Yang jadikan kakak dia yang study kat Jordan tu sebagai role-model untuk berjaya?. Cabut bulu kening kalau cakap takde.
Tapi pernah  dengar tak abang jadikan adik bongsu sebagai idola? takde kan. At least bukan adik bongsu, sebab......... bongsu kot, berhingus lagi.Nak sembang lebat pun tak tau kat sape.







3.Kerap Kene Bebel
Cubalah try cakap," saya ingat saya nak pindah US la."
Takyah mintak, adela yang kasi pendapat tu kang, Yang mengkondem boleh tahan ramai. Yang paling banyak membebel , itu ha ,yang sulung tu. Macam-macam dia bantai , degil la, suka wat hal sendiri la, tak pentingkan keluarga la, buang mak la, anak derhaka la.Siap sedia la ,sampai 7  keturunan  kene curse ngan family.Then, bila cakap balik; " Ulu Selangor je lah..kihkihkih"

.....


Tu pun still kene bebel lagi," , tu laa dulu tanak belajar pandai-pandai,orang suruh pergi sekolah ko pergi rembat tebu kebun Pak Abu , mana ada Ulu Selangor,  Hulu Selangor adala!! ,bongok,  bangang, tolol ,bla bla bla bla bla..bodoh piang!"

arghht!!





4.Mudah Hanyut Ke Lembah Kebinasaan
Walaupun selalu kena bebel, bongsu selalunya orang paling kurang terkesan dengan bebanan yang keluarga tanggung..Lagi-lagi bila masing-masing sudah ada haluan sendiri,  so, dia bebas nak buat apa sebab tak payah risau ,takde adik yang nak ikut jejak dia. Bila komitmen dah takde ni la, hidup dah umpama layang-layang terputus tali..



5.Lonely
Sindrom biasa yang dihadapi oleh anak-anak bongsu sedunia, ialah Over-speed Pre-Mature , ataupun tempoh pra-matang yang pantas. Rata-rata bongsu lagi cepat matang kerana dapat observe sendiri  pengalaman abang-abang ngan kakak-kakak dia ketika membesar. Disebabkan cepat matang inilah , menjadikan dia seorang yang berdikari, dan mahu bebas dari keluarga seawal yang mungkin.Tak pasti kenapa dia suka buat hal sorang-sorang,Nak buktikan kat semuorang yang dia pun dapat ape yang lain dapat dengan tanpa bantuan, maybe?
Mula-mula bongsu akan ditinggalkan kat rumah ,  bila semua orang gi skolah situ sini, termasuk yang masuk asrama, maka dia mudah terasa lonely
    .Kemudian, bila dah besar skit, dia tak mahu dilabelkan sebagai anak manja ke, anak kesayangan papa ke.maka semua keputusan dia akan wat sendiri Memandangkan tanggungjawab kat keluarga pun dah kurang, , lantas menjadikan dia seorang yang paling independent dalam keluarga.
  Then, bila semuorang dah kahwin, maka hubungan dah makin jauh dengan abang-abang ngan kakak-kakak yang lain.Tatkala masing-masing riuh satu keter pulang beraya, dia drive sorang-sorang tengah malam, sayu.
Akibatnya, dia menjadi seorang yang sangat  sinonim dengan lonely.Jadi jangan hairan kenapa anak bongsu belum berpunya sampai berjanggut, barangkali, dia mahu yang setaraf atau mungkin lebih dari apa yang abang-abang dan kakak -kakak dia ada sekarang.


..............................


Okeh.,. Kot ada sape-sape nak tambah, sile-sile kanlah kat bawah ni. Nak membebel ke hape ke, boleh-boleh, dah lali dah dengar orang membebel,hah..Nak turun jap, nak pi beli susu , tulang-tulang dah makin reput ni. Balik kang aku baca noo..






p/s: Dedicate this to my beloved younger brother,Mohd Shafiq, who gone before he knew he was born, Al-fatihah~

Read More

Thursday, November 4, 2010

Kelebihan Seorang Anak Bongsu

48 comments

"BUDAK MANJA!!   
         menyampah 
LEMAK LA KO NI               
        Gedik
MENGADA-NGADA                
 Getik aku
      Nak Bagitau Mak La Tu!!
              Ko mesti nak lebih kan

                                      
                                                                                                   "          


  Ni adalah ayat-ayat biasa dan biasanya diterima oleh para anak-anak bongsu sekalian, menunjukkan betapa tak puas hatinya para abang-abang dan kakak kakak sekalian terhadap adik bongsu diorang yang sorang tu.(in case kalau bukan anak kembar).Biasalah, kecik-kecik mana mumayyiz lagi.Bongsu memang selalu jadi sasaran abang dan kakak lepas geram derang .












Untuk para anak bongsu di luar sana , jangan rasa down sangat. Meh sini aku share something yang buatkan korang berasa betapa bahagianya hidup sebagai orang yang paling muda dalam keluarga!




1.Baju Senantiasa BARU
Bukan takat  baju je, beg, kasut, songkok, sumer barulah senang citer. Kalau adik beradik sumer laki, dari yang sulong, ke no. 2,  dari no.2 turun ke no.3 , biasanya akan pakai barang yang sama dan serupa sepanjang zaman. Tapi bila sampai yang bongsu je , tiba-tiba bertukar menjadi baru , eh? magic betul!


2.Besday party tak pernah miss.
Dan tiapkali itulah pasti akan dapat hadiah yang best-best. Macam buku cerita , muqaddam, buku sifir, buku mari mewarna , best kot ada kaler2..
Ok-ok, aku hipokrit .Ayahanda ni seorang yang berjiwa muda. Dulu gamaknya dia  geram nak main keter control , so dia belikanla kat aku sebijik. Teringin gak sebenarnya tapi bonda selalu larang aku dari mintak bukan-bukan ,apatah lagi yang mahal, jadi tak jadi mintak, kalau mintak sure dapatnye. Tapi  ayahanda kasi gak time besday , uishh, melonjak macam orang gila . Walaupun ayahanda cover baeeknya, dengan gunakan alasan hadiah besday aku untuk mengaburi mata bonda, tapi hepi tetap hepi. Kira win-win situation la ni.


3.Sentiasa Menang Dalam Pergelutan
Sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula adik-beradik.Dari berebut nak tengok citer kat tv sampai ke meja makan, rebut ayam bahagian drumstick,  PASTI, dan sepasti-pastinya yang bongsu tu akan menang.Entahla.. aku pun tak sure pasal apa,agaknya memang bongsu ni dilahirkan untuk menjadi juara kot.


4.Sampai Paling Awal
Masa zaman kereta saga/wira dahulu kala, posisi antara dua seat depan memang menjadi idaman adik-beradik. Yang tengah tu, kat belakang hand-break ngan gear tangan . Bergaduh-gaduh la sepanjang jalan nak sampai Teluk Batik. Masuk keter abang biasanya dah mengepak kat tengah-tengah tu, macam burung rajawali. Haram tul, buleh-buleh tanak beralah. Last-last Bonda pun cakap kat bongsu ni;
"Dek , meh sini duk atas riba Bonda meh, duduk depan laagi cepat sampai..".
Sambil buat muka kerek kat kakak2 dan abang2, si Adek pun pantas ke riba.Tak dapat duk tengah pun takpe, janji sampai dulu. ..huh.


5.Kenduri Kahwin Paling Grand
Ihik , ihik , ihik... Kena plak korang anak bongsu yang jauuuuuuh  nun, memang lucky. Masa tu ekonomi keluarga dah lebih dari stabil. Parents dah tentunya merasakan kenduri anak last derang patut yang paling bermakna, sebelum.... sebelum... sebelum apa-apa yang patutla.Meraka akan berhabisan tanpa rasa berkira. Pastu plak , kak Chik sponsor skit, Angah tampung sini skit. Pelamin si Teh setelkan. Along? macam biasa akan wat nehi  je,tak amik port mende-mende remeh camni. Keje dia ,setelkan dewan hotel. Wahh....Kami tak pernah meminta, tapi rezeki jangan ditolak.


Amacam? kewl kan kami anak-anak bongsu.Hehe, rilek-rilek, ini hanya pandangan peribadi. Esok aku sambung tulis tentang betapa tak bestnya jadi anak bongsu ni.
ok_ciao













..

Read More

Sunday, March 21, 2010

5 Covers That Sound Better Than The Original

7 comments

This is...

Music is an Art, and to duplicate them is another.Means there is no 'copy-paste' term used in the world of art.So ,when someone claimed who copy other's art work as criminal,loser or anything, just ignore them, maybe they just jealous or illiterately blind in art. Lately, i feel i am addict to the cover ,so here I'm posting my first Hi5 corner, starting with the best cover that you should enjoy .




#1.YOON HA HWANG's " Baby"(Justin Bieber Feat. Ludacris)
I believe everybody know Sungha Jung. Yeah, the genius guitar player from Korea, and merely, he was a boy, (and still can call a boy by the time).However, there some more talent from Korea.Since all his covers are superb, so i pointed out the best one ,base on the comment and the number of viewers,Enjoy!




#2.BOYCE AVENUE 's"Shadow of the Day"(LinkinPark)
The first cover done by a group that I've heard, since i registered to YT a few years ago, and still stick to their show till now.I'm not sure when will or did they published their own song,but i am pretty sure they have a huge number of fan around the globe,not just a cover artist, but the new music of every single song they have covered.





#3.AïRTO's "Best I Ever Had"(Drake)
The completely remade version of the current hits,the new lyrics and the easy-remix , making the sense why i put this cover is better the original one.




#4.SAM TSUI's "Don't Stop Believing "(Glee)
Even though this version cannot beat his "Michael Jackson Medley",but still I put this on first place,since A cover remain as main.Never mind,only to point out that his duplicate acapella style are creating such a tremendous phenomena .




#5.Alex Goot's "Hey Soul Sister "(Train)
Expecting more from what a single man could do??
Here i got you this genius guy.Plays guitar+bass+piano+drum+ and sings and even compose by himself-the talent that i always dreaming for.












last but not least..







#6.UKULELE's"I'm Yours"(Jason Mraz)
Even thou this bloody little boy got a long way to go,perhaps he will make into the list for the next 5 years. Shame on me either, can't even play a single cord he played......





p/s:later i will story more about my English.

Read More
Related Posts with Thumbnails