Showing posts with label world. Show all posts
Showing posts with label world. Show all posts

Monday, January 4, 2016

DASAR PANDANG KE TIMUR DAN AKU ::#siri-1

28 comments




Selama 5 tahun berkerja di tanah air ,Alhamdullillah  aku dah pun kerja dengan  syarikat Jepun, Korea, China selain  syarikat orang melayu sendiri.
So, bawah ni  perbandingan antara 3 syarikat dari negara timur yang  berlainan ini,pilihan untuk berkerja sebagai orang yang dah ada degree ,yang mana syarikat tempatan aku letakkan sebagai  Par. Maksudnya , kalau aku cakap out, syarikat tempatan lagi baik.






SYARIKAT JEPUN

  • Sangat displin , no offense
  • 5 s, seiri,sentaku..blabla..polisi yang kena hafal ye adik2. Amalan mulia ni Jabatan Pendaftaran Negara kat Putrajaya pun copypaste.
  • Lambat  datang pun tak kisah. Seminit cuma potong gaji 2 jam bekerja je. Itu pun nasib kalau tak kena warning letter.Kalau kena,  2 kali surat terus kena terminate 24 jam.huhu
  • Workstation sumer sepesen. Boleh jadi manager duduk kat depan freshie, tk da hal.Takda partition, takda bilik.Senang untuk senior-senior kau ajar cara nak kerja a.k.a.  monitor.Jangan risau kalau tk perform ,tidak akan dipecat, cuma rank je jatuh. Yang kene pecat ni cuma yang datang lambat je.
  • Gaji paling kecil. Pun begitu, local diberi peluang untuk meneraju syarikat,dan buat keputusan2 penting(kalau ikut bajet). Aspek latihan kemahiran sangat diutamakan. Bab ni,  syarikat dari mana2 negara pun takleh lawan dengan syartikat Jepun. Training baik di Singapura ataupun HQ di Jepun sendiri adalha perkara biasa. Kadang sampai 3 bulan.In return kene ikat sampai 10 tahun pun ada, miehehe..Nak belajar teknikal, kemahiran, management, syarikat Jepun sangat OK
  • Mengampu--- Sini kena pandai mengampu bos, suka tak suka, kena suka jugak, kena suka mengampu.Tau kan, beza mengampu dengan ambil hati?
  • Sangat2 prihatin dengan keperluan pekerja local. Waktu solat,buka puasa ,even nak wat tadarus tiap2 hari pun dia sponsor .Jangan pelik kalau di sana ko akan jumpa staff2 yang 15-20 tahun masih lagi kerja tempat yang sama.
  • Sangat respek dengan local. Tapi tak semua boleh buat member. Kebanyakkan masih letak gap.Jepun ni kalau sorng2 dia  boleh la wat tido sama2.Tapi bila jumpa geng2 dia, habiss.. dengan ko dia wat cam kawan tadika dia je..
  • Seniority perkara paling obvious. Jangan melawan senior ok. Iya kan saja. Biadap kalau balik sebelum senior.Senior always right, yeehaa  .Time lunch sama2 , takleh makan selagi senior yang paling senior tak start makan.
  • freshie (nama+kun)<ketua bahagian(nama + buchou ) <ketua jabatan(nama+kachou)<bigboh (nama +syachou)





 SYARIKAT KOREA



  • Semangat setiakawan yang tinggi,pride paling tinggi .Kalu  ko  ada wat salah, dia  akan back up ko gila2. Nak jaga airmuka syarikat.
  • Sangat bersistem, dan sangat rajin.Malah lagi rajin dari orang jepun.
  • Berbanding Jepun, seniority lagi lagi obvious.Dah macam sekolah asrama penuh.  freshie (nama+gizanim)< senior (nama+derinim) < technical manager (nama+Ka-jang-nim)< dept.manager (nama+bu-jang-nim).Lunch ,takleh duk sebelah2.Kena duk bertentangan snior ngan junior.
  • Susunan meja pun ikut seniority.Tapi tetap takda partition or bilik2.
  • Sangat rajin, dan malu nak tunjuk bila time derang malas. Sanggup mengular bilik stor yang panas dan kotor .
  • Sangat respek pekerja pompuan. Selepas kes BIGBANG peluk gadis, Koreans ni dah macam cuak2 nk cakap ngan staff pompuan.Takut pompuan mesia label derng ni gatal .Mugkin dah memang perangai orang lelaki  Korea sendiri yang gentle dan sweet.
  • Gaji lebih besar dari syarikat Jepun. Pun begitu ,local hanya bertindak supporter je, bukan peneraju syarikat.Decision2 penting lansung tak melibatkan local. Tak banyak yang boleh belajar tentang management.Aspek teknikal pun just ok ok saja.
  • Sangat respek ngan local.Tak kerek. . Kerja gila, time tak kerja lagi gila.Baik dengan geng dia atau tidak, dia akan drag ko join sekaki. Boleh buat member, boleh wat tidor skali. Agak kasar macam orang Melaka tapi hati baik macam orang Perak , eh?  .Tak malu untuk belajar dan untuk salah , takda hal nak mix ngan lokal.Bagi derang embrace the moment yang paling penting.






 SYARIKAT CHINA



  • Teknikal out, Disiplin out, management pun out.Advantage  gaji paling besar.
  • Tak banyak benda yang boleh belajar , itu pun bergantung sama-sama local yang kerja sekali.Kalu dia sudi guide, banyak la benda ko belajar.
  • Aspek management banyak rely on local. Dari situ ko boleh boleh experience sendiri dalam management dan berdikari selok belok operasi syarikat dengan bebas.
  • Keprihatian terhadap lokal out, peningkatan kemahiran staff pun out.
  • Dah, apa yang OK nye?  Syarikat CHINA sekarang tengah boom .Syarikat JEPUN kalah. Syarikat KOREA pun dah goyang. So, nak cakap stability untuk 5-10 tahun  akan datang syarikat CHINA paling OK , sebab capital derang sangat besar.
  • Walaupun sama-sama bangsa , sama bahasa, Cina local dengan Cina China pun tak ngam.  Bergaduh congcengcongceng sesame derang bukan perkara asing. Even sama2 China pun.So, boleh dikatakan derng ni  tak lah nak embrace sangat ngan kita as local. Nk respek , apatah lagi.
  • Panggilan: yang aku tau paling besar  : nama + chong




Ni setakat yang aku observe la, kalau korang ada nak tambah , sila-sila share kan komen ni.Next aku akan tulis “ Dasar Pandang Ke Timur dan Aku “siri ke-2 Tungguuu..

Read More

Monday, October 18, 2010

Mengapa Haji mesti kat Mekah

11 comments

Tiap kali musim haji,  aku selalu mengenang nasib diri, " Alangkah bagus kalo mak aku seorang arab, bapak aku arab, dan aku lahir dan tinggal kat Mekah.Kan senang. Takyah susah2 nak kumpul duit, nak pek barang banyak2, nak gi airport sumer..".Untung-untung bukak gerai jual sirap bandung ngan air longan tepi tuh, menghoncah beb.Cukup bulan angkat Lamborghini sebijik.




Aktiviti melontar jamrah pada 1953




2009,Jamarat Bridge baru, ada lima tingkat dengan tiang di-up sikit.
Tahun ni baru 100% siap.Tingkat atas dipasang atap, ada air-cond
dan pelantar heli (yang dua batang tepi tuh) siap siaga beroperasi.
Welcome to MINA




Pernah tonton vcd Ayah Pin tak? Alaa..yang ada scene dia gi gua Batu Caves; ada 2-3 orang minum air rendaman kaki dia tuh.Kalau pernah or tk pernah skalipun, meh aku nak revise sini balik.Dalam vcd tu, Ayah Pin sempat bersabda , marfumnya;
"Tiap tahun orang Islam kita gi Mekah, tengok berapa banyak Arab Saudi dapat .Kita sini pun boleh dapat lagi banyak dari derang,Kampung Langit sini satu dunia datang, Islam, kristian, hindu ,buddha ,  sumo datang. Baik untuk rakyat dan ekonomi Malaysia .." -Fikiran jauh .Bagus kepala otak orang tua ni. 





.............



Cerita Si Tukang Kasut

Hasan Al-Basri(ahli Sufi tersohor di Era Khalifa Umar Ibn Aziz), pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur. Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.
 Berkatalah Malaikat pertama, “ Sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”
    Kata Malaikat kedua, “ Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang.
   Kata Malaikat yang pertama, “ tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur? ”

 Kata Malaikat yang kedua, “hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.”
Berkata lagi Malaikat yang pertama, “tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?”

 “Tidak”, jawab Malaikat yang kedua.  

 Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur.”

 *TAK PERGI HAJI TAPI DAPAT PAHALA HAJI MABRUR??

 Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut. Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.

Lalu berkatalah si Tukang Kasut. “ Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut. Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. 
     Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak.
    Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran.
   Lalu saya dengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya. Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.


 Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan”, berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.

................



Itu kisah orang Arab di bumi Arab.
Jom patah balik ke Malaysia , bumi terchinta ni pulak.



Cerita Opah & Atuk


   Malam tadi aku pun bermimpi gak,  ada seorang gadis bermata sepet muncul di hadapan sana ,  dan melaung-laung ," Opah! Opah!" ke arah aku. Toleh belakang takde orang. Oh , rupa-rupanya Song Hye-Kyo sedang memanggil aku .

Ok.Merepek.

 Tahun 1976, arwah opah dan arwah atuk gi haji. Tahun tu adalah tahun terakhir trip haji dari Malaysia yang naik kapal laut .Bertolak dari  Penang , sebelum puasa lagi, dah boleh bungkus-bungkus, panggil sedara-mara, jiran-jiran, dan sahabat handai wat kenduri selamat ,dan kalau dan siap-siap wat wasiat , mane tau kot-kot kapal kene hijack ngan lanun ke, ape ke.
   Tempoh pergi makan masa dalam 2 bulan setengah, (ni arwah opah citer). Sepanjang tempoh dalam kapal, maka ramailah  pakcik2 dan makcik2 yang peghak tak nah naik kapal laut , pening-pening, mabuk laut dan muntah segala bagai.Kawan opah, demam dari atas kapal lagi ,sampaila musim haji,  sampaila time nak balik- sudahnya langsung tak dapat nak buat haji.
   Kos haji time tu, dalam RM2 riban satu kepala. Ha'ah , 2 riban jerk, tapi mungkin itu sama nilai dengan RM10k hari ini.

Jap, jap nanti dulu..

   Rumah kat Kg Banda Tua kat tepi  Sungai Perak..Memandang banyak cerita pengalaman dari jiran-jiran,tentang haji tak dapat dapat abes sbb tk larat itu ini, siap ada yang meninggal kat sana, dalam kapal pun ada, maka opah ngan atuk dah start saving sejak derang baru kahwin lagi.Lagi cepat lagi bagus.Opah surirumah berjaya Atuk hanya kerja kerjakan dusun , buat bendang , dan sekali-sekala buat kerja-kerja kampung.Kalau ade rezeki lebih, itulah datang time2 musim durian. Hasil jualan durian tu kira macam bonus 3 bulan gaji . Cukup bulan , bank-in duit kat Tabung Haji kat Teluk Mak Intan(nama lama Teluk Intan).
    Bas Mara belum ada lagi, takleh masuk sebab jambatan haram sebatang pun takde lagi.Maka, nak gi Teluk Anderson (nama glamer Teluk Intan pulak), naik bot pancung ikut Sungai Perak.Dah sampai , naik teksi mahal, naik beca sudah. Dah sampai , nak tunggu giliran lagi. Kena lak time baru lepas musim durian, ramaila pakcik-makcik dari segenap pelusuk kampung, berpusu-pusu nak bank-in .., cuak oi nak simpan duit bawah tilam.
Senang citer nak proses nak simpan duit jerk abis satu hari .Sekali simpan lima puluh, seratus, abih banyak pun adalah dua ratus.
Berbelas tahun sampai duit cukup, takat nak tampung belanja sikit2 kat sana, baru register nak gi haji.

Itulah nilai dua ribu ringgit bagi arwah opah ngan atuk .

Itu belum kira lagi, sampai masuk asrama nak berkursus haji kat KL, naik kapal kat Lumut , pastu gi Penang ,sampai kat Penang dengan tak kenal sape-sape lagi, naik lagi kapal pergi Arab Saudi.First-time gi obersi, bayangkanlah betapa jakunnya bila sampai kat sana (okeh, yang ni aku je) .Bergusti ngan jemaah-jemaah Pakistan yang memang terkenal ngan hati kering dan susuk badan sasa.

Tak hairanlah kenapa Allah pilih atuk meninggal dalam bulan Ramadhan, dan opah terkujur masa nak ambil wudu'.Wallahualam. Berbanding atuk, aku lagi rapat ngan opah.Setahun sebelum opah pergi, dia dah nyanyuk dah.Sembang menda 40 tahun lepas macam baru semalam je jadi.

"Eh, kamu tak ikut Nayan gi sunat sekali ke~?" ahh..sudah.Opah tanya macam aku ni babyface sangat , belum bersunat.Btw , Nayan tu panggilan manja  bapak aku.
 Kejap gi dapur, pastu gi beranda depan, patah balik gi dapur.Tawaf la dalam rumah sampai puas hati. Runsing aku tengok opah ni, lagi-lagi bila dia start bersembang dengan pili air, bersembang dengan lesung batu,blender ,senduk, tudung saji .Pakai baju pun dah terbalik ke situ ke sana.Ada sekali tu opah pelawa aku,"moh moh masuk jangan segan, buat macam rumah sendrik" walhal aku  baru balik dari skolah,adoi~, layankan ajelah.



   TAPi, nyanyuk-nyanyuk opah pun, dia tetap tak tinggal sembahyang.Kadang-kadang Zohor sampai 3 kali,  Asar 5-6 kali sampai masuk maghrib.Kalau dah penat membebel, ujung tu dia akan tanya ;"Dah masuk waktu dah?". Masya-Allah..
 Ganjaran pahala datang yang amalan yang istiqamah, akan berterusan, walaupun seseorang itu sudah nyanyuk. Macam mana pulak ,orang dah nyanyuk pun masih lagi istiqamah nak wat amalan?Allah Maha Besar.Asallah cucu dia yang sekor ni tak  nampak bende depan mata camnih.






Kalau keluar soklan kuiz kat tv yang tanya menara 
ade berapa tingkat, sila jawap 3 tau, 
tiga.





 ..........


 Aku yakin korang yang tengah baca ni mesti lagi banyak citer tentang orang-orang yang dah pergi haji ke, baru balik haji ke, baik family atau kawan-kawan korang.Cumanya,kalau ada sesapa yang cakap;

"Kan bagus kalau aku tinggal kat Mekah..."

Barangkali  spend RM10riban, habiskan berhari-hari berkursus,tinggalkan anak-anak ,berpanas terik di tgh padang pasir, dan bersesak-sesak kat Mina ; masih lagi sesuatu yang kacang bagi dia, then go on. Try pergi Kabul or Semenanjung Gaza lak.Anggaplah kalau dapat korek terowong tembus sempadan Mesir, sama dengan pahala Haji Mabrur.Hilang nikmat hidup kalau semua benda takat celah gigi jerk.


   Rakyat Malaysia kini makin hari makin kaya. Kalau kerajaan kasi cuti khas sebulan buat umrah je, kompom sumer orang dah pegi dah, tinggal nak ke tanak je lagi. Tapi cabaran hari ni dah berbeza, duit cukup sekalipun , belum tentu dapat pergi Haji. Kene tunggu turn tahun depan, 2 tahun lagi ke, 3 tahun lagi,  tengoklah kalau ada rezeki, sebelum ajal baru dapat pergi.Altenatif, pergi sendiri dengan bayar double kat travel agency,or pakai kuota dan bertolak dari mana-mana negara non-muslim, yang muslim dia seciput
,macam negara Jepun ....



 Ape ni? tak baik la main tuding-tuding jari...kerat kang..






p/s:selamat hari raya haji

Read More

Tuesday, October 20, 2009

/////Menara Condong//////

321 comments

Leaning_Towers_main
Bercakap mengenai menara condong, dalam kepala otak korang pasti akan membayangkan Menara Condong Pisa yang terletak kat Itali.Memang tak dinafikan menara setinggi 55.86meter memang boleh sangatlah dikategorikan "The 7Wonders of The World" itu hebat dan mengkagumkan,tapi entri kali ini apa kata kalau kita usha2 antara menara-menara condong yang terkemuka di dunia(selain Pisa).

Menara Condong Niles, Illinois, USA

Leaning_Towers_1 
(images via: Roadside America, City-Data and Jodola)
Dengan senibentuk hampir menyamai menara Pisa,  Menara Condong Niles sebenarnya separuh ketinggian (94kaki) daripada kembarnya di Itali itu dan dibina pada tahun 1934. Menara ini tidak boleh dimasuki kerana bahagian dalaman tidak seindah bahagian luarannya dan ia hanya berfungsi sebagai menara air untuk pancuran-pancuran air di sekitarnya.

Menara Condong San Pietro di Castello, Venice, Italy

Leaning_Towers_2 
(images via: Slowtrav)
Walaupun tidak mempunyai tanah untuk didirikan bagunan,Venice juga tidak ketinggalan daripada mempunyai menara condongnya sendiri. Yang dimaksudkan ialah Menara Condong San Pietro di Castello. Disalut dalam cerah hanya batu Istrian berat, menjadikan menara loceng sangat menarik ,telah melengkapi San Martino sebagai sebuah gereja di atas pulau Venice Burano semenjak 1463.

Menara Milices, Rome, Italy

Leaning_Towers_3 
(images via: Virtual Tourist and Filor91)
Pembinaan Torre delle Milizie  telah dimulakan sekitar tahun 1200 dan siap dalam tahun 1280.Asalnya menara ini mempunyai 3 tingkat ,tapi akibat gempa bumi yang dahsyat pada 1348, menara ini menjadi satu tingkat sahaja. Bagaimanapun menara utama itu masih lagi berdiri kukuh walaupun telah condong sejak bencana itu meskipun  800 tahun sudah berlalu.Para saintis dan jurutera sepakat menyatakan bahawa tahap kecondongan menara ini akan bertambah dari 1.36darjah (sekarang) kepada 2.36darjah selepas 600 tahun ang akan datang, (itu pun jika tiada sebarang gempa bumi berlaku dalam tempoh tersebut).

Gereja  St Mary and All Saints, Chesterfield, UK

Leaning_Towers_4(images via: Pictures Of England, Tywkiwdbi and Allposters)
 Gereja St Mary and All Saints di Chesterfield, Derbyshire,terkenal sebagai legenda lebih berkurun-kurun lamanya yang mana ramai mencuba dan menjelaskan mengapa menaranya seolah-olah dipulas. Antara andaian-andaian yang menghiburkan mengenai menara itu ialah menara itu terkejut melihat seorang gadis berkahwin di gereja itu dan terpulas sehingga mendapat satu rupa lebih baik .(eh? tak condong pong, tapi menara ni tetap cool, nak wat camner kan..;)

Menara Greyfriars , King’s Lynn, UK

Leaning_Towers_5 
(images via: James Rye, BBC and BC/West-Norfolk)
Menara Greyfriars  merupakan satu-satunya tinggalan apabila biara pengikut mazhab St Francis dirobohkan pada 1538 semasa pembersihan rahib  dan pembubaran mazhab oleh Raja Henry VIII. Bagaimanapun Menara dibiarkan berdiri kerana ia satu mercu tanda berguna untuk pelaut-pelaut - sebagai sebuah rumah api .  Dengan tahap kecondongan sebanyak 1 darjah , Inisiatif untuk menegakkan Menara Greyfriars  telah dilakukan dengan tenaga buruh  pada tahun 2006 selepas kebimbangan telah dinyatakan yang ia boleh runtuh ke atas Theatre Royal hanya berhampiran.

Gereja Temple , Bristol, UK

Leaning_Towers_6 
(images via: Looking At Buildings, Archidave and ChurchCrawler)
 Gereja Temple   yang terletak di Bristol ini mencondong lebih kurang  5kaki dari puncak . Dengan ketinggian 114kaki , gereja ini dibina dari tahun 1312 dan hanya siap pada 1460, dibina di atas tapak milik gereja Kesatria Templar. Pengeboman Jerman semasa Perang Dunia Kedua  menyebabkan kerosakan yang tidak boleh dibaiki pada bahagian dalaman gereja dan pada 1958 bangunan itu telah diambil-alih  kerajaan  Inggeris.

Kastil Caerphilly , Wales

Leaning_Towers_7 
(images via: InfoBritain, Planetware and Chronicle)
Sesuai dengan fungsinya sebagai  salah sebuah kastil terbesar dan paling sukar ditawan di zaman pertengahan, Kastil Caerphilly digunakan untuk mengawal sempadan England-Wales,-menangkis sebarang serangan pemberontak dari Welsh. Pembinaan bermula 1268 dibawah  Gilbert de Clare ,dan bertahan kukuh sehinggalah diserang ketika Perang Saudara Inggeris pada tahun 1640,-di mana salah satu menara mulai condong.Sehingga ke hari ini,banyak kerja pemulihan dilakukan ,pun begitu menara berkenaan dibiarkan condong sebagai salah satu tanda khazanah warisan lampau.

Menara Bulat Biara Kilmacduagh, Ireland

Leaning_Towers_8 
(images via: Sacred Sites and A Student Of History)
Dengan ketinggian 110kaki,  Menara Bulat  Biara Kilmacduagh merupakan menara tertinggi(dalam kelasnya) di Ireland. Ia terletak berhampiran bandar  Gort dekat County Galway,mempunyai bukaan pintu 26kaki dari permukaan tanah  – satu perlindungan sangat berkesan untuk sami-sami  dan khazanah-khazanah keagamaan yang bernilai  apabila diancam dirampas oleh golongan Vikings ). Biara mula dibina pada abad ke-7 kemudian bahagian menara siap pada tahun abad-10.Walaupun ia mencondong sebanyak 1.5kaki, ia masih disahkan selamat dan kemungkinan runtuh sangat rendah.

Gereja Suurhusen , East Frisia, Germany

Leaning_Towers_9 
(images via: Wikipedia, Solidaridad and Cafeterra)

Pernah tercatat sebagai  Tahap kecondongan yang melampau Gereja Suurhusen   iaitu sebanyak 5.1939darjah,membolehkan ia tercatat sebagai " Menara Paling Condong Dalam Dunia" oleh Guinness World Book of Records.Selepas ia siap dibina pada tahun 1450, menara ini hanya mula mencodong pada lewat abad ke-19 selepas kawasan sekelilingnya dilanda banjir besar.Gereja berkenaan ditutup pada 1975 atas dasar keselamatan---dibuka semula setelah sedekad kemudian(mungkin setelah disahkan selamat??)

Gereja Oldehove , Leeuwarden, the Netherlands

Leaning_Towers_10 
(images via: Holland.com, Hindrik and Dromo)
The Old Tower in Leeuwarden, Fryslan, NL,sepatutnya merupakan menara tertinggi and paling menakjubkan berbanding menara-menara lain.Ini kerana,kerja pembinaannya terpaksa dihentikan setelah binaan mulai condong sekitar tahun 1533.Ini juga ditambah dengan dakwaan   arkitek utama menara ini, Jacob van Aaken, meninggal dunia pada 1532 .

Oude Kerk, Delft,  Netherlands

Leaning_Towers_11 
(images via: The Great Mirror, White Valentine and 7is7)
 Oude Kerk (Old Church/Gereja Old) terletak di bandar Delft ,Belanda ini setinggi 245 kaki and mencondong lebih kurang 6.5 kaki keluar dari vertikal .Pembinaannya bermula pada1325 dan siap pada 1350, selepas gereja utama siap pada 1246.Di dalam menara ini menempatkan loceng gergasi seberat 9 tan untuk kegunaan pihak gereja.Pun begitu ia jarang sekali dibunyikan sejak ia mula mencodong pada tahun 1570.

Nevyansk “Falling Tower”, Sverdlovsk, Russia

Leaning_Towers_12 
(images via: Tesis-Yekaterinburg TA, Absolute Astronomy and Konstantin Grishin)
Menara Nevyanskaya  dibina dalam yang pertama sebahagian daripada abad ke-18 oleh Akinfiy Demidov,  sekutu kuat Czar Peter Grea, 189 kaki menara tinggi condong hanya lebih 7 kaki keluar daripada vertikal.

Menara Huqiu, Suzhou , China

Leaning_Towers_13 
(images via: Ironrodart, Phototravel and Good Wish Holiday)

Terdiri daripada 7 tingkat, dengan ketinggian 157kaki dan 8 muka bersegi, Menara Huqiu dibina diantara taun 959-961 di atas sebuah bukit di Bandar Suzhou.Ia mulai condong selepas abad-17 dan ciri unik menara ini adalah ia tidak mempunyai anak-anak tangga dalaman - sesiapa inginkan melawat tingkat atas ,mereka perlu naik melalui penggunaan tangga-tangga boleh ubah.Dengan seberat 7,000tan  menara ini dibina sebahagian besarnya daripada batu dan sebahagian kecil tanah, serta bahagian atas menara itu menjengah ke luar  lebih 7.5 kaki, menyebabkan 2 daripada tiang-tiang sokongan retak, dan mencondong. 



Last but not least...




Menara Condong Teluk Intan,Perak, Malaysia.



Terletak di suatu Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar di tengah-tengah Bandar teluk Intan,Perak,menara ini menjulang setinggi 85 kaki(25.5meter).Rekabentuk binaannya yang unik dengan memaparkan keindahan seni pertukangan tradisional Cina, iaitu Pagoda, sama seperti binaan-binaan lazim yang terdapat di Tanah Besar China.Seimbas pandang dari luaran menara ini kelihatan terdiri daripada lapan tingkat berpandukan lapisan atap.Tetapi sebenarnya ia dibina terdiri daripada 3 tingkat sahaja dengan setiap tingkat dihubungkan oleh 110 anak tangga yang melingkar mengelilingi ruang dalam .Menara ini asalnya berfungsi sebagai tangki penyimpanan air,selain menempat jam gergasi di atasnya( yang masih lagi berfungsi sehingga ke hari ini).

Read More
Related Posts with Thumbnails