Friday, August 20, 2010

Dilema Lelaki Buncit

23 comments



 Eee, buncit  .....                                            
                          ??





               ..  Ngata orang.....
                                                     
                                                     ngee..hehehe ....                                  






*psst..ada mesej tersirat di sebalik entri ni, nak tau sila sambung baca



 Kalau terpandang lelaki buncit yang sedang bersiar-siar, mesti kita akan membuat anggapan yang lelaki itu

Senang hati
Seorang yang matang
Simbol Kekayaan dan kemurahan rezeki


Dan bila bercakap tentang lelaki buncit, ramai yang mengaitkan dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat dan gaya hidup semata, lebih-lebih kepada mereka yang belum berkahwin, dan yang masih menuntut.

SALAH!..sebenarnya banyak lagi asbab mereka ni buncit tak memasal, dan ianya jarang masyarakat ambik peduli.Kat sini izinkan aku ungkap sedikt sabanyak fanomena tak sehat ni boleh berlaku;

1. Kerusi kat Meja Study Sudah Patah
     -Maka semua assignment, main dota, update blog mahupun mengadap fesbuk di depan laptop akan dibuat di atas katil , dalam keadaan meniarap. Iyaa.. meniarap memang bukan posisi yang selesa, tapi orang kalau dah alah bisa tegal biasanya lah.Tambah teruk bila aktiviti menguyah, bergosip, layan drama korea, even tido pon dalam keadaan meniarap.So, bayangkanlah berapa banyak nasi yang terkantung2 kat dalam perut masa derang meniarap. Tu baru nasik.



2. Rumah Tiada Cermin Besar Bersaiz Pintu
   -Seriosly, bagi lelaki maskulin, keperluan memiliki cermin sebesar pintu sangat kritikal.Ini kerana, mereka perlu kelihatan tampan dari hujung rambut hingga hujung ibu jari kaki.Mungkin bagi lelaki yang tak berapa maskulin menganggap cukuplah cermin muka sahaja.Sebenarnya tak perlu pon sampai besar pintu, cukup sekadar boleh nampak pusat dan ke atas.Letak di tepi bilik air atau dalam bilir air terus lgi baik.Masa inilah masa peribadi untuk explore tubuh anda sebaik  mungkin, kejap2 tahan nafasla,angkt2 lenganla, kepak-mengepak bahu la--> secara tak langsung anda menyukai tubuh badan anda,memberi motivasi untuk langkah2 seterusnya untuk mengelakkan buncit. Motivasi kecil, tapi impak sangat besar,serius.



3.Suka Tahan Berak
- Asal gelak? ingat aku memain ke. Menurut pakar, kita disyorkan supaya berak sekurang-kurangnya sekali sehari. Sekali setiap kali sebelum sarapan.Setiap hari kita makan, dan setiap hari kita perlu buang.Bagi mereka yang buncit pada usia muda ni , take note. 90% penyakit kronik berasal dari perut. Jadi,rajin-rajinlah berak setiap hari, ok.



4.Spouse Yang Bila Ditanyakan Tentang Kebuncitan Pasangan, Dengan Ceria Mereka Menjawab:
-" Tak kesah laa, buncit cute what.~."
Ini satu kecelakaan yang teramat dahsyat.
Mungkin ada benarnya , petua menambat hati suami adalah menambat seleranya.
Tapi itu kalau dah kahwin, cerita lain. So, bagi gurls-gurls yang sudah empunya, lebih-lebih lagi yang da jadi tunangan orang, pastikan anda mengawal makanan pasangan anda.Rasanya sumer lelaki care pasal makanan, tapi bila ada anda yang push , dia akan rasa dihargai dan disayangi.Lagipun time-time belum kahwen ni la kene control makan, dah kahwen sok anda sebagai isteri ,masak balik apa yng pasangan teringin nk makan masa zaman bujang dulu.Ingat, masak sedap2, biar si suami itu rasa itulah masakan yang paling sedap dalam dunia , walhal baru 1st time makan.hehehe..tips rumah tangga bahagia ni, entah betul entah idak.



5.Membiasakan Diri Dengan Lift
- Ceh, mentang-mentangla aparmnt ade lift. Rumah takat tingkat tiga pun ngengade nak pakai lift gak.Sanggup tunggu tu, padahal dah lambat nk gi kelas ni, biawak hidup!!
Ok, yang ni aku, ...nak wat camne , maintenance lift bulan-bulan  berbayar kot,  rasa membazir lak kang kalo tak guna.
Natijahnya manusia yang suda biasa dengan senang, akan selamanya mahu benda senang, walaupun memudaratkan.
Samalah kesnya orang-orang kat sini, bila naik escalator sanggup beratur, padahal tangga sebalah tu sebesar-besar alam , dipandang sepi jerk.Rasanye kalo kena buat macam kat video bawah baru derang guna tangga kot.



Coolkan?Kalau akula, dah naik sampai atas ,turun balik, loncat-loncat, sampai boleh compose satu lagu, baru puas.
Btw,ini adalah inisiatif Volkswagen, memberikan input yang fun, supaya orang lebih rasa selesa, benda yang dirasakan payah nak buat sebelum ni.Banyak lagi idea aneh derng ni, so, kalo rajin bolehla cek-cek kat sini:The Fun Theory.

Kesimpulannya, kebuncitan itu bukan satu dosa, sebab, memang kajian menunjukkan normal bagi lelaki yang dah berkahwin ni, perut..eh bukan takat perut, leher , lengan,peha...sumer skalila senang...akan naik mendadak.Cumanya, sementara kita yang masih bujang ,sihat dan bertenaga, why not kan, kalau susah nak jaga makan ,sekurang-kurangnya jangan sampai buncit, kan.





Orait, sekarang dah nampak dah apa mesej tersirat entri nih?
.
.
.
.
.
.
.
mesejnya berbunyik begini
" HAPE!! KORANG YANG DAH BALIK MESIA , DOK SEBUK2 UPDATE STATUS PASAL MAKAN ITU,MAKAN INI,INGAT AKU HERANN, HAA!?..TAK JELES LANGSUNG!!'




_sekian,ciaou.













Read More

Monday, August 16, 2010

Nostalgia beraya di Negeri Selangor

22 comments




Ok,ok aku on the way...



 Itulah jawaban spontan aku kepada cT , yang berkali-kali telepon aku kat mana...aku kat mana.Dia tak tau ke, yang aku memang tak tau jalan pintas nak masuk KayKayBee , takyah lalu Tg.Car-Runk.Dengan bantuan Syamim sebagai co-pilot, gagah jugak kami sampai kat sana. Kat mana? Kat KayKayBee la.Kat sana cT dengan Uena sudah tersipu-sipu  menunggu kami,masing-masing buat muka orang tgh meneran, barangkali kecewa tour-plan hari tu rosak ,ada 20 open house yang  nak di-cover sampai ke malam.
   Destinasi pertama sepatutnya Taman Pinggiran,Gorm-buck, kat sana open house Emran menunggu.Wajib pergi, sebab dia janji  rendang unta. Bila sampai, kecewa unta nya entah ke mana.Yang ada hanya kurma Yussof Taiyyub.
"bukan , tu kurma Ajma'in"
"ni kurma Yussof Taiyyob la"- aku bingkas betah cakap Syamim.
Mahukan kepastian, kami bertanyakan Emran
"oo..tu kurma yang saya beli kat Carefour Wangsa Maju semalam"
-apasallaa aku boleh tanya pasal kurma, tidak pasal rendang unta .

    Aku menelefon Nani, rupanya dia dah gerak dari rumah dia kat Raw-wunk.Melepahla kitaore nok make nasi dage dio tuh,..Jadi plan terpaksa dianjakan , pergi terus ke open house Ella kat Slayunk. Kebetulan sepupu-sepipit aku ramai yang tinggal kat Slayunk Ku Sayunk , maka selok-belok jalan kat sana aku agak ketahuan sikit.Nak harapkan Syamim,..hmmm..nak gi Bus stop kat Gopeng pon terkial-kial.

*tet tet ..tet tet..henpun aku berbunyik.
Mesej dari Mas, suh amek die kat umah kat Petalink.

    Sampai je umah Ella, dia pon dah siap2 nak kuar rumah .Twit..twit..pergh..5series tuh..Katanya nak gi ke Arm-punk pulak.Oh ye, kenduri kahwen Aisha belah laki arini, raya kedua.Style-lah Aisha, ni first time aku dengo orang wat kendurik kahwen raya second.Untung-untung aku gi , mana tau kan..mana tau kan..berbekalkan muka hensem dengan batik Jawa ni..kan ..kan..

   Emangnya meriah deh, ramai pulak budak-budak yang aku kenal kat sini. So, kene behave skit, biar derg kata,
" Uishh..Ko dah berubah siak..dulu macam budak2 terencat akal, skrang awat macho sangat..".
  Kat situ kitaorng jumpa Syafiqah.Dah macam mak orang aku tengok.Dia ajak kitaorng gi open house umah dia lak kat Phu-chonk.Camne ni cT, nak tolak kang kawan,kalo tak tolak sudahnya kang umah Nezhom Car-junk memang tahun depan la jawapnye.Uena mula mendongak langit yang mula kehitaman.Rilekla cikKak, baru kol 4, hari nak hujan , memangla gelap.Nak tanak follow je la ikut belakang .

Follow punye follow punye follow punye follow..

Tau tau dah sampai Clunk..Alalallalala...cmno nih ghumah sendrik pon bole lupo ko?

   So, macam biase orang pompuan kalo wat muka inesen, memang sayu hati nak sound...Terhibur petang raya ,bila Syamim wat lawak, kemudian sengih sensorang.Mujur dari situ kitorng nampak sign board nak pergi ke Spunck. Dari Spunck boleh la kot pusing ke atas naik Phu-chonk (mak aih , jauhnye cam tak logik lak citer ni)
Sampai je simpang nak gi Spunck, ada orang buat panggilan masuk terus ke dalam henpun aku.

"Oii,aku dah kat dalam train ni,kalau ikut jadual kul 5, tapi ko bajet2la dalam kol enam sengah aku sampai, jumpa sana tau".- Zack yang bertolak dari Seremban , naik KTMB , patut dah sampai Serdunk, Itah pick dia , trus bawak ke Open House Nisa.Kat sana kitorang berkumpul,destinasi yang sepatutnya terakhir hari itu.

On the way, nak gi Serdunk, kitorng singgah jap kat Sue-bunk.Syafiqah nak amik kawan baik dia, Pejuang Kesenian Ekstreme, yang baru selesai training ice-skating.Katanya , lepas raya ade championship kat Korea..so pagi raya orng semayang kat masjid, die smayang kat atas ice-rig , kagum.Memang semangat seorang pejuang la ko.

Akhirnya, menjelang senja, sampai jugak kami kat Open House Cik Nisa and Familia.Kat sana barulah aku jumpa ketupat daun palas, dan rendang Tok, juga air sirap selasih yang seakan telur katak itu.

*tet tet ..tet tet..henpun aku berbunyik lagi

 "Korunk kat mane ni?"- mesej ikhlas dari Mas.

Sekian,...












*Alhamdullillah, hari ini genap setahun blog ni wujud.Dan nama-nama kat atas merupakan antara followers juga silent readers yang terawal.Thanks guys,tanpa korang, apalah makna blog ni wujud. InsyaAllah segala  picisan yang terhinggap dalam kepala otak ni akan cuba aku kongsikan kat sini selagi hayat aku masih ada.

Domo arigato gozaimashita..





p/s: looking for  friends , not fans..

Read More

Wednesday, August 11, 2010

Mulakan Puasa Dengan Sepinggan Nasi

25 comments


  2005 , tahun di mana semua ahli keluarga aku berkumpul di malam pertama berbuka puasa.Tahun pertama bagi kakak aku yang baru  selesai pengajian di Mesir, berbuka di kampung - juga tahun terakhir bagi aku yang bakal meninggalkan Malaysia yang indah permai itu. Tahun tu jugak tahun terakhir sebelum mak abah terima menantu pertama, juga tahun  terakhir arwah opah menghabiskan sisa-sisa hidup sebelum kembali ke Ramatullah. 


Dan itulah kali terakhir kami berbuka puasa bersama di hari pertama dalam satu keluarga yng solid.Lepas ini tak tau bila lagi...  

Macam biasa, masa buka, mak akan letak terus periuk nasi atas meja, senang, takyah banyak cerita.Sebabnya mungkin;

-mak nk jimat air basuhan pinggan.
-masa kecik2 dulu aku pernah tersiku mangkuk nasik kesayangan mak , jatuh-pecah. Fobia mungkin masih ada.




Maka kami adik-beradik , kaut nasik masing2 dlm pinggan sendiri, terus dari periuk karan National yng canggih-manggih itu. Tapi , time kaut ada pantang larangnya jugak.
Pesan mak a.k.a orang tua-tua dahulu kala, masa menceduk, mulakan dari tepi hingga ke dasar, sampai tengah, sampai tepi belah sana.












Kenapa lak kena camtuh? 


Sebabnya , zaman dulukan pakai periuk besi, tanak atas api. Tiap 2 menet, kene cek-cek, kacau-kacau, tutup. Kendian buka balik , cek, kacau, tutup- sampailah nasik betul-betul masak. Air kene ngam2, kalo tak nasik jadi jelantah.
 Kacau ke tak kacau ke, bahagian bawah plak tetap jadi keras,  jadi kerak.

Orang2 dulu sangat berhemah memikirkan hal ni, maka diajarnya anak-anak cedok nasi cara ini, supaya, masing2 dapat lembut nasi di atas dan keras kerak di bawah sama-sama. 




Aku tak puas hati!


Maka aku pun sound balik mak aku , 
"Tu dulu mak, skrang lain, periuk karan skrang dah canggih, inovatif, serta kreatif..."








Periuk dalam yg diperbuat drpd besi waja kalis lekit ,bertindak memanas keseluruhan isi dalam periuk termasuk daun pandan (nasi lemak).Air akan didihkan dahulu.









Air dibiarkan mendidih pada suhu 212˚c ,dan disetarakan oleh thermo-sensor.Pada suhu ni, air menyetim(wow) ,menyejuk, dan jadi air balik.Hanya sebahagian yang terlepas keluar, sekadar mengawal tekanan dalam periuk saja.Pada peringkat ni juga, air yang berada berada dalam kondisi optimum untuk menyerap masuk dalam beras, sampai orang dah tak panggil beras tu beras , tapi nasi.        







Proses berulang sehinggalah air dalam periuk habis. Pada masa ini , suhu sudah melampaui 212˚C ,dan thermo-stat bertindak menghentikan pendidihan.Bagaimanapun, sistem  bertukar untuk mengekalkan suhu dan themo-sensor mengawal koil agar pemanasan sekata dan terkawal sepanjang masa.








Senang citer, bila masak nasik
1-air mendidih
2-air menyerap masuk dalam beras
3-air habis
4-lampu masak padam dan makan!


"Kerak hanya wujud bila terdapat  tuaran yang haba berlebihan dan tak terkawal.Dalam periuk karan,suhu hanya berada  di bawah 212˚C , serta tanakan nasi dengan menggunakan pusaran air didih, sekaligus menafikan mentah-mentah kerak daripada terhasil."-aku menghabiskan penerangan.



Mak mengangguk aja..
  
Maka aku dengan cara konvensional versi aku, tetap cedok nasi ikut suka hati .

Sehinggalah suatu malam, ketika bersahur..
Hari tu tinggal kami dua beranak, abah gi kurusus ntah mana2. Seperti biasa, keadaan separa sewel separa sedar ,aku terus menuju ke periuk karan , yang terbiar warm-mode, dalam tu rasanya  masih ada nasi yang berbaki.


Nak dijadikan cerita, bila buka periuk, aku tercengang
"Sejak bila pulak orang wat kuih karas pakai periuk karan nih?"


Mak meleret sinis,
"Tu kerak tu tak leh makan tuh. Ni mak masak nasi lain , kejap lagi masak la ni"

Aaa...tetiba dalam kepala otak terpikir,taburan nasi yang luas dalam dasar periuk, cukup untuk mengering serta menguping setiap butiran nasi lantas menjadi keras , yang dinamakan kerak........
Kalaulah aku ikut cakap orang tua-tua tu, mesti nasik dalam periuk karan boleh makan lagi, walaupun seco'et cuma.
Kalaulah aku ikut cakap orang tua-tua tu, takdelah mak susah-susah nk payah-payah nak tanak nasi baru atas dapur.

Sebab nak kejarkan waktu imsak ,malam kitorng share nasik setengah pot berdua, dengan pajeri nenas , ngan ikan keli goreng semalam.Apalah sangat suku pot taruk atas sekeping pinggan, 2-3 suap ,abes.
Tapi tak buleh mengomel banyak, dalam hati dah tertoreh rasa bersalah dah.Kang free-free je kene kuliah pagi .
Alhamdullillah, walaupun sesuku pot, aku tetap bertenaga sampai ke waktu berbuka.
Barangkali itulah berkat, yang datang dari rezeki yang kecil.Ok, tak buleh membazir dah!
Sorry mak..eheh eheheh..




Sejak hari tuh, aku berikrar akan mulakan puasa aku dengan hanya sepinggan nasi saja.














p/s: Sebutir nasi ibarat setitis peluh petani, kalau semangkuk?...

Read More

Tuesday, August 3, 2010

Cosplay::Fantasi Yang Tak Seindah Realiti

17 comments


... 



Tahun ini ada 3 benda penting yang buatkan Cosplay tak berapa best;



1. Sungguh ramai cosplayer jantan menjadi ayu ,anggun, dan manis.Nasib baik aku dah membekukan hati nak tangkap gambaq ngan derg. Kalau tak sure aku kene gelak ngan budak2 ni, posing ngan nyah-nyah sekalian.


2.Sungguh ramai pulak cosplayer wanita menjadi gagah dan bertenaga. Baca One Piece tak? kalau baca mesti kenal Ace kan? abang Luffy,..Haa, bayangkan ada cosplayer gadis jadi Ace,..cutting belakang je tau itu bukan jantan, pergi depan, huish...bertampal ..Tak paham sudah!

 3.Jack Sparrow takde..







 .....................



Cube detect mana yang paling cun..








dekat lagi, dekat lagi





















sikit je lagi , fokus..













Lu pahal fokus-fokus gua nih

Haa..



Bro ,ni untuk budak-budak je bro, ke dah boring hidup?










p/s: 夏の想い出がまわり続ける。

Read More
Related Posts with Thumbnails