Tuesday, October 26, 2010

Contoh Entri Yang Bermutu

11 comments

Entri yang bermutu ialah yang padat dan ringkas






macam entri ni.











...




Read More

Monday, October 25, 2010

Aktiviti yang boleh merapatkan ukhuwah sesama kita

16 comments

  

  Fakhry, sngt berdendam dengan Amar .Disebabkan dendamnya yang melampau, Fakhri bertekad nak bunuh Amar, orang telah merampas kekasih hati aka x-tunang nya yang bersuara daring , Chinta.
Suatu malam ,Fakhry  mengadap depan cermin ,pakai misai dan rambut palsu supaya boleh dekat dan bunuh dengan Amar yang sedang sakit kat hospital.

Di satu pagi yang hening...
 Fakhry+misai palsu+rambut palsu itu pun pergi hospital , dan melepaskan tembakan kat Amar yang tengah baring kat atas katil hospital..

BANGG!

Oh ,mimpi buruk Chinta rupanya.Tapi, apsal imej Fakhry+misai palsu+rambut palsu tu boleh sebijik dengan dalam mimpi? .Wahh, ni sudah hebat.Punyala risau , sampai dalam mimpi boleh terkeluar rupa semasa orang yang bunuh kekasih dia.
Lagi, ape kehal lak bunuh kat hospital pakai pistol.Member tengah koma, cabut wayar2 sudah.

Jap,jap, konfius jap, ke, scene Fakhry ngadap cermin,pakai rambut ngan misai palsu itu pun masuk dalam mimpi Chinta jugak.?....

Drama melayu ni laa....kalau tak mengundang rasa tak puas hati, tak boleh ke?

  Tapi tulah,kadang-kadang ,marathon drama melayu ini ada bagusnya. Bagusnya ialah boleh mengeratkan hubungan silaturrohim antara rakan-rakan; dengan menjadikan  drama melayu sebagai subjek kritikan, kejian, dan cercaan bersama-sama, juga  quote-quote adegan yang boleh digunapakai dalam pertuturan harian.




 ..................................................







 Selain dari layan drama melayu beramai2, bergotong-royong buat karipap juga adalah salah satu cara ideal untuk mengerat hubungan sesama insan.

Tak tahu sebab apa., tapi aku sangat teruja tengok orang wat karipap.Yelah selama beli yng siap je kat gerai.

Tengok je , sendiri buat haram tak jadi.Sama jugak la kalo beli  roti kaya, rather beli yang roti Benggali tu potong depan mata,  sap sap sap sapu kaya, bungkus surat kabar.Nah RM2.50. Tak sedap mana pun, tapi terujakan nk tengok gak tangan dia yang bulu berpintal-pintal tu potong,sapu ngan bungkus.

jualan karipap yang menjadi



  Orait.Bukan aku  buat karipap.Cuma orang yang pandai lagi terer buat karipapla yang buat karipap. Aku just buat roti jala je.. Maknanya aku...................(isi tempat kosong).



Roti Jala satu Malaysia namanya



Ni 1st time wat jual2, selain pengalaman kena halau kat dalam pesta yU sendrik, belum ade lagi rasenye nak berjual-jual setakat nih kat luar yU.. So, harap2 sesapa yang terbaca repot pemerhati bebas yang diupah khas kat bawah ni ,harap akan dapat hadir dan mengusul balik  dalam mesyuarat post-mortem nanti untuk kebaikan masa akan datang. 

_sekian





........................................








          Yo, gua Jalil.Member nye pasal, gua sanggup kensel plan petang ni nak beli mouse baru.Keyboard ni pun agak  laa.

Camnilah ,gua rase  korang punye gerai, okla...banner sumer..maa boleh la..Tapi peciter tak wat pemplet. Lu espek sume orang tau roti jala, karipap, ntah hape jadah lagi tu ka? .Lu espek , orang tengok muka lu jerit-jerit, buat-buat muke kasihan , orang pun kasihan nak beli ka? .Takde nye derr..Gua nak cakap banyak, gua tak pandai, Lagipun lu upah dahla sikit, hek-eleh, ingat sangap ke kebab lu belanja tuh. Takpela sebab gua pun dah janji, ni gua kasi perbandingan simpel-serba sikit la..


Masakan yang tak cukup hot, macam gerai India sebelah .Gua rasala kan , lu orang patut pinjam plat orang wat roti canai tu kat memana. Eh, apsal tak cakap, gua nye lab , banyak gile plat-plat besi yang budak wat testing welding tuh. Bolehla lu orang masak roti jala atas tu .Pastu kalau dapat , campak-campak aa skit, sorang tunggu 5 meter kat depan gerai . Customer nak je,  yang masak tu   campak, yang nunggu depan tu sambut ,lipat pastu trus pek , jual. Pergh! terbaik ah, makcik-makcik tu sure ajak korng home stay umah derng semalam dua.

Promoter korang yang tak cukup hot , macam gerai India sebelah.Lu dah tengokkan awek India sebelah tu cammane.Kalu pekup plastik kat muka , dah macam Rani Mukherjee oi.Maksud gua, Sari yang dia pakai la, bila mase pulak Megan Fox pakai sari. Gua tau , yU korang tak berapa nak ada gadis-gadis melayu nih. Hape, korang ingat laki melayu ni koman bebeno ke? Laki  melayula hot , gentel, berbudi....Lagi satu, kalu butang baju melayu tak cukup ,mintakje  kat gua.Tiap2 kali raya gua tukar..... Tapikan, gua teringin beno nak tengok korang wat demo silat  cekak hanafi. Yelah, sambil promot-promot tu, why not la lu orang bikin havoc skit depan gerai, guling-guling,gaduh ala-ala drama Keris Sakti Bersepuh Emas tu dulu .Tak payahla keris betul, gulung2 surat khabar sudeyh..

Tiada promosi testing baju tradisional , contohnya , try test sari dan jadi hot, macam gerai India sebelah. Aaa.. ni tak payahla. Since baju-baju raya korang pun takde la lawa mane da (damn! button backspace ghusak plak). jadi .anggap yang no.3 ni gua tak penah sebut .hehehe.

Lu memang aa, bhai tu kasi chai free , asal tak roger awal 2 .Gua dah sampai rumah baru lu tepon.Tanak kawan aa cmni.


Yang Ikhlas Merepot,
Jalil



               Lampiran A1

Gua nampak budak ni ada potensi ,
 apakata lu amek dia jadi anak ikan.



Read More

Monday, October 18, 2010

Mengapa Haji mesti kat Mekah

11 comments

Tiap kali musim haji,  aku selalu mengenang nasib diri, " Alangkah bagus kalo mak aku seorang arab, bapak aku arab, dan aku lahir dan tinggal kat Mekah.Kan senang. Takyah susah2 nak kumpul duit, nak pek barang banyak2, nak gi airport sumer..".Untung-untung bukak gerai jual sirap bandung ngan air longan tepi tuh, menghoncah beb.Cukup bulan angkat Lamborghini sebijik.




Aktiviti melontar jamrah pada 1953




2009,Jamarat Bridge baru, ada lima tingkat dengan tiang di-up sikit.
Tahun ni baru 100% siap.Tingkat atas dipasang atap, ada air-cond
dan pelantar heli (yang dua batang tepi tuh) siap siaga beroperasi.
Welcome to MINA




Pernah tonton vcd Ayah Pin tak? Alaa..yang ada scene dia gi gua Batu Caves; ada 2-3 orang minum air rendaman kaki dia tuh.Kalau pernah or tk pernah skalipun, meh aku nak revise sini balik.Dalam vcd tu, Ayah Pin sempat bersabda , marfumnya;
"Tiap tahun orang Islam kita gi Mekah, tengok berapa banyak Arab Saudi dapat .Kita sini pun boleh dapat lagi banyak dari derang,Kampung Langit sini satu dunia datang, Islam, kristian, hindu ,buddha ,  sumo datang. Baik untuk rakyat dan ekonomi Malaysia .." -Fikiran jauh .Bagus kepala otak orang tua ni. 





.............



Cerita Si Tukang Kasut

Hasan Al-Basri(ahli Sufi tersohor di Era Khalifa Umar Ibn Aziz), pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur. Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.
 Berkatalah Malaikat pertama, “ Sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”
    Kata Malaikat kedua, “ Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang.
   Kata Malaikat yang pertama, “ tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur? ”

 Kata Malaikat yang kedua, “hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.”
Berkata lagi Malaikat yang pertama, “tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?”

 “Tidak”, jawab Malaikat yang kedua.  

 Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur.”

 *TAK PERGI HAJI TAPI DAPAT PAHALA HAJI MABRUR??

 Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut. Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.

Lalu berkatalah si Tukang Kasut. “ Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut. Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. 
     Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak.
    Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran.
   Lalu saya dengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya. Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.


 Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan”, berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.

................



Itu kisah orang Arab di bumi Arab.
Jom patah balik ke Malaysia , bumi terchinta ni pulak.



Cerita Opah & Atuk


   Malam tadi aku pun bermimpi gak,  ada seorang gadis bermata sepet muncul di hadapan sana ,  dan melaung-laung ," Opah! Opah!" ke arah aku. Toleh belakang takde orang. Oh , rupa-rupanya Song Hye-Kyo sedang memanggil aku .

Ok.Merepek.

 Tahun 1976, arwah opah dan arwah atuk gi haji. Tahun tu adalah tahun terakhir trip haji dari Malaysia yang naik kapal laut .Bertolak dari  Penang , sebelum puasa lagi, dah boleh bungkus-bungkus, panggil sedara-mara, jiran-jiran, dan sahabat handai wat kenduri selamat ,dan kalau dan siap-siap wat wasiat , mane tau kot-kot kapal kene hijack ngan lanun ke, ape ke.
   Tempoh pergi makan masa dalam 2 bulan setengah, (ni arwah opah citer). Sepanjang tempoh dalam kapal, maka ramailah  pakcik2 dan makcik2 yang peghak tak nah naik kapal laut , pening-pening, mabuk laut dan muntah segala bagai.Kawan opah, demam dari atas kapal lagi ,sampaila musim haji,  sampaila time nak balik- sudahnya langsung tak dapat nak buat haji.
   Kos haji time tu, dalam RM2 riban satu kepala. Ha'ah , 2 riban jerk, tapi mungkin itu sama nilai dengan RM10k hari ini.

Jap, jap nanti dulu..

   Rumah kat Kg Banda Tua kat tepi  Sungai Perak..Memandang banyak cerita pengalaman dari jiran-jiran,tentang haji tak dapat dapat abes sbb tk larat itu ini, siap ada yang meninggal kat sana, dalam kapal pun ada, maka opah ngan atuk dah start saving sejak derang baru kahwin lagi.Lagi cepat lagi bagus.Opah surirumah berjaya Atuk hanya kerja kerjakan dusun , buat bendang , dan sekali-sekala buat kerja-kerja kampung.Kalau ade rezeki lebih, itulah datang time2 musim durian. Hasil jualan durian tu kira macam bonus 3 bulan gaji . Cukup bulan , bank-in duit kat Tabung Haji kat Teluk Mak Intan(nama lama Teluk Intan).
    Bas Mara belum ada lagi, takleh masuk sebab jambatan haram sebatang pun takde lagi.Maka, nak gi Teluk Anderson (nama glamer Teluk Intan pulak), naik bot pancung ikut Sungai Perak.Dah sampai , naik teksi mahal, naik beca sudah. Dah sampai , nak tunggu giliran lagi. Kena lak time baru lepas musim durian, ramaila pakcik-makcik dari segenap pelusuk kampung, berpusu-pusu nak bank-in .., cuak oi nak simpan duit bawah tilam.
Senang citer nak proses nak simpan duit jerk abis satu hari .Sekali simpan lima puluh, seratus, abih banyak pun adalah dua ratus.
Berbelas tahun sampai duit cukup, takat nak tampung belanja sikit2 kat sana, baru register nak gi haji.

Itulah nilai dua ribu ringgit bagi arwah opah ngan atuk .

Itu belum kira lagi, sampai masuk asrama nak berkursus haji kat KL, naik kapal kat Lumut , pastu gi Penang ,sampai kat Penang dengan tak kenal sape-sape lagi, naik lagi kapal pergi Arab Saudi.First-time gi obersi, bayangkanlah betapa jakunnya bila sampai kat sana (okeh, yang ni aku je) .Bergusti ngan jemaah-jemaah Pakistan yang memang terkenal ngan hati kering dan susuk badan sasa.

Tak hairanlah kenapa Allah pilih atuk meninggal dalam bulan Ramadhan, dan opah terkujur masa nak ambil wudu'.Wallahualam. Berbanding atuk, aku lagi rapat ngan opah.Setahun sebelum opah pergi, dia dah nyanyuk dah.Sembang menda 40 tahun lepas macam baru semalam je jadi.

"Eh, kamu tak ikut Nayan gi sunat sekali ke~?" ahh..sudah.Opah tanya macam aku ni babyface sangat , belum bersunat.Btw , Nayan tu panggilan manja  bapak aku.
 Kejap gi dapur, pastu gi beranda depan, patah balik gi dapur.Tawaf la dalam rumah sampai puas hati. Runsing aku tengok opah ni, lagi-lagi bila dia start bersembang dengan pili air, bersembang dengan lesung batu,blender ,senduk, tudung saji .Pakai baju pun dah terbalik ke situ ke sana.Ada sekali tu opah pelawa aku,"moh moh masuk jangan segan, buat macam rumah sendrik" walhal aku  baru balik dari skolah,adoi~, layankan ajelah.



   TAPi, nyanyuk-nyanyuk opah pun, dia tetap tak tinggal sembahyang.Kadang-kadang Zohor sampai 3 kali,  Asar 5-6 kali sampai masuk maghrib.Kalau dah penat membebel, ujung tu dia akan tanya ;"Dah masuk waktu dah?". Masya-Allah..
 Ganjaran pahala datang yang amalan yang istiqamah, akan berterusan, walaupun seseorang itu sudah nyanyuk. Macam mana pulak ,orang dah nyanyuk pun masih lagi istiqamah nak wat amalan?Allah Maha Besar.Asallah cucu dia yang sekor ni tak  nampak bende depan mata camnih.






Kalau keluar soklan kuiz kat tv yang tanya menara 
ade berapa tingkat, sila jawap 3 tau, 
tiga.





 ..........


 Aku yakin korang yang tengah baca ni mesti lagi banyak citer tentang orang-orang yang dah pergi haji ke, baru balik haji ke, baik family atau kawan-kawan korang.Cumanya,kalau ada sesapa yang cakap;

"Kan bagus kalau aku tinggal kat Mekah..."

Barangkali  spend RM10riban, habiskan berhari-hari berkursus,tinggalkan anak-anak ,berpanas terik di tgh padang pasir, dan bersesak-sesak kat Mina ; masih lagi sesuatu yang kacang bagi dia, then go on. Try pergi Kabul or Semenanjung Gaza lak.Anggaplah kalau dapat korek terowong tembus sempadan Mesir, sama dengan pahala Haji Mabrur.Hilang nikmat hidup kalau semua benda takat celah gigi jerk.


   Rakyat Malaysia kini makin hari makin kaya. Kalau kerajaan kasi cuti khas sebulan buat umrah je, kompom sumer orang dah pegi dah, tinggal nak ke tanak je lagi. Tapi cabaran hari ni dah berbeza, duit cukup sekalipun , belum tentu dapat pergi Haji. Kene tunggu turn tahun depan, 2 tahun lagi ke, 3 tahun lagi,  tengoklah kalau ada rezeki, sebelum ajal baru dapat pergi.Altenatif, pergi sendiri dengan bayar double kat travel agency,or pakai kuota dan bertolak dari mana-mana negara non-muslim, yang muslim dia seciput
,macam negara Jepun ....



 Ape ni? tak baik la main tuding-tuding jari...kerat kang..






p/s:selamat hari raya haji

Read More

Friday, October 15, 2010

Kuning Itu Emas

7 comments

khas sempena Gifu Taikai2010









Apakah persamaan ketara antara Steven Gerrard ,Andres Iniesta ,Mesut Ozil,dan  Safiq Rahim?


Iya, mereka semua pakai nombor keramat , 8.
Jadi kalau anda nampak team kuning ni sedang beraksi di tengah padang , jangan mempertikaikan mengapa yang si 8 itu sedang berdiri kat tepi. Memang strategi kami, senjata rahsia kami simpan awai-awai.Dalam keadaan genting, baru kami bawak kuar.








p/s:Safiq Rahim tk kenal?Safiq Rahim tk kenal?Safiq Rahim tk kenal? midfield Selangor yang selalu score bola volley mcm Paul Scholes tu.

Read More
Related Posts with Thumbnails