Assalamualaikum dan Salam Satu Dua Tiga.
Sepertimana yang Ustazah Azizah pernah ajar , (korang aku tak taulah ustad mana yang ajar), semua makhluk ciptaan Allah semuanya berzikr, 24/7 tidak pernah henti-henti memuji-muji keesaan dan keagunganNYA.Jadi untuk hari ini , aku nak bercerita sikit tentang perihal kisah haiwan yang boleh dijadikan tauladan bersama-sama ini.
Masa tingkatan 2 , sekolah jadi host kejohanan olahraga daerah.Sebab aku lari asik dapat no.2 je, maka aku tak dapat wakil sekolah.Pun begitu, aku telah
Dia masuk dalam bilik. Cikgu aku ni agak kasar.Muka pun ada calar-calar kat mata, macam mata Shanks, tapi rupa-rupanya dia seorang yang penyayang .Ramai kucin kat dalam bilik tidur dia tu dalam keadaan memandang-mandang muka cikgu seolah-olah anak-anak kecil yang dahagakan belaian dan kasih sayang.....nyiaow, nyiaow, nyiaow..
Aku curi-curi pandang masuk dalam bilik,
Dan apa yang aku nampak..
...............
Selang seminggu, balik rumah aku pun cuba-cuba buat camtu dengan Comel. Try-try tepuk bahu , macam cikgu buat kat kucing-kucing dia.
Tak pasal-pasal angin orang tua nih..
Sebabkan bengang , aku campak Comel kat dinding..grr..padan muke!
Semenjak hari itu, Comel dah tak balik-balik rumah lagi. Kali terakhir aku nampak masa sukan Olimpik kat China arituh, dia tengah melepak kat pangkin rumah jiran sebelah. Barangkali mahu melepas rindu dendam kat awek-awek dia kat situ.
...........
Dek kerana penangan cakaran Comel ini jugalah, rambut aku tengah ini macam tak berapa nak ada sangat. Gugur.Macam-macam method aku try termasuklah pakai sikit tonic abang yang mahal tuh.
Suatu hari , bila aku bukak al-Kuliyyah kat tv, ada seorang ustaz cakap, doa orang yang ditindas, dizalimi pasti dimakbulkan tanpa sebarang syarat, baru aku teringat tentang Comel. Oh, rupanya, inilah balasan aku menganiaya Comel.Tiada kaitan dengan terlebih makan meggi, ataupun banyak sangat fikir.Pastilah si Comel berdoa agar ada balasan yang ditimpakan ke atas aku.
Takpelah, aku redha. Moga ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kamu-kamu semua.
Kesimpulannya, janganlah kamu menghina, mengherdik, malah menindas sesama makhluk. Boleh jadi mereka yang kamu tindas adalah mereka yang lebih soleh dari kamu, apatah lagi mereka yang senantiasa berzikir, bertasbih,...
..
walaupun ia seekor kucing, macam Comel.
_Wallahuallam.
p/s:Dah,dah , jangan tanya apasal botak? tanya apasal botak?- sensitip
Read More

















