Monday, February 28, 2011

After a year, hopefully this video could make you tears (again)

15 comments













play bawah ni lah.





Njoice~








Read More

Friday, February 25, 2011

aku, dia & vintage

20 comments



Yang ni , yang original











Ok, tipu.



Untuk efek yang tembus-menembus tu, korang perlukan;
1.Kamera
2.Tripod
3.Monitor Canggih (tapi tak pakai, bagi junior pun tanak, kerek!!)
4.Remote-control (optional)





     Shoot sebarapa banyak, sampai puas hati.Cuba dari berbagai-bagai angle, dan jarak. Untuk kesan penembusan yang lebih menyerlah, sepatutnya menggunakan fokus yang tinggi, dengan background yang jauh ke belakang, supaya nampak contrast dengan subjek.
    Actually , masih tak jelas apa itu vintage sebnarnya. Kiranya bolehlah aku agak , kalau nampak classy, ade crumple2 sikit, pastu buh shading2 beserta ngan light-leak skit, patut boleh kot dipanggil vintage.

 First-timer, banyak kene belajar. So, sila beri tunjuk ajar..(sambil tunduk jepun)



 Nama yang di-tag sudah



ok_ciaou

Read More

Monday, February 21, 2011

Usahawan Internet

9 comments

Sugeng Rawuh,Wilujeng Sumping.

aku wong melayu tapi iso ngomong jowo.....
kepiye iso join po orak......
aku ngomong tenan aku sukak karok bohoso jowo....
emboh nopo...
aku pegel karo wong jowo tapi mok ngomong jowo....isin jenengnge karok batir....selet tenan. 


Terelkan aku cakap Jawa..
Ok , Fine, aku memang tak terer pun , sebab aku bukan cakap, aku tulis.

 Bercakap tentang , eh, Menulis tentang orang Jawa, kat kampung memang ramai orang. Jawa.Dekat Malaysia , selain kat Johor yang banyak parit itu, satu lagi kawasan kat Perak, dataran antara dua muara,-Sungai Perak & Sungai Bernam: itu memang teritori orang Jawa kat belah utara.Even, kat kampung aku sendiri pun ramai. Tak taulah Jawa kat tempat lain camne, tapi kat kampung aku , gadis-gadis jawa sangat cun. Jawa yang datang kat belah dari kelas bangsawan ,mungkin?.Atau memang keturunan Jawa ni memang cun-cun belaka.Wak Sarip(arwah) ,muka persis Steven Seagal, bininya pulak, dah macam orang putih (keturunan Belanda totok). Setiap kali raya, penuh cucu-cucu mat salleh depan umah main bunga api. Kalau orang tak paham, orang akan ingat ade rombongan sambil belajar dari Ireland ,wat homestay dok umah dia.
    Satu benda yang aku perhati, orang Jawa ni suka berniaga, dan semangat keusahawanan derang tinggi.. Baik bisnes katering, welding signboard, tukar tayar lori, supply kelapa,  sampai tender mesin rumput pun derang pegang. Nak kate kaya meletup-letup, tak jugak. Serdahana jerk. Tapi anak-anak ramai, murah rezeki.
   Makcik Nor Imam sebagai contohnya, dia....


Sebelum terlupa.
   Kat sana ada custom dimana , makcik-makcik apabila memanggil makcik-makcik yang yang lain, derang akan panggil nama makcik tu bersertakan akhiran nama suami masing-masing.
Katakan nama suami dia, Joned, maka makcik itu akan dipanggil Saripah Joned.
Kalau laki dia orang gelar Wan Lebor, maka tak pasal2 bini dia akan jadi Mah Wan Lebor, dan begitulah seterus-seterusnya.

 Tapi Makcik Nor Imam ni aku pelik sikit, apasal orang panggil dia Nor Imam sedangkan nama laki dia Shuaib,?.Cek kat carta organisasi surau, Wak Shuaib ni cuma bendahari , bukannya Imam. Okla, katakanlah suami dia pernah jadi imam sekalipun, di kampung yang permai tu, imam orang tak panggil imam, orang lagi suka bubuh 'Haji' kat depan ( Haji Ripin, Haji Mat dsb).

 Lame gak aku pikir.
 2 tahun lepas ,sebelum raya , tengok kat pek keropok bawang  yang dia jual tu , laaa, namenya memang Nor Imam ke..alahai.

Ni kalau buat teka-teki bangsat pun menarik gak nih;
                                                                                                                                                        
Antara ramai-ramai Nor, Nor ape yang takleh  jadi makmum bile semayang berjemaah?

Jawapan dia: NOR IMAM!!                                                                                                                                                                                                                                            





Hoi!!, Astaghirullahal-azim , tak baikla ko main nama orang, berdose.


Kat mana kita tadi?

Ok, Pasal usahawan.

    Tahun lepas ,kakak aku pernah ajak buka bisnes wallpaper, joinventure katanye.Aku amek stok, aku wat webpage, aku tukang promote, aku amek order, aku hantar barang., dan aku buat akaun.Dah tu ape kerje dia!!??. Oh , modal dan sokongan moral yang tak berbelah bahagi itu..Sori bos.
Dia telefon tanya pendapat.

" Amacam, setuju tak?"
"KO TAU TAK WALLPAPER TU MACAM HARAM TAK CANTIK!! DAH LA SENANG TANGGAL!! NI BAGI FREE PUN ORANG TANAK !!" - aku cakap dalam hatila tapi.

Gile ko, mengguris hati kakak sendrik, susah senang dia la yang nak tolong nanti.Naya kang,kawen nanti tanak sponsor.(haha)


"Apakata , kite jual cupcake, sedap pun sedap, kenyang pun kenyang,budak-budak konfem suke "-aku cube mengonar.

"Mane ade oven kat rumah ni "

"Alah, kite rembat je oven mak kat kampung tu, mak bukan pakai pun. Kita wat weekend je dulu, takpun kita supply kat mana-mane bakery ke. Kalau ok, kita amek order untuk week day lak. Dah maju sikit kite open market kat Jepun ."

Sambil membayangkan agaknya beginilah rupa cupcake kami nanti di parti Watanabe-san dan family .









"Wahh, nice-nice, tapi bukan dulu ko ade cakap ke, orang Jepun tak makan manis-manis?"

"Tu laki je, pompuan dia ok, derng lagi suka kek2 yang corak2 nih. Tak pun camnih, kita mintak tolong Aca, dia kan leh cakap arab, boleh kita export kat Lubnan ke Syria ke, Abu Dhabi ke"

"Dah tu nak tulis, tak payah ke?"

 Betul jugak, kalau takat alif-nun-alif , gagah la gak satu cup. Tapi kalau,'  عيد ميلاد سعيد '- Kalau tulis word by word ,tak balik modal la pulak , tiga ketul je.Hmmm..by letter? Takkan kot.

Lama pikir, duit kat skype berjalan laju pulak dah.

"Akak tau nak wat camne"

" Ha!?, camne?" -Girang aku bertanya.

" Camni jelah, kite stick plan asal, jual wallpaper, abeh cerita"



Wallpaper jugak ending dia, nyesal kasi cadangan.

 By the way,Makcik Nor Imam jual keropok bawang yang sangat sedap. Tiapkali raya tak pernah miss. Okeh, itu aje nak citer
_ciaou









p/s:pok mereng nggak dholan-dholan nggak?

Read More

Monday, February 14, 2011

Termenung itu tanda rindu

5 comments

 Dan rindu itu pula pemangkin cinta ,pengerat kasih sayang.

Suatu hari.

"Aku sangat rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku",Tiba-tiba suara Rasulullah membelah kesunyian seketika.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. 

  Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Sayyidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan sedemikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir di bibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna
.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Sayyidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersuara,

“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

......


Hebat cinta Rasulullah.

Kalau kita, selagi tak nampak depan mata , selagi itulah sukar untuk percaya ,apatahlah lagi untuk meyakini . Mahu menyintai? jauh panggang dari api.
    Tapi, begitulah gahnya cinta baginda terhadap saudara-saudara. Siapa? Kitalah, orang yang baginda nak sangat jumpa di akhirat kelak.

Marilah sama-sama berselawat ke atas junjungan baginda SAW, moga senang nak jumpa di padang mahsyar nanti.


Jadinya,
   dengan mengambil sunnah baginda SAW, aku cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

Sekadar mencuba.

   Kalau-kalau ternampak aku tengah menung-menung tu, tu bukan menung sesaja. Tu sedang merindukan bini tercinta ngan anak-anak tersayang sedang menunggu di rumah ,  suatu hari nanti..

"Tunggu, tunggu papa balik, nanti papa belikan jajan , dengan chokobi ye.."




_ciao









Read More
Related Posts with Thumbnails