Thursday, October 20, 2011

Cara halus untuk tegur perempuan supaya bertudung

13 comments


grab from here


Aku dalam dilema.
Apatah lagi kakak-kakak aku, sepupu-sepipit aku , makcik-makcik aku, Alhamdullillah semuanya  bertudung belaka.Nak assume keluarga aku ni keturunan Syed , tak juga ,walaupun pernah terfikir nak buh nama anak dengan awalan Syed.

Kejadahnya..

Jadinya aku ralat bila orang mintak nasihat-nasihat agama nih, lagi-lagi bila sentuh hal orang perempuan. Kamal, walaupun nama beliau bukan Kamal, anggap je la dia ni nama Kamal.
Kamal dah lama kenal Aminah, sekali lagi walaupun nama beliau bukan Aminah, anggap je la dia ni nama Aminah, derang kenal sejak form 4 lagi ,dan sekarang tengah tunggu first  born derang Desember ni.

Happy for them instead.

Cuma yang tak syok, entah dimana silapnya masa kat maktab elok je ayu bertudung,berstoking di kaki, tapi bila masuk U, tudungnya entah ke mana melayang-layang dihembus angin bayu.
Sampaila sekarang, Aminah  masih lagi `selesa`, dan barangkali akan terus selesa memandangkan dia tidak bekerja dalam  ofis-ofis gomen, yang terkenal dengan keberadaan  kakak-kakak kerani ropol-ropol yang kerap mengunyah ketika waktu berkerja.
*..kruup ..kruup

Dia kat private sector, yang dikelilingi oleh macam-macam bangsa selain melayu.

 Kamal pula baik budaknya. Dia pun kaget masa memula dulu. Tapi atas dasar cinta the one and only , dan you is my first ever lasting forever , dia terima seadanya sampai kekal ke pintu syurga.
Macam mana agaknya nak ke pintu syurga  ye dok?
Andailah kalau mati esok, lusa, jenuhlah tunggu kat pintu syurga, manalah bini aku tak sampai-sampai ni ,dah dekat 7000ribu tahun dah ni,
takpun yang jadi sebaliknya.

"Ade cara tak?"-dia runsing.

 Kalau Ustaz Ismail Kamus ajar , masa bini tengah tidur,dekatkan dengan telinga dia kita kena bisik pelan-pelan, selawat 3 kali, pastu cium dahi dia slow and steady.Tapi sebab tak berbini lagi, takut pulak ko pikir aku ni pervert, hentai dan yang bukan-bukan.

Macam ni jelah,orang selalu kata hati perempuan macam cekelat  M&M , keras di luar, cair di dalam. Dirinya lemas dikongkong, tapi sangat sukakan komitmen, suka benar ambil berat, detail.
So apa kate  try cakap camni kat bini ko

 .....


"Mi (umi), nak mintak tolong buleh tak?"

"uhmm.."

" Nanti lepas sembahyang ke, bila-bila ke, umi tolong doakan Bi (abi),...doakan supaya dosa abi  terampun,dosa yang abi tak mampu nak tegur umi, yang abi terlupa tanggunjawab abi kat umi, dosa yang sengaja biarkan umi dalam dosa,...tolong ye umi..."



......


 Takpun, bila-bila korang berdua keluar jenjalan kat QueensBay ,.tengah sedap sedap mengusha-ngusha, panculkan kata-kata  cmni.

"Eh , tu bukan awek pre-paid hari tu ke? Cantik dia pakai tudung"


"Yang mana ni?"


"Tu ha, ..mm orang pompuan ni rupanya lagi cantik kalau dia pakai tudung kan,  Umi?"


Kalau takda apa-apa follow up pastu, maknanya itu sumer salah ko. Engkau yang tak pandai.

Tak pandai pilih.




_ciou



Read More

Wednesday, October 19, 2011

Muqaddimah

4 comments





Saya ada kawan
Nama kawan saya itu Ramdan
Ramdan ada ramai kawan
Kawan Ramdan kawan sayalah juga, kan?
oh, bukan.

Ramdan kuat makan
tolak batu dengan papan
yang lain semua dia telan
tiga pot selamber dia teran
macam tak jumpa nasi 3 bulan


..kena rasuk setan?
Pun bukan

Memang ada darah pahlawan
mengalir deras dalam badan
Katanya tanpa segan
Harus kuat bertahan
Harus kuat melawan
Harus kena banyak makan

ahh, malas saya nak layan
Nak turun beli baran
Ada apa-apa nak pesan?


Baran ape baran


......


Bila ada berita kematian, pastinya sang wartawan akan bertanya kepada waris tentang perilaku pelik arwah di saat2 akhir hayat beliau.Kalau yang haram tak pernah-pernah bangun subuh , tetiba bangun awal siap bagi ayam makan belakang rumah ke,tak pun se

Maka kena buat orang ingat kat kita  sampai bila-bila,walaupun kita dah tiada. Perlu?

 Wartawan ini pula sedaya upaya korek benda 'kelakuan pelik arwah' seolah-olah itu petanda dia mahu pergi hari yang sama.Bagus juga sebenarnya, sekurang-kurangnya kita alert tindak-tanduk orang yang kita sayang sehari-hari.Seronok kalau kita tahu sape kita di-stalk ,dan lagi bahagia kalau tahu sapa stalker itu sebenarnya.

 Tapi yang ada makcik-makcik ini pulak jawab;" Arwah pagi tadi bangun, mandi junub, naik motor terus pergi surau depan itu haa,pastu ada orang datang kasitau arwah kena langgar....."-tak ke rutin?

Biarlah mereka sang wartawan, mereka hanya buat kerja.

Tapi bagaimana agaknya andai kita tahu esok nak mati ,maka start pagi sampai ke malam perlukah kita tinggalkan sesuatu untuk dikenang sampai bila-bila.Ertikata lain pe'el yang tak senonoh dan semenggah, sekurang-kurang akan ada manusia yang perasan itu lusa itu tanda, bila tibanya hari selepas esok.

Wallahualam..

Sebab tu lah aku cuba buat perangai pelik sejak kebelakangan ini, seperti balas mesej selepas 2 hari kemudian.-saje nak buat orang sakit hati, bila sakit hati , manusia lebih cenderung nk ingat.hah

Meng-update blog setelah 6 bulan tidak bertegur sapa dengan masyarakat itu bukanlah perkara pelik, harap maklum.



Kesimpulan di sini, matilah dalam keadaan orang bukan setakat cakap "Arwah dulu baik orangnya".


_ciao





Read More

Tuesday, September 6, 2011

Apa khabar orang kampung

10 comments









  Tahun-tahun akhir sebelum aku datang Jepun, Raya hanya bermaksud cuti tanpa rehat, makanan-makanan yang menggemukkan,bertandang ke rumah orang-orang yang tak dikenali/saudara mara .Datang ke rumah mereka balik untuk makan makanan-makanan yang menggemukkan,tolong mak jemur putu kacang kat luar, ikut keluarga gi ke rumah orang-orang yang tak dikenali/saudara mara bertanyakan bila aku mahu habis, kahwin blablabla dan filem-filem Yusof Haslam atau Prof. Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti Pondok Buruk, Basikal Buruk, Quran Buruk, semualah buruk, di televisyen.


Masa itu , bila tengok kengkawan pun ikut keluarga masing-masing, aku takde semangat nak kuar beraya.Duduk rumah, tarik langsir rapat-rapat , terconggok layan artis-artis yang baru up ni nyanyi Lagu Raya kat tv

Ingat seronok ke layan Khai AF nyanyi lagu Saloma?
Maksud aku, tiada ketenteraman menikmati suara merdu Khai itulah yang buat tak seronok, lagi-lagi bila budak-budak yang-ntah-mana-asal-nye-ntah , datang berduyun-duyun nak beraya.
"Assalamualaikum, abang, kami datang nak beraya"
Macamana korang tahu aku ada kat rumah ni?
Oh, ada satu tingkap tak cukup langsir,struggle bebudak nih.
Mujur `abang`,kalau pakcik memang aku pelempang . 

Yang paling jahanam bila malam raya.
Main mercun macam esoknya takleh main lagi dah.
Yelah, raya kan, bila lagi.
Tapi ni sapa ajar main thunder-clap kena tanam dalam pasir ni?Bila tak terbang, menjerit.
Pergilah cari botol,   takpun , pegang ngan tangan, agak-agak nak terbang tu, lepas aa.
Tu satu hal.
Yang tak dan sumbu nak habis, tetiba jatuh meniarap pun satu hal lagi .
Elok je kan , ngadap pintu rumah,pintu rumah lak terbuka.
Cuba kamu bayangkan, makcik-makcik tengah-tengah layan adengan Wan Maimunah peluk Rosdi Ramli, menangis-nangis hiba di ending cerekarama, tiba-tiba thunder-clap melintas depan , dan...
Tak melompat orang tua tuh.

Pagi 1,2,3 raya biasanya kena paksa ikut family gi jalan.
Otherwise , kene ngecek skit ngan deme kunun dah janji nak beraya ngan member.
Biasanya tiada.
Tapi kalau ada pun, member akan datang angkut gi beraya..
...gi rumah member..
 ..punya member..
     ..punya member..
        ..punya member..
..yang bila derang menyembang , haram aku nak faham satu hape.




Itu lah recycle setiap kali datang raya.
.
.
.
Setiap tahun perasaan yang sama,
Kecuali 4 tahun lalu.

Tahun 2007, meskipun itu bukanlah yang kali pertama , tapi itulah pertama kali raya yang kalau aku tak rasa itu raya maka bukan hari raya la namanya.
Tu tahun pertama buat open-house kat rumah sewa dan barulah terasa betapa payahnya nak bagi orang mencekik bila bertandang ke rumah.
Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang mulia, aku dan rerakan seperjuangan mula bermesyuarat , nak ponteng ke tak kelas esoknya.
Aku? hehehe..
Seminggu pertama raya, macam biasa, tenang.
Hujung minggu barulah raya yang sebenar bermula.
Walaupun berkongsi, aku sekarang dah boleh drive ke mana aku suka.
Bertandang rumah rakan tanpa mereka berikan alasan,"hari aku raya rumah paklong, mak uda, wan mah,,blabla, aku la".

Akhirnya aku dapat lari dari rutin raya yang biasa.


Aku tak perlu hadapi cuti tanpa rehat, cuti pun takde , baru nak start semester baru.Tiada lagi makanan-makanan yang menggemukkan lagi memengahkan,bertandang ke rumah orang-orang yang tak dikenali/saudara mara .Datang ke rumah mereka balik untuk makan makanan-makanan yang menggemukkan,tolong mak jemur putu kacang kat luar, ikut keluarga gi ke rumah orang-orang yang tak dikenali/saudara mara bertanyakan bila aku mahu habis, kahwin blablabla dan filem-filem Yusof Haslam atau Prof. Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti Pondok Buruk, Basikal Buruk, Quran Buruk, semualah buruk, di televisyen.



Aku dapat pecahkan tradisi raya aku.

Aku teruja.

Mata mula bersinar.

'Raya tahun ini, pasti seronok.'


Majlis Raya memang acara tahunan wajib kat sini.Dengan satey sebagai utama, juadah lain semua kira tontong la sorang sikit, pot-luck .Kat sini jugaklah masing-masing tanak kalah.Ada yang anak tokey murtabak , dengan murtabak nya, anak tokey mee rebus Jawa dengan mee rebus Jawanya, yang manja ngan opahnya dengan rendang tok resipi opah dia.
Aku ?, nasik goreng adabi sudah.Tapi ramai yang sangka itu nasi tomato, pun bolehlah .Lawan sapa abes dulu.
Tak sampai 10 minit , murtabak abes, kemudian mee rebus, puding karamel blabla..
Akhir sekali nasi goreng Adabi, ..pun tak habis.



Gagal.


Hampa.

Nasi goreng yang diorang sangka nasi tomato itu belum cukup rare barangkali.
Sekadar cukup syarat.
Nak tapau left-over, biadap sangat kalau bawak tapauware kosong , yetak?




   Suasana raya di dewan yang disewa tak begitu meriah. Sebab mungkin gap antara junior ngan senior masih lagi  terasa.Lagipun , balik-balik inilah muka yang ditatap hari-hari.So, topik sembang raya tak lari ke mana sangat . Cuma yang tak boleh blah , ada sukaneka pulak kan .Siap ngan hamper, mana nak cari majlis raya ada sukaneka, kuiz bagai. Meskipun hampir setiap hari makanan semua adalah makanan segera, hari itu sangat special , semua hand-made warisan family masing-masing.Yang beria print-out dari Myresipi.com pun ada juga.Lemang je segera, tu tak boleh nak buat apa.

Cuma kalau ada mi segera memang aku mengamuk, apa kejadah pagi raya makan Maggi? Langgar prinsip.


Orang-orang Melayu di sini semua peramah. Aku tidak rasa terpinggir pun. Mereka buatkan aku feel macam dalam satu keluarga yang besar.


Tapi aku rasa seperti kehilangan sesuatu.


Aku rasa raya aku tidak lengkap.


Aku rasa janggal beraya tak pakai baju raya lengkap bersamping dan bersongkok.


Aku rasa janggal tak dengar lagu raya dalam radio kereta.


Aku rasa janggal tak dengar bunyi mercun.


Aku rasa janggal beraya kalau tak makan makanan memengahkan

Aku rasa... raya aku tidak lengkap.


Aku mahu cuti tanpa rehat.


Aku mahu makanan-makanan menggemukkan.


Aku mahu orang-orang yang tak dikenali/saudara mara datang ke rumah untuk makan makanan-makanan yang menggemuk dan memengahkan.


Aku mahu orang-orang yang tak dikenali/saudara mara bertanyakan kerja apa ,dah ada calon ,bila mahu kahwin, gaji berapa, lalu buat aku tertekan.


Aku juga mahu filem-filem Yusof Haslam atau Prof. Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti Pondok Buruk, Basikal Buruk, Quran Buruk, semualah buruk, di televisyen.


Dan, ya..


Aku mahu rasa kehangatan bersalaman dengan tangan-tangan yang pernah tibai keting aku dulu sebab balik lewat senja.


.
.


Sekarang ni aku dah tak reti nak beraya di Nagoya


'Kuih raya kamu tak sampai lagi ke?' bingit bonda ,seolah-olah pos ofis tu aku yang punya.


Tahun ni perasaan dah berubah.
Agaknya, masih ada lebih sedikit makna dalam perkataan Raya bagi aku after all.

Sedikit.


Selamat Hari Raya ,Sampai Ketemu Syawal Mendatang









_ciaou











credit to jebon

Read More

Monday, August 29, 2011

Sahur serba serdahana

2 comments



Pepatah melayu moden ada mengatakan


You are what you eat.



Tadi aku makan biskut Rocky waktu sahur.

Ini bermakna, aku adalah Rocky Balboa.








YiiiHAA!!



............



Tapi sayang sekali. Kat sini  orang tak panggil rocky tu Rocky, 


orang panggil











Tapi bukan semua Pocky buleh makan, certain-certain aja.
Sebenarnya ada lah bahan-bahan yang korang pikir aku akan jadi itu terkandung dalam itu sikit.
Bukan disebabkan aku tanak jadi bende yang korang pikir aku akan jadi itu.
Sememangnya aku takkan jadi benda yang korang pikir aku akan jadi itu.
Karena
aku tetap aku.


Oklah, esok dah nak raya, ni kasik screen-shot skek.















Sape mai raya rumah dapatla sorang sebatang sebagai pengganti duit raya
_ciou



Read More
Related Posts with Thumbnails