Thursday, October 27, 2011

Last Assignment

5 comments






This time is second time.
 It’s been a such pleasure one of my design had been selected as the new Nitica ‘s logo. Nitica (Nagoya institute  of technology Islamic  Cultural)which  had been founded last year ago, an initiative  to alternate not only for congregate five times daily prayer, but for Muslim  community  among students and their family ( who had married).The members mainly Malaysians, Bangladeshis, Afghan, Arabs, some Indians, and some Turkish .
 Honestly, I’m not the active one. Seem my college is not as large as others university, the community itself is very small. Do you know halaqah when you were in boarding school? Something likes that.


Skecth
The ideas came when I saw my super senior’s picture on his profile facebook. His name , Fallah. They’re so many things I want to talk about him, but I’ll keep it later. The  khat in center actually derived from meikoudai , short-form of my college name. Can you see?..

.. sorry ,actually it’s look like this 名工大.
Then typical arabesque pattern forming around, while the main theme color  are opaque and turquoise with some light blue, which  maintain the image of the college itself.



                                                                                                                                                                                  

 fb version


 Since  the club getting bigger and bigger , perhaps could be the most active club one day, the identity is necessity ,starting from logo, and could  contributed something big.
There are a two tennis court sized ground  near international house, and if they manage to build some mosque , or Islamic center, or what ever ,that’s ‘the  something big’ which  I talked about, hoyeah!

 Insya-Allah, perhaps one day, why not?













Read More

Wednesday, October 26, 2011

Worldless Wednesday

2 comments

1f 40u c0uld r34d th15 , 1 9ue55 1'm 7u5t wr0n9.. .. 63cau53 n0n3 0f h3r3 ar3 3v3n 4 w0rd :)

Read More

Tuesday, October 25, 2011

Oh, Alex ..

8 comments

Bahasa Melayu kita sungguh kaya. Masakan tidak, huruf E pun ada dua sebutan. Ê talêng dan E pepet. 
 Ê talêng-> Ali sêpak bola
 E pepet-> Ali sepak muka adiknya yang tak reti sêpak bola.
________________________________________________________________________________________________






Alex,( êy-lêx ) student Thai , barasal dari daerah bersempadan dengan Narathiwat,dan mai jepun baru sahaja lagi.Alex  merupakan pelajar ex-change dengan Universiti dekat-dekat sini.Aku rapat dengan dia . Dulu biasa-biasa aja, sejak dia pamdai cakap jepun sikit-sikit, maka dengan aku la dia stick.Macam pelesit.  Tapi aku apa kisah, oklah  get-on  dengan guys, dan berpelseran tak tentu hala dengan gadis yang bukan mahram, kan statement aku..




Dia boleh cakap Melayu, kecek klate sikik-sikik.English dia lagi ok dari aku, so , check and balance la. Kejap English skit, kejap jepun, kejap klate . so takdelah macam Ayam dengan itik  bila cakap dengan Japs .


Selasa  yang Ternoda
Kami berjanji mahu berjumpa. Dia la yang  beria. Aku ok je.

Aku tiba lewat, Nampak dia dengan beberapa orang teman.Harap dia tak merajuk.
Malam itu, aku  duduk jauh sedikit.
Pun begitu, dia begitu gembira. Dari raut wajahnya saja, audah tahu dia sangat ghairah., sangat puas macam baru lepas..

    Dengan peluh jantan mencurah-curah  membasahi dada yang bidang, sekali-sekali menyapu dengan tangan, sudah cukup buatkan gadis-gadis berspek tebal bergigi besi dan rambut bergetah gelang di luar sana , tidak keruan.
   Dia melambai, aku , glup, ringan benar tangan aku membalas.Hai~
Urat nya tertimbul-timbul, melata di segenap pelusuk lengan dan jelas bila dia mula mengelap dahi, menyisip rambut hitam nya.Beberapa rakan sudah mulai beredar, sehinggalah tinggal dia yang terpinga-pinga , tak lama selepas itu, barulah dia datang dekat aku.
  
   Dengan penuh senyuman menggoda, dengan tertib dia bertanyakan samada aku sudah ambil kot kat dobi semalam ke belum.Dia tau dobi yang mana lebih murah. Lepas dia tanya kenapatak basuh sendiri, sukar aku nak jawab, sebab kot memang tak leh sumbat dalam mesin. Belum habis menjawab, kenapa aku tak kahwin, atau sekurang-kurangnya ada awek yang boleh tolong basuhkan. Makin meleret-leret pula , tapi  entah kenapa , aku layankan aja.
Dengan suara makin perlahan, tiba-tiba ,dia... 
“You want a pelêy?”
  
  Dia bertanya.Aku tergamam.Tangan kanannya laju menyelup ke dalam baju . Masaka..?
Susuk yang tegap itu tidak pernah erti  kecewa.Alex menghampiri perlahan-lahan cuba memujuk, sambil tangan di bahu;

  “Hey, come on, just a pelêy”

   Hati dah tak tenteram.Dia membetul-betulkan seluar.
Pantas dia menarik  lengan  ni perlahan-lahan,.Tak terdaya melawan , aku turutkan saja. Melihat wajah yang girang itu, sudah cukup buat aku teruja, ke seberang sana, jauh dari kelompok manusia sebelah sini, Aku kebingungan, pelik mengapa mudah sengat aku layu dengan ajakakan lelaki ini.
    Aku berjalan gemalai. . Mak , ampun diri ini, tak tahu mengapa boleh tertewas di tagan seorang yang bernama LELAKI.
    Aku sayu melangkah-langkah  ke sana,  ke court badminton yang sebelah sana.


 Ohooo, rupanya dia nak ajak partner, lawan double ngan budak indon nih , nak main tapi tak cukup korum..
Akhirnya kami kalah tiga set ,dan berhajat nak tebus balik minggu depan

Hmmmm….
 Boleh tahan juga Alex ni, smash tajam, plessing pun superb,kalah sebab aku lubuk.
Dia menjeling tajam ;“Nice pelêyh..”


Apa  pelêy , pelêy? ,    Lain kali sebutlah betul-betul,   PLAY LAH!

Ke aku yang salah dengo? , 



Alahai~










Read More

Monday, October 24, 2011

Berhenti sebab tak minat kursus

15 comments

    SAYA bekas pelajar kolej swasta tetapi berhenti separuh jalan kerana tidak meminati kursus ditawarkan. Saya mengambil jurusan itu kerana desakan keluarga sebelah ibu. Ibu saudara memaksa saya melanjutkan pelajaran di kolej itu.


Apabila saya menyatakan ada minat sendiri, mereka tidak mengendahkan permintaan saya.
Saya hanya ingin meneruskan pengajian di politeknik, tapi ditentang keras.
Setelah gagal meneruskan pengajian, saya hanya melepak di rumah. Ini menyebabkan keluarga menggelar saya pemalas kerana tidak mencari kerja mahupun sambung belajar.


ANA BOSAN


Putrajaya
10/6/2011

-#-#-#-

Antum bosan ye? Ana pun bosan jugak

   First sekali adik  kena banyak belajar untuk bersyukur, dan adik patut bersyukur.. Ini kerana keluarga adik sudah pun meletak satu tahap piawaian yang abang rasa tinggi bagi adik, kerana mereka yakin adik boleh buat. Ingat senang ke nak bagi orang yakin kat diri kita, walaupun datang dari keluarga sendiri.
 Tak macam keluarga abang. Mak abah abang  target setiap anak diorang cukup habis takat SPM ja. Abeh SPM suka hati nak pi mana. Kalau tidak kerana sepupu masuk UM,  sekarang abang mungkin menjadi seorang model seluar dalam.Maklumlah, orang kampung , suka banding-bandingkan anak derang.yang tensennya kita.

Adik duduk kat Putrajaya,, sedar atau tidak keluarga adik dikelilingi oleh masyarakat intelektual yang kuat sokong kerajaan. Adik duduk kat presint berapa? Eh , melalut pula.


   Sekarang adik sudah boleh anggap SPM itu sekadar main-main sahaja, kerana HIDUP yang sebenarnya baru bermula. Untuk pelajaran pertama, belajar menangani tekanan . Adik tak suka kursus , tapi kena belajar lebih dari sekadar beljar kat dewan kuliah- yakni macamana nak lawan tekanan. Adik, percayalah, hidup 30 tahun mendatang akan penuh dengan ranjau dan tekanan, yang boleh buatkan adik sampai tahap sanggup makan selipar sendiri. Kalaulah benda singkat begini pun tak boleh handle, abang tak rasa , adik boleh berjaya dalam bidang lain yang adik kata adik minat itu.

    Maaf, bukan nak perlekehkan minat adik itu. Abang sendiri pun banyak kawan-kawan yang belajar kat politeknik.Persoalannya, memilih kerana minat sebenarnya bukan sesuatu yang senang.
Abang dulu minat giler kat KRU dan rap yang cakap laju-laju itu. Sejak sekolah, abang dengan  2 orang rakan lain siap wat boy-band, derang nyanyi- abang tukang rap, sampailah sekolah menengah masing-masing pindah randah masuk sekolah pilihan keluarga masing-masing. Cuba adik bayangkan, kalau kami terus keras hati dengan minat kami. Masuk mentor kene rijek, masuk AF kene rijek, masuk LG ,masuk Ganstarz pun kene rijek, apakah adik fikir kami buleh tahan tekanan macam itu setelah 14 tahun bersama?

 Katakanlah adik tak suka dengan kursus kat Kolej itu sekalipun, adik berhak untuk kata tak  suka, dan tanya mengapa pula  pada family sebab mereka tak suka.. Banyak benda mungkin kat sini, mungkin family adik tak nak adik duduk jauh masuk politeknik , mungkin sekali diorang tak sukakan politeknik itu sendiri., mungkin juga kursus kat kolej itu sekarang boleh di-link mana U bila adik abis, atau mungkin boleh jadi, kursus itu hot dari segi market kerja, dan mereka ada perancangan tersendri sumbat adik  kat mana-mana bile adik habis nanti ke, mana tau. Pokoknya , bincang.!Rugi, membazir masa muda-muda dah melepak kat rumah. Nanti adik dah kahwin, baru menyesal, baru nak terhegeh main paint ball, sedangkan anak dah nam.

At least, dengan berbincang, boleh kurangkan tekanan adik- salah satu perkara baru tentang .kehidupan

Apapun keputusannya , abang doakan adik jumpa apa yang. betul-betul perlu dari apa yang selama ni adik nak.. Bukan semua yang kita suka itu kita dapat, tapi kita kena suka apa yang kita dapat-itulah realiti hidup.

Good Luck


Oh, lagi satu.
Abang selalu fikir seorang doktor yang terer masak itu cool
seorang mekanik power  goreng kapuk itu macho,
dan seorang cikgu cekap repair superbike itu pulak awesome,
Ke adik fikir camane?


_ciao




p/s: sapa-sapa kenal Ana ni, tolong forwardkan ni kat dia, kesian.. (dari sini)




Read More
Related Posts with Thumbnails