Monday, October 31, 2011

That Night

10 comments

























To be continued..



Read More

Sunday, October 30, 2011

Ciri-ciri Gadis Jepun

29 comments

Capturing the Moment


   Setiap kali balik cuti, letih aku nak menepis-nepis soalan-soalan tentang awek jepun ni. Hang tak ada awek jepun ka?, bak mai awek jepon sorang la, Sembang macam aku ni bapak ayam. Bila balik kampong ,kang adala surang-suara ganjil dari celah-celah tingkap. “hai,kamu ni, tak kesian Akiko tu, bawak la balik sekali, sian dia tinggay sana sorang-sorang..”- Laung makcik sebelah rumah yang tinggal tak sampai sepelaung itu, cuba mengorek-ngorek gossip dari diri ini.
   Main sebat je nama Akiko, barangkali itu mungkin nama puteri Raja yang familiar keluar kat surat kahbar dan kaca tv.Nasib baik kat Kosmo jerk,kalau nama Miyabi pun kalau kuar kat tv1 , memang tersedak kacang aku, makcik ini menyebut-nyebut nama Miyabi. Lagipun ,kat sini aku manala ada kawan nama Akiko. Satu-satunya Akiko yang aku kenal itulah dia, Mori Akiko, lecturer material yang setelah 6 juta kali ambik exam baru kasi lepas. Lagi mahu aku bawak balik? Nak mampus?

   Berbalik pada topic asal, ni antara cirri –ciri unik yang ada pada tipikal average awek jepun ,
ok goh!

 1- Rambut Blonde
 Sangat payah nak jumpa yang tidak ber-dye rambut ni. Kalau ada , mesti budak sekolah lagi , takpun dye kaler hitam. Berdandan itu satu hal lagi.Ini sangat ketara kalau pi korea, jalan-jalan kat NamDaeMoon tu, senang benar nak kenal mana satu awek Jepun, sebab awek korea kebanyakkannya masih lagi dassai-,darat la senang cerita.


 2- Gigi
Memang tak gosok gigi ke hape? .Contohnya awek Softbank (caw. dirahsiakan), make-up kemain, sekali bukak mulut , longkang. Yang kuning , hijau , yang berkilau-kilau macam satin pun ramai. Almost gigi derang tak berapa tersusun ,dan  ramai pula tak pakai brace.Merit, jika muka comel dan berlesung pipit.

 3- Tak Pakai Subang
 Kebanyakan mereka ni tidak bercuping.Walaupun tiada kaitan,aku tetap rasa , manusia yang tak bercuping kalau pakai subang ini aneh. Yang tak dak tebuk lubangkat telinga  pun ramai.Cincin ,gelang pun jarang nampak yang pakai.Boleh kata ,awek jepun bukanlah penggemar barang kemas.Kalau pakai pun, mungkin function penting macam ball-room dinner ke , majlis kahwin ke , Majlis Graduasi sahaja.


Fun, Fun, Fun!


 4- Obses Untuk Kurus
Lunch nasi celup dalam teh hijau. Kenyangkah?


 5- Jujur Menyukai Lelaki
  Tidak sama dengan mana-mana awek asia, mereka lebih jujur jika menyukai seseorang lelaki, dan yang lebih penting mereka tidak materilistik.  Materialistik di sini bukan takat harta, malah rupa, pangkat dan keluarga. Mereka sangat kritikal dalam menilai lelaki, in fact, dari memandang kerjaya , derang lagi suka lelaki yang ada sense of buying things, especially fashion, gourmet ataupun leisure thingy.  
      Dalam percintaan , diorang saaangat open, even orang India yang rambut pintal-pintal itu pun ,takde sebab untuk mereka kata tidak. Awek jepun sebenarnya saangat bangga sekiranya mereka ada suami, x2 jika dah jadi ibu. Ini mungkin,mereka sangat senang menjalankan tugas surirumah sepenuh masa di rumah , berbanding kerja di pejabat, kerana di luar lebih banyak terdedah dengan fitnah-fitnah. Duduk rumah takde sapa nak kacau. Abes keje, amek anak skolah.Layan karenah anak..Kalau takde , ber-yoga, tak pun bersenam dengan wii-fit ke, buat rambut ke, facial ke , nail ke.. Sebab itulah aku tak heran, wanita yang berkahwin kat jepun ni tersangatlah hot. Hot mama.
    Sayang sekali , mereka sangat pasif, sangat mengharapkan lelaki yang start dulu. Ini mungkin dek kerana perangai lelaki kaum mereka ni sucks , ego tak bertempat ini.


Gossip Girls

 Lain-lain.
 Sangat sukar mahu detect awek jepun bila dia tengah pms .Barangkali terbawa-bawa dengan perangai ibu-ibu mereka yang hypokrit . Sangat not-outspoken, susah nak luah perasaan sendiri, lagi suka simpan dalam, lebih senang dengan easy-come -easy-go.Inilah yang membuatkan mereka ni kiut yang tak buat-buat.



Okies, just random some thought. Masih tak berapa kenal dengan awek bangsa sendiri, cuma yang perasan, gadis melayu sangat offensive. Offensive yang macammana? Itu yang kita tak tahu.


_cioau.





Gambar ehsan Syahril

Read More

Saturday, October 29, 2011

Graduation Trip

9 comments




      Demi menghormati hati dan perasaan rakan-rakan juga sensei-sensei di sini,post mengenai trip ni ditangguhkan. Sangatlah ackward bila orang tumpang sedih , beri kata-kata peransang, dan khabar, sedangkan kamu leka berfoya-foya di dunia lain.Sangat janggal ,lagi-lagi bilamana  ada seorang hamba Allah ni sanggup telefon dari jauh di tanah air, bertanyakan khabar masa  earh quake.Thanks, nanti aku belikan kamu kain pelikat cap kaki gajah.By the time aku post malam ni, masih ada lagi mangsa tsunami yang tinggal kat dewan orang ramai di   Miyagi sana.

 Anyway, pengalaman tengok sebuah lagi negeri penjajah masih ada nilai untuk dinukil di sini, meski hidup sebagai perantau dengan pelancong itu macam langit dengan teras dalam bumi.


Cinta Antara Benua
  Dulu kat tibi, sekarang depan mata .Asam garam kehidupan student macam lakonan heroin drama Opah Ahmad Idham dan ,Along Kamaruddin,kelas tak datang pun takpe , lewat sikit pun ape hal? tidak banyak berbeza , sungguhpun 15 tahun sudah berlalu. Lepak-lepak , rilek-rilek, takda nak rushing-rushing  nak terkejar-kejar dateline assignment ke report ke.Jadual pun banyak lubang-lubang. Tiap malam ada je member datang rumah layan guitar-hero,kadang-kadang berzapin bersama.best-best .Mengapalah aku tak belajar pandai-pandai dulu?


Sheffield Day-1
        Sikit punyalah ramai  melayu kat sini, jalan-jalan selisih hanya pandang-pandang slek je .Dekat Nagoya pula, jumpa melayu sikit punya teruja,dah macam jumpa sultan, cuma tak cium tangan.Sheffield bulan tiga macam bulan 12 dia punya sejuk. Sekali angin tiup, fuhh, macam nak tercabut tulang dari daging..Kereta sini macam baru lepas pakai rally. Tak tahu pula sama ada locals ni memang pemalas nak basuh , ataupun car-wash dia jauh ke mahal ke hape ke, tapi difahamkan , mereka lagi gemar berhutang untuk beli kereta. Ini satu lagi perangai English aneh yang aku tau la, kereta sudah semurah 6 ribu pound pun masih lagi nak berhutang.Belum sempat langsai, dah angkat yang baru, sudahnya baki-baki itu nanti sapa nak bayar? Itu belum campur interest dia lagi.Sapa nak jawab.
          Owh ya satu lagi.Rata rata kedai jarang nak terima note 20pound, alasannya besar sangat, takdak duit kecik nak tukar katanya.Mereka sanggup barang tak terjual asalkan tak terima duit 20 pound,..bangang kan?.Mujur brader-brader teksi sini tak terbawa-bwa dengan perangai itu. Kalau tak , bukak pintu memang aku melompat bodoh  je la.
Melintas jalan style Malaysia, rilek. Jalan 3 lane, ada zebra-cross pun redah, tak ada hal.
Rumah-rumah pun biasa-biasa. Janggal nak buh kasut kat mana , sebab takdak pembeza lantai luar ngan dalam. Certain-certain tu karpet terus, So, terpaksalah batak-batak pakai kasut dalam rumah sampai masuk bilik. Kata English style, masuk kandang kambing takkanlah mahu mengaum pula..Ada juga tempat unggun api. Teringin plak rasanya ak suh derang pasang, barulah feel English sedikit.Tapi heater batang-batang besi itu lebih menarik, boleh sidai stoking dengan gloves kalau basah.Sepender pun boleh.
 Hari pertama, rilek saja, saja melayan bebudak ini main uno-card. Nice to know we enjoy the same game.





Sheffield Day-2
Bandar dia just nice ,kalau kau berjalan kaki. Trafik dia tak banyak keter yang rushing,motor pun payah nak jumpa, dan yang lebih penting pemandu pun tak macam orang baru lepas putus cinta pertama bawak kereta.Jadi macam aku kata tadi , nak melintas-lintas pun tak sape nak hon hon mahupun mengangkat jari tengah.
    Makan takde masalah, yang masalahnya bila takdak cash nak gi beli makan , tukar kat pengurup wang, dia amik rate murah gilaa.Menyesal. Jadi aku nasihatkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, tukarlah duit sebanyak manaa yang buleh, ini kerana sepanjang keberadaan kalian di sini peluang nak jumpa pengurup wang yang betul memuaskan hati (at least) adalah sangat rendah.



Sheffield Day-3

 Sambung berjoget,













Sampai sini dulu, nanti sambung..


 mamma mia


Parking kereta je pun



Top floor  dari sini boleh nampak  Old Traford, agaknya.



 Wednesday rivalry- The Blades



Read More

Friday, October 28, 2011

Tentang bola sebelah sini sedikit

4 comments





#Menulis  ala-ala sokernet
  
     Nagoya team, 8 tahun lalu bukanlah team yang power, bukan pula aku mahu sembang yang sekarang depa pun power. Seperti kejohanan sebelum-sebelumnya , team Nagoya selalu diundi oleh tuan rumah Gifu, satu group dengan kumpulan maut. Andai 5 team setiap group, 4 team power dan Nagoya selalunya dijadikan kambing hitam. Tuan rumah pulak di’undi’ masuk ke group sebelah sana yang  terdiri dari team-team sayur.
 Bagaimana segala-galanya itu hanya sementara bila sekumpulan itu pelajar tiba…





Batch 2006
 Senario bola sepak melayu berubah , bila tibanya 13  pelajar baru , dan hanya seorang  je yang kaki bangku.lalala   . Rata-rata merupakan wakil daerah, wakil sekolah, wakil kelas, dorm mahupun keluarga.Bermain dalam lingkungan umur sendiri bukanlah halangan yang besar,berkat main ramai dekat 20 ramai kat court futsal kolej 12.
Pun begitu, tahun pertama masih terlalu awal untuk bergemilap. Team yang sedia ada masih mahu lagi bermain. Seniority is priority.Kebanyakkan posisi masih lagi diisi oleh abang-abang yang kadang-kadang terkonfius terpanggil uncle, dan kebanyakkan masuk tournament sekadar untuk main-main ,yang untuk makan angin pun ada juga  ,selain mencari lubang buat bisnes baru .    serta mencari  jodoh masa tambahan. Akhirnya team Nagoya tidak ke mana-mana, tetap di takuk lama , di laut.
Tahun yang kedua masih lagi tak menampakkan sebarang hasil memberansangkan. Sentuhan mukjizat kapten team batch masih lagi mandul. Satu-satu pencapaian terbaik apabila heampir-hampir ke separuh akhir ,bila seri satu, menang satu pada edisi 2007.Pun begitu,hanya menang lawan team Shizuoka  itu bukanlah pencapaian boleh dibanggakan, kebetulan ada dua kambing hitam dalam group yang sama.




28/6/2008
Tarikh ini harus ingat..
 Ini kerana usaha berlatih di padang jarang padang terkukur akhirnya membuahkan hasil. Setelah 12 jam perjalanan , dengan 4-5kali berhenti-makan-rokok-solat berjemaah sekali-sekala (Alhamdullilah), Nagoya akhirnya menang emas kat Nagoaka. Kejayaan ini lebih signifikan, bilamana Nagoya menewaskan team-team heavy-weight dari seluruh Jepun, diperingkat kumpulan, semi-final, sebelum menumpaskan Gunma di final , dengan oo-som .Memandang sudah lewat petang , tiada match dapat diadakan.Mujurlah Gunma setuju nak osom-osom ni, kalau penalty, memang mustahil sebab semua dah pancit mengalahkan orang asma.
 Biarlah orang kata emas nasib, itu bukan isunya. Pokok di sini, untuk ke final Nagoya menapau  Kosen, Kanazawa, kemudian kalah Nagaoka dan sebelum menang ke atas Toyohashi. Perasaan masa itu macam Malaysia selamber tapau Vietnam, Thailand, kalah kejap dengan Indonesia, kemudian menang atas Singapore sebelum final lawan Timor Leste, hahaa, sorilah Gunma.

Cerita epic tak berhenti di situ.
Apalah makna juara, kalau hanya ada gambar pingat pada profil friendster, YM. Bukan semua team berpeluang masuk kejohanan di Nagaoka hari itu. Heavy weight2 di selatan Jepun sana masih tidur, dan sekiranya tidak bersiap-siaga, Juara hanya  pada nama, hanya menang sorak kampong tergadai, walaupun Nagoya bandar.
 Buat permulaan , tiada lagi panggilan ‘main bola’ , tapi  dah kena tukar, dipanggil training, dengan vest, skeeter dan goal kecik semua siap!, disamping  ada kutipan untuk 2 botol aquarius(isotonik) setiap kali main, eh, training.Ini bukan poyo, inilah Sifat Sebenar Mereka Yang Sentiasa Mahu  Dipanggil Juara.  Ok , poyo.

Semenjak hari itu Nagoya  team maintain untuk sekurang-kurang ke semi-final .Walaupun tak menang pingat, dengan adanya benchmark sebegitu, secara psikologinya, bila kalah satu game pasti  2 lagi kena menang . Mentaliti juara datang bila masuk final.Meskipun adakalanya tak menang, namun diletakkan sebagai pilihan, sudah cukup merupakan satu penghormatan.Bagaimana tahu pilihan ke tak? Bila hari tournament dimana orang selalu bertanya ;”Nagoya dah abes lawan ke blum?” ,..instead of “ pas ni team ang lawan sape?”.


Percaya atau tidak, tahun lepas Team kesayangan ramai ini menang lebih 2 gelaran, sedangkan 1 pun sudah memadai untuk layak ke pusingan akhir IpIJ Champions League. Bagaimanapun , berpegang dengan prinsip seperti Man U, no treble is nothing, team ini bersepakat untuk tidak join kejohanan paling berprestij tersebut.Kerek? Bukan ini prinsip, harap faham.

   Tahun-tahun kebelakangan ini, Nagoya senantiasa dilapisi muka-muka baru yang berbakat, berkat hasutan tajam oleh senior dari sini.Maka, jika sesiapa yang terbaca ini mereka yang kaki bola dan bercita-cita mahu abroad ke  Jepun, Nagoya bukanlah destinasinya kerana sekadar terer main saja belum cukup.Kami hanya menerima mereka yang mahu menggenggam emas sahaja.







Badi Gifu.
  Satu-satunya tournament yang Nagoya team tak pernah menang sejak  kali terakhir menang 8 tahun dulu ,walaupun layak ke play-off.Entah mengapa, itu tak pasti.Barang kali sebab dekat, tak penat maka ter-overconfident skek.Ataupun ada  kaitan sejak pakai jersi sendiri, bukannya  barca, real atau Kelantan?Wallahualam. Harap tiada apa-apa, sebab jersi dah makin classy ,siap ada logo sendiri.Ori ke tak buat tak tahu. Oklah tu, at least ada entiti sendiri ,dari pakai jersi dari team yang entah apa-apa macam Liverpool.




Apa-apa,untuk esok, good luck guys.Berusahalah







Read More
Related Posts with Thumbnails