Sunday, February 28, 2010

久しぶりにブログを

7 comments

残りは材料工とボーラとバードとバイトとマグロとヨーロッパとアルテンザーと就活と恋人と結婚と子供7人と......など








あっ という間に、最後の最後と書くつもりが、まあ~正直に、ここまでできて夢にも思いつかないだぜ~。最初の日本語エントリーだからそんなに書くものあまりな いけど、ただし、今まで厳しい論文検査をなんとなくなれてきた俺は、これからも日本語で書きたいと思うので、みんなよろしくな~ぼっけいにしてもいいよ~ 怒らないから。
後一人、めちゃ緊張だわ。
でも、論文発表よりそんなに緊張してなかった、厳しくないって正志先輩に言われたから。

プレゼンが3分質問時間が2分を上げて、俺のプレゼンは2:58:23だった!!よっかた!!(
嘘だけどね)


人生の最長の2分、確かに質問時間だ。変な質問をされないほしいと願っていた俺は、20人の先生たちを見て、やっぱり、見せない方良かったかも、と思った瞬間に....





君の体が大丈夫ですか?
えっ!?なんだこの質問

「よくなると思いますが、歩けるぐらいであればそれでいいと思います。」  と俺はばっちりに答えた。かっこいいな~俺。

……………………………………
数実前、すでに俺の事故のことが知っていた先生たちは俺が再発表を出てほしい。再発表日は卒業日と同じ日だから、断る。仲間の卒業式をみたいだからこそ、無理にして、再発表をできるだけ避けたいだ。



その結果は(ここにクリック)

















読者のみんなさん、感動しませんか。









…………………….
今年の春に卒業者のみんなさん、
おめでとうございます~
9月まで俺は絶対我慢するから、それ以後、お先によろしくな~

Read More

Wednesday, February 24, 2010

lala

3 comments

lalala,...lalalla
alalala\
lalalala
lalla

lallallla
lla

llalala..lay-out baru..
lalalala

Read More

Monday, February 8, 2010

Dia,seorang Hosto

11 comments

DIA, seorang Hosto. Pelayan lelaki yang melayan wanita di Kurabu, sebuah pusat layanan di Jepun. Dia sering memakai sut bertali tali leher kemudian ros merah disematkan di dada,sambil anting-anting hias di cuping kiri. Dengan potongan rambut yang ala-ala Son Goku, kemudian di ekpresikan lagi  dengan alis kumis yang kudus, sehambur senyuman  pasti sahaja akan membuatkan wanita yang kegersangan terpukau.


Dia adalah putera di Kabuki-cho, perdaerahan pesat di dalam Tokyo Prefektur, bandaraya penuh warna neon di negara Matahari Terbit. Dia adalah seorang hosto  ranking pertama, yang masih belum dicabar mana-mana hosto. Dia pernah menjadi legenda di daerah Syurga Wanita, nama timangan daerah Kabuki-cho.
Tetapi sekarang, dia lebih selesa mengenakan jubah putih, lengkap dengan sehelai kopiah dibaluti kemas dengan  serban. Seperti manusia yang baru pulang dari umrah. Dia benar-benar berubah. 

" Nama saya Hisam.."
Dengan penuh tertib, dia membongkokkan badannya ke bawah. Pengaruh budaya Jepun masih belum lekang daripada jiwanya. Hanya hati dan fizikalnya sudah bertaut pada kemanisan Islam. Dia tidak lagi penganut agama Kristian mahupun agama Buddha-Shinto yang menjadi ikutan daripada nenek moyang di negara asalnya. Dia hanya menyembah Yang Maha Esa.
 Hari itu saudara dipelawa oleh teman untuk bertandang ke sebuah masjid di Tokyo ,mahu belajar-belajar katanya. Baiklah, walaupun sibuk dengan urusan kuliah, sekali-sekali , bermusafir di jalan Allah ini pasti lebih besar maknanya.Apatah lagi di bumi yang senantiasa dihambat sejuk kala itu, kesabaran adalah segala-segalanya.Setibanya di sana , saudara dipertemukan Allah oleh seorang lelaki, lingkungan 30-an, wajahnya persis Naoki dalam BuzzerBeat, sekilas lagi pandangan seakan Mizushima Hiro, bintang drama Tokyo Dogs. 






 " Saya berasal dari Fukui.." , kaget benar, bahasa melayunya cukup fasih.
 Semalaman menghabiskan masa berbual dengan beliau, sejurus kuliah agama dari Sheikhul Ahmed dari Sri Lanka. Lega benar rasanya, Hisam mengalih bahasa dari Jepun ke Bahasa Melayu kepada pekerja-pekerja Indonesia di sini, dengan penuh tertib.Melihat riak wajah kesugguhannya itu, terasa pula kuliah itu seperti dari dirinya sendiri.
Usai sudah tadarus serba ringkas, Hisam seronok benar melihat kami ,kelompok kecil orang Malaysia.
 Dulu cita-citanya mahu bergelar Geinin,  pelawak, oh bukan, penghibur yang serba boleh.Dia mahu jadi Geinin yang tersohor.Sejak kecil lagi dia betu-betul meminati pelawak-pelawak veteran Jepun terutamanya Takeshi Kitano.
Bakatnya dipupuk sejak sekolah rendah lagi. Bertemu dengan Kazuma sewaktu sekolah menengah, betul-betul membakar semangat.Akhirnya dia dan pasangan kombinya ,Kazuma, mencuba nasib dalam pertandingan M1, kalau di Malaysia macam Raja Lawak laa lebih kurang.Setelah seminggu di Tokyo, akhirnya mereka berjaya ke pusingan akhir.Perkhabaran yang hebat buat teman-temannya di Fukui sana.Namun untung sabut siapa yang tahu,awal-awal lagi mereka sudah tersingkir.Peratus undian betul-betul teruk!
Tak sampai 1% pun. Ini membuatkan mereka berdua betul-betul kecewa.Keghairahan  yang  dicanang-canang kepada orang kampung dahulu tidak menjadi kenyataan.
" kamu hensem sangat , patut pun kalah.." saudara cuba menyampuk.
"mana tidak nya, kebanyakan pengundi adalah wanita. Pasti sahaja mereka tidak mahu kamu terjebak dalam arena hiburan yang lagho' itu, lebih dari itu, mereka mahu kamu menjadi ekslusif untuk mereka sahaja". sahabat saudara yang lain cuba menambah.Hisam cuma tersenyum simpul.
 "Kazuma sekarang di mana?"
 Aur wajahnya tiba-tiba berubah, tidak semena-mena genangan air mata menitis di pipi.
" Dia sudah tiada, dia bunuh diri ............."
Kazuma pulang ke Fukui.Tojinbo adalah lokasi paling hebat untuk bunuh diri dikalangan masyarakat Jepun, yang menyaksi jasad Kazuma terbujur kaku di sana.
 "Lebih 9 bulan saya homeless.." ceritanya selepas terkandas di bumi Tokyo.hidupnya umpama kais pagi makan  pagi, kais petang makan petang.
 Ketika menyusuri di satu lorong , seorang promoter datang menghampiri beliau.
" Bang, bang, ada kerja kosong ni bang ,jadi hosto..."
" yes, ini lah peluang yang telah lama aku tunggu,.."jerit Hisam dalam hati
" muka abang ni sesuai benar rasanya kalau jadi hosto" tambah sang promoter itu.
Lantas dengan tidak buang masa, beliau ke tempat audition, yang tertera alamatnya di sampul tisu muka yang diberi oleh promoter tadi..
"Aku mesti tebus balik, Kazuma, impian kita mesti menjadi kenyataan suatu hari nanti.."
Dalam kotak pemikirannya mahu menjadi pengacara yang terbaik untuk semua acara nanti , tidak kira kecil atau besar, beliau mesti jadi HOST  TV yang FEMES!!

  
............. 


 Setelah lima bulan bergelar Hosto Ranking Pertama, kehidupan betul-betul berubah. Tiap-tiap malam pasti saja duit masuk ke poket, bagaikan air Champagne  yang di tuangkan ke gelas pelanggan.Kerjanya mudah, melayan nafsu seronok Mak-Mak Datin atau MILF (Middle-age Inter-independent Lady Friend), yang nyata kegersangan jika bersendirian di rumah-rumah mewah mereka.
Memenuhi status nya sebagai hosto kelas pertama, dia juga menawarkan khidmat peribadi kepada pelanggan-pelanggan yang tertentu, khidmat senaman berat di ranjang.Bayarannya? lebih 9 bulan bonus gaji rakan-rakan seusianya, itu  pun hanya  untuk satu sesi sahaja.
"Hairan juga, umur lebih 50 tahun pun kuat lagi,.." tekun saudara mendengar.
" Pernah sekali itu saya nak termuntah.." ..hop hop.. tolong off topic lain!!.
 "Bila kamu mula kenal Islam?" Terima kasih Zahirin, sahabat saudara yang memahami.Rasanya dia pun tak sanggup nak dengar lagi kot.
 "Malam itu di parking lot bawah tanah, sedang saya dengan pelanggan smelakukan senaman pemanas badan dalam kereta, dari cermin sisi,saya ternampak 2 orang lelaki sedang berdiri .."
" saya sangat takut kalau-kalau itu spy yang suami pelanggan saya ni hantar, maklumlah, suami pelanggan saya ni seorang Yakuza"
Yakuza, mafia Jepun yang betul-betul digeruni dalam masyarakat sana.
"... saya cuba memperlahankan tempo senaman, saya perhatikan gerak dua lelaki itu, memula berdiri,kemudian dia tunduk ,dia bangun, eh. dia sujud pulak...masa itu saya betul-betul hairan.."
  Rasanya sudah genap setahun bergelar hosto, walaupun kedudukan nombor 1 sudah dipintas..sedikit pun tidak mengurangkan saham Hisam sebagai hosto lagenda.Tapi di waktu itu beliau sudah mulai bosan.Teringin benar mahu ada keluarga sendiri , anak sendiri,hidup sendiri , yang jauh lebih bermakna.
Sehinggalah pada suatu pagi, ketika sedang leka bersama salah seorang wanita di sebuah aparment mewah,datang seorang remaja perempuan ,singgah di pintu bilik, kemudian meraung menangis, di hujung sudut yang lain.Ya, anak gadis wanita itu nyata tidak sanggup melihat kesundalan ibunya, lalu dizahirkan dengan tangisan yang penuh dengn makna-makna kekesalan.
Puas si ibu cuba memujuk,namun.. rasa benci si anak, betul-betul menikam di dalam hati Hisam, yang ketika itu hana mampu termanggu di sudut katil.
Cita-citanya untuk menjadi penghibur dahulu , sama sekali sudah tersimpang jauh.Kalau dahulu di rasakan  jika dapat menghiburkan hati satu golongan sahaja sudah mencukupi.Namun kini baru dia sedar ada hati yang lain terguris.
 "Bila kamu mula kenal Islam?" tanya Zahirin lagi.Agaknya tak puas hati pertanyaan tadi masih belum terjawab.
 "tak lama selepas itu, ade promoter berikan saya pemplet.."  saudara tersenyum sinis lagi..
" iye, saya tahu apa kamu fikir,.. bukan apa , saya dulu pernah baito jadi promoter ni, jadi saya fahamlah perasaan seorang promoter ni"

.........







Pemplet itu
 Menu baru, harga baru layanan lebih istimewa.Tawaran dari Retoren Nusantara sebuah restoran masakan –masakan dari Indonesia. Ada sekeping kupon disisipkan sekali .’200Yen Off’..
Esoknya beliau pergi ke restoran itu. Beliau lihat semua pelayan wanita memakai tudung.
"Saya makan Opor Ayam, Nasi Uduk dengan Sambal Terasi...". kami berpandangan sesama sendiri, apa tu?.
Tak lama kemudian keemua pelayan lelaki keluar beramai-ramai. Beliau hairan.Beliau bertanyakn hal itu kepada salah seorang pelayan wanita .
"mereka pergi bersolat,"jawab pelayan itu.
solat
iya, hari ni kan Jumaat,”
solat  kamu itu bagamana?,melutut, kemudian pohon doa pada tuhan?
..lebih dari itu, solat kami ada sujud, tanda syukur ..
Sujud?Teringatkan  semula peristiwa di parkir dahulu
"kat parkir mana?"
"bukan di parkir, di atas, di atas ini ada musolla.."
"ohh.."
Dengan rasa ingin tahu yang amat mendalam, perasaan beliau mula tidak senang.Dilihat mereka ini bukan seperti Yakuza.Tambahan pula mereka ini orang asing.
"indah sungguh nama dia" kata Hisam kepada kami.
"nama siapa pulak nih" tanya saudara.
" pelayan itulah, saya lihat di kartu namamya.." sempat lagi..
" apa namanya?"
"Indah Wahyuni.."
"....."
 Selepas menjamah, beliau ke Surau itu. Barulah dia tahu, yang dilihatnya kelakuan pelik sama seperti di parkir dulu, rupanya orang yang sedang bersolat.Kemudian, beliau disapa oleh beberapa orang di situ.Wajah-wajah mereka sangat tenang, membuatkan hati beliau pun turut sama tenang.Dia mula mempelajari Islam, sedikit demi sedikit.
Ringkas cerita,tak lama  selepas dia akhirnya mengucap Dua kalimah Syahadah. Nama Hisam dipilihnya sendiri ,sama seperti insan yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar selama  ini ,Hisam Hosni. Dia kemudian bekerja tetap di Restoran Nusantara.Walaupun bekerja sebagai promoter  tepi jalan, hatinya kini tenang, masa lebih banyak dihabiskan mempelajari ayat-ayat suci Al-Quran selain  meningkatkan kefahaman dalam Islam. 

Kini beliau betul-betul tenang.
Ditanyakan, bagaimana boleh fasih berbahasa melayu.
"Saya pernah ke Indonesia selama 6 bulan"
Dia mengikut tuan kedainya itu pulang, kerena bapa tokeynya itu sedang sakit kuat.Selama itulah beliau mengambil kesempatan mendalami ilmu agama disamping mempelajari bahasa melayu.

"Saya tidak boleh lama-lama di negeri orang, akhirnya saya pulang semula ke Jepun.., saya  transit di KLIA."
Dengan girang Hisam menceritakan rupa-rupanya jodoh yang dicari selama ini ada di Malaysia.
Malam sudah lewat, esok perlu bangun awal ,seawal 430 pagi untuk subuh.
Baiklah Hisam, InsyaAllah esok kita jumpa lagi.tahulah kami rupa-rupanya isteri Hisam orang Malaysia. Maka tidak hairanlah beliau tidak kekok dengan  kami ,seolah-olah member kamceng sejak sekolah menengah.


................


Subuh menjelang.





Selesai minum pagi yang serba ringkas, masing-masing  mula bersiap-siap mahu berangkat  pulang ke tempat asal.Mahu meneruskan saki-baki perjuangan yng belum selesai.
Saudara mencari Hisam, mahu ucapkan selamat tinggal.
Itu dia..” di sisi Hisam ada 3 orang kanak-kanak comel, cahaya mata kurniaan Allah kepada Hisam.
Ini anak paling besar ,namanya Kamila, ni adik dia, Kamil.”.”yang kamu dukung ini”
oh , ini yang paling kecil, Jamil nama dia”.”insyaAllah , hujung bulan 3 ni saya akan dapat anak ke-4
masyaAllah, moga-moga Allah melimpahi kamu rahmat samapi bila-bila”. Pastinya Hisam sekrang adalah lelaki paling beruntung di dalam dunia.
 kamu ada cadangan untuk nama anak saya tak nanti?”Tanya beliau.
mmm.. kalau anak itu laki-laki, namakan saja Ariff Danish, kalau perempuan Balqis Qaleesya..
Terpegun Hisam mendengar  cadangan saudara itu.
Wow, sedapnya nama, InsyaAllah..insyaAllah..”.”Lupa pula, anak saya itu nanti perempuan ,minggu lepas didiagnosisnya..”
 “kalau begitu, Fathul Zulaikha pon ok gak…” saudara menambah lagi cadangan.
masyaAllah, masyaAllah, sedapnya, nama..” tak habis-habis beliau  memuji-muji .Saudara hanya tersenyum puas meskipun tahu, mana mungkin beliau akan menamakan anak bongsunya nanti sekian rupa.
Sudah mahu beredar .Dikala selesai berpelukan tanda perpisahan, didatangi seorang wanita Jepun, Iya ..tidak silap lagi , memang seorang wanita Jepun , ayu bertelekung putih..
kenalkan ,inilah isteri saya , namanya Aishah..

erkk??..” 








p/s: dedicate this to pijun -san



Read More
Related Posts with Thumbnails