Saturday, July 31, 2010

Yang Terungkap, tapi Tak Terucap

11 comments






..Ok, ni entri yang agak pendet macam tarian pendet.
Tadi masa cek-cek result kot dah kuar ke blom kat papan kenyataan ,tiba-tiba aku disapa oleh Kitagawa Sensei dari belakang.

Tak banyak point nak sembang kecuali tanya khabar.Sensei yang paling muda, tapi paling berkaliber, antara sensei yang aku respect sampai bila-bila selagi aku hidup.

"Hari tu apasal gambar pandang belakang, ada apa-apa maksud ka?"


Oh? gambar profil FB kah, makin galak sensei aku ni berfesbuk ..

"Haha..takde pape, saje nak menunjuk-nunjuk rambut .."


Pelan-pelan sensei pegang bahu aku,

"Jangan pandang belakang, hari ini kena semakin kuat sebab esok akan semakin susah.."





......................




Nak je aku tanya balik,
' Kenapa Sensei punye gamba macam ni pulak? Ada maksud apa-apa ke?










Adoi, lemah betul hati ni nk bertanya..

Ilusi optik muka sensei memang sangat unik dan menguji kesabaran..
Pening-pening..



..dan  hari itu perkataan magic,

yang terungkap tapi tak terucap:

 'arigatou ,sensei'





 p/s: 特にないです

Read More

Monday, July 26, 2010

Lidah Orang Melayu Adalah Yang Paling Lembut Dalam Dunia

30 comments

 Wahai kamu pembaca yang bijak bestari, jika di atas itu langit, dan di bawah itu bukit, apa yang ada di tengah-tengahnya?
.
..
...
Iya, di tengah-tengahnya.
.
..
...


Benar, itulah dia , cuma ada tiga titik di tengah-tengahnya.















 ڽ   

*Ini cuma teka-teki bertulis saja.Jangan kata dalam real-life pun ko sebut 'nya' (drpd 'nye'), aku tumbuk rusuk kiri ko kang.




 Dah lama rasanya tidak membaca dalam jawi, menulis jauh sekali.Arwah opah rajin membaca kitab2 lama, semuanya  jawi belaka. Opahlah insan pertama yang menulis nama aku dalam jawi- khat yang paling cantik pernah aku tatap seumur hidup aku.
Aku suka tulisan Jawi, aku juga suka berbahasa Melayu. Cumanya, di Malaysia, aku rasa orang Melayu adalah bangsa paling rugi.Katakanlah kalau sumer celik English, baru dua, sedangkan orang Cina , India , tetap lebih 1 bahasa.Kesannya terasa bila kakak ipar aku yang terer mandarin slumber jerk kuar Court's Mammoth, sebab LG offer tempat yang lagi baik. Court's Mammoth main tarik-tarik tali, offer balik jawatan yang lebih baik dari LG tu-wah bestnye jadi seorang yang hot.
Kakak aku lak,sarjana Al-Azhar, yang power Arab , goyang-goyang kaki je naik pangkat , gi outstation sana-sini- tu baru 2 tahun masuk government tu.

 Tu lah, aku ingat anak aku esok , sorang aku nak anta masuk Sekolah Jenis Cina, sorang Sek.(J) India,sorang sekolah pondok Darul-Iqram, sorang lagi international school, belajar French. Time2 cuti sekolah , duk umah kumpul ramai-ramai, Kakak ajar alang tulis cina, Along ajar adik arab, acu cakap tamil ngan abang- Wahh...What a happy family :)






 








Pelat
  Tahukah korang, kawan Cina pertama aku bkn dari Malaysia , tapi memang betul2 cina totok nye:: Liu Lei Ken-gadis genit dari Zhengzhou ,China, rakan  paling baik.Memandang kami berdua saja alien dalam maka dialah sahabat sejati penenang jiwa, bff serta sumber ilham aku kat sini .Bahasa Jepun Liu lebih baik , maka pemahaman dia jauh lebih mendalam .Plus dia seorang yang sangat rajin.Assignment, report, past-exam paper, note, tutorial, even toyol pun dia share ngan aku gak.

Hai..Liu kalau ko Islam,  dah lama aku buat gf.(series)

    Biasanya time exam , kalau kuar 2 bab, aku cover bab 1 die cover bab 2, kalau sejam , setgh jam aku buat bahagian aku, dia buat bahagian dia, cukup 30minit, terus tukar paper, maknanya aku buat benda yang sama 2 kali. Nama ? time nak abes exam boleh tukarkan..Inilah yang dinamakan perkongsian pintar.
Tapi tak sumer subjek boleh buat camtu, lebih-lebih lagi English.Masa ni lah aku amat menghargai English ,  yang tak seberapa ini rupanya amat bermanfaat pada orang lain.Di China, English mula diajar masa sekolah menengah, itu pun lepas menengah rendah.Kira umur 16 tahun baru nak start belajar past-present-past-perfect tense.

Tak..tak..tak..

Mungkin lebih begini,

"A for apple, B for ball, C for cat,D ....... "

Jadi tak hairanlah kalau banyak sebutan-sebutan pelat dia yang cukup membuat aku senak sendi usus.Contohnya, ah tanak aku tulis kat sini, dia budak baik woo, tak sanggup aku nak membahan dia kat sini..Maka di situ terpancullah seorang aku , ehem2.. memain peranan sebagai tutor peribadi dia setiap kali sebelum kelas English.Walaupun dia boleh ikut apa yang aku ajar, tapi jarang ada sebutan yang mengena , macam ..hoop!
    Tapi bila exam , lain pulak ceritanya. Boleh assume apa yang aku ajar tu , macam aktiviti beramah mesra mingguan sebelum kelas bermula.Pagi exam ,dia  akan datang awal,booking seat  siap-siap, macam biasa dua meja paling depan, paling kanan, sebelah tingkap.













 Ok,yang ni aku. 20 minit pertama.Pandangan menghadap Mr.Cullen

















                                                      Yang ni lak bird-view.Bijakkan strategi Liu.



English je la aku leh tunjuk terer, baki 53 subjek tu,she still over me.Terima kasih Liu, tanpa kau di sisi ,aku umpama seekor cacing yang kegersangan di bumi sakura ini.














Pakcik Gagap

 Di belakang pintu U dulu ada sebuah kedai beras. Kat situlah budak-budak melayu selalu borong beras, sebab kat situ ada jual beras siam. Tokey mana tak suka kalau ramai orang datang kedai dia, lagi-lagi orang asing ni. Mungkin  mahu jaga hati pelanggan2 tetap ni, maka dia pun cuba-cuba  nak belajar bahasa melayu ni sikit-sikit.Senior2 ni pun baik hatilah ajar dia sungguh-sungguh.






"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari pertama


"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari kedua


"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari ketiga




"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari keempat







"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-hari- hari yang seterusnya..


Kalau ada orang nak pergi beli beras , jangan ditanya mahu dibeli kat mana, sebab jawapannya pasti begini

"Aku nak gi beli beras kat kedai pakcik gagap, nak kirim pape tak?"-Hah!Sudah, tak pasal-pasal melekat gelaran pakcik gagap ,sampai 7 generasi..hahaha..Teruk betul student Malaysia ni.
Sudah setahun pakcik gagap yang menjual beras itu tutup kedai. Mujurlah, kalau tak berkoyanla dosa senior, free-free jerk.






"aaa-app-puu, ka-ka-ka-kab-kabbur-burr, ju-jum -jummpa jumpa  ra-ra-ra-gi-giiii"
-dalam mimpi..aahhhh..syoh,syoh...

















Homestay

  Summer break ni, memang tak sajak bagi budak2 sekolah Jepun ni kalau tak gi oversea.Tak macam kita dolu-dolu, abes kuat pun gi lawatan sambil belajar ke negeri Melaka,jenuh si cikgu nak layan perangai sorang-sorang yang macam orang jakun kuar pekan. Derang siap lepak rumah-rumah kampung Haji Dorani(kut) 2-3 minggu  , tu belum campur pusing2 satu negeri lagi.Untuk budak-budak yang baru mumayyiz camni, masalah datang cuma bila tak reti cakap melayu jerk.


pict.source
  


   Maka aku pun menggedik-gedik la skit, volunteer nak ajar budak2 sekolah ni ajar bahasa Melayu serba sedikit.Memang betul kata orang tua, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'.Tapi tengok orang gak, kalau aku , aku cantas je terus, wat ape nak lentur-lentur, takde keje.Bawa balik, kasi mak wat gulai, matching ngan kembung goreng, terbaik ah~.

Mengajar bebudak memang fun. Cepat pikap, senang, tak banyak karenah sebab  ada matlamat kan belajar .Apa yang aku ajar? Alah..simpel-simpel jerk, 'nak pancut, nak u u'k,  nak makan,' ..dan lain-lain yang patutlah, pointnya kalau tak boleh sangat , pakai bahasa isyarat pon ok, bukan nak cakap dengan diplomat kerajaan pun - pesan aku dengan santai kat sorang budak ni, sambil mengenangkan mak Limah, jiran di kampung yang suka tunjuk penumbuk kat aku bila dia marah.
Harapnya diorang dapat belajar sesuatu ,yang pasti derang tak dapat mana-mana pun selain di sana nanti.




Nagoya sekarang panas, tapi Malaysia pasti lagi panas. Sebab tu lah awal-awal lagi aku dah sound kat budak-budak ni...






supaya..
bila..


keluar..


rumah..


jangan..






sesekali..






pakai..








skirt..






pendek...






sebab.....








Malaysia...












RAMAI ...




























...pervert

































                                    HiK.. HiK.. Hik..

                                                                          Sorryla Geng...pis - pis





  Rupanya baru aku perasan, lidah melayu bukan takat lembut je, malah sangat manis. Syukur , sepanjang aku duk sini, makin jarang dah makan benda manis-manis nih.Habis manis pun coklat Meiji, itu pun dark choc.
Yang lain serba kelat-tawar-masin belaka.Balik Mesia minum teh tarik pun fobia, fobia dia  macam minum usus lembu+telinga kambing yang di-blender dlm fear-factor tu.Senang citer duk lelame sini kira kedap dah la dengan benda-benda manis ni, harap balik Mesia nanti pun akan kekal macam tu gak.

 Benda-benda manis yang dimaksudkan kat sini termasuklah  ayat2 manis dengan janji2 manis.
_ciaou












p/s:watched Eclipse: what the hell ..vampire and werewolf  fight over an ordinary girl... get a life man! What is so special about Bella? Thank god...got Alice in the movie

Read More

Saturday, July 17, 2010

Hero aku sebenarnya seorang Ultraman

27 comments





   Alah, biasalah masa kecik-kecik dulu, bangun awal-awal pagi pukul9 hari Sabtu, terconggok depan layan Ultraman. Tapi kena bangun pukul 8:30 , sebab mak kata takleh tengok tv kalau tak mandi.
Dengan kawan2 satu taman lak, duk sebuk cop ko ultraman ape, dia ultraman ape..Aku cop Ultraman Ace, sebb aku dengan dia ada persamaan , 2-2 bongsu.Lagi pun Ace smart skit kepala dia, siap sabit atas kepala boleh cabut2 , potong tengkuk itu  raksasa.whoaa..

Tapi ada  yang aku tak berkenaan dengan Ultraman Ace ni;

1-Ultraman muncul dari kombinasi Hakuto(laki) dan Minami(perempuan). Kalu korang usha balik tubuh badan dia yang sasa tu , part mana yang pompuan nye, serba jantan je aku tengok.

2-Ada satu scene , di mana Hakuto , terhempap kat runtuhan batu 8 tan. Minami plak naik jet pejuang, sedaya upaya tembak resakse, walhal dia tahu memang tak akan lut nye lah.Resakse tu sengih2 je sambil libas jet Minami. Nasib baik Minami sempat terjun, pakai parachute, elok2 je landing kat tempat Hakuto kene hempap.
caish~ cam tau-tau je.
 Tak abes lagi ni. 
Bila Minami tanya Hakuto ok ke tak, Hakuto dengan yakinnye jawap ya, maka;
"MINAMI~"  "HAKUTO~" ceng....dua-dua lompat akrobatik bersilang,..maka jadilah Ultraman Ace 
-Tak pasal-pasal je kan, walhal sebelum tu, Hakuto mace doh nok mapuh, terperok hok bawah batu nung.  

3-Tak sama dengan superhero lain, siri Ultraman biasanya bebas dari unsur cinta. Lagipun, apalah makna sebuah cinta bagi budak-budak belum tumbuh bulu ketiak ni.Heronya adalah seorang cool , tapi misteri, seorang yang suka membawa diri dan lonely.Tapi bagi ultraman Ace, Hakuto + Minami, takkan takde kemungkinan untuk membutirkan bibit-bibit percintaan kot, at least.Ke 2 orang ni adik-beradik?.





Okla, stop sampai 3 dulu,banyak songel la kalau tulis lebih-lebih.
Hakikatnya letih jadi Ultraman ni sebenarnya.Tiap-tiap minggu dok meng-fire je , bosan jugak la.Sebagai seorang manusia (selain Ace) , jauh dalam hati dia sebenarnya mahu mencinta dan terus dicintai.




Ultraman's love story



Dia hero..tapi pada masa yang sama dia tak dapat jadik hero untuk semua,poor ultraman.



1-Macho
2-Gagah
3-Charming
4-Romantik
5-Sensitif
6-Funny
7-.....
Bagi  lelaki punya ciri-ciri kat atas, cukup untuk mengangkat beliau untuk menjadi seorang hero.Pun begitu agaklah mustahil untuk kita , insan yang marhain  untuk lengkap serba-serbi.
Jadi apakata kalau kau pick satu keyword yang paling hampir dengan kau, kemudian fokus kan saja ke arah keyword tu.Kalau orang katakan sesuatu tentang kau ,sekurang-kurangnya kau tak melatah, tak marah kalau buruk, tak riak kalau baik.InsyaAllah~


Aku? aaaa.....mmmm...aaa... M untuk manes (mampus!)







p/s:ある動物は象より大きい、蟻より小さい、何だろう。

Read More

Friday, July 9, 2010

158-lens Camera Sets New Guinness Record

9 comments






   A camera developed at the Nagoya Institute of Technology has been certified by Guinness World Records to sport the Most Lenses in The world. The device has no less than 158 lenses. Associate professor Yojiro Ishino and his students built it to capture images of a swaying flame from as many angles as possible.




 size comparison with I-phone
   It took the team a total of six months to finish this monster. The lenses are attached in four rows on the body of the device, which is 7.2cm high and 47cm in diameter.The camera can also shoot 3D pictures of a flame by using CT technology.


Guest what,each lense just cost 200 yen which bought at one of the junk store at Osu.However from 800 that the team got, only 158 are properly suit for this camera.The body overall are made by aluminum frame which cost 345,600 yen are build by the previous research.




 The record was set last year ( 7th October 2009) , the camera also put the tittle the one and only in it's kind , since the closest challenger , the cameras that been used in post production of " The Matrix" , famous for their slow-motion technology, technically are not identified as a single one camera.




credit pictures & info:Ishino Laboratory & NIT's library











Talking about the Matrix and 3-D's thing , actually I also has set my own personal record, 180degree's shoot, in less than 3 second.















vavavavavava..

Only 5 shoots in a row, what a quality ...











p/s: viva la espana..yeehu~

Read More

Saturday, July 3, 2010

Diari Lelaki Matang Part 2

11 comments

..sambungan

19:00--Membelek inbox. Kakak ipar beria betul nakkan baju baby smiley yang aku belikan untuk anak dia tahun lepas. Katanya, mahu lagi selai ,yang sejibik.
' Alah , selai ok la tuh, yang tu simpan utk next baby.'
Dengan selamba dia jawab 'tahun depan  baby kembar'
Ok.Ameen..Berusaha tangga kejayaan kak.






Melissa-rasa nak geget je peha dia,cm drumstick.


20:00-- Keluar gi Aeon jap, carikan hajat kakak aku tuh.Takde rezekila kak gamaknya.


 Dah takde dah baju smiley .Paling dekat pun , gambar m&m dan multi-smiley ni.





21:10--Eh? call-in.Ade orang offer nak gorengkan ayam pulak.Tapi sampai rumah ayam pun tak lembut lagi.Takpelah, aku dah kenyang makan angin ribut+ hujan kat luar tadi, tunggu je la.
Dah siap goreng, turn aku pulak menunjukkan bakat, menu malam ni simple, mudah , cepat dan sedap: Ayam Masak Kicap




22:20--Start masak


23:00-- Siap!!  Game dah start, tapi aku masih menulis. Makan kejap lagi lah, kenyang bau.


23:40-- Akhirnya siap juga entry.Ok Publish!


23:50--Sudah pun half-time .Okeh mau makan.


Jemput-jemput







YEAH!!
Akhirnya aku berjaya gak siapkan 2 entri dalam masa satu hari( at least banyak la jugak dari satu)
Boleh je kalo aku buat lebih2, tapi nanti bersebu la pulak nanti blog ni dengan cerita-cerita rutin hari-harian yang sungguh membosankan.Nak tulis pun bosan, apatah lagi yang nak baca, 2 kali bosan.Nak komen; 3 kali bosan.
 
Sebab itulah, aku sangat adore dengan seorang minah ni.Tiap-tiap hari pasti ada cerita baru.Paling koman pun satu, kekadang 2,3, dan 4, sampai 8 pun pernah!.Tapi yang hairannya, aku tak pernah pun bosan, malah seakan ada daya penarik untuk aku terus baca dan baca dan baca tanpa rasa jemu.Aku pun tak tau kenapa?
Jadi tolong jangan gelarkan aku sebagai blogger, kerana watak seorang blogger itu sangat sepi di sisi diamnya, walhal dialah penghibur di kala yang lain kesepian , macam minah ini.










p/s: belum pape lagi dah gol? pe citer..

Read More

Diari Lelaki Matang Part 1

23 comments

Sepanjang umur , aku tak pernah terdetik di hati nak tulis diari.

 Dulu yang rajin tulis diari ni  tak lain tak bukan , kakak aku. Lepas tulis sesengih sensorang, pastu mangga. Kemudian sumbatkan dalam kotak, mangga . Kemudian letak dalam laci, mangga lagi. Kecoh tul kakak aku sorang, macamlah ade orang terliur sangat nak baca diari dia.Aku yakin isi kandungan diari dia , tak lari macam yang adik Razi nye..-"hari ni nak makan ape, nak gi mana, kuar ngan sape.."


Bagi aku, tulis diari ni umpama seorang yang lemah hatinya, seolah-olah gusar, maka dicoret masa lampaunya yang indah supaya boleh menampung masa depannya yang bakal ditimpa musibah. 
Itu aku dulu, sekarang aku tak rasa tulis diari itu lemah, malah lebih dari penyambung semangat , sebuah diari boleh menjadi pengubat duka bagi yang kita sayang sekiranya kita pergi dulu suatu hari nanti.

Jadi tak salah rasanya aku pun nak tulis diari macam kakak aku jugak.

************

3:45-- Bangun tido, frust Brazil semalam masih belum hilang.Eh? mana orang lain?, tanak layan Uruguay ngan Ghana ke?.Gagahkan jugak tengok sorang2.Memang tak fun tengok bola sorang2. Anda bagaimana?

4:10--Half time, Solat subuh jap.Langit timur di  sebelah sana kian memerah..

5:10--Layan sampai ke penalti. Hampa lagi, target yang satu lagi pun tak kena.Good Job Ghana btw.
Mata kuyu.Patutlah , hujan kat luar, okeh, sambung tido.

5:12--zzzz....

8:53--Ohayou gozaimasu, bangun-bangun  terus basuh pinggan, malam tadi tak sempat nak clear .

9:10--- tanggal seluar track
9:10:12-tanggal baju
9:10:19-capai tuala
9:12-- Mandi!!

9:43-- bancuh milo 3 in 1, campur dengan susu. Lepak depan monitor sambil membelek2 berita-berita utama hari ini.

10:30--Bersiap-siap keluar rumah. terus berkayuh menuju 7eleven depan tuh, 1st thing 1st, beli payung sekaki, .Ntahla kali ke berapa la nih.

10;46--Terus berkayuh ke saloon pilihan hati. Tak merancang pun nak potong rambut, ntah tiba-tiba perasaan nak jadi hensem tu datang,So mulakan dari atas lagi afdal.





10:57-- Irassyaimase--disambut mesra ..
   Nak cmane inche?
   You potong depan kasi kurang 3inchi , sebelah sini 4 inchi, belakang 2 cm , side-burn ni dalam...mmm...2.35 cm dahla"--gasakla ko nk potong pakai cmne , hahaha...

11:55--







12:00-- Gi cucuk duit kat bank.Lepas  terus pegi Osu, gedung beli-belah yang mirip Petaling Street , tapi 10 kali lagi besar.Situ juga tempatnya 'Akihabara Nagoya', banyak lappy murah-murah, mehla datang.D3000 pun boleh tahan jugak.

 Manekin Neko sudah berbumbung


12:05--Lepas method, aku ke Lax, puas dalam Lax aku masuk pulak Jeansmate, baru jumpa t-shirt yang nampak cam matang skit, takde rambu2, warna suram,tulis-tulisan pun tak merepek2.

12:51--" Asslammualaikum pak!!" ada orang tepuk kat bahu.
           "Indonesia??" orang tu tanya,aku cuma menafikan dan beritahu dengan bangganya aku jawap aku orang Malaysia.
"waduhh, gampang sungguh ketemunya dengan orang Malaysia di sini ya.."
ERrrkk!?. Penat2 aku trim rambut , dikatanya aku Hendon,siap mencarut lagi,cess!!
 Mereka cuma mahu ke kebab. Aku tunjukkan saja itu ini, begitu dn begini, harap derang tak sesatlah.

 
Cuci mata di Osu

13:00-- Singgah kejap di 7e lagi.Beli skit2 untuk lunch.Kemudian menongkah kederat ke rumah member yang tak jauh dari situ.

13:20--Selesai Zuhur, aku lunch sambil melayan dokumentari pasal haiwan.Ada seekor kodok besar makan seekor cicak, kemudian kodok tu mati, dengan hensemnya cicak tadi keluar dari mulut kodok.Oh rupanya kodok tadi kena racun dengan cicak tadi.Menarik-menarik..


 TunaMayo, YakiTarakoMayo, Kafe Au Lait- Rezeki untuk hari ni, Bismillah...


14:30-- Pergi library jap, nak pulang , dan nak pinjam buku. Tapi yang boleh cuma pulang, pinjam tak buleh, sebab kene penalti satu hari.'Laa...2hb semalam ke..'. Takpelah,aku naik tingkat dua pakai buku yang nak aku pinjam tadi.Kena setel 2-3 soklan gak arinih, esok belum tentu ada masa, bulan depan dah nak exam.

 Sebelum mula, layan PeterPan sepam, hah, jangan fikir bukan2, aku masih suci lagi tau..


16:30-- "TIN TONG~~" loceng berbunyi menandakan library bakal tutup lagi 15 minit lagi.Aku berkemas-kemas , capai payung , naik atas seat basikal, dan pulang.

17:20-- Usai sudah Asar, ke mana lagi? ke sini la-blogger.com. Aku siapkan satu diari sepanjang hari ini.Maaf, banyak typo, sebab sebentar lagi aku ada hal yang nak buat.Kene taip cepat2.

18:10-- Entri siap!! dan publish..






 ..bersambung



Read More

Thursday, July 1, 2010

Nak Cerita Pasal Payung Kejap

12 comments

  Semalam genaplah sudah empat ribu enam ratus dua puluh tujuh juta kalinya payung aku rabak , lalu jahanam dibaham angin yang menghambat kencang. Tu belum kira lagi yang kene rembat kat Aeon, kat library, kat masjid pun ade.Yang tinggal kat rumah member ,kemudian member sebat pun banyak kali gak jadi..

  Tak kisah pun,  payung murah je pun.Aku ingat kalau ada sen lebih skit bulan ni nak gak angkat la payung macam ni. Itupun kalau tokey-san part-time bagi bonus 3 bulan,dapat payung camni, baru semangat sikit nak gi sekolah  lebih-lebih lagi time ribut melanda alam.







Payung  yang mirip Stealth ini sebenarnya mampu membiaskan angin yang berkelajuan lebih 100km/sejam.Dengan kata lain, payung ini tahan ribut dan puting beliung.Rekaan ini telah banyak menang anugerah ini: termasuk German Design Award 2010 selain produk pilihan majalah TIME(2007).












Payung yang cool, harga yang paling pun murah:5250yen







Sempoi , naik motor siap pakai payung.Lepas ni bolehlah merempit dikala hujan lebat.
Bawah ni video ujikaji ketahanan payung ini dibawa kelajuan 120km/sejam.








  Terlanjur cerita pasal payung ni, aku ingat nak payung budak-budak sini makan maguro jap.Yelah, bukan selalu dapat rezeki terpijak ni ,tak best lak rasenye kalo tapau sorang-sorang. Tapi apakan daya, yang dapat tak lah seperti aku  korang harapkan. Takat pizza hankaku bolehla kut.

  Saja aku coretkan kat sini , sebab masa kecik-kecik dulu aku suka minum teh-O panas yang mak selalu bancuh time minum petang2. Kekadang aku konfius gak,dalam kejap ada serbuk teh, kejap ade kepala semut, kaki semut, buntut semut. Memandangkan umah aku nye penapis dah season, maka aku telan je la air teh , ngan kuih keria feveret abah yang biasanya aku sapu sampai abes.Mungkin kerana tiap2 hari aku minum teh-O emak, maka kuantiti bangkai semut dalam badan terlalu tinggi.So, keupayaan ingatan ini sedikit sebanyak  agak terjejas .
   Kalau ada sesape terbaca ni  semula, mohon tolongla ingatkan balik, kalau tak , sampai bila-bila aku buat muka cencurut tak makan pagi.


Berbalik kepada citer payung tadi,




CELAH MANA MACHO-NYA MENUNGGANG MOTOR  SAMBIL PEGANG PAYUNG NI??



kalau ada pembonceng boleh gak suruh tolong pegangkan...





Ahhh!!!
Baik aku beli payung murah saja.Muda-muda ini kena rajin menabung demi masa depan yang cerah.



Cuaca hari ni cerah dan panas,tapi aku tetap beli gak,kali ke empat ribu enam ratus dua puluh tujuh juta satu kali .
 Sediakan payung sebelum hujan beb..




 Alhamdullillah , hari ni aku belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada.Kadang-kadang dalam kita mengejar sesuatu yang kita impi-impikan,sesuatu itu tak pernah pun menjadi milik kita.
Sebab apa?
-Sebab ada yang lebih baik khas menanti, tinggal nak jumpa je lagi. Dunia ni adil sebenarnya (ayat penyedap hati)

_cioau










p/s: craving for durian already,damn!!

Read More
Related Posts with Thumbnails