Thursday, September 30, 2010

Crush dunia maya

8 comments

Semalam adalah sejarah ,esok  adalah masa depan, dan hari ini adalah realiti.
 Hadapilah realiti dengan menghayati sejarah dan bersedia untuk masa depan.
Orang kata , setiap hari adalah hari-hari yang pertama. Tapi ramai yang lupa kalau takda yang pertama, takkan adalah yang kedua, ketiga, kelapan dan seterusnya.Sebabnya tiada yang boleh kita ingat tentang yang pertama tadi.Tapi kat sini aku nak bercerita tentang yang pertama, crush aku pertama dalam dunia maya yang fana ini.














Summer 2007;
    Teringat lagi masa mula-mula masuk rumah , masa mula-mula ada komputer pasang siap sendiri, dan mula cucuk masuk kabel internet sendiri. Masa itu zaman friendster lagi. Akaun facebook adalah buat , itupun sebab Kak Salina ada wat party kat umah  dia , so dia invite kut fb.
  Bila online,kalau dapat decorate profile friendster lawa2, pastu buleh masuk list memana , memang kembang. Abes kelas, kalau tak layan WE8, masa habes kat  photoshoping, flashing, dan illustrating ,  conteng2 kat css script section , preview.Kalau jadi memang satu kepuasan, kalu tak kene wat balik itu ini itu ini..zaman remaja abes gitu je..
 Dan yang penting , boleh stalk orang sesuka hati.(Heh, time ni bukan main galak lagi, sapa-sapa yang nak tau cara nak hide id bile view profile orang lain, pm aku pasni) .Maka ntah sapa-sapa la aku main add ja..
Ingatkan crush aku yang pertama datang dari friendster jadah ni.
Youtube?? pebarang ,masa tu 5 menet lagi. Bukak pun skali-skala.
Tapi sampaila..




Aku terview video mamat ni.






Nama dia Anas, Oh dia ni minah rupenya ,,
Dia cover lagu - lagu Yui. Kebetulan aku memang minat Yui pun.Kalau nak subcribe kena ada akaun, jadi dengan tidak semena-mena aku terpaksala sign-up, dan channel dia, Anas604 adalah yang PERTAMA aku subscribe.
Start hari itu aku ulang-ulang dengar video dia senyap-senyap.Kalau orang datang umah, cepat cepat aku tutup, dan bukak tab lain, tanak kasi member crush dngan dia jugak.Kurang sikit persaingan .







Strumming dia unik, dan suara dia pulak sangat  flawless. Japanese pronunciation dia ni kalau orang Jepun dengar takkan terpikir ini orang bukan orang Jepun( ni Hideki la yang cakap kat aku, dia bukan leh caya sangat,sembang nak lebat je,tapi dalam kes ini aku sokong dia ).

  Bagi aku, Anas ni adalah frontier cover guitar girl dari Malaysia kat Youtube.Dia start upload April 2007, dan kenal dia sebelum kenal Yuna dgn Kokokaina lagi, Ana Rafalli? -masa ni tak abes skolah lagi kot. Tak jadi nak crush Marie Digby, sebab dia cun sangat , mesti ramai lagi yang dah crush ngan dia jugak(hoh!?).




Ingat tak entri aku;
5 Covers That Sound Better Than The Original


Sebenarnya aku teringin sangat nak masukkan dia dalam senarai ni. Ha'ah, memang aku bias! .Tapi, lepas dua tahun tunggu dia nya cover baru tak ada-ada, aku syak maybe dia dah quit, pencen or ...dah kahwin kot, laki dia tak kasi main guitar dah huhuhu..
     Anas adalah lulusan Medic kat salah satu local U, dan mungkin sekarang tengah wat praktikal, or tgh jadi junior doctor kat memane hospital kerajaan.Sejak perform  kat GigRahsia, April 2 taun lepas ,dia dah stop upload video dah .Busy kan doktor mane dan nak cover lagu-lagu baru.
      Btw, Goodluck Anas.Kalau orang tanya, cover Yui mana yang paling best, tak teragak-agak aku cakap ko nyer adalah paling istimewa..waalLLAA!!  









Summer 2008;
  Cuti-cuti tu sempat la gak nyingah kat HUM, jumpa Farid jap(bkn  nama sbnar) . Dia tengah wat medik .Memikirkan mungkin Anas ni blaja kt situ gak ,maka aku pun tunjukkan la video-video Anas ni kat dia, mana tau kot-kot kenal ke, satu group masa sesi orientasi dulu ke, sama- sama saing gi tutorial  kt UM tu gak ke..


"Alah , yang ni ko pun bole wat,orang Mesia bukan tau sangat bahse Jepun ni, chorus dia nnti ko tarik la panjang-panjang skit.."--Farid yang tak pernah paham perasaan aku tu pun memberikan idea bernas.


"masaelah nya , suara aku bukan sedap mane pun.."


"takpe2, ko intro je ckp jepon, ko kan power jepon, meh sini aku nk dengar dulu.."


"nak yang panjang ke pendek?"  ,   "Panjang!"




"Jepooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooon..."
"ok,ni yang pendek plak...jpn."






agak-agak dia nyesal tak kawan ngan aku?
.
.
.











p/s: khas untuk mereka yang bertemu jodoh kut friendster,jangan pandang rendah kt friendster (dulula)

Read More

Monday, September 27, 2010

Sarapan 3 Minit

16 comments

 Celah mana kat Malaysia korang nak carik roti canai 3 minit. Kedai mamak pun kalau order, mau - mau dalam 2 minit gak aa.Tau tau siap, tau tau siap( Sambil membayangkan gaya penebar bermisai lebat  menebar roti dengan penuh kemas, sedang peluh-peluh jantan menitis manis di dahi, memercik hening ke sini sana.Hei jangan dilupa pangkal lengan,ristrict area yang sudah berlendir kelat itu...ee yucks).
  Tapi aku prefer lagi  makan nasi lemak. Problemnya, nasi tk macam tu pulak.Selalunya  gi kaunter nasi lemak, lepas 4 minit beratur, baru leh order.Order je baru, belum bayar.Kak ,kasi sayaa....sambal udang tu la.Eh! tanak tanak tanak, ade resdung hehe, sotonglah..Jap! tu sotong semalam tu kan..Ayam jela..tapi rendang daging pun nampak macam sedap ..mmm..
Kakak itu pun merenung tajam..

"Encik nampak senduk ni?"

Nampakkan, masa muda habis begitu saja.Betul, sarapan itu penting, tapi kalau  sampai 47minit , itu agak kurang senonoh sebab sarapan yang terbaik patut lagi ringkas, mudah dan berkhasiat.
Hari senin ni,adalah hari yang paling malas nak bangun .Nak kuar pagi-pagi kene bajet cantek-cantek,. kelas  pukul 9  pukul 8:55 bangun.

kepala otak kau!


   Duduk sini lelama aku diajar macam mana nak hargai masa.Penanda masa sini sangat aneh ,kalau situ tulis 8:37 pagi bas sampai , maka 8:36:23 pagi waktu yang paling ideal untuk beratur.8:34 kuar rumah, 8:30 siap butang baju, 8:29 dah sarung boxer sponge bob baru sidai semalam.Mandi abes mesti sebelum 8: 24, sebab bangun dari katil tepat 8:00. Mandi pagi kena lelama beb, sebab malam minggu dah enjoy macam-macam,jangan tanya mandi apa.Itu rahsia laki sahaja yang tahu.Arakianlah ceritanya suasana pagi sebagai seorang robot di sini.
 Jadi,sape cakap orang Jepun ni selalu awal 20minit? 10 minit? 5minit? .Yang selalu datang awal ni biasanya orang Melayu yang berdedikasi macam aku je, tunggu dok tunggu, tade sape dtg. Call member, rupenya class cuti, cess~...Pada aku ,derang tak pernah dididik untuk awal, tapi diwajibkan untuk tepat.

  Untuk sarapan hari ini, hanya simpel-simpel aja.Selaras dengan piawaian orang-orang bujang seluruh dunia.Tapi hari ni aku nak wat lagi simpel, pantas dan tuntas, yang paling penting sedap .



Yang ni nasi instant 3 minit .
Beli kat kedai depan umah semalam.
Kalau nak makan, ubuh air hangat,
 takpun pakai ketuhar gelombang mikro.





Untuk hari ini  kita pakai ketuhar gelombang mikro yang canggih. 





Set kan 3 minit
.
.
.
.

.
TiNG!!
.
.
.

Dah siap, kene buka pelan-pelan, Ambik feel kata orang tua-tua..






.
.
.....
........
...............





TADAAA...~~~





Ok, Bismillahirrohmannirrohim.....




Pagi-pagi makan petai,
jumpa lagi, babai









p/s:telur ,sambal,ikan bilis dan timun hanya cadangan hiasan semata

Read More

Thursday, September 23, 2010

A Letter From Tomorrow

9 comments

If you could write a letter to yourself  in the past, what the best word probably describe that letter?

a regret letter...?
a compliment letter....?
a curse letter...?

Of course , telling the consequence for what are you going through until today are dissent enough,nevertheless granting the life present might bring into something special to remember for tomorrow.Yeah,i know, there is awkward to remember the thing that never happen yet right?

But what can we do now, we devote our every single word of today, bring it into a letter, and send it to our future.Same goes for this blog and the blog of your's also, as long as you remember your id and password, there are always a word for your upcoming person of tomorrow.

But, how about, if I said, a letter from your future, actually did exist?
Here , this is the story to tell, enjoy;)

..........

 CLAIRE Smith,- a daughter of  an English Secretariat in Italy.During post-war time , working abroad was a duty for every English-man, especially in Italy and the territory .
In summer 1957, Claire met her first love,Lorenzo Bartollini  , the one she claimed her true love and only.
Claire was too young, and she had to return back to London with her parent, and finished her art study back there.
Family,future and love, putting in the same bowl of conflict never been an easy thing.She had to choose.
 One night she ran off all her alone to infamous Juliet's Balcony at Verona, just to hand over a letter , the letter that she wrote before, asking Juliet's advice for her own sake and destiny.By the time she already made the decision , leaving her love one was always the hardest thing in her entire life.A night before she leaved.

Here , her letter;









Since that day , she preached almost everyday, that she might received the reply from Juliet, before she getting married to a wrong guy.

But,
she never got any reply then..




Speaking of  a wrong guy, I believe  ,most of you , out there , might be already read about this;
" Why God made you married to a wrong guy?"
Got no gut to say anything about.Just believe, there is no wrong for a guy to love a wrong girl, because love itself is too wrong. The way you live afterward is the best step to make it right ,unless for once, or forever.



........



 After a years, Claire had no choice. She married to a random English-man, the decision made by her father. The man  that she didn't even met before. When she still believe her first still on the way, her parents had push into the marriage.For some reason thou, that man also willing to love her entire life,while she got no chance to return to Italy again.She still love Lorenzo.What else could she do?.
But not after a three decade, Claire proved , by married to a wrong guy, was not count her life that much. In fact , she got her own perfect family, and living happily together.

 Her beloved husband rest in peace forever ,then   a year later the saddest tragedy happened, her son and wife , died in car accident. From that day ,she move in her previous house , her late-father's house , along with her one and only love  left, her grandson.



Summer 2010

One fine day,Claire received a letter, a reply from Juliet ,
finally after 50 years been waiting.

Yeah,this is what I've been talking about, a letter from tomorrow really do exist, and Claire just have it, here the contain, read carefully aa;









Guest what, she flew back to Italy ,just to find her Lorenzo, just to say sorry for leaving him that day...
Would she found her first love?, find out here,
(hahaha , tak pasal-pasal je,but still wondering if it could be based on a true story)









p/s:The only thing I do believe in is that everything happens for a reason. And, I just don’t know what the reason is. It can be faith, it can be things that people do. But I believe we can change things around, if we believe.Got my point?; love is timeless thing we ever realized.

Read More

Sunday, September 19, 2010

Mencari Sinar Hidayah di Kota Tokyo

16 comments











Tokyo Jami'e(Masjid Tokyo)

Di Era penaklukan Soviet  awal 1917 dulu, ramai Turkish ,yang berlari-lari anak ke merata-rata tempat.Antara yang cekang diantara mereka: Suku Kazan,lari terus yang sampai ke Tokyo, dan membuat perkampungan Turki kat sana.Pemimpin mereka masa tu, Abdulhay Kurban Ali dan Abdurresi Ibrahim, mengambil langkah awal, membina masjid dan madrasah pada tahun 1938.Mujur masyarakat Jepun waktu itu sangat sporting giler dengan orang Turki, malah memberi sokongan dan dorongan untuk terus bertapak di situ.


Memandang sumber yang amat terhad,akhirnya pada 1986 masjid itu terpaksa dirobohkan akibat kerosakan sana-sini, serta binaan ketika itu belum cukup kukuh untuk menampung jemaah pada masa akan datang.Almaklumlah, kos mambaiki di sini macam hape ke mahalnya, beli yang baru adalah jauh lagi murah.Akhirnya tanah masjid terpaksa disedaqah kepada kerajaan Turki , tapi dengan syarat mesti membiaya pembinaan masjid yang baru.


Setelah sedekad perbincangan dengan komuniti Turki di Jepun, akhirnya kerajaan Turki bersetuju menanggung sepenuhnya kos pembinaan masjid baru.Malah segala urus selia  operasi juga masjid itu juga akan dijaga  Kerajaan Turki sendiri.Pembinaan bermula pada 1998 dan siap pada 2000.


   Dibina mengikut stail senibina Turko-Islamik; satu kubah utama dan dikelilingi 6 kubah semi.Seni gubahan dalaman mirip dengan Aya-Sofia, di tengah ruang solat dihiasi dengan chandelier yang dibawakan khas dari  Turki.Setiap pangkal tiang dihiaskan dengan teliti,seni Mukarnas atau ukuran stalaktit bagi membentuk unjuran yang membentuk poligon-poligon hingga ke sisi kubah semi.
  Terbahagi kepada dua segmen utama, dewan solat; di atas, dan pusat kebudayaan(dewan makan, pejabat,lobi, taman mini,tandas&tmpat Wudu') ; di bawah. Ruang solat untuk muslimah juga disediakan di tingkat atas dalam dewan solat, mampu memuatkan 40-50 orang jemaah dalam satu masa.
  Yang bestnya masjid ni, sebelum pintu masuk, ada ruang beranda yang luas, sesuai untuk lepak-lepak berburak kusung, sambil ikat tali kasut.Kesemua permukaan ditutupi dengan marble, dikala panas ,ia sangat mendinginkan kaki dan kepala otak.Fuh~















Tahukah anda, tanak tahu pun takpe, aku nak kasi tahu gak!.
Semasa Zaman Pemulihan Meiji, maharaja Jepun telah menghantar delegasi diplomatik ke merata-rata tempat di seluruh dunia.Daripada berpuluh negara yang dihantar, hanya satu saja negara saja yang membalas kunjungan : negara itu ialah Turkeye.


Pembukaan Kepada Dunia Luar

Setelah Pemerintahan Jepun diambil alih semula oleh Maharajanya, Meiji, baginda melancarkan pemulihan semula ekonomi dengan membuka kembali Jepun ke dunia luar, setelah berkurun lama Jepun terperosok jauh dek dasar tutup pintunya oleh era shogun sebelum nih.Tomomi Iwakura, tulang belakang 'Meiji Restoration', malah dia sendiri yang mengetuai misi lawatan sambil belajar ke Eropah dan US sambil memberitahu dunia bahawa Jepun dah open balik.

  1871 ~ 1873 , rombongan ini tak bajet pun  sampai di Turki,kerana destinasi ketika itu adalah  Itali dan sekitar negara-negara balkan.Mereka menganggap Turki adalah ancaman kepada Eropah, sesuatu yang perlu dihindari kalau nak berbaik-baik dengan kuasa-kuasa Eropah.Sebab itulah hanya dua orang saja dari ahli rombongan tu yang dihantar sebagai spy, untuk menyiasat bagaimana pantadbiran Turki beroperasi.Mujur tengah sedap-sedap makan kebab kat tepi jalan, mereka masih lagi tak kantoi.

  Ketika itu , kerajaan Turki menerima tekanan hebat, khususnya isu dalaman di selatan, (Bahgdad),kebangkitan mendadak kuasa-kuasa besar di Eropah. , pencerobohan besar-besaran oleh orang Tartar, dan yang paling dibimbangi ialah serangan Soviet di utara.Demi kepentingan negara masa itu, maka di sini la baginda Sultan Abdul Hamid II nampak perlunya ada sekutu yang kuat dan berkecuali; dan Jepun (non-europe dan non-christian country) dilihat sebagai rakan yang paling strategik.Kebetulan , Jepun pada masa itu sedang berperang dengan Russia di timur.Konflik di bahagian sana sedikit sebanyak mengendurkan tekanan Soviet ke atas Turki di sebelah barat sini.

   Semasa dalam perjalanan pulang, sekretariat Jepun di London,Hiroshi Nakai, singgah bermalam di Istanbul , sambil melepak-lepak  makan aiskrim turki yang liat tu,Sultan menjemput beliau ,serta menyuarakan hasrat mahu menjalan hubungan yang lebih serius .Start dari situ, dan tahun-tahun berikutnya, ramailah para diplomat serta saudagar-saudagar dari Jepun yang datang ke Turki dengan pelbagai urusan, dan ini menguatkan hasrat sultan mahu menghantar kembali rombongan sebagai kunjungan balas, hubungan diplomatik antara 2 negara yang baru terbina.
15 Julai 1889 ,baginda sultan menghantar rombongan kapal bernama Ertugrul




Tragedi Ertugrul

   Ertugrul yang dinakhodai oleh Ali Osman Pasha,selamat mendarat di pantai Yokohama setahun kemudian, dan delegasi disambut mesra oleh kerajaan meiji sendiri.Ali Osman Pasha dan semua kru kapal dianugerahkan Pingat Darjah Kebesaran dari Maharaja Jepun.Mereka juga menyampaikan watikah, cenderamata peribadi, dan pingat dari sultan khas untuk pihak Istana Jepun.Setelah 3 bulan derang bermalam ,rombongan ini akhirnya mahu berangkat pulang .
  Malangnya , on-the-way balik, kapal Ertugrul ini dipukul ombak jahat dan taufan.Kapal ini kemudiannya karam. Hanya 69 daripada 600 kru yang disahkan selamat dan dihantar semula ke Turki dengan armada perang Meiji, Hiego dan Kongo pada 2Jan1891.

  Pun begitu aku syak tak semua belen 531 orang tu mati,tiada rekod yang dijumpai setakat ini yang mengesahkan itu angka exact yang kembali ke Rahmatullah ,lagipun kawasan tragedi hanyalah berhampiran pantai Wakayama, plus yang 69 itu pun diselamatkan oleh nelayan-nelayan kecil yang tinggal area2 situ.Jadi ada kemungkinanlah sebahagian dari 531 itu selamat , dan hidup aman dengan komuniti tempatan ,beranak-pinak dan bermastautin terus kat situ.


Kemungkinan  artis-artis seperti
 Hiroshi Abe,
Takako Uehara,
Jun Hasegawa,
Ken Hirai,






dan lain-lain
yang memiliki rupa cun/kachak, kening tebal, iris mata yang lebar serta hidung mancung ini mungkin ada saki-baki gene Turkish dalam badan mereka.Mana tau kan.

Jadi.
Setujukah anda kalau aku cakap, anak-anak yang lahir dari kahwin campur ini, bukan setakat cun/kachak, malah mereka amat berbakat, mempunyai jati diri yang kuat dan lebih penting ,mereka ini lebih berdikari..?









Maria Ozawa!?















eerrr, no komen.Pernah dengar dia pluck guitar..mmm bolehlah~


Pada sesiapa di luar sana yang belum ada sesiapa lagi, katakan YA!! pada perkahwinan campur.


ikut beramai-ramai ..1...2...3... YA!!
.
..
...
....


ok

Aku merepek.

Ayuh, kembali ke pangkal jalan



Cerita seabad kemudian..


  Ketika perang Iran-Iraq pada 1985, Saddam Hussein  mengumumkan akan menembak jatuh apa sahaja penerbangan  ,walau dari mana-mana negara sekalipun, yang berlepas dan lapangan terbang Tehran.Tempoh yang diberikan adalah 48jam selepas pengumuman dibuat.Satu-satunya flight dari  Jepun ,JAL ,terpaksa ditarik balik kerana atas dasar keselamatan, selain peruntukan masa yang begitu singkat. Maka menggelabahlah 215 warga Jepun kat sana, kerana satu-satunya peluang untuk keluar dari chaos itu tampak mustahil.


Penghapusan etnik besar-besaran, dengan bom kimia,
 seramai 5000 puak Kurdis di Halabja(Iraq), mati dan lebih 10000 cedera.
Bayangkanlah, rakyat sendiri pun sanggup dia sapu,
alasannya orang Kurdis ialah orang Syi'ah, 
dan  dikhuatiri akan membelot pada Saddam satu hari nanti.



 Dan ketika 10 jam masih berbaki, tiba-tiba sebuah kapal terbang dari Turki membuat pendaratan cemas , dan bergegas mengambil ke semua 215 orang itu dan terus menuju pulang  ke Jepun.Kapal terbang itu akhirnya selamat sampai di Tokyo, dan apabila ditanya kenapa mahu mengambil risiko mahu menyelamatkan mereka yang terperangkap ini,dengan machonya,

"Anggaplah ini sebagai bayar hutang budi saudara untuk Ertugrul dulu"- salah seorang jurucakap Turki dalam flight terbabit.


Begitulah speselnya hubungan Turki-Jepun: Sometime someone has to sacrifice first before they get another to sacrifice for them, when they both admit that , it called a friendship.

Budaya Turki bukanlah sesuatu asing dalam masyarakat Jepun.Malah, kalau korang jalan-jalan kat mana-mana pun kat Tokyo sini, cubalah tanya, area sini ada jual kebab ke tak.Biasanya mereka akan jawap ada ataupun tiada, jarang skali yang tanya balik, kebab tu menatang apa?.

Aku cuba-cuba gak la nk try tanya pakcik yang tengah siram bunga tepi  ni;

" Pakcik pakcik, sini ade kedai juai lemang dok?, lapaq lemang aa.."

Sambil mengharapkan pakcik itu menjawap;
"esok lusa adala tu ,raya kamu kan sebulan ,sabaq la sket.."

Merepek lagi,ok_ ciaou.








Read More

Wednesday, September 8, 2010

10 Sebab Kenapa Raya Di Perantauan Itu BEST!!

28 comments


  Kalau anda kata , ini adalah entri penyedap hati, anda memang silap sama sekali. Iya, memang benar, tahun ni saya beraya kat perantauan (lagi). Tapi, inilah yang saya tunggu-tunggu, beraya di perantauan sememangnya sangat manis dan menarik, pengalaman berharga untuk dkongsikan kepada anak-anak di masa depan.


(pict.credit:inda)


1) Masuk Paper
Initial goal kenapa semorang nk sangat duduk oversea (tanpa memikirkan langsung consequence sesudah sampai di sana). Takpelah, lagipun bukan calang-calang orang boleh masuk paper, walaupun muka hensem, tapi suara takdek, tetap takleh jadi artis juga. Lantas itulah satu-satunya peluang masuk paper, di kolum istimewa itu.Siap kaler lagi beb.Kecik pun kecik la, janji puas, lagi-lagi bila member cakap," Oiyh, muka ang masuk paper aa..".Hnss..hnss..



2)Bebas Dari Kerja Rumah
Kalau anak dara, pastinya akan dipaksa membantu bonda , potong bawang, hiris kunyit, isi-isi kuih dalam balang , then gi depan , tukar alas kusyen, langsir ,lapik meja dan segala bagai. Kalau rumah ada 18 tingkap, maka ke 18-18 tingkap itulah perlu ditukar langsirnya.
Anak teruna pula, akan dikerah kacau dodol, jaga api lemang, kacau dodol, carikan barang yang pelik2 wat kuih raya , kacau dodol ,aahhh..penat gile kacau dodol ni.Tapi bila diperantauan, anda tak perlu lagi bersusah-payah. Sumernya sudah tersedia, dalam peket,gunting, rendam, buka api, siap!!.Takde sape yang nak komplen.



3)Bebas Dari Gangguan Budak2 Yang Datang Beraya
Betapa spoilnya petang raya anda, bilamana tengah syok2 layan Fasha Sandha, Pie,..Pie!?, tengah beraksi di layar tv, tetiba datang segerombolan budak2 yang entah mana asalnya, berdiri di pintu dan senada;
"Assalamualaikum, kami datang nak beraya..."
Nak halau,kata raya. Ye tak ye , bagi la minum sorang skit.Gelas share-share ye, tak cukop.Tak sampai 5 minit terus nk blah.Bagi la 5 kupang sorng. Belum sempat baring, datang lagi segerombolan.Adoi~.Dan ini berterusan sampai ke malam .Dah tu apsal ko tak kuar beraya gak?.Kawan sumer beraya kat kampung masing2. Raya ke-lapan baru boleh beraya ngan derang.See? di rantauan korang dapat beraya ngan member start 1st sampai ke 30 raya. Tapi dengan orang yag samala.












Seronoklah korang ye.Hat duduk kat Mesia tu, boleh layan Madu 4








4)Boleh Ponteng Kuliah Tanpa Rasa Bersalah
Hari Raya , adalah satu-satunya alibi yang paling murni untuk anda tidak datang ke kelas, terutamanya kelas pagi.Tak perlu lagi buat muka-muka suci, atau muka-muka inesen minta penumbuk IpMan, cakap je nak semayang raya, semurang boleh faham betapa pentingnya anda untuk tidak hadir ke kelas.Itu pun kalau takde kuiz ke test ke hape ke. Otherwise , tabahkanlah hati dan jumpa ngan lecturer ,"Sorry Sir, I have to absent your class today because it's  Eid, and everybody should celebrate it"-alasan yang tidak boleh belah.InsyaAllah ,Allah akan memudahkan urusan anda, ameen..





5)Tiada Risiko Terlanggar Lembu Melintas
Saja saya tulis lembu, sebab on the way nk gi  raya umah Wanchu taun lepas, tk pasal-pasal ada lembu kuar tgh jalan.Sek baek brek saya makan.Kalau tak, mesti anda  terkebil-kebil ketakutan nak baca entri ni skrang .
 Actually, nak cakap tiada, cam muhong lah pulak.Cuma nak pointkan ,bila beraya di rantauan risiko kemalangan adalah sangat rendah.Tambahan pula ,dengan pendengaran sekali imbas buletin utama hari tu ,  statistik ops sikap yang lalu (citation needed),menunjukkan kadar kematian meningkat sekali ganda selepas hari raya pertama, Means, umat manusia sangat eksaited ke sana dan ke mari , terlalu risau mee kari yang mak Man buat tu abes, maka keselamatan diri di jalan raya terabai begitu saja.
.Berbeza kalau anda di perantauan, paling koman(=common?) pun naik basikal, kalau adapun yang menaiki kereta , pemanduan tetap akan sama seperti hari-hari biasa.Nak lagi biasa  ,jalan kaki , ataupun menaiki tram,atau chikatetsu ,atau tube, atau metro ,atau subway.Jarak antara rumah ke rumah hanyalah sekangkang kera ,pendek sangat, dalam 32 kangkang kera saja. Maka tidak perlu terburu-buru, dan andai kata juadah habis sebelum sampai ,maka ungkit-ungkitlah saja dikemudian hari, ...iye dok?.







6)Boleh Pergi Fun-Fair
Premis-premis cmni masih lagi beroperasi macam biasa.Tiada cuti umum, apatah lagi cuti raya.Kena pulak raya jatuh hari Sabtu, petang tu pergi fun-fair bersama rakan-rakan taulan.Malam tu pulak layan bowling sampai ke pagi. Petang esoknya ice-skating. Ultimate event ialah pada malam minggu tu, main futsal 3-4 jam.Rumput baru tukarkan.Raya yang sangat bermakna , penuh dengan aktiviti yang tak akan pernah korang buat kalau korang beraya kat Tanah air.



Rumah hantu paling angker dalam dunia~~~
Beraya di sini pun ,menarik juga..











7)Briyani Kambing Special
Restoran Kashmir wat briyani kambing special, terangkat abes aah! - .. ok, ni mungkin kat sini je, sori-sori, ..









8)Nikmat Berbaju Raya
Kalau anda sedang menuntut di oversea, berapa kalikah  anda pakai baju raya lengkap dalam tempoh masa setahun?. Malam Kebudayaan tu tak kira, sebab sebahagian je yang pakai.Sekali je kan.Masing-masing tanak kalah.Lagipun time-time rayalah anda nak melaram sakan, amboi-amboi, merelip sana merelip sini.Mengenakan gaya tudung pashmina atau shawl ala Siti Nurhaliza, kemudian menyematkan dengan kerongsang Korea.Nak lagi anggun, sepasang songket dibengkungkan melintangi badan , kemudian...haha,..takpe-takpe , paham-paham, bila lagi ye tok?.Pastu jalan naik keretapi, locals sumer mengusha dan membuatkan anda menjadi hot sekelip mata.Bukan takat best malah cukup berbangga bila mat salleh -mat salleh itu tak tak habis2 memuji keanggunan anda.Kalau lelaki, 'kachak' ..............oleh makcik-makcik.Berbaju Melayu sambil memakai muffler itu sangat cool dan hensem! serius..









9)Karok Lagu Raya Dengan Sepenuh Perasaan
Pasang lagu raya kuat-kuat , pastu nyanyi ramai -ramai di kala malam raya .Sudah tiada perasaan malu lagi di hati, dan masa itulah masing-masing terkenang nostalgia dan memori raya di kampung masing-masing.Kene lak turn lagu raya Sudirman kan, menghayati rangkap demi rangkap ,sampai ke bait ..
..

      "Hanya ku sampaikan doa...
                    dan kiriman tulus ikhlas..
                               ..dari jauh ku pohonkan ampun maaf~''.
.
..
......
.masa ini nyanyi dengan penuh jiwa raga dan keinsafan.  Me~~~mang best.













Allahyarham Sudirman Hj.Arshad
Walaupun sudah tiada
Dialah manusia yang tak pernah tak ada setiap kali raya,

For this 2010;Raya+Merdeka,He's man of the year












10) Online   Dipagi Raya   
Masih lagi boleh check mel, layan facebook jap, sambil-sambil tu usha-usha gamba salam perantauan dah up ke blum.Dan yang lebih penting ,boleh lagi layan blog ni , best kan blog ni?, best kan? best kan?..miehehehe..

...........


Sekadar 10 je lah bingkisan untuk tahun ni.Pada rakan-rakan yang beraya di tanah air , jangan kerek-kerek aa, duk sibuk ajak-ajak ayam, kerana kami di sini sikit pun tidak terkilan, kerana beraya di rantauan ,ada keseronokannya yang tersendiri.Silalah percaya.





Baiklah.
Dikesempatan ini, maklumlah di bulan baik di hari baik, dengan ini saya dah pun memaafkan segala salah silap dan khilaf serta pedajal yang pernah anda buat kat saya dulu.So , jangan susah-susah hati ,ok? Saya chill je..

 Jika ditanyakan bagamana akhlak Rasullullah SAW,pantas Aisya RA menjawab ' Al-Quran ' ; Begitulah juga saya, akhlak saya adalah blog ni.Mungkin banyak kesilapan tatabahasa, bahasa kesat, menusuk hati, mencengkam jiwa, serta ayat-ayat lame yang membuatkan korang menyampah seribu bahasa.

Di sini,

Saya pohon maaf, inilah saya,macam biasa tak pernah sempurna.Tanpa anda wahai pembaca siapalah saya yang marhain ini .
Sekian_ciaou.






p/s: kalau ada harga untuk memaafkan diri ini, sebutkan saja harganya, akan ku bayar , walaupun dengan harga yang sangat mahal
p/s/s: kata ganti nama diri pertama; disesuaikan mengikut kondisi pembaca sasaran.

Read More

Monday, September 6, 2010

The Making Of The Wish

41 comments








.............................................


















***^****^****^****^****^****^****^****^****^****^****^****^***




















p/s:Happy Eid Every body

Read More

Saturday, September 4, 2010

Resipi Rahsia Menjelang Raya

10 comments


Jap, jap, sebelum tu , kita ada iklan skit..







"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Salam Perantauan 



Kami ,pembela maruah bangsa dan negara suatu hari nanti, 
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin.
Kepada seluruh rakyat Malaysia amnya, dan keluarga ,khasnya.
 Makan redang dan kuah kacang tu, ingat-ingatlah kami di sini.



 . Orang biasa tunggu sampai pagi raya, baru nak dressing kemas2, line-up elok2,then baru up kat utusan ke memana ke. Yang ni, muka-muka innocent ,masa memula mendarat, tak keluar  airport lagi nih  .Gambar salam perantauan yang paling jujur dan suci, setakat ni.



""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""'"""""""""""""""""'"""""""""""""""""'






Okeh, sambung balik..


Hari ini buat ke-5 kalinya aku berjaya telefon rumah kat kampung , dalam tempoh seminggu . Saje ,nk cek sama ada kabel tepon rumah aku masih bersambung atau tidak. Maklumlah, mat pet ramai , nak nghembat keter besar sangat , kabel kat tiang tepon depan rumah pun jadilah.



"Hai bonda, hari ini buka , beli apa bonda?"

"Hari ini kandamu pulang ke pangkuan.Jadi , bonda rasa , bonda masak sajalah.."

"ohh, kanda mahu pulang, awal sungguh ya bonda. Bonda masak apa hari ni?'

"Bonda masak sangat dengan perangai kamu ni.."


wakakaka,,kelakar sungguh bonda saya kan..


Okla, sampai sini perbualan kami, takleh citer lelebih ,nanti korang tuduh aku ni anak mak lak.
Sebenarnya aku nak tanya , Rendang Tok Turun Temurun Instant  Cap Kelisa yang aku order tu, dah pos ke blom. Tapi dah masuk 5 kali tepon, mak pun cakap dia dah masak ngan perangai aku, so , aku assume, dah pos la tuh. Tunggu je aah,

Menu buka  hari ini, macam selalu, takde ape spesial. 
Balik-balik kari->tomyam->kurma->sup->kari (balik)
Maklumlah, orang bujang , nak expect apa sangat. Ayam Keramat Masak 3 Rasa? Tak dapat derr.Terima kasih kepada Erwan and Co.kelmarin. Kalau tak kebulurla aku di kala maghrib. Sampai ke sahur pun tk abes pikir lagi nak makan ape. Raya ni kalu Rendang Tok Turun Temurun Instant Cap Kelisa  ni tak sampai on-time, maka trpaksa cari alternatif lain.

Takkan kari kot, agak-agakla.

 Tahun ni kerahan tenaga untuk Grand Open House sumer dah balik,tukang kupas bawang putih,sang pengulit daging , serta pembancuh air sirap bandung ketika masak, sumer sudah pulang cuti beraya. So, taknak pikir susah-susah, yang penting best.Daripada dok meng-refresh2 tab berkali-kali  kat Yahoo Travel,Rakuten Travel mahu pun China Airline (luols), adalah bagusnya aku mencari back-up recipes raya kang , menggagahkan juga diri mengusha-usha kat sini, dan sini, dan juga sini

Ciri2 utama yang dititik beratkan dalam pencarian kali ini ialah;

1-mudah
2-simple
3-senang
4-ringkas
5-sedap

(tau2, dua je point dia,tapi tulis banyak2 nampak cam meyakinkan skit)




Dan ni yang aku dapat;























Hoh, nama pun rahsia,  gambar pun terpaksa di-mosaic-kan .Yang pasti memang menjilat jari jugakla.
Nak tau, tunggula raya nanti , jeng je jeng....












.
...
.....
......
Laa.. nak tau gak , ok-ok, ni aku kasi hint skit.

Pandai-pandaila korang teka.










Renung-renungkan dan selamat beramal.

_ciaou





p/s: pulang lah sementara masih ada pluang

Read More
Related Posts with Thumbnails