Friday, February 5, 2016

DASAR PANDANG KE TIMUR DAN AKU ::#siri-2

17 comments





sumber inspirasi zaman jahiliah  *aitakatta..aitakata..aitakatta..yeay*


Untuk sambung belajar ke Jepun lepas SPM ni ,ada beberapa saluran yang mainstream setakat harini. Antaranya:
  • AAJ
  • PPKTJ
  • JAD
  • Pusat Bahasa Teikyo
  • MJII




 AmbangAsuhanJepun (AAJ) -2thn persediaan , 4 thn degree
  • Ni cuma cream of the cream sahaja yang boleh masuk.Yang archive masa SPM sahaja.Semua expense termasuk yuran, duit buku,seluar dalam , alat tulis, kolej kediaman,  even elaun ,RM350/m semua ditanggung JPA. Kursus persediaan 2 tahun .
  • Tahun pertama belajar ikut silibus matrikulasi + bahasa Jepun asas.Tahun kedua, apa yang budak sekolah menengah Jepun sana belajar ->compress diaja rdalam masa setahun, hammik!!. Baik tahun satu atau tahun kedua ,klass tetap start kul 8 pagi , rehat kul 1-2, sambung balik sampai muntah pukul 6!. Tapi berbaloi, sebab bila sampai Jepun budak2 AAJ ni macam anak manja JPA/duta ,
  • Universiti yang ditawarkan semua university kerajaan yang top-top belaka, yang budak2 Jepun sendrik pun payah nak masuk.

Kenangan Yamamoto Sensei





 Persediaan Pengajian Kolej TeknikalJepun (PPKTJ)-1tahun persediaan , 3 tahun diploma, 2 tahun degree
  • Ni belajar kat INTEKMA , Shah Alam. Setahun sahaja, buat kursus bahasa saja .Sapa yang tak dapat AAJ ,boleh masuk kut sini.Ni JPA sponsor. Student kurang bernasib baik akan dioffer buat Diploma.Yang mana diorang akan dimasukkan mmana-mana kolej vokasional Jepun. 
  • Yang paling best asrama pun share skali dengan budak2 Jepun.Jadi tak hairanlah penguasaan bahasa dan survivalitybudak PPKTJ jauhl ebih baik berbanding anak manja,sibudak AAJ, 
  • Tak ramai budak melayu perg ike satu2 buah kolej, habis ramai pun 3 orang. Selepas selesai 2 tahun diploma, derang akan pergi merata-rata Jepun ambik entrance exam untuk smbung 2 tahun lagi untuk degree.Kolej vokasional  under Kerajaan Jepun dan biasanya terletak kat ceruk2 mana ntah, nasibla korang.



Japanese Associate Degree
  • Ni under MARA. Ada dua pusat pengajian ,satu kat UNITEN untuk 3 bulan persediaan bahasa sahaja, kemudian sambung ke diploma Jepun  kat UNISEL. Program dia macam PPKTJ gak, tapi 3 tahun diploma dia ,buat kat Unisel/Uniten. Belajar macam budak PPKTJ gak belajar ,tapi lepas abis kelas bahasa Jepun, ko akan kuar cakap Jepun sama-sama ngan member melayu kau.Kerat jarilah aku cmni!! .
  •  Ni program paling tak tough dan ok ok la berbanding PPKTJ dan AAJ. Lepas abis diploma ,ko dihantar gi Jepun masuk university swasta, dengan carried mark yang dibawak dari Malaysia. Sebab tu aku tak heran budak Malaysia boleh jadi top student kat sana, sebab dia dah score gila2 masa wat diploma katsini,Untung oi, top student je yang leh naik pentas amik sijil, member korang blaja U kat Mesia kemain siap berselfie lagi dengan Naib Canselor yerk..Penguasaan bahasa Jepun pun just ok-ok saja.
  • Survivality kureng berbanding budak AAJ,  dengan PPKTJ apatah lagi .Sebab utama tempoh pengajian di Jepun yang singkat, selain duduk U Bandar dengan sekelepuk geng-geng melayu kat sana. Sikit sangat yang amik inisiatif nak campur ngan budak Jepun. 
  • Pengarah MARA claim kat atas pentas, kalau kata dalam banyak2 program ke Jepun, program dia ini paling berjaya sebab tak ada budak repeat, tolong tepukkan dahi dia untuk, tensen aku dengan puak-puak ni.


 Pusat Bahasa Teikyo
  • Ni dekat KL-Japan Club, dekat2 dengan Mid Valley.Ni private.Kalu tak bernasib baik nak masuk AAJ,PPKTJ or JAD, boleh masuk private, Yuran pun tkdelah dahsyat sangat , sebab sebahagian kos operasi dah dicover oleh  Japan Foundation dan Mombusho( Kementrian Pendidikan Jepun).Dah sampai jangan risau sangat pasal duit sebab dekat sini ko boleh tau rupanya banyak gila biasiswa yang orang Jepun nak bagi kat foreign student ni.
  • Even kalau tak dapat gi Jepun sekalipun, sijil bahasa Jepun disini boleh pakai , sekurang2 nya untuk kerja ngan company Jepun kat sini.
  • Dekat sini bagus sebab boleh bergaul terus dengn Japanese yang duk Malaysia yang selalu wat gathering kat KL-Japan Club bersebelahan. Yang nak jadikan ko anak angkat pun bertimbun, mana tau ,bila kat Jepun nanti ntah2 diorng yang support ko..huhu.


MARA Japan Industrial Institute (MJII)

  • Ni fully under  MARA. Style dia macam kolej vokasional MARA , cuma akan ada seliaan beberapa orang sensei.Ni untuk mereka yang tidak  bernasib baik untuk masuk AAJ, PPKT, JAD atau pun tak duit langsung untuk masuk Teikyo.
  • Hanya beberapa orang sahaja yang terpilih untuk teruskan degree ke Jepun.Most of them abes diploma je  terus kerja,
..dan lain lain..





Touch-screen vending machine (2011): dah masuk 5 tahun, satu ketul mesin ni pun belum nampak kat KL

















Melainkan China, permerhatian dan pengalaman kerja dengan Japan dan Korea mudah-mudahan boleh menjadi panduan ke mana korang nak kembangkan potensi lepas dah masuk alam pekerjaan.

sila ke baca sini

Pun begitu , nanti aku nk tuliskan siri akhir , apakah hakikat sebenar setelah 25 tahun Dasar Pandang Ke Timur?, apa citer derang2 yang balik tiap2 tahun ni? Relevant lagi ke hantar adik2 , anak2 buah belajar sana dan balik?
Pasni ke mana pulak dasar ni boleh guide Malaysia jadi maju ke idak? 4 tahun je lagi pun..

tunggu..




Read More
Related Posts with Thumbnails