Friday, June 25, 2010

前向き

5 comments

  この間 、俺の理想な結婚式の話について、実は自分の尊敬する有名な写真家によるエントリーコンテストを参考するためでした。

その結果はなんと、 3位 がとりました~~夢にも出てこないな~名誉賞だけど。


 読者のみんなさん!!今まで支えてくれるあなたたちのおかげで、今回の受賞が受けました。
心から誠にありがとうございました!

今度も、いろいろで良いエントリ出せれるため、力を入れてもっともっと頑張りたいと思います。
いいアドバイスも悪い評価でも、受け取れますので、ぜひよろしくお願いいたします~。








p/s:JULY:the month that is named after Roman Empire Dictator,Julius Caesar.Why not we named it as 'Ceasar' ,since we have  Newton's Ring(Sir Isaac Newton), Young's modulus(Thomas Young),or Ohm-measure unit (Georg Simon Ohm);If we did, it would be something like :"No exam will be held on 27th Caesar.."-that's sound even better .

Read More

Thursday, June 24, 2010

Blog Ini Dengan Rasminya Menyokong Sepanyol Sebagai Calon Utama Juara Piala Dunia 2010

8 comments

Memandangkan kita masih lagi dalam mood world cup, ijinkan aku memperdengarkan kat korang lagu runut bunyi yang tak rasmi , takda kaitan dengan K'naan atau Waving Flag atau seumpamanya..



(Unofficial WorldCup2010 theme-background-song)


Orait.
Macam biasa, entri ni takde kaitan dengan Sepanyol.Ini entri khas gua watkan untuk pasukan kesayangan gua sendiri sempena Hokuriku Taikai yang bakal berlangsung kat Fukui nanti..
  Sepanjang pembabitan gua secara langsung , jujur gua katakan ,tahun ni punye regular-team adalah yang paling mantap pernah ada, start dari keeper, defender, tengah, kiri, kanan, sampaila striker- dah tak payah nak terhegeh-hegeh import dari mana-mana ceruk bumi Jepun ni.Even kalau anta second-team, masih lagi..bolehlaa, takat-takat nak cukup korum, bagi balance group stage nye match.



 





Ini team kitorangnye rekod: amacam?
2006:habuk 
2007:habuk pun tarak 
2008:Nagaoka Hokuriku Taikai : Juara 
         Hiroshima Taikai : Naib Juara 
2009:Toyama Hokuriku Taikai : Ketiga 

2010:NishiNihon(Tokushima) Taikai: Juara






Takyah gerun-gerun bai, setiap orang mesti ada kelemahan masing-masing.Inikan pulak, ramai orang, mesti la lagi banyak kelemahan.Ini kalau ada yang terbaca ni bakal main untuk taikai nanti, meh sini gua nak kasi tips-tips eksklusif , panduan sikit2 , kot-kot kene undi sekali ngan team kitorang .

1.Goal-keeper utama batch AAJ 27- takat2 nk terbang2 ni no hal lah.Nak rembat dekat-dekat , lagi aa.Dia ni berani mati, lantak ko nyer striker badan Rooney ke, selamba jer die rodok macam seladang yang ekor terbakar.Jadi kalau nak gol dari 1-on-1, gua rasa korng kene pikir panjang2 la dulu.

2.Dengar citer kaki JejakaC punye alignment macam dah lari skit, tu blum kire lutut kiri-kanan dia yang makin longgar,(hebat sungguh penangan LunaMaya nih) .Jadi back-kanan macam dah kurang kebal skit.So, kalo team korang ade striker yang laju dan power, gua syorkan korang serang ikut belah kiri.Kalu dia biasa belah kanan pun, bubuh gak kiri.

3.Tengah  ada dua anchor, gentel 3-4 orang tu takat celah gigi jerk.Kalau nak masuk sorang2, memang kene tapau kaw-kaw aa.Jadi macam mane? jangan kasi bola sampai kat kaki derng,takpun kalau dapat gak, jangan kasi derng passing kat striker atau wing kiri kanan. Kepung je ramai2,kadang-kadang bila dah mabuk sangat menggentel, gol sendiri pun derng tak nampak.

4.Striker kitorang ada menuntut ilmu,bukan ilmu hitam tapi ilmu ghaib-ghaib , kejap ade kat bucu sana, kejap ade kat tepi gol,kejap ade kat kat tgh padang.Ini takyah gusar sangat, sebb dia sangat bergantung kat dua anchor tadi ni.Selagi dia tk dapat bola , peduli hape dia ghaib ke mane.

5.Corak permainan kitorang sangat neutral;senang cerita, kalau kene korang kene tibai 5-0 first half, kitorng takkan men secara defensive ,sama gak kalu kene bubuh balik 0-5, kitaorng payah nak men offensive.So tak payah menggelabah lebih2, kalau korang lead,second half bertahan ajela habis2an, kalau tertinggal, serang la semacam hari esok sudah tiada lagi.

6. Banyakkan doa dan sembahyang hajat: Daripada korang menjerit macam orang gila tgh2 padang , alangkah bagusnya korang wat halaqah dan berdoa ramai-ramai sebelum sepak mula.Berkat sikit kalu menang.Tapi kalu kalah gak nak wat cmnekan, manusia hanya mampu merancang Yang Maha Kuasa jualah yang menentukan, ameen.

7.Eh? gua tak citer lagi pasal wingers ? hahaha, tu korang discover sendrik la, letih la gua nk citer sumer kat sini.Tak funla match nanti.


Okay,sebelum undur diri, terimalah poster rasmi maskot team Nagoya edisi 2010.Sudi2 kanlah wat desktop wallpaper _ciaou









*Dah takde api dah kat atas kepala dia sebab tahun ni kitorang nak maen rilek2 ,main hepi2 , macam main petang-petang.
Cuma nanti bila dalam padang kita jadi lawan,  luar padang kita tetap kawan ok..













Gadis pom-pom









p/s: Final -> Spain vs Brazil

Read More

Monday, June 21, 2010

Today's Photo-Session

24 comments


"ok there?"




"cool~"






..........



  "You better be a car.."         
"But ..."                           
"Wait guys, I got an idea.."
..
...
.....












Say Cheeesee...and lalalalala..

Kashak!!












 "that's better"                            
"yeah.."                                     
"whoa,my muscle looks great!"
"......"                                       
"....."                                       








p/s:

Read More

Friday, June 18, 2010

Jumaat::Hari Yang Penuh Barakah

14 comments



Setiap kali nampak poster ni,mesti akan datang rasa bersalah .
Tak tau kenapa.
Rasa bersalah sebab macam ada je sesuatu benda wajib yang tertinggal, yang lupa nak buat, tapi tak tau apa.






Kemudian, pergi part-time naik subway.Sampai je, operator tu pulak sound:

"Passenger who bound for Nagoya Convention Center, please get out from this station"


Marah betul kakak operator  nih...


Duduk kat Jepun ni asyik diselubungi rasa bersalah je..........

.........ke diorang yang salah?




*Kalau ada terbuat salah, ingatkan aku tentang entri ini,dan aku sentiasa bersedia datang memohon maaf, tak kisah kalau orang tanak kasitau mengapa, sebab aku sentiasa tahu yang aku ni cuma seorang manusia yang selalu berbuat kesalahan_sekian






p/s: It's common here when people ask what are your blood-type is.Apparently, they wont judge people based on their blood-type, but to set-in mind what your characteristic as they looking forward to know whether your personality are matching or not.The O-type are dominant here, since the O-person  known as intelligent , smart and high-iQ people、no wonder why there are many excellent peoples here, most of them are crazy thou. Me? same with other majority Malaysians, A-type, consequently , this type are kind-hearted, clumsy, and __________________(fill in the blank).

Read More

Monday, June 14, 2010

Bermain-main di gigi air laut

13 comments

   Kelmarin , pergi berkelah kat tepi pantai sambil buat bbq sekali.

Mujur takde sesiapa yang pakai bikini kat situ, Kalau tak bulat-bulat je dapat  dosa kering masuk akaun...

...
.....
.......
Ok, aku memang hipokrit.








  Sebenarnya ada satu family yang join skalik.Memandangkan ada 3 orang anak kecil , maka penyataan di atas tak lebih dari sebagai penyedap hati saja. Tiba-tiba aku teringatkan masa aku sekolah asrama dulu, benda yang best bagi kita, tapi jadi bukan takat tak best, malah memalukan, kalau ada anak kecil bersama.



.........................

Cerita Di kedaikopi Che' Mek

  Kat Kampung takda mapley 24jam, kalau adapun itulah the one and only: Che'Mek 's kopitiam.Time cuti panjang ,semua orang balik kampung , memang kedai kopi Che'Mek port melepak dari malam sampai subuh.
 Cuma ada satu malam itu, tengah-tengah kitorang sedang melepak, aku ternampak ada sorang brader ni dengan anak kecil datang makan  ,sementara tengah tunggu order sampai , brader ni khusuk buat kerja kira-kira dia.Rasenya bini tido awal kot, tu yang dia makan kat luar sambil buat kerja skali ,gamaknya le. Anak lelaki dia pula khusyuk tengok TV. Eh? , laa ade TV kat sana..tak perasan sebab aku membototi tv,+ tv menghadap serong ke sebelah sana.Takpelah, lewat-lewat cam ni mana ade citer best, mengganggu kenikmatan berburak saja.

Tengah syok2 kitorang ketawa macam orang gila, tiba-tiba;

"AYAH!, APASAL ORANG TU TAK PAKAI BAJU YAH?"

Satu kedai pusing kat budak  yang tengok TV tadi.

"Sorry bang, sorry bang,sorry, sorry..tak perasan boleh"-kata waiter yang dengan cepat2 keluar cd.Cess, citer tu? tak sempat lak nk tengok.

"Species, ... Species 2", jawap Man dengan konfidennya.Telinga Man memang sensitif dengan perkataan' tak pakai baju, telanjang,   'bulat-bulat' dan seumpamanya.Laju je dia kat depan TV tadi.


"Ok, ok tak pe , abang ok jer..".Brader tadi memaafkan waiter yang mukanya sudah bernilai sekupang.

.........................

Berbalik ke citer piknik tepi pantai, bayangkanlah kalau ade 2-3 orang perempuan Jepun jalan-jalan pakai bikini.Lepas tu anak-anak kecil ni nampak, dan cakap kat ibu dia

"Mama, kenapa dia pakai spender ngan coli je?"
"Dia nak mandi laut , dia pakai lah camtu"
" Kakak nak pakai cam tu"
"Tu baju untuk orang dewasa jerk, kakak kecik lagi"
"Ok, kalau kakak dah besar nanti , kakak nak pakai macam tu yerk.."
"aa............."





 Remeh je, tapi kalau dari kecik dah pasang niat camtuh goyah jugakla.Lebih-lebih lagi budak-budak sebaya Kakak ini kuat ingatan, dan bijak.Sebagai orang dewasa yang berpedoman , walaupun kita sukakan benda-macam ni, tentu kita tak mahu anak2, adik2 kita tengok sekali.Samalah kesnya macam tengok TV satu keluarga dulu .Tengok sitcom FRIENDS, universal, semua orang leh gelak2, tapi bila mai part2 kissing, eh? time2 tu lah purak2 gi dapur la, jawap telefon la, nak gi toilet la. Sebabnya; segan.Nak sound nanti terasa cam poyo-poyo alim lak,nak tukar channel, jauh sekali...
 Sebab tulah kenyataan :"Mujur takde sesiapa yang pakai bikini kat situ.." tiba-tiba ada, mungkin kali ini lagi luas sikit maksud dia kot.

........


Sambungan cerita di kedaikopi Che' Mek

   Dah pukul 5 pagi, mata dah kuyu je sesorng. Tengah-tengah semua orang nak berangkat pulang, tiba-tiba Man pergi belakang, dapur masak kedaikopi.

"Bang ,pinjam cd Spesies tadi boleh tak bang, yang no.2 tak abes tengok lagi aa tadi"

Lantak ko lah Man.






p/s: picture credit to Ajim ketak-ketak.

Read More

Wednesday, June 9, 2010

TheUglyTruth::Bercinta Dengan Sahabat Karib

31 comments










"I thought we're  a good friend.."                                    
                                                                                 " ..but i could be your part-time lover, i guess.."                     



 Biasakan kita dengar kisah dimana:

GadisA sukakan JejakaB , tapi disebabkan segan maka dia pun meminta tolong JejakaC , yang kebetulan member baik JejakaB tadi ni untuk jadi orang tengah , pengantara untuk mengurat JejakaB ni.Diam tak diam, JejakaC makin akrab dengan GadisA, sehinggalah mereka sedar mereka  sebanarnya saling jatuh hati. Tapi sayang , semuanya sudah terlambat apabila GadisA beritahu yang dia akan berkahwin dengan JejakaB.

ATAU  

JejakaA sukakan GadisB , tapi disebabkan segan maka dia pun meminta tolong GadisC , yang kebetulan member baik GadisB tadi ni untuk jadi orang tengah , pengantara untuk mengurat GadisB ni.Diam tak diam, GadisC makin akrab dengan JejakaA, sehinggalah mereka sedar mereka  sebanarnya saling jatuh hati. Tapi sayang , semuanya sudah terlambat apabila JejakaA beritahu yang dia akan berkahwin dengan GadisB.

Dua versi , watak berbeza tapi skripnya tetap sama.Ini bukan lagi skrip lazim drama melayu, jepun, cina, korea atau apa saja. In adalah realiti kehidupan yang barangkali sudah pun berlaku dihadapan mata.
Kasihan sungguh si B itu, tapi lagi kasihan si A kerana belum tentu si B yang dia suka, boleh menyayangi dia sehebat sahabat dia ,si C.



..........

Suka vs  Sayang
saya suka kat awak sebab awak cun”
Itu kalau cun, kang tetibe ada asid tumpah kat muka macam mane?

“saya tetap suka kat awak jugak, sebab suara awak husky, sexy”
Tengah sedap makan ,tak pasal2 terrtelan biji rambutan pastu bisu,

“saya tetap suka kat awak juga, sebab badan awak lentik..”
Masa muda lentikla, dah tua esok lendut abes semua.

“saya tetap suka awak juga sebab…
Cukup!cukup!..Suka itu sangat subjektif,sangat kritikal, sangat bergantung kepada pembolehubah yang tak pernah dimalarkan.Jika mahu, akan ada saja  alas an yang tak masuk akal, semata-mata mahu diwajarkan akan kesukaannya itu
Tapi Sayang?

“saya rasa , saya sayang awak”
-satu pernyataan yang jarang disusuli dengan pertanyaan’ kenapa?’
Kalau benak sangat mahu faham, lihat sajalah kedua orang tua mu itu.Ambil pen dan kertas, tulis  apa yang kamu suka tentang mereka.Mungkin sampai 10 baris, oh tidak ,20,50,100 dan sampai sejuta baris sekalipun, pasti tiada satu pun yang jadi penyebab kenapa kamu sayang sangat pada mereka.Sebab sayang tidak pernah bersebab, tiba-tiba ia datang dan tidak pula hilang-hilang.
Ajaib bukan?


........



Tiada istilah sahabat baik bagi seorng lelaki dengan seorang gadis , kenapa?
-Si lelaki tak cover macho, dan si gadis tak bajet cun,Kedua-duanya dalam keadaan natural masing-masing.Selesa dengan diri masing-masing maka apa saja  bebas dikongsi bersama.
-Bila ada masalah, si gadis sangat mudah berkongsikan dengan kawan lelaki nya yang paling baik, yang paling dikenali,yang paling rapat, walaupun bukan minta untuk diselesaikan,ianya  tak lebih dari sekadar mahu  meluahkan perasaan sahaja
-Bila diajukan masalah, lelaki ini terasa sangat dihargai, dihormati, lantas merasakan masalah itu keutamaan yang, sungguhpun dia tahu penyelasaiannya bukanlah yang terbaik didunia
-Akhirnya gadis tadi pula rasa dihargai, perasan dia diperhatikan, oh,dia memang sukakan perhatian, Cuma sekarang bila ada masalah dia tahu di mana patut dituju.
-Sekarang lelaki semakin berani. Kalu dulu , dipandang remeh oelah abang2 sendiri, kini terasa sangat diri sangat bererti, setidak-tidaknya di  mata seorang gadis bernama sahabat baik.
  Maka sekarang boleh fahamkan?, Samada lambat atau cepat, tidak dapat tidak pasti si gadis  tertaut hati dengan sahabat lelakinya itu, atau lelaki yang tertaut dulu, atau tak kisahlah mana-mana.Masa itu baru tahu yang  perempuan memang diciptakan untuk lelaki ,dan lelaki hadir untuk melengkapi jiwa kudus seorang perempuan.


“Dah adik-beradik lapan-lapan orang jantan, masuk asrama sekolah budak-budak jantan, fly jepun masuk U pun sumer jantan-jantan belaka, kasila can bang saya nak berkawan dengan budak pompuan ni, nanti orang kata saya gay lak
-Jejaka_Senyum

 Masalahnya, ko nak berkawan dengan yang cun jerk, yang tak cun, pandang pun tanak.Berlagak hensem ko ni.Lagipun takde siapa yang nk chop ko tu gay, lantaklah ko share sebilik tidur ke, share sekatil ke, sebantal ke, hatta sekain tuala sekalipun, melainkan kalo ko betul2 simpan perasan , laga-laga pipi, cium-cium dagu di tempat2 tersorok, dan ko boleh lak layan meatspin sampai…euhh..abes, yang ni baru betul-betul gay.
 Kalau nak berkawan  baik , aku syorkan ko angkat makcik yang baya-baya mak ko buat bestfriend forever. Lepak sekaki kat atas pankin lepas sapu laman rumah.Banyak tips yang boleh kamu cekau.Apsal?Tak boleh? Derang kan perempuan gak.
   Tapi kalau dah mengeleyor-mengelenjat  jugak, nak wat cmane kan.Apakata ko ambik member baek ko punya bini , jadikan sebagai sahabat karib.tak pun tunang orang, susah sangat ko ambik jela gf kawan baik ko tu.Hey, bersembang dengan derang lagi masyuk tau,selain masak dengan perangai huduh ko tu, derng lagi faham naluri kelakian  ni.Cumanya derng dah jadi milik member ko je la. Ko dah pun meletakkan satu had, dan ko tau yang  ko tak boleh melampaui had tu. Itu pun kalo ko rasional .Kalo ko sewel, sumpah aku takkkan tanya sebab apa atas dahi ko boleh bertelur sampai lapan biji.

 Itu untuk lelaki, untuk perempuan, maaf , tiada saranan yang boleh dirberikan.Sebab aku tak pernah faham natijah perempuan, walaupun jenuh mencuba.
Wahai gadis-gadis diluar sana, kamu mengimpikan jejaka yang tinggi, pandai main gitar, hensem,beriman,bekerjaya,muka macam Shahir AF8 (lol), hakikatnya, bila ada jejaka yang buat baik pada kamu, mudah saja hati kamu terusik.Genap sepurnama joran dibiar, umpan pun disentap.Walaupun hanya mukanya saja yang macam Shahir AF8, ciri lain langsung tak melekat-Itupun  kamu sudah boleh cakap yang kamu tercipta untuknya : : natijah perempuan yang aku tak boleh faham sampai hari ini

Sebab itulah, sepayah mana kamu cuba , hati kamu tidak akan tertolak untuk berkata tidak, tetapi mudah berkata ya pada yang lain.Mengharapkan ade sinar terbit di ufuk yang satu lagi.


Ya.
  Seorang perempuan amat susah untuk mencintai seorang lelaki yang telah diabadikan sebagai rakan hidupnya. Sebaliknya, seorang lelaki amat mudah untuk jatuh cinta terhadap seseorang gadis kerana lelaki tidak akan merapatkan diri dengan gadis yang tidak diminatinya.
   Dan, untuk menjadi teman sehidup semati selepas sekian lama menjadi kawan, adalah perkara yang tak mampu mereka simpulkan. Dari segi percakapan, peradaban, bergaulan dan pelbagai aspek akan berubah. Semuanya tak sama dan tak akan sama,seakan semuanya nampak mustahil.



“Saya bingung,…kami berkawan sejak kecik lagi, tadika sama-sama, sekolah sama-sama, masuk U sama-sama, ..tapi bila dah jadi macam ni…urrgh.. menci!.. saya cuma tanak kehilangan dia sebagai kawan baik.”
-gadis_Ternama

  Hey, Banyakkan beristighfar, kalau jodoh kamu tak ke mana, kamu tak hilang siapa-siapa pun.Malah kamu akan dapat seorang lagi mentor, seorang lagi kaunselor, seorang imam, tukang kebun, driver, body-guard atau apa saja yang kamu harapkan dari seorang lelaki , itulah yang kamu akan dapat.Dan kalau bernasib baik kamu dapat seorang chef, mana tau kan. Sahabat baik ?Itu akan kekal sampai bila-bila. Kekasih hati, itu kamu saja yang tau .  
 Sayang itu umpama biji durian, kamu takkan tahu bila dan di mana dia gugur,di mana dia tumbuh.Bila sudah bertunas, bajailah ia, siramilah dengan penuh ehsan.Bila sudah membesar, tidak tahu pula bila pokok ini akan mati, tapi yang pasti pokok ini jugalah yang menggugurkan biji-bijian baru.(tak paham sudah!!)


............................................................


Some said,

If You Love Something Set It Free
If It Comes Back, It Was And Always Will Be Yours.
If It Never Returns,
It Was Never Yours To Begin With..."


..then now you know why you always looking into her/him, the one who you always left behind.
Sometimes a good thing never come twice, but if you've got her/him still there, I bet you're just lucky...




p/s:Enche' kumis_mulus, anda mahu lagi?

Read More

Sunday, June 6, 2010

Yeay, minggu depan bola!!

5 comments

   Lepas sorang, sorang injured.Star -star lak tuh. cubelah yang injured 3rd keeper ke,2nd last man ke, takdela tak seronok sangat world cup nanti.Ni yang latest Arjen Robben lak.adoi..

So far, untuk team Okada-JAPAN, kalau dapat mara ke peringkat  kalah-mati , pasukan anda memang hebat, sebab mengharapkan Nakazawa dan Tulio (center-back yang juga top scorer setakat ini )  untuk menggempur kubu  lawan adalah agak tidak adil, kerana Eto'o ,merupakan runner-up 200m masa kat sekolah menengah dulu, adalah sangat berbisa terutamanya serangan balas mengejut(counter-attack).Hantaran tiba-tiba oleh Van Persie, ke kapala-kepala Kuyt, Schneider mahupun Huntelaar adalah sangat sukar dijangka.Cabaran setara mungkin datang dari Denmark, yang sudah miss 2 world cup, sambil mengharapkan Cameroon dan Belanda seri tanpa jaringan.

Papepon GAMBATTE NIPPON, jersi dah lawa dah,

   Malam ni aku cuba mengasah bakat aku yang tak berapa nak ada ni ,melakar potrait seorang lagi bintang yang terlepas aksi WC ni , (feel pity for him).So , untuk tatapan penyokong England di luar sana, terimalah hakikat ini seadanya ,walaupun bukan Fan-England, aku tetap fan Man.U yang sejati. 




  








-conteng pakai ScribllerToo.. tryla beb, dengan tak semena-mena nanti korang terasa diri macam berbakat giler(hoh!?)






p/s:Tengah sedap-sedap korang mengunyah biskut mayat ngan nescafe 3 in 1 memalam buta ni, adalah baiknya juga kalau dapat didoakan keselamatan saudara kita yang otw dalam kapal gi Gaza ,.Kalau ada kapal dari Nagoya Port ni yang nak gi sana, malam ni jugak booking tiket.Mesti dia singgah Port Klang gakkan...?

Read More

Tuesday, June 1, 2010

summer morning

12 comments














"you see,that's what I told you before.." 
  "hmm...."                                                   


...........................................................



HAPPY STUDYING ,GUYS
student+dying= studying





p/s:tolong jangan tanya apa aku selalu buat kat library.

Read More
Related Posts with Thumbnails