"I thought we're a good friend.."
" ..but i could be your part-time lover, i guess.."
Biasakan kita dengar kisah dimana:
GadisA sukakan JejakaB , tapi disebabkan segan maka dia pun
meminta tolong JejakaC , yang kebetulan member baik JejakaB tadi ni untuk jadi
orang tengah , pengantara untuk mengurat JejakaB ni.Diam tak diam, JejakaC
makin akrab dengan GadisA, sehinggalah mereka sedar mereka sebanarnya saling jatuh hati. Tapi sayang ,
semuanya sudah terlambat apabila GadisA beritahu yang dia akan berkahwin dengan
JejakaB.
ATAU
JejakaA sukakan GadisB , tapi disebabkan segan maka dia pun
meminta tolong GadisC , yang kebetulan member baik GadisB tadi ni untuk jadi
orang tengah , pengantara untuk mengurat GadisB ni.Diam tak diam, GadisC makin
akrab dengan JejakaA, sehinggalah mereka sedar mereka sebanarnya saling jatuh hati. Tapi sayang ,
semuanya sudah terlambat apabila JejakaA beritahu yang dia akan berkahwin dengan
GadisB.
Dua versi , watak berbeza tapi skripnya tetap sama.Ini bukan
lagi skrip lazim drama melayu, jepun, cina, korea atau apa saja. In adalah realiti kehidupan yang barangkali sudah pun berlaku dihadapan mata.
Kasihan sungguh si B itu, tapi lagi kasihan si A kerana
belum tentu si B yang dia suka, boleh menyayangi dia sehebat sahabat dia ,si C.
..........
Suka vs Sayang
“saya suka kat awak sebab awak cun”
Itu kalau cun, kang tetibe ada asid tumpah kat muka macam
mane?
“saya tetap suka kat awak jugak, sebab suara awak husky,
sexy”
Tengah sedap makan ,tak pasal2 terrtelan biji rambutan pastu bisu,
“saya tetap suka kat awak juga, sebab badan awak lentik..”
Masa muda lentikla, dah tua esok lendut abes semua.
“saya tetap suka awak juga sebab…”
Cukup!cukup!..Suka itu sangat subjektif,sangat kritikal,
sangat bergantung kepada pembolehubah yang tak pernah dimalarkan.Jika mahu,
akan ada saja alas an yang tak masuk
akal, semata-mata mahu diwajarkan akan kesukaannya itu
Tapi Sayang?
“saya rasa , saya sayang awak”
-satu pernyataan yang jarang disusuli dengan pertanyaan’
kenapa?’
Kalau benak sangat mahu faham, lihat sajalah kedua orang tua
mu itu.Ambil pen dan kertas, tulis apa
yang kamu suka tentang mereka.Mungkin sampai 10 baris, oh tidak ,20,50,100 dan
sampai sejuta baris sekalipun, pasti tiada satu pun yang jadi penyebab kenapa kamu sayang
sangat pada mereka.Sebab sayang tidak pernah bersebab, tiba-tiba ia datang dan tidak
pula hilang-hilang.
Ajaib bukan?
Ajaib bukan?
........
Tiada istilah sahabat baik bagi seorng lelaki dengan seorang
gadis , kenapa?
-Si lelaki tak cover macho, dan si gadis tak bajet cun,Kedua-duanya
dalam keadaan natural masing-masing.Selesa dengan diri masing-masing maka apa
saja bebas dikongsi bersama.
-Bila ada masalah, si gadis sangat mudah berkongsikan dengan kawan
lelaki nya yang paling baik, yang paling dikenali,yang paling rapat, walaupun
bukan minta untuk diselesaikan,ianya tak
lebih dari sekadar mahu meluahkan perasaan
sahaja
-Bila diajukan masalah, lelaki ini terasa sangat dihargai,
dihormati, lantas merasakan masalah itu keutamaan yang, sungguhpun dia tahu
penyelasaiannya bukanlah yang terbaik didunia
-Akhirnya gadis tadi pula rasa dihargai, perasan dia
diperhatikan, oh,dia memang sukakan perhatian, Cuma sekarang bila ada masalah
dia tahu di mana patut dituju.
-Sekarang lelaki semakin berani. Kalu dulu , dipandang remeh
oelah abang2 sendiri, kini terasa sangat diri sangat bererti, setidak-tidaknya
di mata seorang gadis bernama sahabat baik.
Maka sekarang boleh fahamkan?, Samada lambat atau cepat,
tidak dapat tidak pasti si gadis tertaut
hati dengan sahabat lelakinya itu, atau lelaki yang tertaut dulu, atau tak
kisahlah mana-mana.Masa itu baru tahu yang perempuan memang diciptakan untuk lelaki ,dan lelaki hadir untuk melengkapi jiwa kudus seorang perempuan.
“Dah adik-beradik lapan-lapan orang jantan, masuk asrama
sekolah budak-budak jantan, fly jepun masuk U pun sumer jantan-jantan belaka,
kasila can bang saya nak berkawan dengan budak pompuan ni, nanti orang kata saya
gay lak”
-Jejaka_Senyum
Masalahnya, ko nak
berkawan dengan yang cun jerk, yang tak cun, pandang pun tanak.Berlagak hensem
ko ni.Lagipun takde siapa yang nk chop ko tu gay, lantaklah ko share sebilik
tidur ke, share sekatil ke, sebantal ke, hatta sekain tuala sekalipun, melainkan kalo ko
betul2 simpan perasan , laga-laga pipi, cium-cium dagu di tempat2 tersorok, dan ko boleh lak layan meatspin sampai…euhh..abes, yang ni baru betul-betul gay.
Kalau nak berkawan baik , aku syorkan ko angkat makcik yang
baya-baya mak ko buat bestfriend forever. Lepak sekaki kat atas pankin lepas
sapu laman rumah.Banyak tips yang boleh kamu cekau.Apsal?Tak boleh? Derang kan perempuan gak.
Tapi kalau dah
mengeleyor-mengelenjat jugak, nak wat cmane kan.Apakata ko ambik member baek ko punya bini
, jadikan sebagai sahabat karib.tak pun tunang orang, susah sangat ko ambik
jela gf kawan baik ko tu.Hey, bersembang dengan derang lagi masyuk tau,selain
masak dengan perangai huduh ko tu, derng lagi faham naluri kelakian ni.Cumanya derng dah jadi milik member ko je
la. Ko dah pun meletakkan satu had, dan ko tau yang ko tak boleh melampaui had tu. Itu pun kalo
ko rasional .Kalo ko sewel, sumpah aku takkkan tanya sebab apa atas dahi ko boleh
bertelur sampai lapan biji.
Itu untuk lelaki, untuk perempuan, maaf , tiada saranan yang
boleh dirberikan.Sebab aku tak pernah faham natijah perempuan, walaupun jenuh
mencuba.
Wahai gadis-gadis diluar sana, kamu mengimpikan jejaka yang
tinggi, pandai main gitar, hensem,beriman,bekerjaya,muka macam Shahir AF8
(lol), hakikatnya, bila ada jejaka yang buat baik pada kamu, mudah saja hati
kamu terusik.Genap sepurnama joran dibiar, umpan pun disentap.Walaupun hanya
mukanya saja yang macam Shahir AF8, ciri lain langsung tak melekat-Itupun kamu sudah boleh cakap yang kamu tercipta untuknya : : natijah perempuan yang aku tak boleh faham sampai
hari ini
Sebab itulah, sepayah mana kamu cuba , hati kamu tidak akan tertolak untuk berkata tidak, tetapi mudah berkata ya pada yang lain.Mengharapkan ade sinar terbit di ufuk yang satu lagi.
Ya.
Seorang perempuan amat susah untuk mencintai seorang lelaki yang telah diabadikan sebagai rakan hidupnya. Sebaliknya, seorang lelaki amat mudah untuk jatuh cinta terhadap seseorang gadis kerana lelaki tidak akan merapatkan diri dengan gadis yang tidak diminatinya.
Dan, untuk menjadi teman sehidup semati selepas sekian lama menjadi kawan, adalah perkara yang tak mampu mereka simpulkan. Dari segi percakapan, peradaban, bergaulan dan pelbagai aspek akan berubah. Semuanya tak sama dan tak akan sama,seakan semuanya nampak mustahil.
“Saya bingung,…kami berkawan sejak kecik lagi, tadika sama-sama, sekolah sama-sama, masuk U sama-sama, ..tapi bila dah jadi macam ni…urrgh.. menci!.. saya cuma tanak kehilangan dia sebagai kawan baik.”
-gadis_Ternama
Hey, Banyakkan beristighfar, kalau jodoh kamu tak ke mana,
kamu tak hilang siapa-siapa pun.Malah kamu akan dapat seorang lagi mentor, seorang lagi kaunselor, seorang imam,
tukang kebun, driver, body-guard atau apa saja yang kamu harapkan dari seorang
lelaki , itulah yang kamu akan dapat.Dan kalau bernasib baik kamu dapat seorang
chef, mana tau kan. Sahabat baik ?Itu akan kekal sampai bila-bila. Kekasih hati,
itu kamu saja yang tau .
Sayang itu umpama biji durian, kamu takkan tahu bila dan di mana dia gugur,di mana dia tumbuh.Bila sudah bertunas, bajailah ia, siramilah dengan penuh ehsan.Bila sudah membesar, tidak tahu pula bila pokok ini akan mati, tapi yang pasti pokok ini jugalah yang menggugurkan biji-bijian baru.(tak paham sudah!!)
............................................................
Some said,
" If You Love Something Set It Free
If It Comes Back, It Was And Always Will Be Yours.
If It Comes Back, It Was And Always Will Be Yours.
If It Never Returns,
It Was Never Yours To Begin With..."
It Was Never Yours To Begin With..."
..then now you know why you always looking into her/him, the one who you always left behind.
Sometimes a good thing never come twice, but if you've got her/him still there, I bet you're just lucky...
p/s:Enche' kumis_mulus, anda mahu lagi?
31 comments:
Dalam.Cukup mendalam apa yang kau sampaikan.Ada la jugak dua tiga terkena batang hidung.
Bagaimana nak menolak cinta seorang rakan tanpa menghancurkan persahabatan itu sendiri?
yatto...kesah cinta abg nixam...blk baito kang aku bc...
lancau ar razi. apsal lu boleh ada kat sini! haha
agak best.. tp sebenarnye perempuan pun tak pernah faham kot kenapa lelaki macam keadaan lelaki yg diceritakan kt atas tu.. so macam x kisah je kalau lelaki x faham sangat kenapa perempuan kena macam tu kana.. opposites attracts~ kalau dah dua2 sama je.. bimyou
oh lupa point.. sebenarnya nak puji, gambo cun~
gamba best!!
*wow*
tepat skali...tp ini bkn yg kite mahu..kami mahu kesah cinta abg niXam..
>.<
dulu xbanyak kwn dengan laki..skali msuk U dpt "sahabat baik" pertama..berlainan jantina..ye ye..mmg laki dan pomp xley kwn baik..lain jadi nye..=) solution nye..shabat baik itu patut bukan satu..tp ramai2..(n_n)
tul-tul, nice idea
..tp nnti tak sahabat baik dah aa, jadi sahabat2 baik..
when u start being friendlier than friendly, that's when it all happens.
A nice entry about male-female relationship. Its true that sometimes we might fall for our friends, and we might be afraid to face the consequences of liking him/her.
Anyway, just like you said "kalau ada jodoh takkan ke mana" coz Allah akan bagi yang terbaik untuk kita kan :)
betul kalo jodoh tak kemana tu , ceh berpusing2 cerita cinta an. bila nak crita kisah true story ncik sheri
erk...susah nak drop comment, tapi rasa mcm patut aje bg... mungkin ye, mungkin tidak. Selalunya lelaki rasa setengah perempuan adalah pemilih, nak pandai main gitar, kaya...bla2 tapi hakikatmya cinta ni very universal, tak semua mcm tu. Believe me, the expectation is not that high as you presume.....
aku jugak tak percaya laki-pompuan boleh jadi sahabat karib. mesti akan ada perasaan lain punya la.
ish3... sian C...
harap dpt bebanyak bersabar...
mak ckp, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..
len kali kalo suke g masuk minang je terus...
kalo kene tolak, 2 belakang kire..
asal x nyesal pas2...huhu
(baru berani komen setelah memahami situasi sebenar,penat korek,kihkihkih)
berikut adalah hint drpd フィダアイシャ ye abg niXam..sila alert,,leh slow2 mengorak langkah...
jejaka C...kasihan, フィダアイシャ faham jugak bahasa Jepun...cakap siang, pandang2 ehhh...ishhhh
uit..jgn la marah kak...abg zeck zukhairi dh aja akak nihongo ek..huhu..rilek la kak,sy ni mmg slalu bgurau kasar dgn abg nixam ni..dr kck ktorg mmg cmni...akak jgn le trase yek..
alamak.. mcm terkena dkat sy jugak lah.. huuu
tp sy x smp lg ketahap bercinta dgn jejkaC..
skg msg2 tgh melarikan dri.. waaa
salam~
hehehe.. xpenah... my best buddy sy kenal sejak kami 18 taun laie.. :)
dia ada gf, n sy pun daha da bf.. kami shared mcm2 citer dan rahsia... kalo nak ikutkan, sy lebih kenal dia dr awek dia dan dia lebih kenal sape sy dr bf sy.. :)
tapi kami xpernah ada rasa syg yg lebih dr seorang sahabat... :)
ps : thanx ya sbb sudi singgah ke teratak sy td... ^_^
cool .. mendalam gile ape yang kau kaji.. hebat..
Aiz latest entry
Kehebatan iklan pada minda kita
Facebook vs blogger
Kesilapan kita mood blogging down
Babysitter pukul baby pula
ingin buat link seperti ini juga? Klik disini
nice :)
" If You Love Something Set It Free
If It Comes Back, It Was And Always Will Be Yours.
If It Never Returns,
It Was Never Yours To Begin With..."
lurve thiss word :)
=(
teringat kesah lalu..sye selalu ilang kwn karib sye sbb diorg lelaki dan selalunyer mmg akn jadi len..laki dan ppuan xleh berkawan karib dan kini sye dah ilang kawan karib sye tu...=(
moral of da story..sye kawan ngan ppuan je la skrg neyh..(ayt poyo sket..hahahahah..=P)
www0622
pelicans jerseys
fitflops outlet
fitflops sale clearance
longchamp pliage
nike air max 90
stuart weitzman shoes
ralph lauren polo shirts
canada goose jackets
coach outlet
furla handbags
jordan shoes
longchamp outlet
ugg boots uk
true religion outlet
moncler online
pandora jewelry
cheap snapbacks
pandora
nike tn pas cher
ralph lauren uk
0823wqrwq
nike epic react
reebok outlet
nike air max 2018
jordan shoes
retro jordans
lacoste online shop
jordan shoes
adidas superstars
yeezys
kobe byrant shoes
check my blog k4k33u1q63 replica louis vuitton bag replica bags gucci g7v13t8y97 replica bags sydney why not try here d3u37a5n93 replica bags qatar 7a replica bags wholesale discover this b2i91b6v99 replica bags online shopping india
look what i found w7w67e5w66 replica bags buy online replica bags in london y1x96p2q50 check my reference t8c28k1i16 replica louis vuitton handbags replica bags in china t8c80p9y57 replica bags from china free shipping replica gucci bags t2i07o6f36 replica bags canada
j6a67j3h96 z7f14j3a25 o6h35i1f70 u7g84a4s32 v3n74c2v16 w9o72v0a69
Post a Comment