Thursday, December 30, 2010

Kalau diberi pilihan, aku mahu Bakat macam ini.

12 comments



 Nama: Aoki Ryuj                    
Tarikh Lahiaq:29/1/1981          
 Tempat Lahiaq:Yokohama         
        Asai mana:Yokohama (padia hang ni)
 Kumpulan Darah: B tulen          
        Saiz pinggang: Sama macam penulis.
                                          Kebolehan:                                                                      
            Dengan slumber boleh menyanyi sebiji-biji 10 lagu dari 10 artis berlainan ,tanpa mengira jantina mahupun peringkat umur. 




World No.1 Show

-Adalah program television terbitan NihonTerebi ,rancangan yang mengumpulkan bakat-bakat  low-profile, dan middle-low-profile performers dari seluruh dunia.Rancangan ini  juga menjemput 300 orang hartawan dari seluruh Jepun, yang mana mereka ini dikehendaki membayar berapa yang mereka sanggup bayar bagi setiap perfomance . Dimulai dengan 100yen (=RM3.60),sampailah, berjuta-juta yen.

 Untuk program tahun ni, Aoki-kung sekali lagi dijemput untuk buat show . Tak macam tahun lepas, task tahun ini ,beliau akan copy , bukan 1, bukan 2, mahupun 3,...  tapi sepuluh lagu terus! Setel...

Ini senarai lagu yang telah diciplak bulat-bulat.
1.Kowarekake No Radio -Tokunaga Hideaki
2.Kamome Ga Tonda Hi -Machiko Watanabe
3.Sakura Zaka-MasaharuFukuyama
4.Kiseki -Green
5.One More Time ,One More Chance -Masayoshi Yamazaki
6.I LOVE YOU -Yutaka Ozaki
7.Shikuramen No Kahori -Akira Fuse
8. Flower -Kinki KIds
9.Niji -L'Arc〜en〜Ciel
10.Misora Hibari -Sansan Ai



Macam tahun lepas, untuk program tahun ni, dia yang paling tinggi ,yakni 1,247,400 yen(=RM 47ribu , ok tak sampai sejuta ).
Ini show dia, enjoy!

 KAMONG,  AOKI RYUJI




    Rahsianya ialah , bukaan larinks dia lebih besar dari lelaki normal, malah lagi besaq dari wanita pun. Dari situlah beliau boleh kawal kelansingan dan kenyaringan suara beliau dengan sesuka hati.Dok cari-cari gak full-video kat D-Addict, nak tunjuk kat hangpa betapa bezanya anak tekak dia dengan anak tekaq hangpa, tapi yang atas nilah yang terbaik.Layankan je. .
Pasal yang tekak itu aku buh gakla bawah. Bayangkanlah sendiri lubang tekak dia besaq takat mana.


Bukaan Larinks hang pa dan juga aku bila bersembang lebat





Ada bakat  tapi usaha tarak tak guna juga.

Aoki Ryuji ni dah start bidang nyanyian ni sejak 1997 lagi. Masa itu dia bermula dengan agak slow walaupun dah jadi Juara Bintang NHK(ala-ala Juara Bintang RTM gak la)Dia start bidang monomane ,setelah menang Contest Monomane Peringkat Kebangsaan Negara Jepun pada 2005. Dan lagi untuk tahun 2006,2007, 2008 (dan 2009 orang ban dia ,kasi can orang lain la brader,haha, statement ni acah)  .
    Oh ya, kalau hangpa nak tau, monomane kat sini merupakan salah satu cabang seni yang eksklusif. Kalau kita kat Malaysia macam menyanyi, berlakon, melawak, kalau kat sini tambah satu lagi, duplicate atau monomane.Susah woo, nak copy suara orang  sebijik-bijik, lagi-lagi suara Saleem, Jamal Abdilah, Lan and the Typewriter jangan ceritalah, cuma Black tu ada iras-iras skit ngan suara Lan, aku rasala.

Beliau dah berkali-kali muncul kat Program Tv , dan berkali-kali juga menang contest monomane-monomane seperti ni. Coloborate ngan artis, dah jenuh bilang, tak terbilang-bilang.Cumanya dia lagi selesa untuk kekal jadi artis monomane ,sebab itulah originalitynya,....hah?

Ok, maybe ada rasionalnya, sebab setakat untuk tahun ini ,beliau dah dapat copy 36 suara artis , dan berazam menambah lagi koleksi suara untuk tahun-tahun mendatang.



Untuk tahun 2011 , aku harap dia dapat belajar English with a proper pronunciation , sebab hari tu aku tengok show dia cuba monomane suara Michael Jackson(siap ngan joget2 gelimat) dan cubaannya itu sangat hancusss...

KAMONG,  AOKI RYUuuuJI


_ciao.












p/s:Suara penulis juga ekslusif, tiada keserupaannya dengan Shahir(AF bape ntah) walaupun rupa dan negeri ,sama, sekian.



Read More

Saturday, December 25, 2010

Sepetang ber-sopping di AEON

31 comments



Kruuk..kreuuukk...kruuuuuuuuuukkkkkk...



Adoyai perut ni.Pagi-pagi camnila dia wat hal. Lagi-lagi lak datang lambat,  kena duduk depan , ngadap muka sensei, awek Brazil pulak sebelah.Sekali berbunyi, terjeling-jeling, orang belakang lagila. Rasa macam nak menyorok dalam poket seluar je. Kalau angin lain gagah lagi.Kemut-kemut sikit . tolak kiri kanan kiri kanan, gostan depan belakang depan belakang, hah , setel.!.Senyap dan selesa. Tapi perut ni, alahai...

Takleh jadi, sejuk pun sejuk lah, start pagi esok takleh miss breakfast .


So,petang ini kene beli barang-barang makan . Kat mana? Tentulah kat Aeon depan sekolah ini.
Ko nak ikut ke? Jomm..











Dari pintu belakang ,nak pergi Aeon  hanya 5 minit dengan basikal ,kalau  berjalan 5 minit.Eh kenapa sama!?.Haa,sebelum sampai kena lintas jalan besau, ada dua traffic light,merah kemahen lama, tapi hijau toleh kiri toleh kanan ,tup,tup,eh, dah merah balik.Jadi, naik basikal pun ken tunggu lama tu, jalan kaki pun kene tunggu lama tu jugak.Jalan kaki je la,tak lari gunung dikejar.








   Ramai jiran aku kt kampung tanya, payah ke nak makan, larat ke telan ikan hari-hari, ada makcik tu siap muka jelek lagi,julor-julor lidah, kunun-kunun macam nak muntah  bila aku citer yang sushi itu dia bubuh ikan mentah .Bila aku cakap sedap, terjegil-jegil biji mata.Ok, cukup cerita setakat tu.

   Kalau ko nak tahu, mencari barang halal kat sini umpama suatu jihad, jihad memerangi golongan munafik , yang selama ini menjadi duri dalam daging, satu barah dalam masyarakat yang menanti masa untuk meruntuhkan umat.

ok, tipu.

Sebenarnya, bukannya payah sangat nak cari makanan halal kat sini. Masa memula sampai dulu kitorang dah diberi list makanan halal haram .



List Halal-haram↧↧(sila klik)↧↧





Tahu. Menghafal list ni umpama menghafal buku sifir. Jadi biasanya kitorang akan melawat rumah-rumah senior, tengok ape yang senior beli, apa yang makan, dan itulah barang kitorang consume, sampaila ujung tahun ke bila-bila.Nak tanya lebih-lebih tak berani, ikut ajela.Masa ni, senior adalah segalanya, senior ibarat lilin yang menerangi hidup yang kelam tiba-tiba..



Tapi senior ni pun kadang-kadang bukan betul sangat. Yang terbabas pun banyak juga. Kalau yang mana yang tak jaga tu, genap satu tahun sama banyak dengan bahagian hujung kuku sampai ke peha.  Habis hujung tahun ke-empat, dah cukup seekor,seekor barbi.
  Jadi, masing-masing ada simpan list barangan default, yang mana aku yakin derang ni dah study habis-habisan.Nak langkah selamat, cari barang murah, sedap no.2,yang tak sedap biasenye murah. Bahan unsur tumbuhan semata  ini murah. Matematiknya mudah, yang murah tentu halal. Nak lagi mudah, beli barang yang takde packaging, takde apa yang nak cek, maka ijtihad halal dalam hati. Mazhab macam ni pun biasa juga ditemui .


Default list(putaran jarum jam):Tuna Mayonis,Spaghetti Peperocino  ,
Koko Cornflakes,susu, Rotibuku 6 potong,
Soya tanpa gula,Oreo, 
and my all time favorite , teloq.

Tiap minggu ,no-no , tiap hari makan benda yang sama pun boring gak. Kekadang lidah nak gak menjilat-jilat benda sedap.
Jadi,katakanlah tiba-tiba hari ni aku geram nak makan puding karamel, dan ini first time kita nak try beli kat sini.













Belek-belek macam ok.



Oh..tidak Belum lagi.

Kat situ ada tulis Nyuukazai (乳化剤)、atau  emulsifier, bahan yg biasanya digunakan untuk menstabilkan campuran lemak dan air,supaya  kedua ini dapat bercampur dengan sekata dalam apa juga keadaan termasuk suhu tinggi.




Lazimnya,minyak kelapa sawit, minyak bunga matahari, dan minyak kacang soya digunakan untuk agent emulsi ni, sebab lebih murah. Tapi , adakalanya, minyak haiwan, pun selalu gak diguna.Sebab apa , itu tak tak pasti.
Haiwan ke tumbuhan, ape derang ni kisah.




Memandang kita umat yang kisah, so, sekarang apakata kita telefon infoline (24/7) dia jap.
0120-141369

#tut tuut, tut tuut , tut tu..


"Di sini, Kilang Perusahaan Meiji,Selamat sore pak, apa bisa yang boleh kami bantu pak?"

"amboi..sedapnya suara, mesti cantik kan.."

"err..maaf ,ada apa yang bisa saya bantu?"

"....sebenarnya, pasal puding karamel ni, kat sini ada tulis nyuukazai, just nak konfirmkan balik ,ini asal dari lemak tumbuhan ke atau haiwan?"

"oh, bentar ya pak...teng te neng neng neng nong neng nong neng..(lagu reception)"

"hello pak"
"ye , ye saya bercakap"

"Biasanya kami gunakan lemak tumbuhan sahaja untuk semua produk, tapi untuk puding karamel, kami gunakan lemak tumbuhan dan haiwan sekali,"

"oh, iyeke, terima kasih"



Maka , bolehlah kita letak balik.
Andaikata esok ada bisikan halus yang  suruh aku makan puding ni lagi, aku akan telefon lagi,lagi lagi dan lagi, sampailah boleh . Dan kalau boleh , tobat lahumla aku nak telefon lagi lepas tu.(haha)
Sebab tulah aku suka shopping sini sorang-sorang.Budak-budak Malaysia sini semuanya soleh-soleh belaka.Sebagai contoh, jejakaC, beliau bukan saja tak pernah ponteng tadarus, malah sangat up-to-date dengan hal-ehwal umat di kala ini..Gi ngan dia, buatnya ada barang kat dalam raga aku tu tak boleh makan kang, sia-sia je usaha aku selama ni (haha)

Pembaca sekalian, yang buruk sila jadikan sempadan.




Malaysia, Bumi Bertuah

  Berjalan dalam Tesco ,jujurnya, aku tak pernah pun belek lama-lama bila nak beli Ikan Markerel Dalam Tin, cukup tengok ada cop halal ; jalan.Seperti orang kebanyakan macam aku, korang pun tentu tak ambil kisah, berapa kandungan karbohidrat dia, protein dia dalam berapa persen, jumlah kalori dia ok ke tak .Cuma ada sekali je la yang tak boleh blah, kat depan besar-besar tulis 'tanpa perisa tiruan', bila cek balik belakang , ada monosodium glutame(AIgO 981921830193129..ntah pebende tak ingat). Ntah apa-apa, kalau bawak mahkamah menang besar ni.

   Memandangkan Malaysia negara Islam , yang majoritinya umat Islam, why not la, kita mansuhkan cop Logo Halal, then sebagai gantinya , logo 'Non-halal'. Yelah, macam nak membeli baju raya , dah tentu-tentu kita pergi Kamdar ataupun Den Wahab. Kat sana, just carik saiz ape, kaler matching dengan kasut ke tak, nak teluk belanga ke, cekak musang ke.Ada orang beli baju raya kat kedai top-up? Atau orang datang jauh-jauh semata-mata nak beli top-up kat Nagoya Textile .Selalu gak jumpa kedai top-up dalam kedai baju la tapi.Same goes to halal food industry. Dah tentu semua orang cari yang halal.Yang tak halal , kita cop 'haram' or 'non-halal'Then, takdelah kes tipu-tipu sijil halal la, logo hala palsu la,umat Islam diperkotak-katik la ,.Kita superior, but the same time, kita tolerate dengan dengan kaum kafir yang lain.


"Masaelahnya ,kau tengokla kilang-kilang biskut sape punye, kilang air mirinda tu,..kalau takde halal , lagi senang la derng nak naik kepala, kite ni tiap hari makan barbi je"



Ok, here there some story.

Lewat 90-an, just before millenia,logo halal masih lagi kartun.Macam corak bunga kat hujung peket tu.
 Ayahanda seorang peniaga kantin sekolah. Tiap-tiap minggu ada menu mee kari. Jadi kena beli bebola ikan dengan jumlah yang banyak. Ayahanda selalunya borong kat pasar borong Teluk Intan, aku kena ikut sebab itu satu-satunya peluang terbaik nak mengenden-ngenden .

   Sampaila satu  hari sabtu tu , ayahanda pergi ke kedai yang regular yang dia biasa pergi ,borong kedai Apek tu ,angkat itu sayur, taugeh, ikan bilis , minyak masak, telur,so-on,..blablablablablabla.. kecuali satu barang je dia beli tempat lain , fish ball..
   Sebenarnya masa tu, tengah kecoh satu Perak , ada kilang bebola ikan kat Lumut ni pakai perut dan daging barbi.Sampai masuk buletin utama. Dan-dan semuorang puasa makan fish ball jap..Oh ya,kalau korang nak tau daging barbi tu rasanya macam ayam skit,sedap,    lembut gebu skit-ni Labmate aku la yang citer.Kalau benarlah apa yang dikata, no wonder la, kenapa aku berselera ,dan cikgu-cikgu sekolah tu pun turut sama-sama berselera makan mee kari ayahanda.Tapi, bila kes dah reveal, ayahanda terus stop beli kat mana-mana kedai kat Teluk Intan., since fishball situ pun kilang-kilang Lumut punya produk..
    Tapi beb,manaleh tahan, mee kari tanpa fishball umpama burger tanpa daging burger.Maka ayahanda usahakan juga mencari hingga ke Sungai Manik, teritori orang Melayu kat Teluk Intan..Kat situ ada kedai yang jual fish ball .Tokey dia orang Melayu , nama dia Pak   ,..Pak  ,  ... Pak,..katakanlah Pak Itam.Rupanya, bukan ayahanda seorang je, ramail lagi yang berbaris nak membeli fish-ball Pak Itam ni.Sumer ni mungkin peniaga-peniaga kedai makan gak, sebab kuantiti beli sorang-sorang dah macam nak wat kenduri arwah.Eh? rival ayahanda pun ada kat situ gak,hehe.
     Hakikatnya , fish ball Pak Itam ni, haram takde la sedap mana sangat, kadang-kadang gigit terasa lagi tulang-tulang ikan. Kaler pun tak ceria, suram. Tapi ayahanda sanggup datang balik esoknya, sebab stok hari sabtu dah sold-out.Jauh woo, nak ulang-alik Sungai Manik .Kadang-kadang hari ahad pun sold -out, maka minggu tu terpaksa ditiadakan menu mee kari.Laku sungguh fishball Pak Itam, rasa macam nak tukar cita-cita jadi peniaga fishball lak time tu.

   Tetiba aku terfikir, dalam-dalam tak sembahyang , tak bayar zakat, tak puasa,orang-orang Melayu ni rupanya dalam bab halal haram makan minum ni jaga sungguh .Macam aku cakap awal-awal, logo halal kat peket tu hiasan semata, biarpun tak sedap, yang penting halal dulu, dan kalau Pak Itam ni seorang yang bijak, by now, beliau dah bukak kilang pertamanya kat Sabah , dan yang ke- 5 di Malaysia- perkara yang tak pernah terjadi dalam lipatan sejarah, bilamana Jakim roll-over Enakmen Undang-undang Halal , dan logo halal yang diperbaharui diperkenalkan. Hapelagi, berlumba-lumba kilang-kilang kat Lumut tempek Logo halal yang standart kat fishball derang. So, masyarakat yang panik dulunya, dah start balik beli Fishball kat kedai-kedai runcit cina, termasuk ayahanda. Pak Itam?, apa khabarlah hendaknya sekarang, sebab dia pun dulu jual pakai ikat-ikat plastik je, nak tampal tarikh luput jauh sekali.

See my points?
Peoples bother to know whether the product they buy ada logo halal ke tidak, instead of, checking overall the details especially the ingredients and the manufacturer.In other hand, niat untuk memperkasakan syariat syiar Islam, rupanya takdelah efektif sangat utk ekonomi orang Melayu,  yang jadi, terbalik. Tempat lain tak tau le, tapi kat sini, cumanya aku takkan beli air tin yang company arak buat , walaupun buleh diminum.



Kalaulah semua itu sah Halal, dan yang mana  Haram itu saja Haram.Maka;
1-Masyarakat lebih cenderung untuk tahu siapa yang buat, kalau orang Islam, gunakan tanpa was-was. Lagipun takkanlah orang Islam sendiri nak buh menda bukan-bukan,..kan...Melainkan kalau ada, kita wat undang-undang yang hukumannya ,ikat kedua belah kaki dan tangan, dan diseret di atas jalan raya sejauh 14 km dengan kereta Kancil.

2-Tiada lagi kes logo Halal palsu. Cuma ada logo non-halal saja. Takyah minta pengesahan sijil ke pemeriksaan ke hape,Once dia guna material haram, labelkan like the others harmfull product. Like precautions alert.Ada  sape-sape ke nak letak logo haram palsu?
  Dulu ada kes, orang report tentang kesahihan sijil halal kat sebuah restoran sushi ni, sebab shoyuu(kicap) yang digunakan sah mengandungi mirin. So, bile cek-cek, restoran ni menang kes sebab logo dan sijil halal dipakai untuk sushi SAHAJA. Cuakkan. Letak logo kemain besar, still lagi ada doubt.Korang dah cek sos-sos cili kat yang kat M'c D?, mana tau kan, bende boleh jadi.
   
3-Kita, orang Islam lagi prihatin dengan apa yang kita makan hari-hari, masa nilah nak gunakan kuasa 60peratus membeli rakyat Malaysia  dengan sebaiknya.Bukan nak kondem bangsa lain, just macam rugi, dah 53 tahun merdeka pun, ada lagi orang cina sekadar faham orang melayu ni cuma tak boleh makan barbi ja.Penguatkuasa JAKIM pulak terhegeh-hegeh la serbu sana, serbu sini. Walhal nak pohon sijil ,takat dua ratus ringgit lebih je, tapi bayangkan KFC dah beribu cawangan satu nagara tapi pakai satu sijil je.Untuk yang company kecik, jenuh la deme explain satu-satu.. Wahai saudara-saudaraku sekalian, tugas menyampaikan dakwah bukan di atas bahu JAKIM sajakan?.






Kesimpulannya, apakejadahnya ko datang sini, tapi tak beli  pebende pun??

Oh, saja temankan aku ye,ehehe lupe-lupe, sori.
Aku ingatkan ko still tak yakin lagi. Takpelah, lain kali kalau nak bershopping barang makan, roger-roger je la.Islam ni kan mudah.Dalam prinsip muamalat, semua barang makanan itu halal, selagi tiada unsur haram yang mengharamkan,kalau ada, walau sedikit , maka automatik jadi haram.Aeon ni aku tak abes explore lagi,dan aku rasa banyak lagi barang yang boleh makan, dari yang tak boleh.Takpela, take time. Serunding yang mak ko kasi tu ada lagi kan, abiskan tu dulu.


Oklah, banyak pulak membebel ,hari dah makin gelap ni,kang tak sempat nak Maghrib.




Hari ni kita try bayar pakai mesin, self- servicela kirenya.Biasa aku lagi selesa bayar pakai cashier, selain cepat, sebagai customer , akan ada rasa dihargai di situ, sebab ada human-touch.
Alang-alang korang pun sudi teman aku , so apakata kita demo skit pakai mesin ni.


Mula-mula..

 sediakan beg yang bawak dari rumah ni.Eco skit.


Pastu tekan butan atas, tanda kita pakai beg sendrik.






















Then bolehlah start scan satu-satu ...dan..aaa??














..
dan
 aaa..?


tembak sekali lagi
tet!




...dan ,  haa?


last-last..


Tet!




DAN,


.
HAAA?
.
.
.
...





























Pergh..sejak bila lak ni? Kena bawak balik Malaysia ni teknologi ni.
Kejap,kejap , asal ko sengih-sengih ? tak kelakar dowh..

Next time ,kita datang , bila bayar pakai cashier balik, anggap mesin-mesin ni tak wujud , LOL


 Ok, thanks ,sudi temankan aku.Tak dan ni, tapi nanti aku belanja ko  ,belanja makan onigiri.


_ciou









p/s:awek Brazil ni asik, srohh,srehh,srohh, srehhh, kurang sudah peratus cantik dia kat mata aku.Keep warm guys~

p/s/s:jadual tu petik dari sini dan banyak lagi info kat sini:)

Read More

Monday, December 20, 2010

New Accessory:: Canon EF70-200mm F4L USM

29 comments

   Blog adalah medium terbaik, wadah untuk menunjuk-nunjuk harta kekayaan masing-masing. Di kesempatan itu, saya juga tak mahu melepaskan peluang ini untuk  menunjukkan harta kekayaan terbaru yang baru saya miliki sebentar tadi.

Jaa, jaangg~!

gambar pinjam google jap

Recomended to those rookies, yang masih tercari-cari identiti sendiri untuk menempah nama dalam dunia fotografi yang fana ini. Dengan adanya  Canon EF70-200mm F4L USM  ini, kamu boleh mencuba cabang-cabang baru , menjadi pioneer, supaya otai pun kagum dengan shoot-shoot yang  kamu miliki.Antaranya;


Astro-graphy;
-Tangkap bulan sahaja.aje. Malam kang gambar bulan, malam esok bulan, malam lusa pun bulan.Buat potrait lengkap family bulan, bukan setakat anaknya sahaja.Make sure setiap perubahan pada permukaan dan kawah-kawah bulan itu direkodkan sekali.Kalau bernasib baik, hasil-hasil seni kamu mungkin menjadi rujukan utama NASA , JAXA, mahupun ANGKASA..


Perverto-graphy;
-Despite of street-candid, cabang ini kamu dimestikan untuk shoot gambar gadis sahaja.Kalau dapat anak dara jiran yang persis Julie Woon , itu sudah bagus.Shoot dari celah tingkap bilik kamu.Hayati setiap pergerakan, ambil feel, dan shoot!.Follow every movement of her body dan kandid ekspresi muka dan moodnya yang spontan itu. sekali. Kalau perlu, stalk sampai keluar, stand-all-out dekat mana dia selalu lepak, dengan siapa dia selalu hang-out. Rakam setiap bibit suka-duka dia, secara detail. Close-up muka hingga nampak cabai di celah gigi masa dia tengah makan.
     Oh, ya pastilkan rumah jiran kamu itu tiada connection internet, or at least dia tak pernah tahu apa itu flickr,photobucket,mahupun facebook..Otherwise, jangan tanya saya kenapa bapak dia selalu mengetuk2 pintu rumah kamu dengan parang.. Series saya tidak tahu..





Orait.
Ini saya attach-kan  skit gambar2 lens yang saya punye lak.




























































------





























hehe, Mug saja yang mampu .
Harga asal lens dia yang sebenar adalah dalam RM 2600  .Kalau pandai carik, busuk-busuk pun RM 1800. .Mane nak korek duit banyak tu oi.Anak Tan Sri pun fikir banyak kali..



Takpelah, berangan dulu.

Bak kata orang Lambor Kanan;

     " Biyor pape, aseikan bergaye...ye dok?"


          Ajernye ye....




















Selain peranan utamanya sebagai tempat simpan air minum ,  ia juga boleh berfungsi sebagai  alternatif sementara sekiranya body-cap hilang atau tercicir memana.








Macam tolol pun ade. Nasib baik saya bukan pengguna Canon.

_ciaou








p/s: air dalam gambar tu Oldtown White Coffe( pek hijau:Hazelnut).Minumla, sedap saya rasa, tapi kenapa saya guna saya?


Read More

Tuesday, December 14, 2010

Teguran Ikhlas Buat Kohai Tersayang

12 comments








Just in case.Aku tau korang tak pandang tandas ni lagi dah.









p/s:フリーター、車を買う





Read More

Friday, December 10, 2010

Teka-teki jap

15 comments







 

Dalam banyak-banyak air teh, 
air teh ape yang orang jual dalam kotak?
.... 
Jawapannya teh botol ..


kikiki funny sungguh saya..









 p/s:えびアボガドロもう一枚ちょうだい

Read More

Wednesday, December 8, 2010

10 things before 40

15 comments
































p/s:ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwuduklah.Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita , maka bertakbirlah.Ketika bahu tak terdaya memikul amanah, maka bersujudlah.Ikhlaskan hati dekat diri pada-Nya.Agar kita tunduk disaat yang lain angkuh,kita teguh disaat yang lain runtuh.Agar kita tegar disaat yang lain terlempar.Selamat menyambut Maal Hijrah 1432, moga bahagia di sini makmur di sana.


Read More
Related Posts with Thumbnails