Saturday, May 29, 2010

Kenduri kahwin gua nanti...

23 comments



   Malas nak intro bunga-bunga , gua straight to the point je lah .Ini cuma bayang-bayangan seorang lelaki yang sedang kusut jiwanya , merenung masa depan yang belum pasti , tapi masih lagi gagah untuk mencongak tentang majlis kenduri perkahwinannya suatu hari nanti.

Sapa tanak kahwin ooi..


   Tahun lepas, bila gua jumpa dengan sahabat lama gua, rasa macam berjumpa dengan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan pulak.Lain sangat beb.Dulu ,boleh sama-sama mengepau megi junior, sebat ais krim kat dewan makan, ponteng prep, fly gi kedai mamak sebelah sekolah,  tau-tau dia dah pun jadi suami orang.Memang saspek la.Cara fikir dah tak sama, kalau dulu mencarut-carut dah macam perbualan rutin, sekarang perkataan dah tersusun lagi berhikmah. Lawak bangang? tetap ada, tapi mungkin dengan gua je, dengan orang gua lain, gua tak rasa dia camtuh.
    Bak kata ZaidSensei; "Lelaki tiba-tiba boleh jadi orang yang lebih baik selepas dia kahwin..."-kata2 yang masih terngiang-ngiang kat telinga gua.
  Sebelum gua tulis lebih-lebih, (sebab gua tanak di-chop jiwang), adalah bagusnya kita layan terus pasal fantasi liar majlis kahwin gua ni.




KAD 
Gua start ngan kad jemputan.Saiz konvensional jerk, tapi pakai gloss-paper, kertas foto tu.Kalau ada bajet lebih skit , gua ingat nak wat yang ade muzik2 skit bile bukak.Lagu?  : Kenek-Keneklah Udang lembu patahlah tanduk , ahh~...huwa huwa huwa..


Desain die:




 2 minggu sebelum kahwin gua ingat nak amik cuti panjang, nak pusing satu Malaya,ketuk pintu rumah sensorng dan nak pass kad ni dengan tangan sendri.Suprise!?, Itu sudah pasti. Mesti ada nye lah member2 gua ni terkejut beruk dan cakap;

" HAHAHAHA, Tak sangka betula ,ade gak orang nak kat kau..Sapela wanita malang tu ye.."


..sial.





ATURCARA 
Lagi awal, lagi bagus. Akad nikah start sejam lepas subuh.Makan tengahhari ditiadakan, diganti dengan sarapan pagi beramai-ramai.Ini khas untuk golongan member seangkatan makbapak gua, jiran-jiran, dan saudara terdekat.Yelah, memandangkan ada kemungkinan bertembung tarikh ngan orang lain, so adalah baiknya gua punya, kenduri yang pertama derang gi, the first the better .


Sementara jiran-jiran gua tengah gotong royong cuci pinggan, gua ngan pengantin perempuan lari jap gi photo shot memana, sambil-sambil jumpe ngan saudara2 dari seluruh perosok Mesia, jumpe sekali ngan anak2 derng ,mana tau kan,kalau bukan untuk gua, mungkin jodoh derng untuk member gua yang belum ade gf ke time tuh.


Malam: GrandDinner; Ini mungkin buat kat mana2 ballroom hotel kat Ipoh, Hotel Syuen ke..Paling-paling koman pun kat dewan serbaguna kat kawasan rumah gua ni.Koman-koman pun, boleh sumbat 2ribu umat Muhamad jugak la, jangan memain.Pasal makanan, ni bagi kat family belah bapak gua la senang, derang lagi arif, tapi jangan risau..., udang galah mesti adenye..dan takde catu-catunye sistem, makanlah bape banyak korang nak ok.




Udang Sambal Petai- terbaik dari ladang






PHOTO SHOT
Yang ni gua cerewet sikit, dan kalu boleh gua nak kongsikan dengan korang yang gua nak macam ini:




dan macam ni..




..dan juga macam ni

Dan yang pakar dalam bab-bab ni semestinya;
Shutterspeak
 Gua percaya , kat Malaysia skrang, industri wedding photography ni dah macam payung kembang time hujan.Ekonomi dunia tengah gawat pun ramai lagi yang nk kahwin.Maka, tak heran ramai member2 gua yang ade kamera2 besau , tibe2 je leyh jadi pro .Tapi kat sini suka gua nak ceritakan,pakej agak unik, sebelum kahwin ,selepas kahwin pun ade lagi shooting gambar.Even perjalanan satu kenduri pun boleh dinostalgiakan dengan gambar-gambar gak.
  Dan yang paling best , derng nyer video-graphic.Nak tulis indah-indah pun gua tak pandai, tapi korang layan ni sendrik bawah ni:
 

Gua udah banyak kali layan video ni, dan setiap kali gua nuntun, emangnya nuntun dengan penuh minat deh..


  Menurut tutorial yang derng buat,derang just pakai Canon5d (kot) , dan efek gerak-gerak melilau tuh, derg pakai sejenis static-stand dan boleh sangkut kt badan, takde la gegau-gegau kan kalu pakai henpon ,format 3gp.


Okla, kalu korg berminat, taula kan korang nak carik kat mane.Kalau nak pakai khidmat gua jugak, tunggulah 3 tahun lagi (ameen..)




Setakat ni saja gua meraban dulu, yang lain gua fikirkan kemudian.Sesiapa yang ada apa-apa cadangan, sudi-sudilah share yerk_ciaou.




p/s:glad to have this entry for 2010 SpeakAboutUs Contest ..

Read More

Friday, May 28, 2010

Cara Mudah Untuk Master Bahasa Jepun

26 comments

Bangun!!...Assalamualaikum warahmatullah hiwabaraktuh dan selamat pagi Cikgu Kamaruddin Omar 

 Waalaikumussalam dan pagi sume.
Baiklah , hari ni , cikgu nak ajar kamu semua ,bahasa Jepun ye, cara-cara nak master bahasa Jepun dengan mudah , pantas , dan berkesan ya, murid-murid.Sebelum tu cikgu nak tanya, ada siapa-siapa kat sini yang  terer bahasa lain, selain bahasa melayu dan Inggeris tak? Kalau ada , angkat tangan...
...
Bahasa Cina?
....
Bahasa Tamil?
..
Arab ke?
..
Urdu ke?




...Takde ye nampaknye,haha, cikgu lupe pulak murid-murid cikgu ni semuanya anak-anak melayu belaka...Takpela ade sape sini yang cakap Jawa tak kat rumah, Banjar ke...


Saya cikgu!!


Iye kamu,kat umah kamu cakap dalam bahasa ape?Jawa? Banjar?

Bahasa Pasar cikgu..




sPIAP!!




  Okla, cikgu sebenarnya tanak gunakan kekerasan hari ini.Kalau kamu tahu bahasa2 lain , cikgu berani bet la, bahasa yang paling senang dalam dunia ni, Bahasa Jepun. Perkataan pun tak banyak, grammar pun ade 2 je ,Past, present, je.Nak menyebut pun senang. Kalu tolak tulisan hiragana,katagana , kanji, cikgu rasa harini jugak murid-murid cikgu boleh pandai cakap Bahasa Jepun dah.

    Kadang-kadang, "Uhhh, Aahhh,, Ehhhh,,Urmmm,,Wooo,,Yoo, Iiie ,Saa,..." pun orang dah bleh paham dah.Tak caya? Silalah percaya, sebab cikgu ada bawak tape ni , kita try pasang tengok aa, Canggih kelas kita rupenye, kelas lain semua ade VCD player, kelas kite je yang pakai Tape Player.......
















Amacam? Senang bukan?...









Cikgu,cikgu, saya ada masalah la cikgu.Kalau takat hiragana, katakana, boleh pi la..Tapi bila depa tulis kanji, saya agak la cikgu, kennot go...

Takpe-takpe cikgu faham, ok sekarang cikgu nak ajar macam mana nak master kanji lak..




















Uuuishh, beghak la mu ni , sumo bendo nok sene,.. payoh la wei


Yang ini cikgu nasihat kamu semua beli buku yang cikgu tulis, ada  jual kat koperasi atau mana-mana toko buku berdekatan.
Kalau ada apa-apa masalah, tanye je cikgu, yang cikgu boleh jawab, cikgu jawab sampai kamu semua faham, yang mana cikgu takleh jawab, nak wat camane kan, kebodohan bukannya satu dosa..Yang penting sekali semangat belajar tu , kena ada.


********


Belajar...................................................................................................................................

Bak kata seorang motivator:"Saya tahu, sebut belajar jerk, semua orang tahu bukan benda senang. Alah biasalah tu ngulang-ngulang paper, saya pun dulu selalugak ngulang-ngulang nih..."-salah satu sebab kenapa aku suka sangat pergi dengar ceramah motivasi, ialah apabila sang motivator menceritakan kisah lampau beliau, membuka segala kudis-kudis lalu, mengenangkan dengan diri sendiri,lantas akan membuatkan korang juga berfikir:

"Wuiiyoo..dia ni yang banyak fail paper dari aku pun, still lagi leh jadi boleh berjaya cam sekarang, bukan sebarang-sebarang orang nih,  takleh jadi ni, aku mesti kene lagi power dari die nih!!"


ATAU


"Hek eleh...kantoi subjek ntah hape hape,  pendidikan jasmani , bussiness marketing...tapi boleh jadi pegawai tinggi, cess. Tak leh jadi, kalau aku push skit je lagi ni, mesti aku leh jadi hebat dari die skrang ni!!"

Tak kisahlah, andaikata anda perlukan motivasi untuk belajar, bergaul dengan orang beza 10 tahun dari anda adalah yang terbaik, series!! Yang terbaik sekali , bergaul dengan lecturer anda terus.



 
.................................................................................................................................................
*********






Okla murid-murid sekalian, cikgu kene gi hospital dah ni, bini cikgu nak bersalin, anak kembar agaknya.


Bangun!!
Alhamdullillah dan terima kasih Cikgu Kamaruddin Omar


Sama2_ciaou















p/s:best pulak jadi cikgu nih,....

Read More

Tuesday, May 25, 2010

Gering

5 comments








Bila kita gering, barulah kita tahu yang kita boleh sakit;

Bila kita gering, barulah kita tahu yang kita tak kebal;

Bila kita gering, barulah kita tahu yang mana rakan, yang mana lawan;

Bila kita gering, barulah kita faham yang ada dihadapan hanya hiasan semata;

Bila kita gering, barulah kita sedar yang kita sedang teruji ;

Bila kita gering, barulah kita mengerti, hidup ini lebih bermakna jika ada ikhlas,ikhlasnya sebuah kesyukuran;

Bila kita gering, barulah kita ingat semua, sedangkan yang semua mula melupai kita;


Ya-Allah!

Kalaulah natijah kejadian manusia itu,

bila gering baru mereka mengingati-Mu,
maka,
aku rela Digeringkan oleh-MU sepanjang hayatku,
nescaya ;

aku tidak akan melupai-Mu ,


....walaupun sesaat cuma...




 .............................................................................................................................................

  問1:Berdasarkan pemerhatian anda daripada 2 gambar di atas, Saudara Erwan kita ini telah mengalami penyakit:


a) chickenpox
b) chickenpokes
c) chickenporks
d) cengkering










.
.
.
.


Astagfirullahalazim, orang masuk hospital, korang boleh lak layan lawak spastik aku ni.
Just nak kasi tau jerk, Erwan masuk wad sabtu lepas (22/5), dan InsyaAllah akan keluar wad dalam tempoh seminggu.Kalau ada kelapangan , silalah lawat beliau kat Nagoya Uni. Hospital名大病院 kat Sakurayama, bilik no.1659.Datang bawa ole-ole 14btg skali, mesti die suke gile ar..

okla_ciaou






p/s:krispy kreme..oo..krispy kreme..

Read More

Thursday, May 20, 2010

Sukaduka Hidup Sebagai Penoreh Getah

19 comments

 Pak Akob (bkn nama sebenar) , merupakan penoreh getah yang cekal, tabah , berani serta berwawasan.Manakan tidak, seawal pukul 4 beliau sudah pun keluar menoreh.Sebelum subuh , 80 pokok  sudah siap ditoreh.Selesai solat, pekena nasi lemak+kopi kapal korek, gosip2 ngan Mak Limah , isteri beliau sampai tengahhari beliau pun keluar memungut susu getah, sebelum dijual kepada Mat Dawai(pun bukan nama sebenar).Begitulah rutin seharian Pak Akob sebagai penoreh getah.
   Bagaimana pun, menoreh hanyalah part-timer sahaja.Profession beliau sebenarnya seorang Jaga kat kilang kasut Bata kat Pekan.Shif senja sampai pagi esok, petang beliau tolong MakLimah jual goreng pisang tepi jambatan tu.Tidur? Ntahlaa...Tapi nak elakkan dari berprangsangka buruk, pstt...pondok Jaga kilang tu ade set sofa, ade tv siap ngan astro lagi, tiap2 hari pasang Sinar kuat-kuat.  Ler, bayar mahal2 tiap2 bulan , dengar Sinar jerk, apekehal??.Cumanya, Pak Akob memang beruntungla sebab dapat tokey yang memahami, jarang nk jumpe boss layan kuli macam boss.







Sebut pasal part-time ni dah sebulan dah aku rupenye wat part-time ni.Yelah, demi mencari sesuap nasi yang halal.Lagipon aku keje bukan sebb duit pon, abes class,dari duduk kat umah sorng2 macam orang gila, baikla aku wat sesuatu yang produktif,kreatif dan inovatif.

Part-time aku ni senang je: susun susun meja, kerusi, mic, whiteboard, pastu cuci skit atas meja, tutup lampu, kunci bilik, setel!. Gaji adalah dalam 850yen sejam(RM28++).



(credit to  pocket camera)

Cume ade part yang aku menyampah skit: Cakap dengan penyewa dewan bile time drng check-out
Bahase Jepun aku dah le terkangkang, disuruhnya plak aku cakap dengan polite-form,..
So, ini butir2 yang nak keje cakapkan,
(PERHATIAN SERIUS:INI AKU TRANSLATE BULAT-BULAT)


"Mintaf maaf kerana membiarkan tuan tertunggu.."
"..Sekarang izinkan saya untuk cek samada ada barang yang tertinggal atau tak"

ikutlah, kalo ade 15 line meja, 15 kali kene cek atas, bongkok ,cek bawah..

"..Pemeriksaan sudah selesai!,sekarang izinkan saya utk menghubungi pejabat pula"

"Selamat bersusah-penat, pemeriksaan untuk bilik tingkat 13 nombor 7 sudah selesai"

"Sekarang tuan bolehlah kunci bilik ni, kemudian hantar semula ke kaunter di tingkat 9"

"Terima kasih banyak2, semoga datang lagi"



Peergh,.. mesti korng terpikir asalla bende yang simple dimenyusah2kan sampai begitu skali.Check-out je kot.
 Tapi sini dalam bisnes semuanya kene telus, kene transparent beb, customer kene tau ape yang dia dapat dengan duit yang dia bayar, dan peniaga bukan setakat menjual barng , dia sebnarnya sedang menjual kepuasan kat customer die tuh, dengan harapan customer die dah tk larik kat orang laen dah.Takde istilah, paham2 sendri la beb.Kekadang terasa bongok jugak, tapi itulah hakikatnya.Beli sekotak air pon kene cashier tu akan cakap,

"Saya terima note 5000yen, harga 105yen, saya dahulukan dengan note1,2,3,4 ribu yen, dan 5,6,7,8 ratus, 95 yen , terima kasih banyak, sile datang lagi"-Mane nk carik kedai cm ni kat Malaysia ooi, beli air je kot.






terbaek di TelukIntan


Cube bayangkan kot-kot mapley2 kat Mesia bley apply gak bende ni .

"Macha!!, order"

"Ok boss, minta maaf kerana membuat bos tertunggu,boss nak order ape?"

"bagi saya , nasi lemak satu, sambal sotong , nak yang janggutnye, topping kacang dah lar,, pastu minum teh tarik kurang manis, buih setengah cawan aa, adek saya kasi roti canai banjir dengan air kosong je"

"Baikla, saya confirm kan balik ye.Nasi lemak, sambal janggut sotong topping kacang satu, teh tarik kurang manis ,buih half satu, roti canai kuah banjir satu, air kosong satu.,.,ok boss?"

"Ok ok,"

"Ala bang, tanak la air kosong ,orang nak minum milo ais!!"

"Yelah2, macha kasi milo ais satu"

"orait, saya confirm kan balik ye.Nasi lemak, sambal janggut sotong topping kacang satu, teh tarik kurang manis ,buih half satu, roti canai kuah banjir satu, air kosong satu, milo ais satu.,.,ok boss?"

"dey ,air kosong takyahla"

"ok ok, saya confirm kan balik ye.Nasi lemak, sambal janggut sotong topping kacang satu, teh tarik kurang manis satu,buih half satu, roti canai kuah banjir satu, , milo ais satu.,.,ok boss?"

" ...  "

Rase nak bagi penampar pun ade..hahaha...
................... 





  Teringat lagi mase beli nasi ayam kat Kolej12,UM. Harga RM2.50,.Aku kasik la RM3, sebbkan die takde duit kecik ,dia mintak 50sen,.Aku cakap la takde.Muke die pon serba salah,takpela kalo makcik ni pulangkan seringgit pon , aku tetap bayar gak 50sen gak malam karang,sbb aku customer tetap dia .Kira aku berhutang la dengan die.Ingatkan betulla die nk kasi sengget balik, rupenye , die koyakkan cebisan bucu surat kabar alas meja, die tulis baeeknye '50sen' ,kat blakang siap ngan signature die lagi!

"dik simpan ni, mlm kang ade gune balik 50sen adik ni ye"




" ...  " 



WHAT THE HELL IS GOING ON HERE!!

Dah la tulis dengan pensel, tulisan buruk lak tu..alahai..
Takpelah,itulah  last aku beli nasi ayam die.



voucher 5kupang




Oklah, tuan2 dan puan2 di luar sana ,senang citer, walaupun Kedah Maju 2010,Malaysia Maju 2020, masih banyak lagi benda yang nak kene setel ,benda-benda kecik orng kita wat-wat dono jerk, walhal kalo tkde yng kecik, tkkan adela yang besar.Cumenya ,yang aku suke satu mende ni, tahap toleransi  rakyat Malaysia yang sangat tinggi,barangkali terkesan dengan budaya hidup multi-cultural kot..masing2 nak jaga hati masing2, sudahnya, sumer benda kira 'adik-beradik dah ..'








p/s: menulis blog pun sekadar mengisi masa lapang juga.

Read More

Sunday, May 16, 2010

Beyond the Propaganda::Bringing the top down under.

4 comments

 "Under what, do you mean my table ?"


    I feel an immediate personal connection and engagement with the images when I look at the White House flickr feed by photographer Pete Souza.

And I don’t think it’s because of my politics nuance or whatever.



   The Whitehouse flickr feed is a new way of opening up images to the public, and making them less didactic. In a way, you get to be the editor. This is a new kind of experience. They’ve still been edited, but we get to see them out of the context of a magazine or newspaper. The context is simply the captions and the other images.



Every time I tap into the White House’s media machine, I am stunned by how imaginative they are. Not only do they use new technology effectively and creatively, they use it beautifully. The graphic design on their sites is, of course, gorgeous.



And the images they use are too. They are well lit, well managed, well color-balanced, and continue to surprise me with their nuance and humor. And they are also quiet. On the whole, they are not grandiose. They are not what I expect to see.



In these pictures, Obama strikes me as more dignified precisely because he seems more approachable. The fact that he is unafraid to let us see him being himself, feeling a wide array of emotions—from consternation to mischief to love—makes me respect him more. While some might argue that dignity is looking noble, strong, and emotionless, I feel, more and more, that dignity comes in part from looking human; appearing to be full of emotions, not void of them. His team knows this, and uses it. How is it that the Obama White House has rediscovered something so basic about pictures and people, that much of mainstream journalism seems to have forgotten?


Let me take a step back. Sure, some pictures are interesting purely because of the aura of presidential grace around them. If it were just my Sensei running with the dog, I’d find this photo sweet enaugh, but less thrilling. It would be a snapshot  This is a picture that has it’s power because it depicts the President of the United States.








But a lot of these images are interesting in and of themselves, no matter who is in them, because they are more open ended. They don’t tell me how to feel. They’re chronicling the life in the white house and the office of the President—their agenda is approachability and transparency. That is an agenda, and it serves a political purpose, but it also leads to more interesting pictures than other agendas. This style of picture-making plays in the space between the snapshot, the documentary image, the propagandist image, and a work of art.






When you have an agenda of one specific emotion—like pity, or sadness, or horror, or awe, or nostalgia—the pictures you make tend to be more closed. You’re not asking someone what they feel when presented with an image, you’re telling them what to feel. Granted, sometimes that may be appropriate for a certain project or picture. But in terms of standard journalistic practice, I think it’s out of sync with the ideal of informing people about an issue so that they can make up their own mind.
It seems to me that in journalistic photography in recent decades, there has been a simultaneous clinging to the idea of an “unmanipulated” picture as “fact,” and a movement toward encouraging sensationalist, dogmatic images in the name of social advocacy. To me, both these things are outrageously false. But more and more, that is the kind of photojournalism I see in the mainstream. These two from MSNBC don’t give me much room to feel or think.



In other cases, you see simplistic (boring?) images used in order to create a pithy interchange between the headline and the shot. What you gain in cleverness apparently outweighs what you’ve lost in thoughtfulness. Like with this shot on CNN.com:

 




Alright.Let se, what  probably we , Malaysian have on our mainstream media too.



  Seriously, if anybody asked me for photography as a profession, I would die to do something like what Peter Sauza had done,taking an unexpectable shot,inside-out of PM Department at Putrajaya, despite ,' tenggek 24/7 di tepi jalan, tembak gambar anak dara ntah sape sape  ntah(probably bini orang) pastu upload kat fb,..alahai..Nak layan,layan sorang-sorang sudeeyh..'

Anyway , great job Pete, looking forward for your next shot.








p/s: we live as we already naked, just wait for someone to see ,and if they did,  try your best to cover 'it'.


Read More

Thursday, May 13, 2010

Hadiah untuk Che'gu

12 comments

 




Lepas saat itu, dia terus belajar, dan belajar, dan terus gigih belajar sampailah.... 



Dulu, hairan gak,belajar pandai-pandai, alih-alih balik Mesia, ngajar budak skolah jerk.Tapi sekarang baru aku faham kenapa.Mungkin dia mahukan salah seorang murid buat seperti apa yang dia pernah buat dulu kat Cikgu Kudin..mana tau kan..








Hadiah ape yang aku kasik??,. Mak cakap , kalau nak kasik hadiah , kasi barang yang orang guna hari-hari, nanti dia sampai bila-bila dia teringat kat kita.Maka aku pun struggle kumpol duit belanja(pau abah) untuk belikan Cikgu Kidin hadiah ni


Scroll-down utk tengok↧↧(klik)↧↧





Mesti Cikgu Kidin teringat2kan aku sampai skrang..









Bb punye hadiah plak...(klik sini)





Ok...Selamat Hari Guru..










p/s:Iye Puan, saya tengah bukak buku la ni..

Read More

Monday, May 10, 2010

Pic.OfThe Day::NewSalonOfPiggyHair

3 comments




On the way riding to post office nearby , i found this anonymously salon , just 5 minutes walking from my house.Well..I wish I had better, and of course , more words for this post.




 



Just make sure you samak after your hair got permed here.Treatment as well.
Color...mmm,,. One color only  : Pink.

Oh ya, the staff just handed me the 5% off too. If you do want, don't bother yourself to ask me for it before it get burn.








p/s:お甘い言葉でご苦労様でした、fida-さん,またよろしくね。

Read More

Saturday, May 8, 2010

Masjid Baru Itu

7 comments




    Tak lama dulu ,terserempak dengan binaan baru naik, masa tengah jalan-jalan nak beli coca-cola 100yen kat 7Eleven.Seakan bentuk seperti sebuah masjid,ada minaret ,siap dengan parking sekali .Eloklah  tu, jarak adalah sekangkang kera dari sekolah,kene time jumaat, takyah kelam-kabut gi Masjid Nagoya(bajet tiap minggu pegi).
    Pendekkan cerita, selang sebulan , gi la meziarah balik masjid ni.Hairan gak ,apsal takde orng cerite pun pasal bende-bende baik camni.Kalau senyap-senyap kahwin, tau2  anak sorang pun boleh mendatang kepelikan(dan kemarahan). inikan pula sebuah masjid yang betul real,besar dan indah ini.



   foto sebulan selepas itu

    Oh, rupenye sebuah gereja ke. Takpela, at least ada agama gak orang Jepun ni, percaya tuhan tu ade.Biasa dengar citer kan, paderi dlm kristian masuk Islam .Citer-citer Tajuddin Othman Abdullah, bekas ketua paderi Sabah, kemudian Joshua Evans , dan Cat Steven, dan banyak  lagi.Orang-orang ini dulu yang orang alim dengan pegangan kristiannya,akhirnya dengan petunjuk dari-Nya,diorang sekarang jauh lebih baik Islamnya berbanding kita yang sudah sedia memang Muslim.Mudah-mudahan mereka yang mengimani dalam kristian ini , dipanjangkan hidayah oleh-Nya menuju ke Islam.Ammenn.. 

   Memandangkan ini gereja sudah sempurna sifatnya, lemah lak lutut nak masuk.Cukuplah, sekadar menghamburkan nafas kat luar pagar.Masa ni dah nak dekat asar.Wuish kalo kat kampung, time asar la meriah, kat tepi surau ade taman permainan, ade kolam, ade gelangan takraw,ade lak brader jual cendol ngan kopok leko pulak,mmg cuci mata melepak.

 Boleh dikata seminggu 2 kali la lalu depan tapi kat gereja ni tetap sepi jerk.Ok, taulah yang hidup beragama masih lagi belum popular kat Jepun ni.


Tibe2 terpandang lak kat satu papan tanda nih...Fokus kat simbol dia ..Yang hat ataih belah kanan tu..












Kristian ke hape nih? lain macam je salib dia.Dah macam peta jalan rumah orang kenduri kahwin lak aku tengok.











...........................................................................................................................

    Okla, straight to the point. Rasanya ramai yang sudah tahu, usaha mubaligh2 kritian yang sudah akil baligh ni,lebih dari jangkaan Semasa  duk asrama dulu, kerap gak , mereka ketuk-ketuk pintu bilik , kasi tazkirah skit, pastu kasi pemplet, ajak gi sunday pray kat gereja2 berdekatan, dengar khutbah, dan jelas derang ni tk jemu2.Of course la derang dibayar wat keje2 cmtuh, tapi yang menariknya, mesej2 derang bukanlah pasal Jesus ke,Holy Soul ke,trinity ke.Tapi derang bercerita tentang cinta dan kasih sayang.Pernah dulu,2 orng awek, sorang jepun sorang latino, sorang macam Haruka Ayase sorang lagi  persis Christina Aguilera,..Mak aih, bidadari turun dari langit, muncul depan ngko, pastu bercerita pasal cinta.Longgar abes segala sendi-sendi.Lepas dah kasi can derang berzikrah, dengan cool nye aku kata kat dia ;
"Mintaf maaf saudari, saya ni dah beragama,kalo awak nak saya worship tuhan ikut cara saudari, ramai orang lagi yang nak diajak, tapi bukan saya, mintaf maaf eh..

dan Haruka Ayase tu balas balik;

"awak tak perlu ikut cara kami, cukupla awak percaya tuhan itu ada dan sentiasa sayang kat kite semua".

Amacam?? Ada ciri-ciri calon isteri solehah tak, kristian la tapi.

   Kan bagus kalau ade sekumpulan pendakwah, ketuk pintu-pintu rumah orang, mengajak kepada Islam, paling tidak pun hidup bertuhan kan Yang Maha Esa.Approach yang sukar, dan biasanya dipelopori oleh golongan-golongan yang kita panggil tabligh.






Tabligh.
Kalo korang join geng tabligh, korang akan dibiasakan dengan perkataan-perkataan seperti 'gush','tasykir' , 'ikram','bayyan' dan lain2 lagi.Kadang-kadang join gak, sebab sekadar nak belajar2.Lama kelamaan baru perasan,objektifnya mudah, sembahyang 5 kali sehari pada takbir pertama secara berjemaah selama 40 hari. Sangatlah sukar bagi seseorang yang hidup secara tipikal boleh capai target macam tu, tapi bila keluar ziarah dalam kawanan tabligh, nak melaksanakan objektif tadi amatlah mudah.

 “Barangsiapa yang solat berjemaah selama 40 hari tanpa ketinggalan takbiratul u'la iaitu takbir pertama selapas imam bertakbir,maka Allah beri dia dua kelepasan. Pertama, kelepasan dari sifat nifaq dan kedua bebas dari azab neraka"
-Hadis Sahih.
  
   Pun begitu, tak semua aspirasi tabligh ni tercapai.Lebih-lebih lagi bila berhadapan kawan seagama . Sedih gak bile kawan  yang nak diajak itu lebih tajam akalnya, jauh dalam ilmunya,lagi lembut lidahnya berbicara soal agama , lantas, dicantasnya dakwah mentah-mentah.Bukan usaha dakwah itu diumpil , tapi kandungan dan intipati dakwah itu dipersoal.Sebagai altenatif, mengapa tidak sahaja bersemuka dengan orang yang lebih jahil, orang yang tercari2 tuhan dalam hidup. Sekurang-kurangnya kamu tahu ilmu agama kamu adalah setakat itu, tetapi mampu membawa manfaat yang berganda besarnya daripada rakan seagama kamu yang lain.
   Malam itu ade dalam 10 orang di musolla. Aku , kawan dan 2 orang brader Bangladesh, keluar ziarah, yang baki tinggal mendengar bayyan.Kami berempat naik kereta, kemudian pusing, dan pusing , dan pusing , dan pusing lagi sampai depan musolla tadi kemudian turun utk join bayyan kembali.
????
"Apsal tak singgah mana-mana pun tadi?"-si bingung bertanya
"Sebab semua orang Islam kat sini dah pun ade kat musolla"-brader Bangladesh menjawab dengan slumber


   So, korang fahamkan ape yang aku cuba sampaikan.Cumanya, nak kasitau hakikat dunia sekarang bile John bunuh orang, derng akan cakap" John JAHAT'. tapi bile Muhammad bunuh orang , derng akan cakap " Orang Islam JAHAT".Kalaulah imej ini melekat pada muka kita orang Islam, maknanya ada sesuatu yang tidak kena, dan tak perlulah melatah, ' Apahal Dengan Kamu Ni,Nak Gaduh KE??'.Kita bukan begitu.








P/s:the religion called Christian Orthodox, never thought they have another symbol

Read More
Related Posts with Thumbnails