Tuesday, May 25, 2010

Gering








Bila kita gering, barulah kita tahu yang kita boleh sakit;

Bila kita gering, barulah kita tahu yang kita tak kebal;

Bila kita gering, barulah kita tahu yang mana rakan, yang mana lawan;

Bila kita gering, barulah kita faham yang ada dihadapan hanya hiasan semata;

Bila kita gering, barulah kita sedar yang kita sedang teruji ;

Bila kita gering, barulah kita mengerti, hidup ini lebih bermakna jika ada ikhlas,ikhlasnya sebuah kesyukuran;

Bila kita gering, barulah kita ingat semua, sedangkan yang semua mula melupai kita;


Ya-Allah!

Kalaulah natijah kejadian manusia itu,

bila gering baru mereka mengingati-Mu,
maka,
aku rela Digeringkan oleh-MU sepanjang hayatku,
nescaya ;

aku tidak akan melupai-Mu ,


....walaupun sesaat cuma...




 .............................................................................................................................................

  問1:Berdasarkan pemerhatian anda daripada 2 gambar di atas, Saudara Erwan kita ini telah mengalami penyakit:


a) chickenpox
b) chickenpokes
c) chickenporks
d) cengkering










.
.
.
.


Astagfirullahalazim, orang masuk hospital, korang boleh lak layan lawak spastik aku ni.
Just nak kasi tau jerk, Erwan masuk wad sabtu lepas (22/5), dan InsyaAllah akan keluar wad dalam tempoh seminggu.Kalau ada kelapangan , silalah lawat beliau kat Nagoya Uni. Hospital名大病院 kat Sakurayama, bilik no.1659.Datang bawa ole-ole 14btg skali, mesti die suke gile ar..

okla_ciaou






p/s:krispy kreme..oo..krispy kreme..

5 comments:

zinnia-lyana said...

huh kena chickenpox tu..huhu tua2 baru nak kena sakit woo..aku baru kena masa raya hari tu..seminggu sebelum balik nihon plak tu. tp tu la kan, bila sakit baru rasa betapa nikmatnya sihat. baru teringat Allah. :(

Nur Amira said...

sejak bile masuk wad..teruk ke?
takotnye..ak xpernah kena lagi...xnk jadi mcm tu

Nur Amira said...

ckp kat erwan..ak doakan dy cepat sembuh,,n xberparut

ザ-sylver-shooter said...

@norq:tu la sal, anak sempai aku ni kene gak, tapi tkdela sampai masuk spital, yang masuk bapak die..
Nway ,w/pun sempai aku ni claim yang die da prnah kene mase kecik dlu(1kali seumur idup kan),tapi virus kat mesia ngan yng hat sini nye len2..so,気をつけて生きてくださいね~ 

@amira: thanks...

zinnia-lyana said...

maa ne, orang ckp bleh kena campak kecik sekali campak besar sekali. tp kalau kena 2-2 besar, horror ah. dah x mau kena lagi!!T_T sampai sekarang parut banyak lagi..dah la aku ni mmg jenis lambat hilang parut..

Related Posts with Thumbnails