Kruuk..kreuuukk...kruuuuuuuuuukkkkkk...
Adoyai perut ni.Pagi-pagi camnila dia wat hal. Lagi-lagi lak datang lambat, kena duduk depan , ngadap muka sensei, awek Brazil pulak sebelah.Sekali berbunyi, terjeling-jeling, orang belakang lagila. Rasa macam nak menyorok dalam poket seluar je. Kalau angin lain gagah lagi.Kemut-kemut sikit . tolak kiri kanan kiri kanan, gostan depan belakang depan belakang, hah , setel.!.Senyap dan selesa. Tapi perut ni, alahai...
Takleh jadi, sejuk pun sejuk lah, start pagi esok takleh miss breakfast .
So,petang ini kene beli barang-barang makan . Kat mana? Tentulah kat Aeon depan sekolah ini.
Ko nak ikut ke? Jomm..
Dari pintu belakang ,nak pergi Aeon hanya 5 minit dengan basikal ,kalau berjalan 5 minit.Eh kenapa sama!?.Haa,sebelum sampai kena lintas jalan besau, ada dua traffic light,merah kemahen lama, tapi hijau toleh kiri toleh kanan ,tup,tup,eh, dah merah balik.Jadi, naik basikal pun ken tunggu lama tu, jalan kaki pun kene tunggu lama tu jugak.Jalan kaki je la,tak lari gunung dikejar.
Ramai jiran aku kt kampung tanya, payah ke nak makan, larat ke telan ikan hari-hari, ada makcik tu siap muka jelek lagi,julor-julor lidah, kunun-kunun macam nak muntah bila aku citer yang sushi itu dia bubuh ikan mentah .Bila aku cakap sedap, terjegil-jegil biji mata.Ok, cukup cerita setakat tu.
Kalau ko nak tahu, mencari barang halal kat sini umpama suatu jihad, jihad memerangi golongan munafik , yang selama ini menjadi duri dalam daging, satu barah dalam masyarakat yang menanti masa untuk meruntuhkan umat.
ok, tipu.
Sebenarnya, bukannya payah sangat nak cari makanan halal kat sini. Masa memula sampai dulu kitorang dah diberi list makanan halal haram .
List Halal-haram↧↧(sila klik)↧↧
Tahu. Menghafal list ni umpama menghafal buku sifir. Jadi biasanya kitorang akan melawat rumah-rumah senior, tengok ape yang senior beli, apa yang makan, dan itulah barang kitorang consume, sampaila ujung tahun ke bila-bila.Nak tanya lebih-lebih tak berani, ikut ajela.Masa ni, senior adalah segalanya, senior ibarat lilin yang menerangi hidup yang kelam tiba-tiba..
Tapi senior ni pun kadang-kadang bukan betul sangat. Yang terbabas pun banyak juga. Kalau yang mana yang tak jaga tu, genap satu tahun sama banyak dengan bahagian hujung kuku sampai ke peha. Habis hujung tahun ke-empat, dah cukup seekor,seekor barbi.
Jadi, masing-masing ada simpan list barangan default, yang mana aku yakin derang ni dah study habis-habisan.Nak langkah selamat, cari barang murah, sedap no.2,yang tak sedap biasenye murah. Bahan unsur tumbuhan semata ini murah. Matematiknya mudah, yang murah tentu halal. Nak lagi mudah, beli barang yang takde packaging, takde apa yang nak cek, maka ijtihad halal dalam hati. Mazhab macam ni pun biasa juga ditemui .
Default list(putaran jarum jam):Tuna Mayonis,Spaghetti Peperocino ,
Koko Cornflakes,susu, Rotibuku 6 potong,
Soya tanpa gula,Oreo,
and my all time favorite , teloq.
Tiap minggu ,no-no , tiap hari makan benda yang sama pun boring gak. Kekadang lidah nak gak menjilat-jilat benda sedap.
Jadi,katakanlah tiba-tiba hari ni aku geram nak makan puding karamel, dan ini first time kita nak try beli kat sini.
Belek-belek macam ok.
Oh..tidak Belum lagi.
Kat situ ada tulis Nyuukazai (乳化剤)、atau emulsifier, bahan yg biasanya digunakan untuk menstabilkan campuran lemak dan air,supaya kedua ini dapat bercampur dengan sekata dalam apa juga keadaan termasuk suhu tinggi.
Lazimnya,minyak kelapa sawit, minyak bunga matahari, dan minyak kacang soya digunakan untuk agent emulsi ni, sebab lebih murah. Tapi , adakalanya, minyak haiwan, pun selalu gak diguna.Sebab apa , itu tak tak pasti.
Haiwan ke tumbuhan, ape derang ni kisah.
Memandang kita umat yang kisah, so, sekarang apakata kita telefon infoline (24/7) dia jap.
0120-141369
#tut tuut, tut tuut , tut tu..
"Di sini, Kilang Perusahaan Meiji,Selamat sore pak, apa bisa yang boleh kami bantu pak?"
"amboi..sedapnya suara, mesti cantik kan.."
"err..maaf ,ada apa yang bisa saya bantu?"
"....sebenarnya, pasal puding karamel ni, kat sini ada tulis nyuukazai, just nak konfirmkan balik ,ini asal dari lemak tumbuhan ke atau haiwan?"
"oh, bentar ya pak...teng te neng neng neng nong neng nong neng..(lagu reception)"
"hello pak"
"ye , ye saya bercakap"
"Biasanya kami gunakan lemak tumbuhan sahaja untuk semua produk, tapi untuk puding karamel, kami gunakan lemak tumbuhan dan haiwan sekali,"
"oh, iyeke, terima kasih"
Maka , bolehlah kita letak balik.
Andaikata esok ada bisikan halus yang suruh aku makan puding ni lagi, aku akan telefon lagi,lagi lagi dan lagi, sampailah boleh . Dan kalau boleh , tobat lahumla aku nak telefon lagi lepas tu.(haha)
Sebab tulah aku suka shopping sini sorang-sorang.Budak-budak Malaysia sini semuanya soleh-soleh belaka.Sebagai contoh, jejakaC, beliau bukan saja tak pernah ponteng tadarus, malah sangat up-to-date dengan hal-ehwal umat di kala ini..Gi ngan dia, buatnya ada barang kat dalam raga aku tu tak boleh makan kang, sia-sia je usaha aku selama ni (haha)
Pembaca sekalian, yang buruk sila jadikan sempadan.
Malaysia, Bumi Bertuah
Berjalan dalam Tesco ,jujurnya, aku tak pernah pun belek lama-lama bila nak beli Ikan Markerel Dalam Tin, cukup tengok ada cop halal ; jalan.Seperti orang kebanyakan macam aku, korang pun tentu tak ambil kisah, berapa kandungan karbohidrat dia, protein dia dalam berapa persen, jumlah kalori dia ok ke tak .Cuma ada sekali je la yang tak boleh blah, kat depan besar-besar tulis 'tanpa perisa tiruan', bila cek balik belakang , ada monosodium glutame(AIgO 981921830193129..ntah pebende tak ingat). Ntah apa-apa, kalau bawak mahkamah menang besar ni.
Memandangkan Malaysia negara Islam , yang majoritinya umat Islam, why not la, kita mansuhkan cop Logo Halal, then sebagai gantinya , logo 'Non-halal'. Yelah, macam nak membeli baju raya , dah tentu-tentu kita pergi Kamdar ataupun Den Wahab. Kat sana, just carik saiz ape, kaler matching dengan kasut ke tak, nak teluk belanga ke, cekak musang ke.Ada orang beli baju raya kat kedai top-up? Atau orang datang jauh-jauh semata-mata nak beli top-up kat Nagoya Textile .Selalu gak jumpa kedai top-up dalam kedai baju la tapi.Same goes to halal food industry. Dah tentu semua orang cari yang halal.Yang tak halal , kita cop 'haram' or 'non-halal'Then, takdelah kes tipu-tipu sijil halal la, logo hala palsu la,umat Islam diperkotak-katik la ,.Kita superior, but the same time, kita tolerate dengan dengan kaum kafir yang lain.
"Masaelahnya ,kau tengokla kilang-kilang biskut sape punye, kilang air mirinda tu,..kalau takde halal , lagi senang la derng nak naik kepala, kite ni tiap hari makan barbi je"
Ok, here there some story.
Lewat 90-an, just before millenia,logo halal masih lagi kartun.Macam corak bunga kat hujung peket tu.
Ayahanda seorang peniaga kantin sekolah. Tiap-tiap minggu ada menu mee kari. Jadi kena beli bebola ikan dengan jumlah yang banyak. Ayahanda selalunya borong kat pasar borong Teluk Intan, aku kena ikut sebab itu satu-satunya peluang terbaik nak mengenden-ngenden .
Sampaila satu hari sabtu tu , ayahanda pergi ke kedai yang regular yang dia biasa pergi ,borong kedai Apek tu ,angkat itu sayur, taugeh, ikan bilis , minyak masak, telur,so-on,..blablablablablabla.. kecuali satu barang je dia beli tempat lain , fish ball..
Sebenarnya masa tu, tengah kecoh satu Perak , ada kilang bebola ikan kat Lumut ni pakai perut dan daging barbi.Sampai masuk buletin utama. Dan-dan semuorang puasa makan fish ball jap..Oh ya,kalau korang nak tau daging barbi tu rasanya macam ayam skit,sedap, lembut gebu skit-ni Labmate aku la yang citer.Kalau benarlah apa yang dikata, no wonder la, kenapa aku berselera ,dan cikgu-cikgu sekolah tu pun turut sama-sama berselera makan mee kari ayahanda.Tapi, bila kes dah reveal, ayahanda terus stop beli kat mana-mana kedai kat Teluk Intan., since fishball situ pun kilang-kilang Lumut punya produk..
Tapi beb,manaleh tahan, mee kari tanpa fishball umpama burger tanpa daging burger.Maka ayahanda usahakan juga mencari hingga ke Sungai Manik, teritori orang Melayu kat Teluk Intan..Kat situ ada kedai yang jual fish ball .Tokey dia orang Melayu , nama dia Pak ,..Pak , ... Pak,..katakanlah Pak Itam.Rupanya, bukan ayahanda seorang je, ramail lagi yang berbaris nak membeli fish-ball Pak Itam ni.Sumer ni mungkin peniaga-peniaga kedai makan gak, sebab kuantiti beli sorang-sorang dah macam nak wat kenduri arwah.Eh? rival ayahanda pun ada kat situ gak,hehe.
Hakikatnya , fish ball Pak Itam ni, haram takde la sedap mana sangat, kadang-kadang gigit terasa lagi tulang-tulang ikan. Kaler pun tak ceria, suram. Tapi ayahanda sanggup datang balik esoknya, sebab stok hari sabtu dah sold-out.Jauh woo, nak ulang-alik Sungai Manik .Kadang-kadang hari ahad pun sold -out, maka minggu tu terpaksa ditiadakan menu mee kari.Laku sungguh fishball Pak Itam, rasa macam nak tukar cita-cita jadi peniaga fishball lak time tu.
Tetiba aku terfikir, dalam-dalam tak sembahyang , tak bayar zakat, tak puasa,orang-orang Melayu ni rupanya dalam bab halal haram makan minum ni jaga sungguh .Macam aku cakap awal-awal, logo halal kat peket tu hiasan semata, biarpun tak sedap, yang penting halal dulu, dan kalau Pak Itam ni seorang yang bijak, by now, beliau dah bukak kilang pertamanya kat Sabah , dan yang ke- 5 di Malaysia- perkara yang tak pernah terjadi dalam lipatan sejarah, bilamana Jakim roll-over Enakmen Undang-undang Halal , dan logo halal yang diperbaharui diperkenalkan. Hapelagi, berlumba-lumba kilang-kilang kat Lumut tempek Logo halal yang standart kat fishball derang. So, masyarakat yang panik dulunya, dah start balik beli Fishball kat kedai-kedai runcit cina, termasuk ayahanda. Pak Itam?, apa khabarlah hendaknya sekarang, sebab dia pun dulu jual pakai ikat-ikat plastik je, nak tampal tarikh luput jauh sekali.
See my points?
Peoples bother to know whether the product they buy ada logo halal ke tidak, instead of, checking overall the details especially the ingredients and the manufacturer.In other hand, niat untuk memperkasakan syariat syiar Islam, rupanya takdelah efektif sangat utk ekonomi orang Melayu, yang jadi, terbalik. Tempat lain tak tau le, tapi kat sini, cumanya aku takkan beli air tin yang company arak buat , walaupun buleh diminum.
Kalaulah semua itu sah Halal, dan yang mana Haram itu saja Haram.Maka;
1-Masyarakat lebih cenderung untuk tahu siapa yang buat, kalau orang Islam, gunakan tanpa was-was. Lagipun takkanlah orang Islam sendiri nak buh menda bukan-bukan,..kan...Melainkan kalau ada, kita wat undang-undang yang hukumannya ,ikat kedua belah kaki dan tangan, dan diseret di atas jalan raya sejauh 14 km dengan kereta Kancil.
2-Tiada lagi kes logo Halal palsu. Cuma ada logo non-halal saja. Takyah minta pengesahan sijil ke pemeriksaan ke hape,Once dia guna material haram, labelkan like the others harmfull product. Like precautions alert.Ada sape-sape ke nak letak logo haram palsu?
Dulu ada kes, orang report tentang kesahihan sijil halal kat sebuah restoran sushi ni, sebab shoyuu(kicap) yang digunakan sah mengandungi mirin. So, bile cek-cek, restoran ni menang kes sebab logo dan sijil halal dipakai untuk sushi SAHAJA. Cuakkan. Letak logo kemain besar, still lagi ada doubt.Korang dah cek sos-sos cili kat yang kat M'c D?, mana tau kan, bende boleh jadi.
3-Kita, orang Islam lagi prihatin dengan apa yang kita makan hari-hari, masa nilah nak gunakan kuasa 60peratus membeli rakyat Malaysia dengan sebaiknya.Bukan nak kondem bangsa lain, just macam rugi, dah 53 tahun merdeka pun, ada lagi orang cina sekadar faham orang melayu ni cuma tak boleh makan barbi ja.Penguatkuasa JAKIM pulak terhegeh-hegeh la serbu sana, serbu sini. Walhal nak pohon sijil ,takat dua ratus ringgit lebih je, tapi bayangkan KFC dah beribu cawangan satu nagara tapi pakai satu sijil je.Untuk yang company kecik, jenuh la deme explain satu-satu.. Wahai saudara-saudaraku sekalian, tugas menyampaikan dakwah bukan di atas bahu JAKIM sajakan?.
Kesimpulannya, apakejadahnya ko datang sini, tapi tak beli pebende pun??
Oh, saja temankan aku ye,ehehe lupe-lupe, sori.
Aku ingatkan ko still tak yakin lagi. Takpelah, lain kali kalau nak bershopping barang makan, roger-roger je la.Islam ni kan mudah.Dalam prinsip muamalat, semua barang makanan itu halal, selagi tiada unsur haram yang mengharamkan,kalau ada, walau sedikit , maka automatik jadi haram.Aeon ni aku tak abes explore lagi,dan aku rasa banyak lagi barang yang boleh makan, dari yang tak boleh.Takpela, take time. Serunding yang mak ko kasi tu ada lagi kan, abiskan tu dulu.
Oklah, banyak pulak membebel ,hari dah makin gelap ni,kang tak sempat nak Maghrib.
Hari ni kita try bayar pakai mesin, self- servicela kirenya.Biasa aku lagi selesa bayar pakai cashier, selain cepat, sebagai customer , akan ada rasa dihargai di situ, sebab ada human-touch.
Alang-alang korang pun sudi teman aku , so apakata kita demo skit pakai mesin ni.
Mula-mula..
sediakan beg yang bawak dari rumah ni.Eco skit. |
Pastu tekan butan atas, tanda kita pakai beg sendrik. |
Then bolehlah start scan satu-satu ...dan..aaa?? |
..
dan
aaa..?
tembak sekali lagi
tet!
...dan , haa?
last-last..
Tet!
DAN,
.
HAAA?
.
.
.
...
Pergh..sejak bila lak ni? Kena bawak balik Malaysia ni teknologi ni.
Kejap,kejap , asal ko sengih-sengih ? tak kelakar dowh..
Next time ,kita datang , bila bayar pakai cashier balik, anggap mesin-mesin ni tak wujud , LOL
Ok, thanks ,sudi temankan aku.Tak dan ni, tapi nanti aku belanja ko ,belanja makan onigiri.
_ciou
22 comments:
mantap entry kali ni..klakar la mr.sheri. tapi dlm mase yg same kesian gak la lebih2 part yg guna self-service machine..heheheh.
p/s: bagus na ustaz jejakaC tu ;p
ok...
serius byk gile nak bagi komen tyme bace entry nie tdy....
1. itz really awesome..本当に素晴らしい
2. x penah terpikiq plak letak logo haram...law letak logo nie, konfem ramai study kat shopping mall (kire ok la mcm 2)...
3. smart la bleh scan sendiri, x yah susah2 nk bratur...
4. dh abes scan sume 2 nty nk bayar kat mane???
5. betul ke yg kat sushi king 2 sijil halal utk sushi je???
byk g nak taye but takut pening plak ko nk jwb nty...hihihih
Sheri.
:)
Seriously ada keluar tulis camtu kat mesin?
Nak!
Senang beli barang sebab kadang2 logo halal kemain besar tapi actually tak halal. Nak lagi sedap, langsung takde tanda apa2, orang main tibai makan sahaja~
Huhuhu~!
P/S : Takky, Sushi King takde pengiktirafan JAKIM. Itu pasti. :)
@maple:ustaz jejakaC , oo ustaz jejakaC, respon x2.
@takky:mak aih, entry ni mcm kontroversi plak rasa.
okla
1-有り難うございます~
2-masing2 skarng kan dah ada ai-hong,blekberi,android, tak lama lgi nk kuar iphone5, so, could'nt be any problem to find out.Otherwise, kuar beramai lagi digalakkan.Jangan jadi lone-ranger macam saya.
3-weekday mmg le.Actually pakai cshier la takyah beratur lama2. Cashier lagi pantas macam robot. cakap pun cm robot.bagi belen pun mcm robot.Cuma part yang dia senyum tu, ada macam cyborg skit,ahax.Pakai mesin, kdng mmenunggu lama, orang still terhegeh2..hehe
4-perasan tak kat gambar mesin tu,kat tepi hujung belah kanan tu ade tempat seluk duit kertas (dan syiling),belah kiri yg kaler merah tu pulak utk kadkredit.Dah abes scan sumer, masuk la lubang mana yang anda suka.
5-rujuk bawah..
sushi kat n3 atas bukan SushiKing.hrap maklum.
@Zara:gambar no.6 ngn yang hat last tu, imiginasi semata.Jangn terpedaya dengan tiu helah dunia.hehee, kalau ada nice kan.
Pasal mkn tibai ke tak, tu takleh komen apa2. Ada riwayat mengisahkan;
suatu hari Rasul s.a.w dengan beberapa orng sahabat dijemput ke rumah serong sahabat Yahudi yang baru sahaja masuk Islam. Kemudian dijamukan mereka dengan makanan oleh Yahudi tadi.Kemudian sahabat bertanya," Ya Rasulullah, apakah halal makan ni.?"
Rasulullah pun menjawab:"engkau bacalah Bismillah dan makanlah.."
-Lain orang, lain pendekatan. Tapi kalau nak sampai taraf sahabat , kita tak mampu lagi . Btw, thanks for responding to takky
Yup.
Mungkin payah untuk sampai ke tahap camtu. Kadang2 sendiri pun tak sedar termakan benda2 yang berunsur shubhah ke apa kan.
Anyway, nak cakap gak, pengisian entry ni memang menarik woo. :)
Dan ya, kalau ada mesin camtu (walaupun tipu helah je tu kan), nak gak.
Dan ya, seriously boleh call direct terus ke nombor2 belakang label tu?
kalau kat malaysia, ada kemungkinan line busy semata2~
:)
gile best teknologi ni!! nk curik idea utk projek degree boleh tak? heee!
gile lah best idea logo non-halal tu. nk promot lah entry ni. hee
wah hebat cite entry ni, tekejut jugak tgk makanan kat jepun ni kena jadik vegeterian la. tq sharing stories. jg mkn minum elok2 naa, ok mmg mcm best klao ada mesin scan tu rupanya tipu ea
good idea. tp 'larat' ke jakim nak cek sume produk satu2?
and then, kalau jakim certfied kan one product tu haram, takde maknenye manufacturer to nak letak logo non-halal tu. rugila die. xde Muslim yang nak beli.
unless kalau jakim buat list of products yg dah disahkan non-halal dan yang Muslim tu rajin la nak check out dat list.
Tertarik dengan mesin yg ganti cashier tu..gaji cashier skrg ni agak tggi jugak..ye dak?ke gaji aku yg rendah?haha.tapi tu lah..tak syok lah pi shopping brg takda org nak layan kita
thankz for the info bro n kak zara...
trigin nak makan sushi....
dulu p sane, suke makan sushi ikan salmon dgn sotong...
makan mentah2 but sedap gile....
hihihihih
hoi...mntang2 aku bz bersnobod..ko wat propaganda psl aku kat cni lak ek..hahaa
panjang gilaaa! btw, , saya kagum dengan teknologi itu :)
bia benar dia keluar gitu..tergelak2 pastu tiba2 berenti sebab mr sylver marah cakap xkelakar...
wahh mntop la mesiin tuh..pinjam bak mai:p
hello hai.. hmm.. bab2 fish cake fish ball ni payah nk tau tahap ke-halal-an nya.. dlu penah keje kt foodcout gerai young tau fu, owner mmg cina, tp die pndai cari pekerja sume melayu, supaya pmbeli pn yakin la. penah gk tnye die mane beli segale ball2 tu, die kate kt pasar.. "haiya u x payah risau ma.. halal punya.." myb yg penting jgn was-was..
sekarang nih.. halal tu satu bisnes.. orang islam perlu sedar tu.. ada tu sarung tangan plastik pun drg nak letak tanda halal.. sbb klu ada logo tu .. kompem org beli kan..
"Kalau benarlah apa yang dikata, no wonder la, kenapa aku berselera ,dan cikgu-cikgu sekolah tu pun turut sama-sama berselera makan mee kari ayahanda."
Ayat yang 'cikgu-cikgu sekolah' tu buat aku jadi terkedu jap.
hi. saya pun pernah terfikir perkara yang sama iaitu nape jakim tak keluarkan saja logo "Non-halal" instead of Halal. Kata negara Islam. takkan dalam negara sendiri yang statusnya Islam kita kena carik makanan halal gak? Memang dah sah-sah banyak kedai menjual makanan yang pengusaha non muslim memonopoli. susah sangat pakai je logo non-halal. senang yang muslim nak differentiate..
kesian dengan diri sendiri, susah nak carik makanan halal di negara sendiri.
Tertarik dengan mesin yg ganti cashier tu..gaji cashier skrg ni agak tggi jugak..ye dak?ke gaji aku yg rendah?haha.tapi tu lah..tak syok lah pi shopping brg takda org nak layan kita
kobe shoes
nfl jerseys
michael kors factory outlet
cheap rolex watches
michael kors outlet
true religion jeans
michael kors handbags sale
air huarache shoes
huaraches shoes
michael jordan shoes
ralph lauren online,cheap ralph lauren
air huarache shoes
black huaraches
cheap jerseys from china
kobe byrant shoes
air jordan retro
chrome hearts wholesale
fitflops sale
toms outlet store
michael kors outlet online
cheap nfl jerseys
chrome hearts online store
ugg outlet
christian louboutin outlet
tiffany and co outlet
christian louboutin outlet
fitflops clearance
jordan shoes on sale
retro jordans
Great post. Your site is quite interesting and very well written. I am waiting for your next post!!!!
car photo editing
http://moonitor.blogspot.com/2013/09/kerrie-buys-gs-16975-new-gold-now.html
Post a Comment