Wednesday, June 9, 2010

TheUglyTruth::Bercinta Dengan Sahabat Karib










"I thought we're  a good friend.."                                    
                                                                                 " ..but i could be your part-time lover, i guess.."                     



 Biasakan kita dengar kisah dimana:

GadisA sukakan JejakaB , tapi disebabkan segan maka dia pun meminta tolong JejakaC , yang kebetulan member baik JejakaB tadi ni untuk jadi orang tengah , pengantara untuk mengurat JejakaB ni.Diam tak diam, JejakaC makin akrab dengan GadisA, sehinggalah mereka sedar mereka  sebanarnya saling jatuh hati. Tapi sayang , semuanya sudah terlambat apabila GadisA beritahu yang dia akan berkahwin dengan JejakaB.

ATAU  

JejakaA sukakan GadisB , tapi disebabkan segan maka dia pun meminta tolong GadisC , yang kebetulan member baik GadisB tadi ni untuk jadi orang tengah , pengantara untuk mengurat GadisB ni.Diam tak diam, GadisC makin akrab dengan JejakaA, sehinggalah mereka sedar mereka  sebanarnya saling jatuh hati. Tapi sayang , semuanya sudah terlambat apabila JejakaA beritahu yang dia akan berkahwin dengan GadisB.

Dua versi , watak berbeza tapi skripnya tetap sama.Ini bukan lagi skrip lazim drama melayu, jepun, cina, korea atau apa saja. In adalah realiti kehidupan yang barangkali sudah pun berlaku dihadapan mata.
Kasihan sungguh si B itu, tapi lagi kasihan si A kerana belum tentu si B yang dia suka, boleh menyayangi dia sehebat sahabat dia ,si C.



..........

Suka vs  Sayang
saya suka kat awak sebab awak cun”
Itu kalau cun, kang tetibe ada asid tumpah kat muka macam mane?

“saya tetap suka kat awak jugak, sebab suara awak husky, sexy”
Tengah sedap makan ,tak pasal2 terrtelan biji rambutan pastu bisu,

“saya tetap suka kat awak juga, sebab badan awak lentik..”
Masa muda lentikla, dah tua esok lendut abes semua.

“saya tetap suka awak juga sebab…
Cukup!cukup!..Suka itu sangat subjektif,sangat kritikal, sangat bergantung kepada pembolehubah yang tak pernah dimalarkan.Jika mahu, akan ada saja  alas an yang tak masuk akal, semata-mata mahu diwajarkan akan kesukaannya itu
Tapi Sayang?

“saya rasa , saya sayang awak”
-satu pernyataan yang jarang disusuli dengan pertanyaan’ kenapa?’
Kalau benak sangat mahu faham, lihat sajalah kedua orang tua mu itu.Ambil pen dan kertas, tulis  apa yang kamu suka tentang mereka.Mungkin sampai 10 baris, oh tidak ,20,50,100 dan sampai sejuta baris sekalipun, pasti tiada satu pun yang jadi penyebab kenapa kamu sayang sangat pada mereka.Sebab sayang tidak pernah bersebab, tiba-tiba ia datang dan tidak pula hilang-hilang.
Ajaib bukan?


........



Tiada istilah sahabat baik bagi seorng lelaki dengan seorang gadis , kenapa?
-Si lelaki tak cover macho, dan si gadis tak bajet cun,Kedua-duanya dalam keadaan natural masing-masing.Selesa dengan diri masing-masing maka apa saja  bebas dikongsi bersama.
-Bila ada masalah, si gadis sangat mudah berkongsikan dengan kawan lelaki nya yang paling baik, yang paling dikenali,yang paling rapat, walaupun bukan minta untuk diselesaikan,ianya  tak lebih dari sekadar mahu  meluahkan perasaan sahaja
-Bila diajukan masalah, lelaki ini terasa sangat dihargai, dihormati, lantas merasakan masalah itu keutamaan yang, sungguhpun dia tahu penyelasaiannya bukanlah yang terbaik didunia
-Akhirnya gadis tadi pula rasa dihargai, perasan dia diperhatikan, oh,dia memang sukakan perhatian, Cuma sekarang bila ada masalah dia tahu di mana patut dituju.
-Sekarang lelaki semakin berani. Kalu dulu , dipandang remeh oelah abang2 sendiri, kini terasa sangat diri sangat bererti, setidak-tidaknya di  mata seorang gadis bernama sahabat baik.
  Maka sekarang boleh fahamkan?, Samada lambat atau cepat, tidak dapat tidak pasti si gadis  tertaut hati dengan sahabat lelakinya itu, atau lelaki yang tertaut dulu, atau tak kisahlah mana-mana.Masa itu baru tahu yang  perempuan memang diciptakan untuk lelaki ,dan lelaki hadir untuk melengkapi jiwa kudus seorang perempuan.


“Dah adik-beradik lapan-lapan orang jantan, masuk asrama sekolah budak-budak jantan, fly jepun masuk U pun sumer jantan-jantan belaka, kasila can bang saya nak berkawan dengan budak pompuan ni, nanti orang kata saya gay lak
-Jejaka_Senyum

 Masalahnya, ko nak berkawan dengan yang cun jerk, yang tak cun, pandang pun tanak.Berlagak hensem ko ni.Lagipun takde siapa yang nk chop ko tu gay, lantaklah ko share sebilik tidur ke, share sekatil ke, sebantal ke, hatta sekain tuala sekalipun, melainkan kalo ko betul2 simpan perasan , laga-laga pipi, cium-cium dagu di tempat2 tersorok, dan ko boleh lak layan meatspin sampai…euhh..abes, yang ni baru betul-betul gay.
 Kalau nak berkawan  baik , aku syorkan ko angkat makcik yang baya-baya mak ko buat bestfriend forever. Lepak sekaki kat atas pankin lepas sapu laman rumah.Banyak tips yang boleh kamu cekau.Apsal?Tak boleh? Derang kan perempuan gak.
   Tapi kalau dah mengeleyor-mengelenjat  jugak, nak wat cmane kan.Apakata ko ambik member baek ko punya bini , jadikan sebagai sahabat karib.tak pun tunang orang, susah sangat ko ambik jela gf kawan baik ko tu.Hey, bersembang dengan derang lagi masyuk tau,selain masak dengan perangai huduh ko tu, derng lagi faham naluri kelakian  ni.Cumanya derng dah jadi milik member ko je la. Ko dah pun meletakkan satu had, dan ko tau yang  ko tak boleh melampaui had tu. Itu pun kalo ko rasional .Kalo ko sewel, sumpah aku takkkan tanya sebab apa atas dahi ko boleh bertelur sampai lapan biji.

 Itu untuk lelaki, untuk perempuan, maaf , tiada saranan yang boleh dirberikan.Sebab aku tak pernah faham natijah perempuan, walaupun jenuh mencuba.
Wahai gadis-gadis diluar sana, kamu mengimpikan jejaka yang tinggi, pandai main gitar, hensem,beriman,bekerjaya,muka macam Shahir AF8 (lol), hakikatnya, bila ada jejaka yang buat baik pada kamu, mudah saja hati kamu terusik.Genap sepurnama joran dibiar, umpan pun disentap.Walaupun hanya mukanya saja yang macam Shahir AF8, ciri lain langsung tak melekat-Itupun  kamu sudah boleh cakap yang kamu tercipta untuknya : : natijah perempuan yang aku tak boleh faham sampai hari ini

Sebab itulah, sepayah mana kamu cuba , hati kamu tidak akan tertolak untuk berkata tidak, tetapi mudah berkata ya pada yang lain.Mengharapkan ade sinar terbit di ufuk yang satu lagi.


Ya.
  Seorang perempuan amat susah untuk mencintai seorang lelaki yang telah diabadikan sebagai rakan hidupnya. Sebaliknya, seorang lelaki amat mudah untuk jatuh cinta terhadap seseorang gadis kerana lelaki tidak akan merapatkan diri dengan gadis yang tidak diminatinya.
   Dan, untuk menjadi teman sehidup semati selepas sekian lama menjadi kawan, adalah perkara yang tak mampu mereka simpulkan. Dari segi percakapan, peradaban, bergaulan dan pelbagai aspek akan berubah. Semuanya tak sama dan tak akan sama,seakan semuanya nampak mustahil.



“Saya bingung,…kami berkawan sejak kecik lagi, tadika sama-sama, sekolah sama-sama, masuk U sama-sama, ..tapi bila dah jadi macam ni…urrgh.. menci!.. saya cuma tanak kehilangan dia sebagai kawan baik.”
-gadis_Ternama

  Hey, Banyakkan beristighfar, kalau jodoh kamu tak ke mana, kamu tak hilang siapa-siapa pun.Malah kamu akan dapat seorang lagi mentor, seorang lagi kaunselor, seorang imam, tukang kebun, driver, body-guard atau apa saja yang kamu harapkan dari seorang lelaki , itulah yang kamu akan dapat.Dan kalau bernasib baik kamu dapat seorang chef, mana tau kan. Sahabat baik ?Itu akan kekal sampai bila-bila. Kekasih hati, itu kamu saja yang tau .  
 Sayang itu umpama biji durian, kamu takkan tahu bila dan di mana dia gugur,di mana dia tumbuh.Bila sudah bertunas, bajailah ia, siramilah dengan penuh ehsan.Bila sudah membesar, tidak tahu pula bila pokok ini akan mati, tapi yang pasti pokok ini jugalah yang menggugurkan biji-bijian baru.(tak paham sudah!!)


............................................................


Some said,

If You Love Something Set It Free
If It Comes Back, It Was And Always Will Be Yours.
If It Never Returns,
It Was Never Yours To Begin With..."


..then now you know why you always looking into her/him, the one who you always left behind.
Sometimes a good thing never come twice, but if you've got her/him still there, I bet you're just lucky...




p/s:Enche' kumis_mulus, anda mahu lagi?

31 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Dalam.Cukup mendalam apa yang kau sampaikan.Ada la jugak dua tiga terkena batang hidung.

Bagaimana nak menolak cinta seorang rakan tanpa menghancurkan persahabatan itu sendiri?

gadis F cup said...

yatto...kesah cinta abg nixam...blk baito kang aku bc...

zack zukhairi said...

lancau ar razi. apsal lu boleh ada kat sini! haha

Anonymous said...

agak best.. tp sebenarnye perempuan pun tak pernah faham kot kenapa lelaki macam keadaan lelaki yg diceritakan kt atas tu.. so macam x kisah je kalau lelaki x faham sangat kenapa perempuan kena macam tu kana.. opposites attracts~ kalau dah dua2 sama je.. bimyou

Anonymous said...

oh lupa point.. sebenarnya nak puji, gambo cun~

mNadeshiko said...

gamba best!!

3F@unsp0ken said...

*wow*

フィダ アイシャ said...

tepat skali...tp ini bkn yg kite mahu..kami mahu kesah cinta abg niXam..

kay-N said...

>.<

dulu xbanyak kwn dengan laki..skali msuk U dpt "sahabat baik" pertama..berlainan jantina..ye ye..mmg laki dan pomp xley kwn baik..lain jadi nye..=) solution nye..shabat baik itu patut bukan satu..tp ramai2..(n_n)

ザ-sylver- S said...

tul-tul, nice idea
..tp nnti tak sahabat baik dah aa, jadi sahabat2 baik..

Atishoo86 said...

when u start being friendlier than friendly, that's when it all happens.

masmuni said...

A nice entry about male-female relationship. Its true that sometimes we might fall for our friends, and we might be afraid to face the consequences of liking him/her.

Anyway, just like you said "kalau ada jodoh takkan ke mana" coz Allah akan bagi yang terbaik untuk kita kan :)

dayah said...

betul kalo jodoh tak kemana tu , ceh berpusing2 cerita cinta an. bila nak crita kisah true story ncik sheri

Anonymous said...

erk...susah nak drop comment, tapi rasa mcm patut aje bg... mungkin ye, mungkin tidak. Selalunya lelaki rasa setengah perempuan adalah pemilih, nak pandai main gitar, kaya...bla2 tapi hakikatmya cinta ni very universal, tak semua mcm tu. Believe me, the expectation is not that high as you presume.....

zinnia-lyana said...

aku jugak tak percaya laki-pompuan boleh jadi sahabat karib. mesti akan ada perasaan lain punya la.

boolanterchenta said...

ish3... sian C...
harap dpt bebanyak bersabar...
mak ckp, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..

len kali kalo suke g masuk minang je terus...
kalo kene tolak, 2 belakang kire..
asal x nyesal pas2...huhu

(baru berani komen setelah memahami situasi sebenar,penat korek,kihkihkih)

jejaka C (you know who) said...

berikut adalah hint drpd フィダアイシャ ye abg niXam..sila alert,,leh slow2 mengorak langkah...

Anonymous said...

jejaka C...kasihan, フィダアイシャ faham jugak bahasa Jepun...cakap siang, pandang2 ehhh...ishhhh

jejaka C kembali lg said...

uit..jgn la marah kak...abg zeck zukhairi dh aja akak nihongo ek..huhu..rilek la kak,sy ni mmg slalu bgurau kasar dgn abg nixam ni..dr kck ktorg mmg cmni...akak jgn le trase yek..

themalin said...

alamak.. mcm terkena dkat sy jugak lah.. huuu
tp sy x smp lg ketahap bercinta dgn jejkaC..
skg msg2 tgh melarikan dri.. waaa

Unknown said...

salam~

hehehe.. xpenah... my best buddy sy kenal sejak kami 18 taun laie.. :)

dia ada gf, n sy pun daha da bf.. kami shared mcm2 citer dan rahsia... kalo nak ikutkan, sy lebih kenal dia dr awek dia dan dia lebih kenal sape sy dr bf sy.. :)
tapi kami xpernah ada rasa syg yg lebih dr seorang sahabat... :)

ps : thanx ya sbb sudi singgah ke teratak sy td... ^_^

FCUTEAM said...

cool .. mendalam gile ape yang kau kaji.. hebat..





Aiz latest entry
Kehebatan iklan pada minda kita
Facebook vs blogger
Kesilapan kita mood blogging down
Babysitter pukul baby pula


ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

nur maisarah said...

nice :)

dayanadarmawi said...

" If You Love Something Set It Free
If It Comes Back, It Was And Always Will Be Yours.
If It Never Returns,
It Was Never Yours To Begin With..."


lurve thiss word :)

~~faizatul akma~~ said...

=(
teringat kesah lalu..sye selalu ilang kwn karib sye sbb diorg lelaki dan selalunyer mmg akn jadi len..laki dan ppuan xleh berkawan karib dan kini sye dah ilang kawan karib sye tu...=(
moral of da story..sye kawan ngan ppuan je la skrg neyh..(ayt poyo sket..hahahahah..=P)

Unknown said...

www0622


pelicans jerseys
fitflops outlet
fitflops sale clearance
longchamp pliage
nike air max 90
stuart weitzman shoes
ralph lauren polo shirts
canada goose jackets
coach outlet
furla handbags

Unknown said...

jordan shoes
longchamp outlet
ugg boots uk
true religion outlet
moncler online
pandora jewelry
cheap snapbacks
pandora
nike tn pas cher
ralph lauren uk
0823wqrwq

yanmaneee said...

nike epic react
reebok outlet
nike air max 2018
jordan shoes
retro jordans
lacoste online shop
jordan shoes
adidas superstars
yeezys
kobe byrant shoes

Unknown said...

check my blog k4k33u1q63 replica louis vuitton bag replica bags gucci g7v13t8y97 replica bags sydney why not try here d3u37a5n93 replica bags qatar 7a replica bags wholesale discover this b2i91b6v99 replica bags online shopping india

Unknown said...

look what i found w7w67e5w66 replica bags buy online replica bags in london y1x96p2q50 check my reference t8c28k1i16 replica louis vuitton handbags replica bags in china t8c80p9y57 replica bags from china free shipping replica gucci bags t2i07o6f36 replica bags canada

mcteslee said...

j6a67j3h96 z7f14j3a25 o6h35i1f70 u7g84a4s32 v3n74c2v16 w9o72v0a69

Related Posts with Thumbnails