Wednesday, September 8, 2010

10 Sebab Kenapa Raya Di Perantauan Itu BEST!!


  Kalau anda kata , ini adalah entri penyedap hati, anda memang silap sama sekali. Iya, memang benar, tahun ni saya beraya kat perantauan (lagi). Tapi, inilah yang saya tunggu-tunggu, beraya di perantauan sememangnya sangat manis dan menarik, pengalaman berharga untuk dkongsikan kepada anak-anak di masa depan.


(pict.credit:inda)


1) Masuk Paper
Initial goal kenapa semorang nk sangat duduk oversea (tanpa memikirkan langsung consequence sesudah sampai di sana). Takpelah, lagipun bukan calang-calang orang boleh masuk paper, walaupun muka hensem, tapi suara takdek, tetap takleh jadi artis juga. Lantas itulah satu-satunya peluang masuk paper, di kolum istimewa itu.Siap kaler lagi beb.Kecik pun kecik la, janji puas, lagi-lagi bila member cakap," Oiyh, muka ang masuk paper aa..".Hnss..hnss..



2)Bebas Dari Kerja Rumah
Kalau anak dara, pastinya akan dipaksa membantu bonda , potong bawang, hiris kunyit, isi-isi kuih dalam balang , then gi depan , tukar alas kusyen, langsir ,lapik meja dan segala bagai. Kalau rumah ada 18 tingkap, maka ke 18-18 tingkap itulah perlu ditukar langsirnya.
Anak teruna pula, akan dikerah kacau dodol, jaga api lemang, kacau dodol, carikan barang yang pelik2 wat kuih raya , kacau dodol ,aahhh..penat gile kacau dodol ni.Tapi bila diperantauan, anda tak perlu lagi bersusah-payah. Sumernya sudah tersedia, dalam peket,gunting, rendam, buka api, siap!!.Takde sape yang nak komplen.



3)Bebas Dari Gangguan Budak2 Yang Datang Beraya
Betapa spoilnya petang raya anda, bilamana tengah syok2 layan Fasha Sandha, Pie,..Pie!?, tengah beraksi di layar tv, tetiba datang segerombolan budak2 yang entah mana asalnya, berdiri di pintu dan senada;
"Assalamualaikum, kami datang nak beraya..."
Nak halau,kata raya. Ye tak ye , bagi la minum sorang skit.Gelas share-share ye, tak cukop.Tak sampai 5 minit terus nk blah.Bagi la 5 kupang sorng. Belum sempat baring, datang lagi segerombolan.Adoi~.Dan ini berterusan sampai ke malam .Dah tu apsal ko tak kuar beraya gak?.Kawan sumer beraya kat kampung masing2. Raya ke-lapan baru boleh beraya ngan derang.See? di rantauan korang dapat beraya ngan member start 1st sampai ke 30 raya. Tapi dengan orang yag samala.












Seronoklah korang ye.Hat duduk kat Mesia tu, boleh layan Madu 4








4)Boleh Ponteng Kuliah Tanpa Rasa Bersalah
Hari Raya , adalah satu-satunya alibi yang paling murni untuk anda tidak datang ke kelas, terutamanya kelas pagi.Tak perlu lagi buat muka-muka suci, atau muka-muka inesen minta penumbuk IpMan, cakap je nak semayang raya, semurang boleh faham betapa pentingnya anda untuk tidak hadir ke kelas.Itu pun kalau takde kuiz ke test ke hape ke. Otherwise , tabahkanlah hati dan jumpa ngan lecturer ,"Sorry Sir, I have to absent your class today because it's  Eid, and everybody should celebrate it"-alasan yang tidak boleh belah.InsyaAllah ,Allah akan memudahkan urusan anda, ameen..





5)Tiada Risiko Terlanggar Lembu Melintas
Saja saya tulis lembu, sebab on the way nk gi  raya umah Wanchu taun lepas, tk pasal-pasal ada lembu kuar tgh jalan.Sek baek brek saya makan.Kalau tak, mesti anda  terkebil-kebil ketakutan nak baca entri ni skrang .
 Actually, nak cakap tiada, cam muhong lah pulak.Cuma nak pointkan ,bila beraya di rantauan risiko kemalangan adalah sangat rendah.Tambahan pula ,dengan pendengaran sekali imbas buletin utama hari tu ,  statistik ops sikap yang lalu (citation needed),menunjukkan kadar kematian meningkat sekali ganda selepas hari raya pertama, Means, umat manusia sangat eksaited ke sana dan ke mari , terlalu risau mee kari yang mak Man buat tu abes, maka keselamatan diri di jalan raya terabai begitu saja.
.Berbeza kalau anda di perantauan, paling koman(=common?) pun naik basikal, kalau adapun yang menaiki kereta , pemanduan tetap akan sama seperti hari-hari biasa.Nak lagi biasa  ,jalan kaki , ataupun menaiki tram,atau chikatetsu ,atau tube, atau metro ,atau subway.Jarak antara rumah ke rumah hanyalah sekangkang kera ,pendek sangat, dalam 32 kangkang kera saja. Maka tidak perlu terburu-buru, dan andai kata juadah habis sebelum sampai ,maka ungkit-ungkitlah saja dikemudian hari, ...iye dok?.







6)Boleh Pergi Fun-Fair
Premis-premis cmni masih lagi beroperasi macam biasa.Tiada cuti umum, apatah lagi cuti raya.Kena pulak raya jatuh hari Sabtu, petang tu pergi fun-fair bersama rakan-rakan taulan.Malam tu pulak layan bowling sampai ke pagi. Petang esoknya ice-skating. Ultimate event ialah pada malam minggu tu, main futsal 3-4 jam.Rumput baru tukarkan.Raya yang sangat bermakna , penuh dengan aktiviti yang tak akan pernah korang buat kalau korang beraya kat Tanah air.



Rumah hantu paling angker dalam dunia~~~
Beraya di sini pun ,menarik juga..











7)Briyani Kambing Special
Restoran Kashmir wat briyani kambing special, terangkat abes aah! - .. ok, ni mungkin kat sini je, sori-sori, ..









8)Nikmat Berbaju Raya
Kalau anda sedang menuntut di oversea, berapa kalikah  anda pakai baju raya lengkap dalam tempoh masa setahun?. Malam Kebudayaan tu tak kira, sebab sebahagian je yang pakai.Sekali je kan.Masing-masing tanak kalah.Lagipun time-time rayalah anda nak melaram sakan, amboi-amboi, merelip sana merelip sini.Mengenakan gaya tudung pashmina atau shawl ala Siti Nurhaliza, kemudian menyematkan dengan kerongsang Korea.Nak lagi anggun, sepasang songket dibengkungkan melintangi badan , kemudian...haha,..takpe-takpe , paham-paham, bila lagi ye tok?.Pastu jalan naik keretapi, locals sumer mengusha dan membuatkan anda menjadi hot sekelip mata.Bukan takat best malah cukup berbangga bila mat salleh -mat salleh itu tak tak habis2 memuji keanggunan anda.Kalau lelaki, 'kachak' ..............oleh makcik-makcik.Berbaju Melayu sambil memakai muffler itu sangat cool dan hensem! serius..









9)Karok Lagu Raya Dengan Sepenuh Perasaan
Pasang lagu raya kuat-kuat , pastu nyanyi ramai -ramai di kala malam raya .Sudah tiada perasaan malu lagi di hati, dan masa itulah masing-masing terkenang nostalgia dan memori raya di kampung masing-masing.Kene lak turn lagu raya Sudirman kan, menghayati rangkap demi rangkap ,sampai ke bait ..
..

      "Hanya ku sampaikan doa...
                    dan kiriman tulus ikhlas..
                               ..dari jauh ku pohonkan ampun maaf~''.
.
..
......
.masa ini nyanyi dengan penuh jiwa raga dan keinsafan.  Me~~~mang best.













Allahyarham Sudirman Hj.Arshad
Walaupun sudah tiada
Dialah manusia yang tak pernah tak ada setiap kali raya,

For this 2010;Raya+Merdeka,He's man of the year












10) Online   Dipagi Raya   
Masih lagi boleh check mel, layan facebook jap, sambil-sambil tu usha-usha gamba salam perantauan dah up ke blum.Dan yang lebih penting ,boleh lagi layan blog ni , best kan blog ni?, best kan? best kan?..miehehehe..

...........


Sekadar 10 je lah bingkisan untuk tahun ni.Pada rakan-rakan yang beraya di tanah air , jangan kerek-kerek aa, duk sibuk ajak-ajak ayam, kerana kami di sini sikit pun tidak terkilan, kerana beraya di rantauan ,ada keseronokannya yang tersendiri.Silalah percaya.





Baiklah.
Dikesempatan ini, maklumlah di bulan baik di hari baik, dengan ini saya dah pun memaafkan segala salah silap dan khilaf serta pedajal yang pernah anda buat kat saya dulu.So , jangan susah-susah hati ,ok? Saya chill je..

 Jika ditanyakan bagamana akhlak Rasullullah SAW,pantas Aisya RA menjawab ' Al-Quran ' ; Begitulah juga saya, akhlak saya adalah blog ni.Mungkin banyak kesilapan tatabahasa, bahasa kesat, menusuk hati, mencengkam jiwa, serta ayat-ayat lame yang membuatkan korang menyampah seribu bahasa.

Di sini,

Saya pohon maaf, inilah saya,macam biasa tak pernah sempurna.Tanpa anda wahai pembaca siapalah saya yang marhain ini .
Sekian_ciaou.






p/s: kalau ada harga untuk memaafkan diri ini, sebutkan saja harganya, akan ku bayar , walaupun dengan harga yang sangat mahal
p/s/s: kata ganti nama diri pertama; disesuaikan mengikut kondisi pembaca sasaran.

28 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Sheri!
kenapa tak hantar gambar masuk newspaper?
kalau tak, aku gunting dan frame. eh?

XD

dah nak raya.
walaupun tak dapat baju warna sedondon dengan kamu di hari raya (motif?), ku nak kata, kasutku akan serupa dengan kamu wahai Sheri.

=)

Jaga diri baik2~
Kenang daku dalam, err, bungkusan peket mee segera di pagi raya?

=P

jejaka C said...

comel la abg niXam niii

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

sedih betul bunyinya.hahaha.

Anonymous said...

hehe eleehh penyedap hati jek tu..



ye laa ye laaa best pe beraye di perantauan


*saje nk sedapkan hati kamu*



selamat hari raya!!

inniakhofullah said...

sebab yang tepat..

jangan sedih ye....cover sedih ke bro?heheh

udda said...

aku pun suke raya kat perantauan dgn sbb2 di atas... xyah pening2 nk tolong kemas rumah, kueh raya..layan guest....

sronok nyer tym tue, bgn leh lmbt2.

nur.sa said...

hehe. tp betul le. korang memang best dpt beraya kat sana. bukan lama pun. nanti2 leh balik mesia semula.yang penting penghayatan tu. happy eid mubarak ^^

masmuni said...

actually kan, I miss tau beraya kat US. I mean, its a rare opportunity to have tau, and besides, I feel like the brotherhood and sisterhood bond jadi makin kuat time raya. Masak sama2, makan sama2 etc.

I dunno la if post ni saje utk sedapkan hati ke tak, but I love beraya kat negara orang. Have fun, and take care :)

dayah said...

eleh. rugi tak balik meysia sbb bnyak perkara terpaksa miss, cam nak cover rasa sedih je kat entry sheri ni. its ok. salam syawal. hapi alwys wherever you are ok. stay cool sana :)

nerves said...

raye kat Malaysia gak yang best..haha..
sila jangan nafikan dalam hati ye^_^
Selamat hari raya!

ザ-sylver- S said...

@Zara:haha.. carila dlm paper utusan, taun bile ke ntah,..tp yang pasti puasa kedua la, gambar sensorng..

@jejakaC: kepsi kepsi kepsi

@raZi: sedih dowwh....

@Markonah:selamat haro utk kamu juge(ade ubi ade batas,...)

@ErmaFatiha:thanx, slamat hari raya untuk kamu juge ;)

@udda: Tottori ada funfair ke udda?
Tottori ada funfair ke udda?
Tottori ada funfair ke udda?
..hahaha

@nur.sa:hehe..tgh habes feeling ni menghayat..soksok mana tau raya kt kg lak..

@mas:thanx mas for the 11th reason!!hehe
When I shared how much I enjoy my life here , I'd always know that you had been there too..

@Dayah: raya leklok naa,mkn tu kontrol2 skit..sini tak sedih aihhh

@biussaraf: tak tak..raye kat sini lagi best,raye kat sini lagi best,raye kat sini lagi best
ok cukup 3kali..
Slmat hari raya juga dan thnx sudi singgah;)

kyo_9 said...

bro.. ko raya mana tadi?
x nampak pon kt embassy=

Anonymous said...

haha yg tang mls layan tetamu tu saye ;P
mmg x larat kene buat air hidang kuih
pastu sebok tnye "bile nk kawen?"
nyesal pegi dpn :(

btw slmt hari raya..dan salam perkenalan :)

Munsyi said...

ku pun pernah mengeluh letih bile kena layan tetamu yg dtg, pastu ade kwn ingatkan, "tetamu yang datang adalah pembawa rahmat, perginya penghapus dosa"

Salam aidilfitri~

Anonymous said...

Sheki (sorry eek, I call dia Sheki... nampak macho, hanya saya panggil nama ni...pengumuman2..haha)

Mana pun raya...tak sama cium tangan mak ayah....ehem sangat wangi. Sangat wangi...haha...sekali lagi nak cakap: Sangat wangi....aaaa. Jgn marah dear. Salam lebaran. You're a good friend, yes you are.

joegrimjow said...

xberaya sane pon dapat online fb gk
hehe

cik jaa said...

yelah sheki oiit~ aku paham.. ko kan kental..mane maen sedih2 nih =p takpe,takpe..nanti aku upload gambar raya kitorang. sir sibuk tanye~ orang jepun tak balek ke?? haha. cepat balik lah!! selamat raya sheki =) kosong-kosong lah ye~

ckynwan said...

perghhh!!! best gilaaaaa beraya kat perantauan. menyesal aku balik beraya kat malaysia~


hahahahaha

Unamn said...

wa........ study kat sne eah? cmne tokyo? besh x?

ザ-sylver- S said...

@kyo: sori aa bro, tk trun pun

@sweetAnts:ckp je balik "ngape? nk sponsor ke?" ..huhu

@MusyiSama: masyaAllah shekh...Terima kasih

@FidaAishah:aaaalaaaaaa...kasi la can,nangis kang...
btw, thanx for being a good friend of mine:)

@joegrimjow:erk?? fb je kan...?

@ckYn:ceh, gedik tol

@teddyUna:nope, Nagoya Darul Iman

@W.hidney:DOOOOK AAIHHH~~~...MANA ADA JELES JELES WEH...grr

ザ-sylver- S said...

@cT: ko wat tatau je kalo sir tanye, takpun ko wat2 pandang ke atas , sambil nyanyi ,"dam dam dum bunyi mercun..."

Sha-na.Szied said...

salam ziarah..sy paling berminat dgn no 8 dan 10

mmg lelaki berbaju melayu & pki mafler sngt cool la :D love it

kalau pagi raya online sangat eksaited :D

===========

kalau kami di pagi raya d obersi gurl mmg kene masak~ huhu T_T

bila pasang je lagu raya walau hati gembira mana pun mst ade rasa sayu dan syahdu .........waaa

best entry kamu!~ :D

Fernandajggp said...

aku pun suke raya kat perantauan dgn sbb2 di atas... xyah pening2 nk tolong kemas rumah, kueh raya..layan guest.... sronok nyer tym tue, bgn leh lmbt2.

Anonymous said...

kobe shoes
nfl jerseys
michael kors factory outlet
cheap rolex watches
michael kors outlet
true religion jeans
michael kors handbags sale
air huarache shoes
huaraches shoes
michael jordan shoes
ralph lauren online,cheap ralph lauren
air huarache shoes
black huaraches
cheap jerseys from china
kobe byrant shoes
air jordan retro
chrome hearts wholesale
fitflops sale
toms outlet store
michael kors outlet online
cheap nfl jerseys
chrome hearts online store
ugg outlet
christian louboutin outlet
tiffany and co outlet
christian louboutin outlet
fitflops clearance
jordan shoes on sale
retro jordans

gelo said...

An impressive share! I've just forwarded this onto a co-worker who was doing a little homework on this. And he in fact bought me lunch simply because I found it for him... lol. So allow me to reword this.... Thank YOU for the meal!! But yeah, thanks for spending some time to discuss this topic here on your blog.casino

Anonymous said...

This page certainly has all of the info I wanted about this subject and didn't know who to ask. Agen Ibcbet

raybanoutlet001 said...

moncler outlet
michael kors
mlb jerseys
jaguars jersey
broncos jerseys
michael kors handbags
denver broncos jerseys
chicago bulls jersey
adidas nmd r1
michael kors handbags online

Cara Mengobati Cacingan said...


This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)


Obat Benjolan di Belakang Telinga
Pengobatan Alternatif Penyakit Hepatitis
Obat Tradisional Cedera Lutut/Keseleo Lutut

Related Posts with Thumbnails