Tuesday, September 6, 2011

Apa khabar orang kampung

10 comments









  Tahun-tahun akhir sebelum aku datang Jepun, Raya hanya bermaksud cuti tanpa rehat, makanan-makanan yang menggemukkan,bertandang ke rumah orang-orang yang tak dikenali/saudara mara .Datang ke rumah mereka balik untuk makan makanan-makanan yang menggemukkan,tolong mak jemur putu kacang kat luar, ikut keluarga gi ke rumah orang-orang yang tak dikenali/saudara mara bertanyakan bila aku mahu habis, kahwin blablabla dan filem-filem Yusof Haslam atau Prof. Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti Pondok Buruk, Basikal Buruk, Quran Buruk, semualah buruk, di televisyen.


Masa itu , bila tengok kengkawan pun ikut keluarga masing-masing, aku takde semangat nak kuar beraya.Duduk rumah, tarik langsir rapat-rapat , terconggok layan artis-artis yang baru up ni nyanyi Lagu Raya kat tv

Ingat seronok ke layan Khai AF nyanyi lagu Saloma?
Maksud aku, tiada ketenteraman menikmati suara merdu Khai itulah yang buat tak seronok, lagi-lagi bila budak-budak yang-ntah-mana-asal-nye-ntah , datang berduyun-duyun nak beraya.
"Assalamualaikum, abang, kami datang nak beraya"
Macamana korang tahu aku ada kat rumah ni?
Oh, ada satu tingkap tak cukup langsir,struggle bebudak nih.
Mujur `abang`,kalau pakcik memang aku pelempang . 

Yang paling jahanam bila malam raya.
Main mercun macam esoknya takleh main lagi dah.
Yelah, raya kan, bila lagi.
Tapi ni sapa ajar main thunder-clap kena tanam dalam pasir ni?Bila tak terbang, menjerit.
Pergilah cari botol,   takpun , pegang ngan tangan, agak-agak nak terbang tu, lepas aa.
Tu satu hal.
Yang tak dan sumbu nak habis, tetiba jatuh meniarap pun satu hal lagi .
Elok je kan , ngadap pintu rumah,pintu rumah lak terbuka.
Cuba kamu bayangkan, makcik-makcik tengah-tengah layan adengan Wan Maimunah peluk Rosdi Ramli, menangis-nangis hiba di ending cerekarama, tiba-tiba thunder-clap melintas depan , dan...
Tak melompat orang tua tuh.

Pagi 1,2,3 raya biasanya kena paksa ikut family gi jalan.
Otherwise , kene ngecek skit ngan deme kunun dah janji nak beraya ngan member.
Biasanya tiada.
Tapi kalau ada pun, member akan datang angkut gi beraya..
...gi rumah member..
 ..punya member..
     ..punya member..
        ..punya member..
..yang bila derang menyembang , haram aku nak faham satu hape.




Itu lah recycle setiap kali datang raya.
.
.
.
Setiap tahun perasaan yang sama,
Kecuali 4 tahun lalu.

Tahun 2007, meskipun itu bukanlah yang kali pertama , tapi itulah pertama kali raya yang kalau aku tak rasa itu raya maka bukan hari raya la namanya.
Tu tahun pertama buat open-house kat rumah sewa dan barulah terasa betapa payahnya nak bagi orang mencekik bila bertandang ke rumah.
Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang mulia, aku dan rerakan seperjuangan mula bermesyuarat , nak ponteng ke tak kelas esoknya.
Aku? hehehe..
Seminggu pertama raya, macam biasa, tenang.
Hujung minggu barulah raya yang sebenar bermula.
Walaupun berkongsi, aku sekarang dah boleh drive ke mana aku suka.
Bertandang rumah rakan tanpa mereka berikan alasan,"hari aku raya rumah paklong, mak uda, wan mah,,blabla, aku la".

Akhirnya aku dapat lari dari rutin raya yang biasa.


Aku tak perlu hadapi cuti tanpa rehat, cuti pun takde , baru nak start semester baru.Tiada lagi makanan-makanan yang menggemukkan lagi memengahkan,bertandang ke rumah orang-orang yang tak dikenali/saudara mara .Datang ke rumah mereka balik untuk makan makanan-makanan yang menggemukkan,tolong mak jemur putu kacang kat luar, ikut keluarga gi ke rumah orang-orang yang tak dikenali/saudara mara bertanyakan bila aku mahu habis, kahwin blablabla dan filem-filem Yusof Haslam atau Prof. Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti Pondok Buruk, Basikal Buruk, Quran Buruk, semualah buruk, di televisyen.



Aku dapat pecahkan tradisi raya aku.

Aku teruja.

Mata mula bersinar.

'Raya tahun ini, pasti seronok.'


Majlis Raya memang acara tahunan wajib kat sini.Dengan satey sebagai utama, juadah lain semua kira tontong la sorang sikit, pot-luck .Kat sini jugaklah masing-masing tanak kalah.Ada yang anak tokey murtabak , dengan murtabak nya, anak tokey mee rebus Jawa dengan mee rebus Jawanya, yang manja ngan opahnya dengan rendang tok resipi opah dia.
Aku ?, nasik goreng adabi sudah.Tapi ramai yang sangka itu nasi tomato, pun bolehlah .Lawan sapa abes dulu.
Tak sampai 10 minit , murtabak abes, kemudian mee rebus, puding karamel blabla..
Akhir sekali nasi goreng Adabi, ..pun tak habis.



Gagal.


Hampa.

Nasi goreng yang diorang sangka nasi tomato itu belum cukup rare barangkali.
Sekadar cukup syarat.
Nak tapau left-over, biadap sangat kalau bawak tapauware kosong , yetak?




   Suasana raya di dewan yang disewa tak begitu meriah. Sebab mungkin gap antara junior ngan senior masih lagi  terasa.Lagipun , balik-balik inilah muka yang ditatap hari-hari.So, topik sembang raya tak lari ke mana sangat . Cuma yang tak boleh blah , ada sukaneka pulak kan .Siap ngan hamper, mana nak cari majlis raya ada sukaneka, kuiz bagai. Meskipun hampir setiap hari makanan semua adalah makanan segera, hari itu sangat special , semua hand-made warisan family masing-masing.Yang beria print-out dari Myresipi.com pun ada juga.Lemang je segera, tu tak boleh nak buat apa.

Cuma kalau ada mi segera memang aku mengamuk, apa kejadah pagi raya makan Maggi? Langgar prinsip.


Orang-orang Melayu di sini semua peramah. Aku tidak rasa terpinggir pun. Mereka buatkan aku feel macam dalam satu keluarga yang besar.


Tapi aku rasa seperti kehilangan sesuatu.


Aku rasa raya aku tidak lengkap.


Aku rasa janggal beraya tak pakai baju raya lengkap bersamping dan bersongkok.


Aku rasa janggal tak dengar lagu raya dalam radio kereta.


Aku rasa janggal tak dengar bunyi mercun.


Aku rasa janggal beraya kalau tak makan makanan memengahkan

Aku rasa... raya aku tidak lengkap.


Aku mahu cuti tanpa rehat.


Aku mahu makanan-makanan menggemukkan.


Aku mahu orang-orang yang tak dikenali/saudara mara datang ke rumah untuk makan makanan-makanan yang menggemuk dan memengahkan.


Aku mahu orang-orang yang tak dikenali/saudara mara bertanyakan kerja apa ,dah ada calon ,bila mahu kahwin, gaji berapa, lalu buat aku tertekan.


Aku juga mahu filem-filem Yusof Haslam atau Prof. Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti Pondok Buruk, Basikal Buruk, Quran Buruk, semualah buruk, di televisyen.


Dan, ya..


Aku mahu rasa kehangatan bersalaman dengan tangan-tangan yang pernah tibai keting aku dulu sebab balik lewat senja.


.
.


Sekarang ni aku dah tak reti nak beraya di Nagoya


'Kuih raya kamu tak sampai lagi ke?' bingit bonda ,seolah-olah pos ofis tu aku yang punya.


Tahun ni perasaan dah berubah.
Agaknya, masih ada lebih sedikit makna dalam perkataan Raya bagi aku after all.

Sedikit.


Selamat Hari Raya ,Sampai Ketemu Syawal Mendatang









_ciaou











credit to jebon

Read More
Related Posts with Thumbnails