Di Malaysia sekarang bukan main banyak pakej intenet yang ditawarkan. Sebagai pengguna, kita seharusnya bijak memilih pakej yang bersesuai dengan keperluan kita.Persoalannya , anda pasti bosan kalau saya terus menaip seperti orang yang mahu momohon pengurangan cukai pendapatan ini bukan?.
Ok, *pling
Kelmarinnya aku gi usha tenet jap. Pakej yang paling laju dan berbaloi setakat ialah U mobile.Untuk yang termurah derang offer satu modem free , 2mbs dengan uncapped quota (oi kamonlah , kat jepun 100mbs kot).Yang bestnya, ko dapat trial 7hari trial, dan tiada byran tambahan , dan paling best modem bulih swap-swap dengan digi ke maxis ke celcom, sebab dia pakai sim-card.
Tapi sesuai dengan bintang sagitarius , yakni seorang yng setia, aku kekal nk apply P1wimax juga, sebb dia kasi dua device, yang ada wifi tu buh umah dan yang satu lagi outdoor . Signal pun sama, coverage dah makin stabil. Yang penting murah, sebb hidup di ibukota yang penuh dusta dan nista ni , kita perlu hidup rilek-rilek je.
"Rugila adik, sebab nak register mana-mana pakej pun kena bayar RM100" -pancing salesgirl tu
"Takpe kak, saya sorang je pakai .."
"Kalau adik amik pakej 2mbs dan ke atas , adik dapat 5% diskaun setiap bulan, plus quota uncapped, ni special akak kasik"
"Saya bukan rajin pun donlod ni kak, game pun tak main.."
Pantas aku membelek2 wallet sambil cuba memusingkan badan sambil tangan kiri memegang brochure,
Adoi~, tinggal kaler merah sekeping je! - Terpaksalah aku jujur kata yang aku out of cash, jam pun nak dekat kol 10 mlm.
"Macam nilah kak, biar saya balik pikir dulu, esok saya datang lagi" *nala~
Esoknya aku pun datang balik..
Dengan yakin aku pun ...
Hah!?
"Sori la dik, lupalak akak nak kasi tau ,pakej tu semalam dia last, hari kita start yang lain,yang baru"
Ok.
Untuk OnePlan, modem yang hujung agak lazat.Dia portable, tapi ade wifi. Tak gaduh nak beli Proto Preve semata-mata nak surf dalam keter. Problemnya kena beli seratus, seratus ringgit bai , bukan seratus bijik.
Ingat nak pakai yang ini tapi, takat 1gbs pun ok.
"Boleh, tapi dalam trial 7 hari, kalau tak ok, adik boleh full refund balik.Tapi kalau ok, lepas 6 bulan adik nak kensel kira seratus register tadi burn, tapi kalau adik nak upgrade lepas tempoh tu, adik takyah bayar lagi la dah"
ok
" Mintak ic , dik. Adik isi borang ni dulu, sementara akak nak copy ic nih."
ok
" Ok dah? terima kasih dik, ni ic adik.."
.....
ADIK??
*senyum lebar**
Balik jenuh ngetest, tak jugak boleh
Sok pagi lagi salesgirl semalam tepon.
"Sorilah bang, system kami down semalam, so, kira registration abang tu, kami dah anjak start ke hari ni.."
:))))) #jangan hisap rokok ye adik-adik.
Read More