Tuesday, November 1, 2011

Perkara yang di-regret sepanjang keberadaan di sini

1. Masuk rumah hantu fujikyuu
Ini yang paling angker ,dan paling panjang dalam dunia. Kalau tak tahan siap baru lorong untuk keluar. Robot? patung?, pe barang ni pakai orang betul la, tapi jangan siku lak dia , sebab dia memang takkan sentuh , apatah lagi peluk. Adui, aku takleh nak sembang lebat, sebab aku sendiri tak nah masuk. Inilah akibatnya kalau sikap suka menangguh-nangguh sejak 1st year, kan dah menyesal.



2.Belanja rakan
Waktu south-trip turun ke kyushu dlu, aku singgah Hakata, then lepak rumah kawan aku kat Kyushuu Inst.of.Technology.. Dia ambik pakai subaru yang cover signal dia tercabut tu.Sampai malam memasing perut dah bunyi. Dia bawak tempat yang dia rasa best , sebuah kedai udon mana ntah. Tapi yang makan hanya kami, dia melopong tengok kitaorang. Aku offer nak belanja , katanya dah makan dah. Semua setel makan , licin, kecuali aku, sebab aku bukan penggemar udon sengat. Tengok mangkuk tinggal beberapa helai , dengan kuah , dia terus tibai aku punya sampai mangkuk tu takyah basuh lagi la.
  Sampai rumah dia, kami tidur , dia bangun makan megi( or makan something , not sure) > Dari situ aku tau mamat ni tgh  sengkek, menyesal aku tak bersungguh offer nak belanja tadi.
  Sekarang dia dah kembali ke-Rahmatullah, dan sampai bila-bila pun aku regret tak dapat belanja dia malam itu. Al-fatihah buat Alllayarham Muhammad Syafiq.



3.Hadiah Kahwin
Summer 2008, aku menghadirkan diri yang hina dan marhain ini ke Summer Camp Ipij , kat Hitachi, Ibaraki. Aku jarang pergi summer camp nih. Tapi itulah yang kali terakhir setakat la.Pergi setakat nak jumpa Ustaz Hasrizal. Memang berbaloi aku gi, 3 hari sepnajang kat sana , terasa macam nak balik sekolah lama ngajor bebudak kat sana la pulok . Ustaz Hasrizal sangat mesra orangnya, dia tak kekok ngan bebudak hingusan macam kami, kerana background pun lebih kurang, pendapat sangat masuk ke jiwa remaja (ketika itulah). Memang puas.Bukan setakat jumpa, malah dapat salam peluk, dan sempat dia bisikkan supaya kirim salam kat emak, ketika berpisah..Aje nye ye  kamu,awok ndok labun.
  So , adakah aku regret sebab tak tidak bertanyakan soalan yang bukan-bukan , supaya Ustaz Hasrizal boleh loretkan kat dalam Saifulislam.com?. Tidak
  Beliau bawakkan dalam 10-15 naskhah Aku Terima Nikahnya , untuk dijual kat sini. Dia jual dalam 1000 yen, yang dalam wallet cuma ngam-ngam 1000 yen.Sebabkan aku sudah pun beli novel "Ayat-ayat Cinta" , maka aku berat nak beli untuk hadiah kahwin kakak aku,  meskipun aku tau kakak aku ni minat gile ngan Ustaz Hasrizal ni. " Ayat-ayat Cinta" pada aku lebih make sense, sebab aku insist ada nilai nostalgia memandang akak aku ni pernah belajar kat Mesir.

 Tapi aku silap. Tak sampai sebulan aku bagi novel Habiburahman itu, akak aku pun  beli "Aku terima nikahnya" kat Malaysia. Kalaulah aku beli kat Hitachi time tuh, bukan takat tandatangan, barangkali kata-kata ucapan tulisan tangan Ustaz Hasrizal sendiri kat muka akhir.Mesti kakak hepi giler, siap frame lagi gantung kat dinding.
   1000 yen tu pinjam kat sape-sape pun takpe.



4. Masuk rumah
Ingat dulu masa ,.........




























....tak mampu nak tulis lagi.Perlu ke nak ingat benda yang kita sesalkan, yang sudah tu sudah lah, life is not moving backward,..



2 comments:

takky said...

pandang ke blakang...
bukan utk disesalkan tapi utk ambik pengajaran dan iktibar...
agar kite x ulang lagi utk masa dpan...
^O^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Al-Fatihah buat Allahyarham sahabat itu.

Related Posts with Thumbnails