Saturday, December 31, 2011

Fakta-fakta Mengenai Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun 2011

8 comments

70% orang muda (20-35) muflis
Pengambilan lemak paling tinggi di Asia Tenggara, dan antara yang tertinggi di Asia
Pendengar radio paling lama dan paling ramai di dunia
Menghabiskan masa paling lama menghadap Facebook
Purata  paling ramai kawan di Facebook
Paling banyak tangkap gambar
Paling banyak memuat naik gambar di internet




Mari lihat jadual harian seorang rakyat Malaysia ,yang secara random hari ini kita pilih:
 Encik Jasli, berumur
24 tahun. Bekerja sebagai Admin Officer.Masih bujang dan berkereta Satrio Neo
Ini rutin harian beliau


 -#-#-#-#-

5:50 bangun pagi
5:55 eh baru pukul 5:50 tidur balik ah
6:40 Baru bagun pagi betul-betul
6:45 Pling! Siap
6:46 Subuh
7:00 Start enjin, tak mampu nak beli timer , masuk dalam dulu baru start, bukak radio frekuensi 96.7fm , dengar Mak Banang ngan Mak Neng meroyan
7:05 gerak dari rumah kat Rawang, kojo kek  Pantai Dalam sano nun..isk isk.nak buek camno, rumah dokek sano mahal.
7:15 Masih dalam kereta, dah start menguap.
8:35 Baru dapat masuk KL. Jam maha dahsyat, silap bajet masa, selama cuma ni tau bajet hensem je.
9:00 Fuh sepp.. Punctual Teras Kejayaan
9:15 Bukak facebook,tenet free, network-technician member sekampung je, tu yang boleh lepas bukak facebook (hihihi)
9:17 Lorh, apahal dia tukar gambo profil lak ni,
9:20 Demn la Ajib , pergi Port Dickson tak ajak.Ni celah mana PD  ada ladang teh ni, gambar taun bile ni?
9:45 Kahwin dah si Melah ni, tapi apsal laki dia tak hensem..HAHAHA
10:00 Boring tul keje ni, boss kerek, kak hr kerek, kak finance kerek, ni junior bajet cun sebelah ni pun kerek, mak cik cleaner pun kerek , ni kene updet kat status.”Nothing GREAT was ever archived without Enthusiasm ” pergh bajet ustaz sikit..
10:15 Menum jap, permulaan hari yang sihat harus dimulakan dengan sarapan berkhasiat.
10:17 Dik nak Tehtarik gelas beso, Nasi Lemak sambal lebih , kuih lapis 4 bijik,ketayap tige. *lagu NurKasih dari corong radio sebagai muzik latarbelakang.
11:00 Naik ofis, nasib nampak boss masuk toilet kafe , sembelit agaknya.
11:00 Sambung FB, eh? Dah tukar profile dah? #tips: harus alert tahu, ini penting ,boleh buat modal nyembang kerana setiap perubahan sebenarnya ada mesej tertentu yang mahu disampaikan.
12:00 Kawan bawak keronsang yang dia beli kat Beijing minggu lepas. Nak jaga hati, beli 3-4 pasang, niat nak kasi adik-beradik. Sepasang RM60! Kak, bayar pakai kad kredit boleh? Apa? Buleh juga? Kasi lima ah.

12:30 Facebook lagi. Ni ada sape ntah sedap-sedap tag baju, jamu mak dara kuat, tudung Yuna, pashmina, jersi…eh jersi?, selai tiga puluh ,dulai limaploh,.hehe, CIMB click kan mudah.
13:00 Dzuhr
14:00 Tekun bekerja

 
16:30 Asr
17:00 Balik , sekali lagi, Punctual Teras Kejayaan
17:30 lepak kat lcafe dulu dengan budak dispatch , payung sbagai tanda terima kasih tolong punch-card masuk pagi tadi ,huh kantoi, hehe…
1711 Menu petang teh tarik gelas besar, ais tepi seketul. Kuih lopes empat rasa.Mamat ni plak balun Teh Pelangi F’nN , alah yang ada tiga layer tuh, susu dekat 2 inci dia punye tebal. Dengan roti KLCC .
1800 Masuk keter, pasang Seleksi Petang di Sinar , dengan ,nice la, bertemankan Cik Fia suara persik kayangan (kekadang macam Mila AF pun ada) ,Zaidi Zainal cuti hari ni.
1810 Menyumpah kat Info Trafik, sebab dah tersilap masuk Jalan Ipoh , arggghttt!!
1815 Stuck


1830 haha, terjumpa Billboard ni, perlu upload kat fb, twitter, tagged,fotopages,tumblr,instagrm, dan my[__________] .


1930 Sampai rumah
2000 Siap-siap Solat Maghrib di ujung waktu , terus Isya’ , senang,  .. sekali wudhu’.
2100 Kuar mapley dengan bawak galaxy note  baru angkat petang semalam. Orang kata ni lagi best dari  Iphone 4s .Boleh tahan. Berbaloi jugalah rasanya trade-in Ipad2 yang baru pakai tak sampai sebulan. Online jap, ada 14 friend request, ini hasil poke kat ofis tadi.Sambil-sambil meneguk Milo Tabuh segelas dua.

22:00 Makan malam dengan housemate dekat Beriani arab Sorang dekat 11hengget gakla. Ni kene tangkap gambo, upload, senang Nek Mah  nak Tanya makan mana bila balik kampong nanti.Mujur wifi free, boleh check-in kat fourth square.

 

23:00 Esok usha port baru nak makan esok, Kamsahamida , baru bukak, kene try ni.”Sihat hanya sekali, sementara sihat, tibai la selagi boleh”-orang katalah. *bg= lagu Sorisori kat SuriaFM.
23:30 Sampai rumah.Terus balas sms ‘kawan’ yang duk New Castle sana nun. Saje-saje nak kenal-kenal.
23:45 Masih lagi melayan sms, kalau tak balas tu agak ‘rude’ tahu.
00:25 Masih lagi melayan. Lagi pulak pakai smsfree sebab sana tenet laju,murah Sini,prepaid saja.
1:00 Tidur


-#-#-#-#-


Facebook,gambar,radio, lemak,muflis…. cek!



Kalau kita ini orang luar , bila nengokkan fakta-fakta , bolehlah kita assume macam ni la gamaknya tipikal rutin harian sorang rakyat Malaysia kot.Btw, ada tambahan sikit yang SinarFm buat pertama kali dapat no.1,sementara SuriaFm paling cepat naik selepas pelancaran.Panggilan hangit itu semua sudah boring.



Read More

Wednesday, December 21, 2011

Wahai Wanita...

53 comments


Rule nombor satu: Jangan sesekali gatal nak terai kat perempuan yang baru je lepas break-up.Betul! Diorang  akan sangkut kat ngko, tapi itu perasaan ko je, sebab lepas jumpa pengganti, dia akan cuma cakap “ Thanks sebab sudi temankan I” dan blah camtu je.

Itulah pesan si Ijoi, roommate kat kolej ni, merangkap rakan sekuliah, sekos, dan kadang-kadang seubat gigi, pasal dia semedang je terlupa bawak ubat gigi ke kampus.

Inilah juga yang buatkan aku runsing, sebab aku dah mula suka dengan Ifa, ex-Ijoi terbaru bulan ini.


Ijoi bulan ni je dah dua kali break-up.Yang satu lagi dengan budak Uitm Machang.Kelantanis tkde prospek masa depan katenye.Sekarang,walaupun dah couple dengan junior budak media kereta Alto kolej 8 tuh pun tu pun selamber pasang skandal dengan adik angkat satu kos.
Budak media memang boleh tahan semua-semuanya, tambah-tambah awek dia sekarang ni budak takat cunnnn..mak, tapi anak bongsu datuk mane ntah, kaya lah senang cerita. Walhal Ijoi ni pakai ex5 je, duit minyak pun kadang-kadang pau aku.Apalah mandrem ko pakai ni Ijoi?.Tapi sejak dia masuk corner Jejaka Pilihan U, makin hot-stuff.Low-profil dia tu buatkan dia makin femes dikalangan gadis seantero kampus, mahupun dunia maya yang fana ini. Langkah dia makin panjang.

Memang aku akui , Ijoi paling ekselen dalam kelas, antara yang topteng, gi kelas tak cukup  4 kali sembur HugoBoss dah runsing. Muka pun persis Ashraf Muslim. Walaupun nampak segak, perangai dia yang macam haram dikalangan kami itu sikit pun tak mengurang percentage saham dia di mata awek U ini.Lagi-lagi, tiap malam rajin tul dia layan awek-yang-ntah-mana-asalnya,
“kelemahan aku satu je, tak pandai tolak orang perempuan la”-tu je lah ayat dia bila aku Tanya tak penat ke layan perempuan-perempuan ni.

Ifa pulak kawan sejak sekolah menengah. Biasa-biasa aja budak je.Gedik-gedik tapi , mm okla, sebab aku paling kenal dia,so takde lah nak perasan-perasan sangat dia nih.
Tapi sejak dia tahu Ijoi ni roommate aku, dia mula nak rapat-rapat dengan aku. Iya, aku tahu aku dipergunakan ketika ni .
Tipikal gadis melayu, beria betul dia nak kenal dengan Ijoi ni.
 Macam-macam dia tanya aku pasal Ijoi.Antara yang paling susah nak jawab tentulah;
“Betulke Ijoi single dah?”
“Dia dengan si anu tu dah takde apa-apa lagi kan?”
“Adik angkat dia tuh dah bf baru kan?”

Sejak dia dapat no. Ijoi , id ym , dan mana-mana yang patut, aku rasa macam seorang penghidap kusta yang dipinggirkan oleh 2 makhluk ini.

Sungguhpun Ijoi Ifa dah declare relationship derang tak lama lepas tu, aku tetap (hepi). . Aku akhirnya nampak sisi ayu si Ifa ni.Satu bakat Ijoi yang ramai orang laki takde,terima kasih bro.

……….

Tapi selepas break-up, kat sape lagi si Ifa ni nak mengadu nasib ?
Malam-malam gigihla aku melayan mesej dia. Mungkin agaknya dia nak kasik si-ex dia tu jeles, walhal Ijoi bukan heran pun. Aku malas nak ambik tahu apa jadi pasal derang , lagipun bukan si Ifa ni tak tahu si Ijoi tukar awek macam tukar baju.Memang dah jadi prinsip,aku malas nak gaduh pasal perempuan ni, leceh.Lagi-lagi orang tu sebelah katil ni je haa.

Aku pujuk Ifa ni baik-baik.Mulalah keluar ayat ,awak deserve lelaki yang lebih baik lah,Kumbang bukan seekor lah, awak terlalu baik untuk Ijoi lah.

Dia mula ceria tak lama pastu.Yang pasti ,Yess,Aku happy. Happy yang dia tak tolak aku walaupun dia patah hati dengan Ijoi ,kawan aku itu.

Ahh, persetanlah rule nombor satu .
Aku mula injek pelan-pelan. Ajak kuar minum, teman gi balik kelas, sama-sama wat repot kat kafe. Kadang-kadang pernah cuba gak setting konon-konon terlanggar masa bawak buku kat library , pastu sama-sama kutip buku terjatuh , masing-masing saling pandang,ade karen ,senyum-senyum sipu…(awak nampak cantiklah hari ni)
Pastu tak datang library dah  ( saya tak boleh study sebab tak boleh focus, hahaha)

Pernah satu hari tu aku ajak minum kat Tutti-frutti. Aku sengaja pesan  Royal Red Velvet  untuk dia, (feveret dia ni Ijoy yang bagitau.) Sampai meja je dia terus sebak, mungkin dia terharu dengan kesungguhan aku agaknya.Balik itu aku hantar dia ke kolej.Sepanjang perjalanan balik, dia cuma diam saja,sekali-sekala lawak taraf JeppSepah aku ni cuba memecahkan kesunyian nyata tak berkesan.

Takpalah esok kan masih ada.

Esok,lusa, dan hari hari selepas itu mesej aku dia wat dono je.

Sampailah suatu hari ,aku nampak Ifa kat Tutti-frutti sedang minum air feveret dia,Royal Red Velvet,
Dengan seorang lelaki??

Luruh dada aku , bila apa yang aku nampak lelaki duduk didepan dia sambil pegang tangan-tangan itu..

..tak lain tak bukan adalah , IJOI!

Glupl!.

Aku faham yang korang memang takleh lupa cinta pertama korang, tapi kenapa nak pilih untuk disakiti sekali lagi?

Pening, taulah Ijoi tu hot stuff, kegilaan ramai, tapi..

Jadinya sini ikhlas mau aku bertanya dengan korang.

Jujur ya,

Wahai wanita ,apa yang korang nak cari dari seorang lelaki ini sebenarnya?

Comforternity?  Tanggungjawab? Kejujuran? Atau sepasang bahu gagah tempat bersandar?

SEMBANG!!


Wanita sebenarnya mahu memiliki sesuatu yang diorang yakin semua wanita lain juga mahu, supaya diorang boleh tunjukkan pada mereka betapa beruntungnya hidup sebagai seorang diorang.
  Kan?


Dah agak dah.


  

p/s:walau tokok tambah sikit-sikit , tapi aku percaya ni cerita bukan aku sahaja,kome juge dah rase..*lagu senario

Read More

Wednesday, December 7, 2011

25 things you learned when you 25

13 comments

another day



1.Start making a fool thing , then end-up messing  with it ,even in single matter in life, and surprisingly you remember every inch of it.


2.Face the reality!, not Face book-ing them.Complaining is like slapping yourself for slapping yourself. It doesn’t solve the problem, it just hurts you more.


3.Only 2 of 76 subjects you took in university are used  in your work.The rest 74's just like common knowledge.->English Literature ,    ..and the one you working on.


4.Being an adult can be so much fun when you are acting like a child."Pah maman , kite gi yak yak la ye"


5.You’ll stop wishing that something you had wished before ,not because you already got what 
you wanted but because you’ve finally accepted the fact that not all wishes can come true.


6.Bad things do happen to good people.


7.Give up trying to be everything to everyone. – Making one person smile can change the world.  Maybe not the whole world, but their world.  Start small.  Start now.


8.Everyone makes mistakes.  If you can’t forgive others, don’t expect others to forgive you.  To forgive is to set a prisoner free and discover the prisoner was you.


9.Don’t try to impress everyone. – Purposely impressing people is an act that brings nothing but a momentary ego boost.  Be real with people instead.  Connect with fewer people on a level that is deeper and more profound.


10.First impressions are completely worthless 50% of the time. 


11.While you’re busy looking for the perfect person, you’ll probably miss the imperfect person who could make you perfectly happy.  This is as true for friendships as it is for intimate relationships.  Finding a companion or a friend isn’t about trying to transform yourself into the perfect image of what you think they want.  It’s about being exactly who you are and then finding someone who appreciates that.


12.It's good you friend everywhere every single place on earth, you realized how lucky you're but the thing is you don’t need a certain number of friends, just a number of friends you can be certain of. 


13.Making fool to each others doesn't make you fool neither,but you're simply smart enough  if you know the consequent afterward. 


14.No matter how bad your heart has been broken the world doesn’t stop for your grief. The sun comes right back up the next day.


15.You are marrying your best friend actually.


16.Money is money itself. Time just creating the chance.


17.Chance is a gift, so act on chance when given the opportunity.


18.Yup,People deserve a second chance, but not a third.


19.You start regretting the things you did NOT do far more than the things you did.


20.A smile doesn’t always mean a person is happy.  Sometimes it simply means they are strong enough to face their problems.


21.You can’t take things too personally.  Rarely do people do things because of you.  They do things because of them.


22.Love has nothing to do with looks.


23.If you want love, give love. If you want friends, be friendly. If you want money, provide value. Damn , It really is this simple.


24...And again Love has nothing to do with LOOKS. 


25.Sometimes, 'Redha' is more heavier  than 'SABAR'




















p/s:some are copied, some are what people told, and the rest from mine. 

Read More

Saturday, December 3, 2011

Rindu Nagoya

15 comments

diversion
*pandangan dari beranda bilik.Hujung kanan belah atas sikit ada corner golf orang bawah tapi tak nampak,sebab buat sakit hati, pepagi memekak la pungpangpungpang dia main ...


 Sudah genap sebulan di tanah air.
Rindu benar aku kat Nagoya.
Pantang tul orang tak tau Nagoya kat mane, mau bersilat aku dibuatnya. Lainlah kalau kawasan pelik-pelik macam Kumamoto . Even kalau tanya pasal tempat lain pun, mesti Nagoya terpancul sebagai perbandingan.Contoh, Selayang ni macam sub-urb Nagoya sikit , cuma takde starbuck 2 tingkat.Tau , tiada kaitan.
Benarlah kata orang tua, Tempat Jatuh Lagikan Dikenang,..diulang tempat jatuh, bukan jauh,..Jadah apa nak kenang benda jauh?

"Mak ingat nak gi Nagoya la" - keluh seorang wanita tua yang perih di hujung pangkin.

Biar betul,Masa duk sana  offersuh  mai , tak mo, jual mahal,.Ye lah, konvo kan kawang-kawang, hanya sekali seumur hidup (setakat ni).Tengok bapak  housemate datang, tipu la kalu kata tak jeles.

"Cukup dah duit ni gamaknya.."-bondabuka dabai, Terselit buku Tabung Haji dipinggir zip sana.
Ok, dah tu, tapi nak gi wat ape,gi semata nak beli fridge-magnet ke ape ?

"Kamu busy tak ke ni?"
Tahulah aku.

Simpanan haji bonda dah cukup.Pantas ini membawa kepada pembawaan perbelanjaaan aku ke sana,bersama.TENKIU BONDA!!


TAK!! NI NAK BOOK TIKET BILE ??

"Tu, pegi amik kunci keter abah kamu ataih meja, ni  mak nak beli renda langsir depan ni, tak cukup.."


Chaish, tetiba aku rasa nak bersilat depan rumah ni.





Read More
Related Posts with Thumbnails