Rule nombor satu: Jangan sesekali gatal nak terai kat
perempuan yang baru je lepas break-up.Betul! Diorang akan sangkut kat ngko, tapi itu perasaan ko
je, sebab lepas jumpa pengganti, dia akan cuma cakap “ Thanks sebab sudi
temankan I” dan blah camtu je.
Itulah pesan si Ijoi, roommate kat kolej ni, merangkap rakan
sekuliah, sekos, dan kadang-kadang seubat gigi, pasal dia semedang je terlupa
bawak ubat gigi ke kampus.
Inilah juga yang buatkan aku runsing, sebab aku dah mula
suka dengan Ifa, ex-Ijoi terbaru bulan ini.
Ijoi bulan ni je dah dua kali break-up.Yang satu lagi dengan
budak Uitm Machang.Kelantanis tkde prospek masa depan katenye.Sekarang,walaupun
dah couple dengan junior budak media kereta Alto kolej 8 tuh pun tu pun
selamber pasang skandal dengan adik angkat satu kos.
Budak media memang boleh tahan semua-semuanya, tambah-tambah
awek dia sekarang ni budak takat cunnnn..mak, tapi anak bongsu datuk mane ntah,
kaya lah senang cerita. Walhal Ijoi ni pakai ex5 je, duit minyak pun
kadang-kadang pau aku.Apalah mandrem ko pakai ni Ijoi?.Tapi sejak dia masuk
corner Jejaka Pilihan U, makin hot-stuff.Low-profil dia tu buatkan dia makin
femes dikalangan gadis seantero kampus, mahupun dunia maya yang fana ini.
Langkah dia makin panjang.
Memang aku akui , Ijoi paling ekselen dalam kelas, antara
yang topteng, gi kelas tak cukup 4 kali
sembur HugoBoss dah runsing. Muka pun persis Ashraf Muslim. Walaupun nampak
segak, perangai dia yang macam haram dikalangan kami itu sikit pun tak mengurang
percentage saham dia di mata awek U ini.Lagi-lagi, tiap malam rajin tul dia
layan awek-yang-ntah-mana-asalnya,
“kelemahan aku satu je, tak pandai tolak orang perempuan la”-tu
je lah ayat dia bila aku Tanya tak penat ke layan perempuan-perempuan ni.
Ifa pulak kawan sejak sekolah menengah. Biasa-biasa aja
budak je.Gedik-gedik tapi , mm okla ,
sebab aku paling kenal dia,so takde lah nak perasan-perasan sangat dia nih.
Tapi sejak dia tahu Ijoi ni roommate aku, dia mula nak
rapat-rapat dengan aku. Iya, aku tahu aku dipergunakan ketika ni .
Tipikal gadis melayu, beria betul dia nak kenal dengan Ijoi
ni.
Macam-macam dia tanya
aku pasal Ijoi.Antara yang paling susah nak jawab tentulah;
“Betulke Ijoi single dah?”
“Dia dengan si anu tu dah takde apa-apa lagi kan ?”
“Adik angkat dia tuh dah bf baru kan ?”
Sejak dia dapat no. Ijoi , id ym , dan mana-mana yang patut,
aku rasa macam seorang penghidap kusta yang dipinggirkan oleh 2 makhluk ini.
Sungguhpun Ijoi Ifa dah declare relationship derang tak lama
lepas tu, aku tetap (hepi). . Aku akhirnya nampak sisi ayu si Ifa ni.Satu bakat
Ijoi yang ramai orang laki takde,terima kasih bro.
……….
Tapi selepas break-up, kat sape lagi si Ifa ni nak mengadu
nasib ?
Malam-malam gigihla aku melayan mesej dia. Mungkin agaknya
dia nak kasik si-ex dia tu jeles, walhal Ijoi bukan heran pun. Aku malas nak
ambik tahu apa jadi pasal derang , lagipun bukan si Ifa ni tak tahu si Ijoi
tukar awek macam tukar baju.Memang dah jadi prinsip,aku malas nak gaduh pasal
perempuan ni, leceh.Lagi-lagi orang tu sebelah katil ni je haa.
Aku pujuk Ifa ni baik-baik.Mulalah keluar ayat ,awak deserve
lelaki yang lebih baik lah,Kumbang bukan seekor lah, awak terlalu baik untuk
Ijoi lah.
Dia mula ceria tak lama pastu.Yang pasti ,Yess,Aku happy. Happy yang dia
tak tolak aku walaupun dia patah hati dengan Ijoi ,kawan aku itu.
Ahh, persetanlah rule nombor satu .
Aku mula injek pelan-pelan. Ajak kuar minum, teman gi balik
kelas, sama-sama wat repot kat kafe. Kadang-kadang pernah cuba gak
setting konon-konon terlanggar masa bawak buku kat library , pastu sama-sama
kutip buku terjatuh , masing-masing saling pandang,ade karen ,senyum-senyum
sipu…(awak nampak cantiklah hari ni)
Pastu tak datang library dah ( saya tak boleh study sebab tak boleh focus,
hahaha)
Pernah satu hari tu aku ajak minum kat Tutti-frutti. Aku
sengaja pesan
Royal Red Velvet untuk dia, (feveret dia ni Ijoy yang bagitau.)
Sampai meja je dia terus sebak, mungkin dia terharu dengan kesungguhan aku
agaknya.Balik itu aku hantar dia ke kolej.Sepanjang perjalanan balik, dia cuma
diam saja,sekali-sekala lawak taraf JeppSepah aku ni cuba memecahkan kesunyian nyata tak
berkesan.
Takpalah esok kan
masih ada.
Esok,lusa, dan hari hari selepas itu mesej aku dia wat dono
je.
Sampailah suatu hari ,aku nampak Ifa kat Tutti-frutti sedang
minum air feveret dia,Royal Red Velvet,
Dengan seorang lelaki??
Luruh dada aku , bila apa yang aku nampak lelaki duduk
didepan dia sambil pegang tangan-tangan itu..
..tak lain tak bukan adalah , IJOI!
Glupl!.
Aku faham yang korang memang takleh lupa cinta pertama
korang, tapi kenapa nak pilih untuk disakiti sekali lagi?
Pening, taulah Ijoi tu hot stuff, kegilaan ramai, tapi..
Jadinya sini ikhlas mau aku bertanya dengan korang.
Jujur ya,
Wahai wanita ,apa yang korang nak cari dari seorang lelaki
ini sebenarnya?
Comforternity? Tanggungjawab?
Kejujuran? Atau sepasang bahu gagah tempat bersandar?
SEMBANG!!
Wanita sebenarnya mahu memiliki sesuatu yang diorang yakin
semua wanita lain juga mahu, supaya diorang boleh tunjukkan pada mereka betapa
beruntungnya hidup sebagai seorang diorang.
Dah agak dah.
p/s:walau tokok tambah sikit-sikit , tapi aku percaya ni cerita bukan aku
sahaja,kome juge dah rase..*lagu senario













17 comments:
ahaha!sadisnye lahaiii cerita. tapi rsnya semua org pernah rs cmni..
sabar je la..sedih btol
alorhhh... ermmmm hidup..
speechless! erkkkk..
saya as wanita mahukan seseorang yang layak dijadikan suami, dan hidup bersama setiap hari until akhir hayat,bukan takat nak bercinta cintun pastu clash..bukan takat bila bosan baru terhegeh2 nak cari teman..walaooh mcm slogan kata pulak..hahaha
alo sedihnyeeeeee. tp pompuan cmtu kot. jenis y setia kalo betol2 cinta unless dia playgirl atau laki tu y cari psl dulu.
entah apa y aku sembang hak2
org yg suke hot stuff ni kne bersedia utk dkecewe lah..kn kn..hee :D tp bkn hot stuff je..laki biase kurus kedekiang pn mampu mengecwekn jgk.. =)
@neesa: awak pernah? eheh
@akramzakri: tu la sal, byk hikmah ni
@airazulaikha:hmmm..
@arashLibra: hmmmm..(jugak)
@syafiqahSabri:tau tak, ada je lelaki yang takleh hidup tnpe perempuan, i mean, yela , mcm citer di atas..
@ckynWann: hi sikin, sorila tk dtg rituh
@anon: kediang, ehehe, saya suke perkataan tuh ,..mai kedah ka?
sng cerita la kan, xsemua pmpn cm tu tapi ad jugak jns pmpn yg mcm ifa ni bila dia penah disakiti..kira cm tetiba dia jd pendendam maybe...tah la lain org lain caranya
pergh. i can feel u bro
kamu ni hot stuff jugak lah ye..hehe cuak2.. :P kedah pun boley..huhu :D
@nadiah yaya: cinta ini ibarat pacat, tak sedar bila dia panjat, tau-tau dah melekat, nk cabut kuat-kuat mmg tk dapat, kene slow- slow picit slow- slow picit , HAH!!? byknye darah baru nk terperanjat.
@anon dua:huh?
@anon satu: eh mane ade , beser2 je
Entah.
tapi aku rasa bila seseorang tu putus cinta, kalau perempuan, dia takkan bersungguh nak cari lain. dia akan tenangkan fikiran, hidup macam biasa, macam takde benda berlaku. Gitulah.
Ke aku sorang je yang macam tu?
=.="
zara:aku sokong kau!tapi kalau aku, aku tambah sikit, kalau ttbe ade org dtg nak bg simpati mcm si nizam ni aku trus ckap,kalau btul nak dtg umah kawen trus.tak kuase den nak bercinto lame lagi
*weh nizam, aku silent reader kau.lame gler x update smpai aku igt ko dh x nak blogging lag.nseb baek trigt nak stalk fb kau arini.trus bukak blog.humahumahuma*
@azhani: aku pun terai gak nak stalk ko balik.. tapi....*malu
ahahaha hampeh
eh cerpen ni ade kaitan ngn sape2 ke?:P haha ttbe je.. :D
Post a Comment