2 tahun
lepas aku macam berkira2 untuk publish
artikel ni
Siapa selepas Najib kalau bukan Muhyiddin
Tapi tangguh jap ,kang takut pulak Malaysiakini
beli blog ni,tkleh cari makan lah aku pasni huhu..
Sampai ke
sudah tak publish…
Btw, mcm
yang kita tahu , peluang TSMY untuk jadi PM ke-7 sudah makin tipis, lihat dari umur ,boleh lah diandaikan karier
politiknya sudah semakin penghujung
Kudos Tan
Sri, menjadi orang no-2 pun bukan perkara yang calang-calang,,
Berbalik
kepada cerita Najib and Zahid
Untuk PRU14
,Selangor hampir mustahil milik UMNO/BN. Kes Khir Toyo seakan menjadi kudis buta buat UMNO Selangor, sakit bila
parah ,tetap berparut bila kebah.
Macam itu
bagi Penang, teruknya merosot sokongan orang Cina pada calon BN.Orang Cina
lebih sokong calon Melayu (PKR/DAP) berbanding orang cina sendiri baik, dari
MCA atau GERAKAN.
Kelantan..hmmm..
buatlah macam mana sekalipun, Kelantan tetap milik PAS, titik.
Berbanding
Selangor, Kelantan atau Penang, Kedah pula masih kekal milik UMNO.Kemenangan itu sangat dibantu oleh
faktor Mukhriz.
Johor,
walaupun merosot, masih milik UMNOKemorosotan atas faktor TSMY barangkali.Tapi
masih takleh lawan faktor Sultan dan TMJ.Rakyat , eh ,maaf, Bangsa Johor sangat
sayangkan Sultan dan TMJ diorang. Jadi, apa sahaja kritik oleh TMJ kat kerajaan,
even tak mustahil, kalau Sultan seru Bangsa Johor tolak UMNO, bukan
setakat tak jadi deposit, malah Johor
bukan lagi milik UMNO .Saya sangat sure dan pasti!!.
Perak ,
milik UMNO/BN le yob .Faktor Zahid, ate mane idokenye komerr, deme pun ndok
calon deme jadi PM, ajenye ye.
Negeri2
lain tak pasti. Cuma yang boleh diagak, UMNO/BN masih lgi memerintah. Pakatan
pun boleh tahan merapu sekarang.Sejak
bercerai dengan PAS, harapan rakyat yang untuk gantikan UMNO/BN dengan barisan
yang lebih baik ,makin celaru.Apatah lagi bila
kerusi PAS juga PAN masuk , pecahan undi yang amat menguntungkan
UMNO/BN.Tu belum kira lagi kawasan PKR , PAS pun masuk..
Tindakan
Azmin bertahalul siyasi dengan PAS sedikit sebanyak melindungi Selangor dari dimiliki
UMNO. Tidak banyak pilihan untuk DAP yang lagi tak rela Selangor jatuh kat UMNO/BN .Pastinya
tidak ada kerusi untuk PAN di Selangor, melainkan PKR give up dengan kerusi
mereka.DAP? tobat lahum takkan kasik.
Tau-tau,
kalu tak setuju pun takpa. Poltik memang kotor bro. Memang ramai yang sangka ,
malah lebih dari itu, ramai juga mau Pakatan
take over Malaysia.
Suka atau
tidak ,UMNO dan BN masih memerintah.
Pasca
Pemilihan UMNO
Setakat
hari ni , Najib>Muhyiddin>Zahid> ShafieApdal>Hishamuddin>KJ,
Baik
sebelum atau selepas PU, Najib pasti berundur.,
Dan dia
pasti berhempas pulas untuk pasti pengunduran dia kerajaan masih dibawah
UMNO/BN. Sebab dia ? orang gila je tak tau.
2 dua
kemungkinan, sebelum dan selepas PU:
Jika
sebelum, ia pastilah menjadi factor utama kenapa selepas PU , UMNO/BN masih
kekal
Jika
selepas, pastilah dia dipersalahkan atas kemosotan pantas dinasihati Zahid
untuk berundur sebagaimana dia nasihat Pak Lah hari itu.
Jadi ,
persoalannya siapa pula yang akan jadi TPM.
Ikut urutan
hieraki UMNO diatas.Tolak TSMY dan Shaife, TPM pastinya Hishamuddin kan?
Politik
kotor bro huhu..
Rilek boh
Zahid pasti
takkan ambik Hishamuddin , apatah lagi KJ
Habis tu
dia amik sapa timbalan dia?
Mukhriz akan
jadi timbalan dia.. huhu
Kenapa?
Penyakit
dalam UMNO ni, bila ko dah berkuasa, dah jadi Presiden, benda pertama yang ko
akan buat ialah padamkan semua legasi Presiden sebelumnya dengan cantas smua
orang2 kuat, termasuk anak2 mereka.Itulah
yang terjadi masa anak TunM ni ber tanding untuk Ketua Pemuda.Tak lama
selepas itu , percubaan membunuh karier
politik Mukhriz berterusan bilamana dia diletakkan calon lawan kat Kubu Kuat PAS . Percubaan yang gagal.Malah lebih dari itu , beliau jadi MB Kedah dengan
prestasi UMNO/BN meningkat. Kalah tipis dengan Hishamuddin pada pemilihan untuk
kerusi terakhir Naib Presiden yang lalu,
petanda percubaan Mukhriz untuk jawatan tu kali ni pasti tampak lagi
mudah.Naib Presiden yang paling banyak undi…
Itulah
politik bro. Kalau ko ramai yang suka, ramai yang nak undi ko, tak pasal2 orang
atas letak ko duk sebelah dia .Padahal dulu dia la yang hentam ko kaw-kawTakpa
,buka buku baru ,janji “I help u, u help me”..
KJ pulak akan kekal sebagai Pemuda UMNO
paling berkuasa dalam sejarah penubuhan UMNO.Nasib Hishamuddin sama seperti Tun
Ghafar Baba, ternama tapi tidak berkuasa.
Bagaimanapun
ini cuma andaian. Satu andaian yang
sangat umum.Andaian dari kacamata sempit ini berasas landskap politik semasa.Itu
pun kalau UMNO tak berkerjasama dengan PAS dalam PU. Itu pun kalu PAS tk patah
balik ke Pakatan.Kalau salah satu dari dua menda ni terjadi ,skrip pasti
berbeza
Nasihat abah
aku kalu nak pegang mana2 parti politik kat Malaysia, no. 1 , jangan lawan
presiden, no.2 sailang orang nombor 2, kalu tak konfiden pergi orang no 3,4,5,
dan seterusnya yang .No. 6, patuh nasihat no.1.