Pada hari semalam (17 Ogos 2009) saya telah terserempak dengan seorang kawan lama saya. Dalam perbualan yang makan masa kira-kira 5 minit itu, dia sempat memberi satu petua tradisional bagi mengelakkan jangkitan H1N1. Ianya menarik. Sila baca seterusnya:
Saya rasa teruja bila mendengar petua mudah itu: "Minum air kelapa (hijau) muda dicampur buah kurma (tamar)". Sememangnya saya tidak pernah dengar petua ini. Mungkin juga ia adalah petua yang baru lahir lantaran penularan wabak H1N1 yang secara relatifnya juga baru. Secara umumnya, saya percaya bahawa Air Kelapa Muda adalah penawar yang insyaAllah mujarab, begitu juga Buah Tamar, terutamanya jenis Ajwa atau Kurma Nabi. Jika anda mahu cuba petua ini, silakan. Tapi jangan lupa untuk pakai topeng bila berada di tempat-tempat awam.
KHASIAT AIR KELAPA MUDA
Dari sudut kajian moden, air kelapa muda rendah karbohidrat, 99% bebas lemak dan juga rendah gula. Ia juga mengandungi kompaun organik yang menggalakkan pertumbuhan dan pengekalan tubuh yang sihat. Antara khasiatnya:
• Menyejukkan tubuh badan dan menseimbangkan suhunya
• Minuman isotonik asli, menyegarkan (menambah air) kepada tubuh
• Mengangkut nutrien dan oksigen ke sel-sel
• Menambah semula secara semulajadi cairan tubuh setelah bersenam
• Meningkatkan metabolisme.
• Menggalakkan turun berat badan
• Meningkatkan sistem ketahanan tubuh
• Menyah-toksik (detoxify) dan melawan virus.
• Memberihkan saluran penghadaman
• Mengawal kencing manis
• Membantu tubuh untuk melawan virus yang menyebabkan selsema, herpes dan AIDS
• Menseimbangkan PH tubuh dan mengurangkan risiko kanser
• Merawat batu karang
• Meningkatkan kelancaran aliran darah
Air Kelapa Muda yang biasa kita minum sebagai pelepas dahaga ternyata memiliki banyak manfaat. Manfaat atau khasiat air kelapa muda ternyata bukan hanya sebagai penawar racun atau alergi tetapi air kelapa juga memiliki banyak kegunaan yang lain. Di Indonesia Air kelapa kerap diasumsikan sebagai limbah. Padahal, ia memiliki khasiat dan nilai gizi yang dahsyat.
Jika diteliti lagi, dalam air kelapa juga terdapat berbagai vitamin. Sebut saja vitamin C, asam nikotinat, asam pantotenat, asam folat, biotin, riboflavin, dan sebagainya. Jadi jelaslah bahwa air kelapa mengandung unsur makro dan mikro yang cukup lengkap.
Air Kelapa Muda juga mengandungi kebanyakan garam galian yang baik seperti potassium (290 mg%), Sodium (42 mg%), Calcium (44 mg%), magnesium (10 mg%), Phosphorus (9.2 mg%), iron (106 mg%),
and copper (26 mg%). Ia juga adalah antiseptik dan menghapuskan racun mineral. Dalam kes taun dan juga ceret-beret yang kronik, ia telah digunakan dengan berkesan di Sri Lanka dan beberapa negara lain.
Air Kelapa Muda adalah minuman isotonik asli. Ia mempunyai tahap keseimbangan elektrolait yang sama sebagaimana yang ada dalam darah kita. Pada masa Perang Pasifik 1941-1945, para tentera telah gunakan Air Kelapa Muda (disedut secara terus dari buahnya) sebagai rawatan kecemasan pengganti plasma bagi tentera yang cedera.
Antara ciri Air Kelapa Muda ialah ia elok diminum secepat mungkin setelah dibuka buahnya. Ini kerana bila saja ia terdedah pada udara, kebanyakan dari ciri nutrisi dan organiknya akan hilang, dan ia akan mula berubah menjadi tapai (ferment).
Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia. Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah "menyelamatkan nyawa" ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.
Petua ini mungkin ditunggu-tunggu oleh sesetengah orang: Air Kelapa Muda dicampur sedikit Madu kemudian diminum adalah berkhasiat untuk memulihkan tenaga batin . Mungkin ini berguna bagi mereka yang bermasalah sedemikian.
KHASIAT BUAH KURMA
Ada sumber mencatat begini: "Pokok Tamar ini ibarat "ayah saudara kita".... Jika disentuh debu jantan, gosok pada tangan dan cium, masyaAllah baunya seperti air mani. Bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah SWT jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam as. Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya." (Ini adalah sekadar petua, saya tidak jumpa sebarang Hadis mengenainya).
"Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah SWT nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering." (Ini juga adalah pendapat).
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit. Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.
KESIMPULAN
Saya pungut maklumat-maklumat di atas dari berbagai sumber. Anda tentu perasan bahawa Air Kelapa Muda dan Buah Tamar ini dianggap "sebahagian dari kita" atau "amat serasi dengan tubuh manusia". Ia dianggap sebagai ubat asli (natural remedy), sebagaimana juga Madu. Mungkin "kunci" kemujaraban perubatan berada di situ. Yang serasi dengan manusia menjadi penawar yang mujarab. Wallahua'lam.
Selepas ini mungkin Buah Kelapa Muda laris di pasaran. Bagus juga, bolehlah bantu masyarakat Melayu luar bandar meningkatkan pendapatan mereka. Walaupun belum ada kajian saintifik yang membuktikan bahawa Air Kelapa Muda dan Buah Kurma berkhasiat menghindarkan jangkitan H1N1, pada hemat saya, eloklah kita selalu meminumnya kerana manfaatnya banyak.
Wallahua'lam.
Semoga Allah merahmati kita semua dan menghindarkan kita dari wabak H1N1.
American Hero (2015)
8 years ago
0 comments:
Post a Comment