Sunday, October 25, 2009

Flash-Mob

Flash-mob adalah sebuah persembahan yang mungkin berbentuk tarian ,nyayian atau lakonan yang dikoordinasi oleh sekumpulan manusia, sebagai salah satu medium untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat dengan lebih dekat,yang mana peserta-peserta ini memula berpura-pura macam orang biasa, pastu tak pasal-pasal join sekaki . Kadang-kadang flash-mob ni boleh juga berbentuk satu protes atau demonstrasi kerana ia lebih realistik dan menarik ,berbanding daripada terpekik-terlolong+baling botol+bakar kereta orang--->yang jelas merosakkan harta benda,jiwa dan identiti masyarakat.


VARIASI

Antara flash-mob yang aku rasa cool....


Tribute to Mochael Jackson:
Lokasi kat Stockholm, Sweden dan seramai 300 orang peserta.Form die, menari ramai-ramai sambil diiringi lagu "Beat It".Diadakan sebaik sahaja pengumuman kematiaan Michael Jackson.





Improv Everywhere:
 Lokasi kat Grand Central Station,NY,US.Seramai 207 orang peserta kejang kat tengah-tengah stesen yang sibuk tu..




Do Re MI:
Lokasi kat Antwerp,Belgium.Peserta lebih kurang200 orang gak. Yang ni tak silap aku untuk promo rancangan realiti TV oleh stesen tv kat sana untuk rancangan 'The Sound Of Music'  (macam AF+Sehati Berdansa kot...)Seriesly memang terhibur.Kalo wat kat Nagoya Eki nih, mau terlepas train nih, kene plak hari nak balik Mesia , naik shinkansen la jawapnye..



Last But Not Least..

Yang ni plak Digi Malaysia yang buat.Promo untuk program 'Digi Unlimited Music' derang.Diorang buat merata-rata tempat kat Malaysia,tapi bawah ni yang aku rasa cam best dan yang pasti tak seramai 200 orang...


credit to: infomofo,niesa(bajet)chomel

Related Posts with Thumbnails