Malam ni balik lambat lagi.
Hari ini ingat nak buat programming kat rumah ajelah. Dah berhari-hari balik subuh, tido, bukak mata, mencekik, pergi sekolah, wat programing,sampai subuh , balik, tido,..Demn, takde life.
Minggu ni senior ngan supervisor gi Korea, so , boleh bukak la topeng sebenar.
Pada sape yang sedang bergelumang dengan mathlab, fortran, C++, dan sebagainya pasti faham betapa sakitnya jiwa , bila dah beria-ria karang ,ngalahkan tulis novel, bile debug , error. Artisoc pun begitu juge. Artisoc lagi merepek. Debug kemain . Takle bukak youtube skit.Pantang. Dah tu , lagi 98% nak complete
PlinG!
>>>Script ERROR!!<<
*%*T#*#$
Oleh yang demikian ,dengan memakai skil lama, pinjam komputer senior dengan alasan nak check network printer , sambil-sambil itu tak salah kan rasenya , kite copy skali file programming dia kan. Alasan mahu belajar.
Hari rabu dah nak kene submit, so,malam ni kene siapkan. Esok buleh gi marathon drama sampai ke malam.So, ubah -ubah je sikit path file, matching kan time streching sumer. Parameter tambah-tambah sikit.Oter-oter, macam korang wat blog, macam tu jugak la programming aku ni. Bezanya, menatang ni kalau print , kertas A4 Narrow-margin, dengan saiz font 12, mau la dalam 13 mukasurat.
Ok jangan kaco aku nak wat..
..Nahh, siap.
Ok ,mari men-debug. Walaupun debug lama, sebabkan aku kat umah, so, boleh layang TV jap sambil-sambil mengunyah kacang senduk ini.
Krup..krup..krup...
*Klik!
iIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...........78%
iIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII..99%
Yeah, come on babby , come on....
Restart.
Ah, lantak ah.
Layan Drama je la terus.
Drama Jepun "
Proposal Daidaisakusen"- episod 43.
Drama ni mengisah seorang loser dari masa depan,
Aoki., yang diberi perluang untuk kembali ke masa lampau untuk mem-propos gadis-so-called-teman-tapi-akrab-dan-mesra,
Narumi.Setiap episod, satu kali peluang balik masa lalu, dan peluang yang satu tulah , yang ...haishh...
Tapi ape cerita ni. Biasa drama jepun takat 12 episodje, ni sampai 43 , tak terucap-ucap gak lafaz cinta kau ni, loser sangat dah nih.
Tapi aku kagum dengan semangat Aoki. Dia tau diri loser, tapi tetap tak rela si Narumi, yakni, gadis yang senantiasa didalam mimpi-mimpi
basahnya indahnya hidup bahagia bagai suami-isterinya itu, di ambil orang. Apatah lagi, suami Narumi itu nanti ialah cikgu Badarudin Chik , cikgu sejarah kelas dia dulu. Dia memang berbulu ngan cikgu tu sejak dari dulu.. Eh, apahal kuar nama melayu lak. Lantak ahh.Lupe actually, nak taip cepat nih.
Episod minggu ni barangkali yang terakhir.
Cikgu Badarudin sudah pun melamar Narumi, dan ajak kahwin kat Amsterdam.Sambil-sambil tu boleh honeymoon sekali. Paris dah common sangat.
Scene kat terminal berlepas kat Airport.
Aoki tukang angkut barang. Ikutkan hati, mau je dia hempuk beg tu kat muka Cikgu Badarudin. Tapi, sebab mau jaga hati Narumi, dipendamkan aja.
Flight pukul 12:35, skang 11:15,..Last call pukul 11:25, ada lagi 10 minit.Kalau tak tamatlah plan propose Aoki untuk buatkan Narumi berbalik hati kepangkuan .Dia sudah practise berjam-jam lama kat tandas airpot sebelum Narumi ngan Cikgu Badarudin sampai tadi..
"Narumi , sebenarnya saya ************************************"
Ayat keramat yang terkarang dalam novel Artiqah- novel kesukaan Narumi, yang Aoki percaya boleh menterbalikkan segala-galanya diketika ini.
"
Sekarang adalah panggilan terakhir bagi penerbangan JAL89 , sila ke cek masuk di balai berlepas sekarang"
Ah, sudah....-Peluh jantan Aoki mengalir deras di dahi hingga ke dagu.
"
Bai bai Aoki!, duduk Jepun elok-elok ye!" Sayup-sayup Narumi melambai dari jauh.Aoki merenung jauh. Inilah peluang terakhir. Dengan kerja tukang cat bagunan makmal, mana mungkin dia mampu terbang mengejar Narumi ke Amsterdam.
Dia mendongak ke depan,...mengorak langkah, laju
semakin laju ke arah Narumi. Narumi masih lagi belum melintas pagar imigresen.
C'mon Aoki, you can do it man-bisik hati aku pulak...
Aoki menjerit.
"
NARU...........
Restart
Dahlah. Berat agak nya nak play movie. Ni nanti-nanti lah aku layan kat komputer hosmet . Share kat network. Dia gi kelas, bukannya log-out pung... takpe.
Dah lama rasenya tak berchat dengan yang ter'sayang'.. Oh belum lagi. Maybe la one day Aku dah lama keep in touch ngan minah ni. Tapi masalahnya aku tak pernah tengok muka dia.
Macam mana boleh jumpe?
Dunia internet beb, dunia internet. Alam maya ni kan luas. Sorang boleh jadi 2,3,4,lima nam orang..Yang laki nak jadi pompuan hot pun boleh.
LadyBuzz28 , atau .
Uli, ni aku jumpa kat alam blog. Nope. Dia yang jumpa aku. Masa aku baru nak berjinak-jinak dalam dunia tulisan merapu ni. Saja suka-suka. Dan dia antara yang terawal la folow aku. Heran gak camane dia jumpe aku. Mase tu cume hold akaun friendster je,. Pulak Gengblogger laSelangorblogger KelantanBlogger, lain komuniti blog mana ada.
Nak lagi dramatik, dia sanggup buat akaun blog semata-mata nak komen kat blog aku punye pasal. Yelah, masa tu aku set cuma yang ada akaun blog je yang boleh komen.Diaada blog, tapi blog dia setakat 'Selamat Datang ' jela..
Dalam setahun setengah, dialah peneman aku diruang rindu, eceh. Maksud aku tetamu setia di kamar gelapku (wek).
Sebagai gentelman, aku start langkah meng-add dia kat ym. Kemain suke dia orang laki add kat ym.Dalam list dia siap cakap lagi aku laki ke-2 lepas abang ipar dia sekarang.
Uli, baru sampai kat Prague, Czech, dia wat bio-medic. Dia ni staff UKM, rasenya dia wat master la kot kat sane, balik2 jadik pesyarah kat UKM..Problemnya, dia sorang je batch yang kene hantar sane. Kemudian ada la senior laki 2 orang, itu pun 2-2 dah kahwin bawak abis bungkus family semua ke sana.
Jadinya dia ni lonely.
Mungkin takdir telah mempertemukan dia untuk jumpa blog aku, terus melekat sampai ke malam. Moga harap ada perkembangan lepas ini .InsyaAllah.
BUZZ!!
"hai " - ringkas dan padat
"hai
busy sangat ke..."- laju je reply.
Haha, meh sini kasik tau, orang pompuan ni memang suka main tarik-tarik tali.So, bile dia cube nak acan-acan begini, korang layankan je..
"bukan busy, tapi merajuk....."
"Yela, yela..dah ready dah pun"
Sebenarnya,Jumaat lepas aku ade mintak something ngan dia. Sebabkan kepengen sangat nak tengok muka dia camne, aku terus ajak web-cam ngan dia. Almaklumlah rakan-rakan, takat gamba-gamba sape nak percaya skrang ni ye tak. Sebab ,dalam web-cam-ing nanti buleh lah aku mintak dia korek hidung pakai ibu jari, untuk konpomkan lagi yang aku memang sohih sedang chat ngan dia .
By the way aku memang dah standby dah web cam aku tepi ni.
"Sedia aa" - isyarat dari cik Uli kita nih.
PLiNG!!
Iyaaaa...
Nampak sudah
Alhamdullillah,walaupun takat dagu je, tapi jelas, minah ni bertudung.
Calon bini, kriteria yang pertama, cek!
Tapi, aku nak tengok muka.
"Turn awak lak, kalau awak tunjuk, saya janji saya pun tunjuk gak"
Haish, memang suka tul tarik-tarik tali ni kan?. Tapi takpe, aku chill jer. Aku terus open web-cam nih , nampak muka sebijik.Aku tau , Uli memang takkan kesah muka aku camne, so takyah segan-segan la ye tak.
"E'ehh , anak makcik milah ke ni, kecik-kecik comel, dah besar comot"
"Janji tetap janji"- aku yang tak sabar
"oklah, janji kali ni je tau"
"Iyee.."- aku mengangguk
Jelas tangan dia tengah pegang web-cam, kemudian didongak kan perlahan-lahan
perlahan-lahan..
perlahan-lahan....
*)*)($&*@(*#&$)@*(&#$^@*&#$^)@*&#$^@&#$^@)$%@
Tidolah
Ok, Good nite sume.:)
p/s:rekaan semata-mata, toksah caya bulat-bulat.
Read More