Monday, February 21, 2011

Usahawan Internet

Sugeng Rawuh,Wilujeng Sumping.

aku wong melayu tapi iso ngomong jowo.....
kepiye iso join po orak......
aku ngomong tenan aku sukak karok bohoso jowo....
emboh nopo...
aku pegel karo wong jowo tapi mok ngomong jowo....isin jenengnge karok batir....selet tenan. 


Terelkan aku cakap Jawa..
Ok , Fine, aku memang tak terer pun , sebab aku bukan cakap, aku tulis.

 Bercakap tentang , eh, Menulis tentang orang Jawa, kat kampung memang ramai orang. Jawa.Dekat Malaysia , selain kat Johor yang banyak parit itu, satu lagi kawasan kat Perak, dataran antara dua muara,-Sungai Perak & Sungai Bernam: itu memang teritori orang Jawa kat belah utara.Even, kat kampung aku sendiri pun ramai. Tak taulah Jawa kat tempat lain camne, tapi kat kampung aku , gadis-gadis jawa sangat cun. Jawa yang datang kat belah dari kelas bangsawan ,mungkin?.Atau memang keturunan Jawa ni memang cun-cun belaka.Wak Sarip(arwah) ,muka persis Steven Seagal, bininya pulak, dah macam orang putih (keturunan Belanda totok). Setiap kali raya, penuh cucu-cucu mat salleh depan umah main bunga api. Kalau orang tak paham, orang akan ingat ade rombongan sambil belajar dari Ireland ,wat homestay dok umah dia.
    Satu benda yang aku perhati, orang Jawa ni suka berniaga, dan semangat keusahawanan derang tinggi.. Baik bisnes katering, welding signboard, tukar tayar lori, supply kelapa,  sampai tender mesin rumput pun derang pegang. Nak kate kaya meletup-letup, tak jugak. Serdahana jerk. Tapi anak-anak ramai, murah rezeki.
   Makcik Nor Imam sebagai contohnya, dia....


Sebelum terlupa.
   Kat sana ada custom dimana , makcik-makcik apabila memanggil makcik-makcik yang yang lain, derang akan panggil nama makcik tu bersertakan akhiran nama suami masing-masing.
Katakan nama suami dia, Joned, maka makcik itu akan dipanggil Saripah Joned.
Kalau laki dia orang gelar Wan Lebor, maka tak pasal2 bini dia akan jadi Mah Wan Lebor, dan begitulah seterus-seterusnya.

 Tapi Makcik Nor Imam ni aku pelik sikit, apasal orang panggil dia Nor Imam sedangkan nama laki dia Shuaib,?.Cek kat carta organisasi surau, Wak Shuaib ni cuma bendahari , bukannya Imam. Okla, katakanlah suami dia pernah jadi imam sekalipun, di kampung yang permai tu, imam orang tak panggil imam, orang lagi suka bubuh 'Haji' kat depan ( Haji Ripin, Haji Mat dsb).

 Lame gak aku pikir.
 2 tahun lepas ,sebelum raya , tengok kat pek keropok bawang  yang dia jual tu , laaa, namenya memang Nor Imam ke..alahai.

Ni kalau buat teka-teki bangsat pun menarik gak nih;
                                                                                                                                                        
Antara ramai-ramai Nor, Nor ape yang takleh  jadi makmum bile semayang berjemaah?

Jawapan dia: NOR IMAM!!                                                                                                                                                                                                                                            





Hoi!!, Astaghirullahal-azim , tak baikla ko main nama orang, berdose.


Kat mana kita tadi?

Ok, Pasal usahawan.

    Tahun lepas ,kakak aku pernah ajak buka bisnes wallpaper, joinventure katanye.Aku amek stok, aku wat webpage, aku tukang promote, aku amek order, aku hantar barang., dan aku buat akaun.Dah tu ape kerje dia!!??. Oh , modal dan sokongan moral yang tak berbelah bahagi itu..Sori bos.
Dia telefon tanya pendapat.

" Amacam, setuju tak?"
"KO TAU TAK WALLPAPER TU MACAM HARAM TAK CANTIK!! DAH LA SENANG TANGGAL!! NI BAGI FREE PUN ORANG TANAK !!" - aku cakap dalam hatila tapi.

Gile ko, mengguris hati kakak sendrik, susah senang dia la yang nak tolong nanti.Naya kang,kawen nanti tanak sponsor.(haha)


"Apakata , kite jual cupcake, sedap pun sedap, kenyang pun kenyang,budak-budak konfem suke "-aku cube mengonar.

"Mane ade oven kat rumah ni "

"Alah, kite rembat je oven mak kat kampung tu, mak bukan pakai pun. Kita wat weekend je dulu, takpun kita supply kat mana-mane bakery ke. Kalau ok, kita amek order untuk week day lak. Dah maju sikit kite open market kat Jepun ."

Sambil membayangkan agaknya beginilah rupa cupcake kami nanti di parti Watanabe-san dan family .









"Wahh, nice-nice, tapi bukan dulu ko ade cakap ke, orang Jepun tak makan manis-manis?"

"Tu laki je, pompuan dia ok, derng lagi suka kek2 yang corak2 nih. Tak pun camnih, kita mintak tolong Aca, dia kan leh cakap arab, boleh kita export kat Lubnan ke Syria ke, Abu Dhabi ke"

"Dah tu nak tulis, tak payah ke?"

 Betul jugak, kalau takat alif-nun-alif , gagah la gak satu cup. Tapi kalau,'  عيد ميلاد سعيد '- Kalau tulis word by word ,tak balik modal la pulak , tiga ketul je.Hmmm..by letter? Takkan kot.

Lama pikir, duit kat skype berjalan laju pulak dah.

"Akak tau nak wat camne"

" Ha!?, camne?" -Girang aku bertanya.

" Camni jelah, kite stick plan asal, jual wallpaper, abeh cerita"



Wallpaper jugak ending dia, nyesal kasi cadangan.

 By the way,Makcik Nor Imam jual keropok bawang yang sangat sedap. Tiapkali raya tak pernah miss. Okeh, itu aje nak citer
_ciaou









p/s:pok mereng nggak dholan-dholan nggak?

9 comments:

Usagi said...

Mana ko blaja cakap jawa tu?
Spatah pun aku xpaham.
huhuhu...

p/s: Bila ko nak buat entry ayat loghat Bota? (^_~)

ザ-sylver- S said...

ko la buat , aku mane reti..hoho

Usagi said...

Wah, aku orang 1st komen kat sini.
1st time tu. Takde contest utk pengomen pertama ke? hehehe..


p/s: Ko ingat tak teka teki femes kat skola dulu? 'kenapa orang perak panggil prince as 'raja muda', bukan 'tengku mahkota'?

(^_~) Kidding!

ザ-sylver- S said...

sebab dia belum cukup tua nak jadi raja ??

LORD ZARA 札拉 said...

Ni camne dengan bisnes nak buat epal salut coklat, madu dan gula ni?

Papa, jual chokobi sudah.
Kih3~

Ya, Encik Nohara, Encik Nohara...

XD

Dari hari tu nak tau gak kenapa Sheri boleh menulis (sebab tak bertutur kan?) bahasa Jawa.

takky said...

hanya paham baris 1,3&4 aje...
(fuyo!!! cm ne aku leh paham ek???)

sg bernam dgn sabak bernam dekat x??
den study kat sabak bernam...
(nmpak sgt malas nk amek tahu kaw sekitar kan)
teruk2 perangai den nie...
hihihih ^^;

FATIN HIDAYAH MUHAMAD said...

ai dulu dok johor..ayah kastam..
Soo mostly org2 kastam ni akan letak gelaran kat ujung name pegawai2 ni..sOo bapak ai digelar harimau@rimau..
sOo dah selalu sgt la dengar org panggil mama ai..norly mat rimau..
siannnn mama..ai pulak fatin anak rimau..aci tak??

*baru follow ur blog..best jugak..berair mata tergelak..

H.A.N.I.S said...

teki teki tuu mmg lawak kot. hahahhaa

mmg kt kg pon macik2 tu pgl nme mcm tuu... sme mcm opah sy~ huhuhu

cik jaa said...

ha! ha! sape pulak yang nak baking bagai tu?? ko ke?? sebab ko kate kakak ko nak kasik modal and sokongan moral yang tak berbelah bagi tuh? haih -.-''

Related Posts with Thumbnails