Hari ini hari Jumaat
Dah masuk 12 hari kita puasa.
Dekat luar panas bukan main.Terik.
39 darjah celcius.
Mujur hari ni cuti umum, sekolah tutup, pejabat tutup, library tutup, semua benda nak tutup.
Tapi kena keluar jugak.
Sebab kena gi Mesjid, sembahyang.
Pergi ngan sorng brader nih.
Humang aih, panas betul , nyesal tak bawak payung tadi
"Sabarlah, kat padang mahsyar nanti lagi panas..."-kata dia.Aku diam.
Aku masuk mesjid, naik ke tingkat 2, dia panjat sampai tingkat 3, sebelah imam barangkali.
Abeh sembahyang ,aku tunggu bawah, tekak kering, peluh mencurah-curah,mata kejap nampak kejap tak, panas-panas camni memang boleh buat gaduh.
"Sabarlah, kat neraka nanti laaagi panas"
Apa masalah kau?
Yang ko yakin sangat aku masuk neraka pehhal?
-bisik dalam hati la tapi.
Sampai rumah terbungkang, kipas bukak sampai 3, air-cond 18, setel.
Sedar-sedar dah pukul 6:40 petang, lagi 5 minit nak buka..
Persoalannya di sini, berapa katikah pahala puasa aku untuk hari ini?
Selamat berpuasa-<
American Hero (2015)
8 years ago
7 comments:
tggi ye masjid 2...
btw, sabo la ye...
x sgka plak kat jepun la nie tgh panas trik....
dh lame x ikut perkembangan, nie la jadi ye...
huhuhuhu =,=;
Salam Sheri.
:)
Selamat berpuasa juga. Ada juga orang yang main sound begini. Semua benda dia akan kata, neraka lagi panas, neraka lagi seksa.
Apa aku buat adalah tutup air cond kalau dia ada. Tangan dia start mengipas, ku buat selamba je.
Kih kih.
thumbs up!wallahua'alam.yang penting ikhlaskan hati untuk segala amalan.=)
uish?..
takky,zara,mimie,
mana korng pegi aa, senyapp je..
huhu
Sheri.
Kitorang ada je.
Kamu yang hilang. =.="
as-salam mr.sheri
lamanya menyepi..selamat berpuasa & selamat hari raya yg bakal menjelang tak lama lagi :)
Maple : Selamat hari raya maple
Post a Comment