Sunday, January 17, 2010

Kronologi Seorang Melayu Yang Tipikal

Tajuk      :Kronologi Seorang Melayu Yang Tipikal
Objektif  : Merungkai selok-belok riwayat hidup seorang Melayu yang pasif secara rambang.
Inferens  : Manusia perlu enjoy kerana mereka hidup dengan aman.
Radas     : Sebuah komputer canggih, sambungan internet melebihi 50mbps
Hipotesis:  Semakin Lama Hidup ,Semakin Takut Nak Mati.
Kaedah:
             1) Mengadakan bancian secara rawak di jalan-jalan utama bandaraya Kuala Lumpur
             2) Dengar secara tekun kuliah agama Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Ismail Kamus .
             3)Menonton drama/filem Melayu secara tetap 3 kali seminggu.
             4)Mengikuti perkembangan artis-artis Malaysia dari perspektif Melodi
             5) Menulis pemerhatian.

Pemerhatian:
Perubahan besar dalam hidup boleh dibahagikan kepada 3 cabang utama iaitu;
1)Fizikal(stamina)
2)Perolehan Harta (pendapatan bersi bulanan)
3)Komitmen dan Tanggungjawab Semasa.



Stamina (fitness)
Boleh diukur dengan bermacam cara.Kali kita akan gunakan kaedah  yang paling simple:
level1 ( 100%~75%)-  Jogging secara tetap  2 kilometer 3kali seminggu
level2 ( 74%  ~50%)-  Jogging secara tetap  2 kilometer 2kali seminggu
level3 ( 49%  ~25%)-  Jogging secara tetap  1 kilometer 2kali seminggu
level4 ( 24%  ~  0%)-  Jogging secara tetap@kuran... takyah jogging, naek tangga sampai tingkat 4 pun dah cungap2..
Dengan andaian purata jangka hayat bagi orang Melayu di Malaysia ialah 72.5 tahun.


 1~10::Anak-anak kecil memang buas, panjat sana, panjat situ, terlompat sana-sini. Pun begitu, mereka belum cergas lagi.Tumbesaran badan masih belum bermula sepenuhnya.Jadi tak wajarlah bagi ibu2 yang mengeluh anak itu buas, sebab jika sekali dihulurkan susu,mereka pasti terlelap.
11~25::Menjelang akil-baligh, rambut2 mula tumbuh di tempat-tempat yang tidak disangka-sangka.Masa ini, tumbesaran memasuki fasa kedua dan yang utama.Bagi wanita, ia sudah pun bermula secara mendadak( aku tak silap eja aa). Bagi lelaki,ia  mula ketara bila mula berumur diantara 17/18~22/23.Inilah umur emas bagi seorang lelaki kalau mereka seorang atlet.Kadar yang paling optimum dengan badan ,di antara 20~22
26~35::Selepas usia melangkaui 24, perut mula memboncet.kalau dulu meninggi ke atas, sekarang melebar ke tepi mahupun ke hadapan.Stamina sudah menurun perlahan-lahan.Selepas zaman U, tiada lagi ajakan main futsal lagi.
36~::Sampai anak tiga, sudah lupa cara-cara memanaskan badan dengan betul.Main bola sepak tak kan nak jadi keeper je kot, kate otai, masuk padang 3 minit dah berkuap-kuap dada kesemputan.Itulah tanda-tanda yang stamina tidak akan naik lagi sampai mati kelak.







Pendapatan Bersih Bulanan( total monthly income)
Gaji pertama bolehlah dikira titik bermulanya langkah untuk menjadi hartawan terbilang.Sudah boleh pegang duit sendiri!Biasiswa atau pinjaman tidak dianggap sebagai pendapatan bersih, kerana tertakluk dengan terma-terma tertentu selain angkanya yang cukup-cukup makan sahaja.


23~30::Katakanlah fresh-grad sebagai jurutera,guru,akautan, doktor , atau apa- apa saja, purata gaji awal  mungkin saja RM2000.Kemudian sewa rumah RM300 ,tolak lagi bil.api,air dan telefon ,RM 300. Kereta Myvi itu siapa nak bayar?RM500.Pinjaman PTPN RM 200, dan yang paling utama makan, kurang-kurang pun RM 500,.Simpanan untuk kenduri impian pasti dalam RM100. Maka yang tinggal, RM100, itulah pendapatan bersih untuk di foya-foya kan pada bulan tersebut. Bagaimanapun  ini hanya andaian sahaja. Aku yakin pembaca bukanlah calang-calang orang dan tidak mungkin sesempit ini.Tapi orang seperti memang wujud.Mesti.
30~40::Makin kuat bekerja kerana tanggungan makin meningkat dan bebanan bertambah.'Duit bukanlah segalanya',ada benarnya...tapi tunggulah dapat duit berkoyan-koyan dulu, masa itu, bolehlah campak atau bakar saja duit-duit itu sambil berkata" Duit bukanlah segala-galanya,hahaha", barulah orang lain percaya.
41~56::Gaji secara relatifnya akan meningkat.dari RM2k ,sekarang sudah mencapai lima angka. Seperti biasa,makin besar gaji, makin besar belanja.Tidak pernah lagi nampak majistret  pakai kelisa,doktor pakar memandu ViVa, mahupun Pengetua menunggang EX5 walhal rumah tepi sekolah.Di Malaysia kereta sememangnya  melambangkan status pemilik.Demikianlah juga dengan pendapatan bersihnya juga, makin mahal kereta, jumlah bulanan yang diterima juga makin kurang.Anak-anak remajanya juga sudah pandai demand.
Defisit mungkin tidak berubah dengan ketara, pun begitu jika diambil kira dengan pendapatan sendiri+pendapatan orang rumah+ dividen ASB, nilai bertambah sedikit demi sedikit.
57~ ::Selepas bersara, hidup mungkin bergantung dengan duit pencen semata-mata.Ada kemungkinan juga ,mereka yang menjalan perniagaan kecil-kecilan, dan yang pasti wang bukan lagi matlamat , hanya sekadar mengisi masa lapang sebelum tua datang menyinggah,dan ajal kemudian menjengah. Eh, lupa pulak duit-duit tadi bukan kita yang punya sebenarnya.




Kenikmatan Masa Lapang (self-time splendor)


~5::Masa bayi adalah kemuncak nikmat masa sendiri yang tidak terungkap dengan kata2. Bahkan orang lain punya masa kita chilok bulat-bulat.
6~18::Semakin meningkat remaja ,keindahan itu makin berkurangan.Ok, mula2 UPSR,.kemudian PMR.. dan akhir sekali mungkin SPM, Pada yang kurang bernasib STPM masih ada.Masa ini, kepala otak akan fikir "Blaja, blaja, blaja, masuk U, dapt anugerah Dekan, dpat kerja baik, balas jasa mak bapak di kampung....".Perit maung tak terhenti di situ,exam matriks masih lagi, A-level? EJU? ..adoyai~" rintihan seorang yang masih terkenang wajah bonda di kampung.
 19~22::Tahun Pertama U, banyak masa habis untuk kuliah+orientasibangang+latihan lakonan untuk literature English.Assignment? pastilah menjadi tajuk status lazim kt ym atau fesbuk.Bagi yang matang, tahun1 adalah tahun penyesuaian.Meniti dari tahun ke tahun  ,pastinya ramai yang dah selesa, clan-clan pun semakin besar.Bagi yang  bersusah di tahun-tahun lalu, tahun ke-4 adalah puncak kenikmatan-masa-sendiri yang terkata.Masa dihabiskan dengan 3 jalan yang ketara:

1) awek: 1st love kann..kenalah jaga baek2..
2) kawan-kawan: idea yang baik,tahun depan belum tentu boleh jumpa lagi, tau-tau anak dah empat.
3) Dota kejap, ah pub noob, pastu Youtube,Eh,layan Oh!Bulan jap, boring sangat2 farmville sket ,flight-manager,mafia-wars dll.

23~27::Kerja sudah dapat!Maka komitmen mengganda dari mula-mula masuk U dulu.Fikir pasal rumah, roomate lagik, gaji....Dah mula berkira nak sambar kereta ape.Savvy sudah..bulanan pun  rendah.
 28~35::Umur makin meningkat , mak dah mula bising,maka kahwinlah jugak.Membina Masjid Kristal jauh lebih mudah jika mahu dibandingkan dengan Masjid Cinta Sejati Selamanya , lebih-lebih lagi pasangan yang belum kenal parut panau masing-masing.
 36~39::Anak dah dua, dah nak masuk tiga tahun depan. Tadika mana yang bagus..sekolah dekat-dekat sini ok ke, "kalu aku off-call tibe-tibe, sape pulak nak tengok-tengokkan bini aku?".-Tension bukan?.Ketika ini, masa untuk diri sendiri ,malah untuk keluarga pun belum tentu lagi ada.
 40~55::'life begin at 40' cukup sinonim pada orang laki.Bagi wanita, ini bermaksud sebaliknya.Tak, kesahla, yang penting hidup sudah semakin terurus.Kerjaya semakin ..mmm okla,pendapatan semakin lumayan.Anak sudah besar, sudah pandai bawa diri.Fasa seterusnya mahu melihat anak-anak habis graduat di univesiti.
 56~::'Rumah kata pergi, kubur kata mari.'. Masa untuk diri semakin meningkat semula dari hari ke hari.Petanda dari Yang Maha Esa agaknya, maka digunakan masa-masa yang tinggal untuk menghampiri hari kepulangan nanti.






Ralat: Anak-anak Sultan, Menteri-menteri atau setaraf dikecualikan dalan kajian ini.










Kesimpulan:

Ketiga-tiga graf ditindankan supaya hubungan antara masa sendiri, stamina dan pendapatan bersih bulanan dapat diperhatikan seperti gambarajah di atas.Di sini dapat dirumuskan bahawa:

1) Masa ada, badan sedap,...tapi duit nak cekau celah mana?(remaja).
2) Badan sedap, duit bolehlah...tapi semedang busy(muda).
3) Masa ada, duit  berkoyan... tapi sudah sengal-sengal satu badan. Makjun,Tongkat Ali ,telur ayam kampung , dah jadi macam makanan ruji hari-hari(tua).

Walaupun pemerhatian dijalankan agak terlampau rawak,polar-polar bagi setiap kondisi tidak banyak berubah dengan keadaan semasa dan relevan untuk 15 tahun agak datang(kot..).


Perbincangan:
Dimakah kemuncak kenikmatan hidup paling maksimum?
  Entah, macam takde                                                                      .



Sekian_




p/s:We only got 86 400 seconds in a day ,to turn it all around or throw it all away

4 comments:

Uena said...

wahhh this analogy.. seriously u done this by urself??

p/s: <o/

ザ-sylver- S said...

yerp.. saje bosan2

NaQ said...

A great analysis =)

Anonymous said...

good analysis.why dont you do on muslim in mesia? :)

Related Posts with Thumbnails