JANUARY
Bulan Januari sangat fun, fukubukuro, snowboard,salji, Oshogatsu(Festa Happy New Year) di sana-sini memang ghairah tak ketahuan mahu menembak saja.Pun begitu,memulakan tahun 2009 dengan keinsafan, (walaupun sedikit) merupakan satu pengalaman yang baru dalam hidup ini.Seluruh warga Nagoya khususnya, Seluruh Jepun umumnya bersatu teguh mmikul beban yang di tanggung warga Palestin menentang kezaliman zionis, walaupon tidak pernah menduga akan berada di saf paling hadapan, kenapa tidak ..
FEBRUARI
Bulan 2 masih kesejukan.Bagaimana ganas ombak menghempas pantai , begitula jua sayup-sayup angin yang rakus mengikis daging -daging ini sehingga ke tulang-temulang.Lepas makan tiram puaka kat tepi laut,jejalan jap kat Isei Jinggu, Mie. Penempatan terawal di pulau Honshuu ni, ramai jugak orang datang menziarah . Ambil berkat agaknya..MAC
Haru je hanami, hanami je haru, haru je hanami,permulaan pengajian tahun ini memang menenangkan.nak tulis apa lagi ,Bulan Tiga memang bulan untuk memerhatikan 'bunga-bunga yang baru ' dari sudut-sudut sukar.Biarkan saja yang lama berguguran.
4PRIL
Sebuk ngan ejen cari kije, Tahun 2009 bukanlah angka yang baik untuk mencari kerja.Lebih-lebih lagi mengenang nasib diri ini, cita-cita? pengajian? matlamat hidup?...motivasi?? semuanya sudah jatuh ke lantai.Benar, di kala ini ,supporter sangat-sangat diperlukan. Yang tersayang?mungkin, tapi supporter aku di waktu ini pastinya rakan-rakan seuntung semalang...nescaya kalau aku jatuh pasti akan ditarik, kalo mereka jatuh, ketawa nakal dulu, pastu baru tarik..
MAY
Sudah-sudahlah tu dengan kerja, takut yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran.Masa untuk meregangkan minda.Cicah strawberi dalam susu isian sungguh nikmat.Tapi tak boleh lupa,risau di kemudian nanti aku menjadi pemetik anggur yang berjaya. Takpalah , anggur pun sedap juga~.
JUN
Terkadang kita terlupa dari mana kita datang dan ke mana kita patut berakhir.Iya, Jepun memang negara indah, rakyatnya sangat dedikasi,persekitarannya sangat konduksif bagi mereka yang ingin berjaya, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih di negeri sendiri.Jujurnya memang aku tak faham maksud kata-kata hikmat ini, tapi kalau beginilah pengakhiran aku nanti, lebih baiklah aku berada di bumi sendiri.
JULAI
Semakin hari, semakin pantas masa berlalu,Sudah pun Bulan TUJUH, sudah mula mengira pulang beraya di kampung halaman.Penerbangan yang murah, sudah menghilangkan emosi aku untuk bertanya yang lain "Balik tak summer ni?".
Obsesi diri ini terhadap komik sangat mencengkam sehingga ke buku lali.Sudah membaca doraemon seawal darjah 1,dragon ball dikumpul 24 sehingga 43, yuyuhakusho,mutiara naga,detective conan dan apekenbende lagi ntah , tidak diingati, namun Kreko aku pinjam sajaa..Tidak pula pernah terlintas bagaimana rupa Goku di alam realiti, Ma'am?, Bulma?, Puteri Leona?..ada-ada saja..Cosplay disini sangat mengujakan,kalau watak-watak tadi wujud di alam fana ini sekali pun, aku lebih memilih berkawan dengan pemain-pemain cosplay ini.kamu tentu faham kenapa kan..
OGOS
Hidup di kampung sudah tidak sunyi lagi. Emak macam sudah tahu akan balik ke kampung, maka awal-awal lagi dia merancang untuk mensibukkan diri dia ke sana ke mari. Di rumah, tinggallah aku dengan budak genit ini.Perangai Masya-Allah, memang genetik mak turun ke anak seratus peratus.Entah kenapa,kadang-kadang intuisi seorang abang lebih daripada seorang bapa saudara kadang tersipu-sipu keluar.Barangkali , sebab anak bongsu .Pon begitu sekarang aku ada sebab , kenapa aku teringin sangat mahu pulang ke rumah, ....setiap kali cuti.
OKTOBER
Bulan SEPULUH masih lagi santai. Tempoh bertenang masih berbaki. Tamat raya, melawat taman bakau di teluk batik bersama Aliya, adalah idea yang menarik.Mengenangkan untung sabut yang tak timbul-timbul, membuat hati ini berat meninggalkan kampung halaman. Takpalah tiket murah pun, balik tetap balik.
NOVEMBER
Rasanya sudah di sumbat , tapi entah mengapa , aku mahu semua orang tahu, kalaulah aku menjadi seperti Lim Goh Tong , akan ku buka taman tema seperti ini kat Tronoh, ku tukarkan wajah lombong-lombong sundal itu menjadi safari-safari indah untuk haiwan-haiwan peliharaan ku nanti.
Oh lupa, Cub di sini hanya untuk seorang saja.Teringat lagi yang aku pernah membonceng 4 orang atas satu Cub,yang tak pernah menyala lampu depannya.Destinasi? kutip durian di kebun abah.Itu Cub dulu, Cub sekarang? di sini posmen saja yang pakai ...dan tukang hantar suratkhabar. Cub masa depan? siapa tahu..ini cuma imiginasi, tapi jauh di sudut hati mahu saja aku hadiahkan Cub sebegini kepada Ustaz Soljat, seorang yang zuhud, luhur pekertinya tetapi tinggi ilmunya, yang pasti, dia penunggang Cub sejati.
DISEMBER Semasa kita lahir ke dunia kita menangis, yang lain tersenyum, maka jalanilah hidup sehingga bilamana kita mati, yang lain menangis kita yang tersenyum.Selamat Tahun Baru.
_ciaou
5 comments:
I love it when you put significant pictures, and write significant events that happened for each months. The pictures are awesome, and when I read the details, I find them to be inspiring (well somewhat) haha XD
Happy New Year XD
wakakaka..well thanx, and happy new year to you too..
@cikEPAL: hepi hepi gak
nice words, and of course with nice pictures!!! sangat suke..~
Hey,hey,hey~ Happy new year!!! :)
@uena:thanx3 hepi newyear gak
Post a Comment