Monday, October 18, 2010

Mengapa Haji mesti kat Mekah

Tiap kali musim haji,  aku selalu mengenang nasib diri, " Alangkah bagus kalo mak aku seorang arab, bapak aku arab, dan aku lahir dan tinggal kat Mekah.Kan senang. Takyah susah2 nak kumpul duit, nak pek barang banyak2, nak gi airport sumer..".Untung-untung bukak gerai jual sirap bandung ngan air longan tepi tuh, menghoncah beb.Cukup bulan angkat Lamborghini sebijik.




Aktiviti melontar jamrah pada 1953




2009,Jamarat Bridge baru, ada lima tingkat dengan tiang di-up sikit.
Tahun ni baru 100% siap.Tingkat atas dipasang atap, ada air-cond
dan pelantar heli (yang dua batang tepi tuh) siap siaga beroperasi.
Welcome to MINA




Pernah tonton vcd Ayah Pin tak? Alaa..yang ada scene dia gi gua Batu Caves; ada 2-3 orang minum air rendaman kaki dia tuh.Kalau pernah or tk pernah skalipun, meh aku nak revise sini balik.Dalam vcd tu, Ayah Pin sempat bersabda , marfumnya;
"Tiap tahun orang Islam kita gi Mekah, tengok berapa banyak Arab Saudi dapat .Kita sini pun boleh dapat lagi banyak dari derang,Kampung Langit sini satu dunia datang, Islam, kristian, hindu ,buddha ,  sumo datang. Baik untuk rakyat dan ekonomi Malaysia .." -Fikiran jauh .Bagus kepala otak orang tua ni. 





.............



Cerita Si Tukang Kasut

Hasan Al-Basri(ahli Sufi tersohor di Era Khalifa Umar Ibn Aziz), pada dalam suatu perjalanan telah berhenti rehat lalu tertidur. Semasa tertidur, beliau telah bermimpi tentang perbualan dua Malaikat.
 Berkatalah Malaikat pertama, “ Sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”
    Kata Malaikat kedua, “ Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang.
   Kata Malaikat yang pertama, “ tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur? ”

 Kata Malaikat yang kedua, “hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.”
Berkata lagi Malaikat yang pertama, “tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur.Tahukah kamu mengapakah tidak seorang pun dari jemaah tersebut tidak layak mendapat Haji Mabrur?”

 “Tidak”, jawab Malaikat yang kedua.  

 Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya, ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya, ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya. Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur.”

 *TAK PERGI HAJI TAPI DAPAT PAHALA HAJI MABRUR??

 Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya. Beliau merasakan mimpinya itu adalah benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut. Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid. Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.

Lalu berkatalah si Tukang Kasut. “ Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Mekah. Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut. Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji. 
     Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak. Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dibauinya dan meminta saya mendapatakan untuknya. Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak.
    Maka saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya. Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu saya berhasrat membelinya walau dengan berapa harga sekali pun. Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami. Lalu diceritakannya masakan yang baunya semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai. Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran.
   Lalu saya dengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya. Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut.


 Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan”, berkata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.

................



Itu kisah orang Arab di bumi Arab.
Jom patah balik ke Malaysia , bumi terchinta ni pulak.



Cerita Opah & Atuk


   Malam tadi aku pun bermimpi gak,  ada seorang gadis bermata sepet muncul di hadapan sana ,  dan melaung-laung ," Opah! Opah!" ke arah aku. Toleh belakang takde orang. Oh , rupa-rupanya Song Hye-Kyo sedang memanggil aku .

Ok.Merepek.

 Tahun 1976, arwah opah dan arwah atuk gi haji. Tahun tu adalah tahun terakhir trip haji dari Malaysia yang naik kapal laut .Bertolak dari  Penang , sebelum puasa lagi, dah boleh bungkus-bungkus, panggil sedara-mara, jiran-jiran, dan sahabat handai wat kenduri selamat ,dan kalau dan siap-siap wat wasiat , mane tau kot-kot kapal kene hijack ngan lanun ke, ape ke.
   Tempoh pergi makan masa dalam 2 bulan setengah, (ni arwah opah citer). Sepanjang tempoh dalam kapal, maka ramailah  pakcik2 dan makcik2 yang peghak tak nah naik kapal laut , pening-pening, mabuk laut dan muntah segala bagai.Kawan opah, demam dari atas kapal lagi ,sampaila musim haji,  sampaila time nak balik- sudahnya langsung tak dapat nak buat haji.
   Kos haji time tu, dalam RM2 riban satu kepala. Ha'ah , 2 riban jerk, tapi mungkin itu sama nilai dengan RM10k hari ini.

Jap, jap nanti dulu..

   Rumah kat Kg Banda Tua kat tepi  Sungai Perak..Memandang banyak cerita pengalaman dari jiran-jiran,tentang haji tak dapat dapat abes sbb tk larat itu ini, siap ada yang meninggal kat sana, dalam kapal pun ada, maka opah ngan atuk dah start saving sejak derang baru kahwin lagi.Lagi cepat lagi bagus.Opah surirumah berjaya Atuk hanya kerja kerjakan dusun , buat bendang , dan sekali-sekala buat kerja-kerja kampung.Kalau ade rezeki lebih, itulah datang time2 musim durian. Hasil jualan durian tu kira macam bonus 3 bulan gaji . Cukup bulan , bank-in duit kat Tabung Haji kat Teluk Mak Intan(nama lama Teluk Intan).
    Bas Mara belum ada lagi, takleh masuk sebab jambatan haram sebatang pun takde lagi.Maka, nak gi Teluk Anderson (nama glamer Teluk Intan pulak), naik bot pancung ikut Sungai Perak.Dah sampai , naik teksi mahal, naik beca sudah. Dah sampai , nak tunggu giliran lagi. Kena lak time baru lepas musim durian, ramaila pakcik-makcik dari segenap pelusuk kampung, berpusu-pusu nak bank-in .., cuak oi nak simpan duit bawah tilam.
Senang citer nak proses nak simpan duit jerk abis satu hari .Sekali simpan lima puluh, seratus, abih banyak pun adalah dua ratus.
Berbelas tahun sampai duit cukup, takat nak tampung belanja sikit2 kat sana, baru register nak gi haji.

Itulah nilai dua ribu ringgit bagi arwah opah ngan atuk .

Itu belum kira lagi, sampai masuk asrama nak berkursus haji kat KL, naik kapal kat Lumut , pastu gi Penang ,sampai kat Penang dengan tak kenal sape-sape lagi, naik lagi kapal pergi Arab Saudi.First-time gi obersi, bayangkanlah betapa jakunnya bila sampai kat sana (okeh, yang ni aku je) .Bergusti ngan jemaah-jemaah Pakistan yang memang terkenal ngan hati kering dan susuk badan sasa.

Tak hairanlah kenapa Allah pilih atuk meninggal dalam bulan Ramadhan, dan opah terkujur masa nak ambil wudu'.Wallahualam. Berbanding atuk, aku lagi rapat ngan opah.Setahun sebelum opah pergi, dia dah nyanyuk dah.Sembang menda 40 tahun lepas macam baru semalam je jadi.

"Eh, kamu tak ikut Nayan gi sunat sekali ke~?" ahh..sudah.Opah tanya macam aku ni babyface sangat , belum bersunat.Btw , Nayan tu panggilan manja  bapak aku.
 Kejap gi dapur, pastu gi beranda depan, patah balik gi dapur.Tawaf la dalam rumah sampai puas hati. Runsing aku tengok opah ni, lagi-lagi bila dia start bersembang dengan pili air, bersembang dengan lesung batu,blender ,senduk, tudung saji .Pakai baju pun dah terbalik ke situ ke sana.Ada sekali tu opah pelawa aku,"moh moh masuk jangan segan, buat macam rumah sendrik" walhal aku  baru balik dari skolah,adoi~, layankan ajelah.



   TAPi, nyanyuk-nyanyuk opah pun, dia tetap tak tinggal sembahyang.Kadang-kadang Zohor sampai 3 kali,  Asar 5-6 kali sampai masuk maghrib.Kalau dah penat membebel, ujung tu dia akan tanya ;"Dah masuk waktu dah?". Masya-Allah..
 Ganjaran pahala datang yang amalan yang istiqamah, akan berterusan, walaupun seseorang itu sudah nyanyuk. Macam mana pulak ,orang dah nyanyuk pun masih lagi istiqamah nak wat amalan?Allah Maha Besar.Asallah cucu dia yang sekor ni tak  nampak bende depan mata camnih.






Kalau keluar soklan kuiz kat tv yang tanya menara 
ade berapa tingkat, sila jawap 3 tau, 
tiga.





 ..........


 Aku yakin korang yang tengah baca ni mesti lagi banyak citer tentang orang-orang yang dah pergi haji ke, baru balik haji ke, baik family atau kawan-kawan korang.Cumanya,kalau ada sesapa yang cakap;

"Kan bagus kalau aku tinggal kat Mekah..."

Barangkali  spend RM10riban, habiskan berhari-hari berkursus,tinggalkan anak-anak ,berpanas terik di tgh padang pasir, dan bersesak-sesak kat Mina ; masih lagi sesuatu yang kacang bagi dia, then go on. Try pergi Kabul or Semenanjung Gaza lak.Anggaplah kalau dapat korek terowong tembus sempadan Mesir, sama dengan pahala Haji Mabrur.Hilang nikmat hidup kalau semua benda takat celah gigi jerk.


   Rakyat Malaysia kini makin hari makin kaya. Kalau kerajaan kasi cuti khas sebulan buat umrah je, kompom sumer orang dah pegi dah, tinggal nak ke tanak je lagi. Tapi cabaran hari ni dah berbeza, duit cukup sekalipun , belum tentu dapat pergi Haji. Kene tunggu turn tahun depan, 2 tahun lagi ke, 3 tahun lagi,  tengoklah kalau ada rezeki, sebelum ajal baru dapat pergi.Altenatif, pergi sendiri dengan bayar double kat travel agency,or pakai kuota dan bertolak dari mana-mana negara non-muslim, yang muslim dia seciput
,macam negara Jepun ....



 Ape ni? tak baik la main tuding-tuding jari...kerat kang..






p/s:selamat hari raya haji

11 comments:

ckynwan said...

menghoncah tu ape?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ckyn : menghoncah tu mungkin kencang atau dalam erti kata lain banyak, untung~ (kalau ikut konteks ayat)

hehehe..

Aku Arab.
Abah orang Arab.
Mak Melayu.
Alhamdulillah, dah dapat buat umrah tahun 2005 (guna duit simpanan dari kecil).

Skang ni dah mula menyimpan nak pergi haji gak. dah daftar, insyaALLAH, tahun 2029~ >.<
(kalau duit dah cukup, mungkin dapat pergi awal, doakan aa?)

Jom pergi haji sama2 Sheri.
:)

ザ-sylver- S said...

silap2 , patut me-ghoncah

me-ghoncah tu macam gambaran situasi hilang akal bila dpat untung yng melampau
contoh ayat;

"semua pelajar malaysia me-ghoncah bila dapat 3 bulan advance scholar yang pertama.


@zara: jom2 , tapi 2029? mak aih, lambat lagi ni

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Maksudnya konteks jawapan aku salah gak? >.<

Aaa...segan2 (sambil lukis gambar untuk melepaskan geram)

Kalau dapat kumpul awal, insyaALLAH boleh pergi awal. :) Aim nak pergi sebelum sampai umur lanjut sebab nak kekuatan diri serta sihat.

Jom Sheri jom.
:)
Pergi buat Haji sama2.

Anem Arnamee said...

Salam..

beh nyer lo dapat p haji:)

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

nak gi haji gakkk mude2 nih..huhu~

ザ-sylver- S said...

@anem: best mmg best nem, tp nk nunggu bile dpt p tu yang tak best tu..

@Nao: tongtong la ngan memember sewa memana tongkang , tak pun berenang jerk nyeberang laut merah tu, 2-3 ari sampai kot..:p

Unknown said...

air jordan 13
longchamp handbags outlet
michael kors outlet
christian louboutin outlet
cyber monday 2015
cheap ugg boots
moncler outlet store
michael kors outlet online
michael kors outlet
calvin klein outlet
coach outlet online
oakley canada
fitflop sale
golden state warriors
chanel handbags outlet
cheap ray ban sunglasses
prada outlet online
michael kors handbags wholesale
tommy hilfiger
1125minko

Anonymous said...

kobe shoes
nfl jerseys
michael kors factory outlet
cheap rolex watches
michael kors outlet
true religion jeans
michael kors handbags sale
air huarache shoes
huaraches shoes
michael jordan shoes
ralph lauren online,cheap ralph lauren
air huarache shoes
black huaraches
cheap jerseys from china
kobe byrant shoes
air jordan retro
chrome hearts wholesale
fitflops sale
toms outlet store
michael kors outlet online
cheap nfl jerseys
chrome hearts online store
ugg outlet
christian louboutin outlet
tiffany and co outlet
christian louboutin outlet
fitflops clearance
jordan shoes on sale
retro jordans

raybanoutlet001 said...

salomon boots
coach handbags
boston celtics jersey
canada goose
longchamp bags
ecco shoes outlet
michael kors handbags
yeezy boost 350 black
cheap ray bans
ecco

nile said...

r8x20z0f11 k1c63n1b94 m3p12v4t09 u4k99m5c87 o5b34b3h10 o0e98e5m52

Related Posts with Thumbnails